Rabu, Februari 17, 2010

Laporan Polis





Pengadu berusia 34 tahun 3 bulan, berbangsa Melayu dan warganegara Malaysia. Pekerjaan dicatat sebagai 'PENGENDALI LAMAN WAP' (baca:  memang dieja sebegitu)

Berikut antara kandungan laporan polis dibuat pengadu.

'LAPORAN DITAIP SENDIRI OLEH PENGADU: .

1. PADA 12 FEB 2010 6 PETANG DI RUMAH KAWAN SAYA DI PRESINT 9, PUTRAJAYA, SAYA BUKA LAMA WEB TV9.COM.MY PROGRAM SEMANIS KURMA (EPISOD 45 KAHWIN SENYAP & EPISOD 41 KAHWIN LARI) & KES SYARIAH (BERKENAAN NIKAH SIAM), SAYA AGAK TERKILAN DENGAN PANDANGAN TETAMU USTAZ ZAWAWI &  CARA PENGACARA USTAZAH BAHYAH MENGENDANDALIKAN PROGRAM INI SEOLAH2 NIKAH SIAM ITU HINA SANGAT & INI BOLEH MENGAIBKAN SESIAPA SAJA YANG TERLIBAT. TAMBAHAN CARA MEREKA INI AKAN BUAT LEBIH RAMAI LAGI TERKELIRU &  AKHIRNYA AMBIL JALAN BERZINA PULAK BERBANDING KAHWIN DI LUAR NEGARA, LANTAS KES BUANG BAYI YANG HARI INI KITA NAMPAK SEMAKIN BIADAP SEHINGGA MEMBAKAR BAYI MENJADI-JADI.

OLEH ITU SAYA TAK TERAGAK2 MENGESYAKI KEMUNGKINAN MEREKA INI AGEN YAHUDI YANG INGIN MENGACAU BILAUKAN NEGARA WALAUPUN NAMPAK BAIK DEPAN MATA & SAYA HARAP MEREKA DISIASAT. JIKA SABIT, MASUKKAN MEREKA KE DALAM ISA. BUKAN ITU SAHAJA, KEPADA YANG TRAUMA/MENDAPAT MALU AKIBAT PORGAM INI, SAYA SENDIRI DAN YANG LAIN-LAIN (JIKA SUDI) AKAN BAWA ISU KE MAHKAMAH & SAMAN MEREKA SEBAB MEMALUKAN PIHAK TERTENTU.

( ... seterusnya ketidakpuasaan hati berhubung perkara lain)

2. PADA 5 FEB 2010 6 PETANG DI RUMAH KAWAN SAYA DI PRESINT 9, PUTRAJAYA, SAYA BUKA LAMAN WEB AIRASIA.COM & HAIRAN KENAPA LINK DAFTAR MASUK SENDIRI TAK BOLEH BERBANDING BAHASA INGGERIS. SAYA DAH TEGUR MEREKA NAMUN TIDAK DIPEDULIKAN. SAYA SYAK MEREKA INI BERSIFAT PERKAUMAN, CAKAP PASAL ISU INI , SAYA HARAP PIHAK BERKUASA MENEGUR JUGAK SIKAP ...'

47 ulasan:

  1. ngape mesti kawin kat siam kalau ikhlas nak berpoligami.heran betul la :(

    mesti takut dgn bayang2 sendiri.



    en mazidul...patut pun polis dinaikkan gaji sbb ramai org skrg suke main repot2 :D

    BalasPadam
  2. huh..nmpk mcm betul pandgn pengadu itu tp smpai tahap mengaitkan ilmuan tersebut dgn agen Yahudi bg saya agak keterlaluan..melampau sangat..
    jgn jadikan alasan zina/buang bayi dsb utk menghalalkan cara tersebut..nak kawin tu kawin aje lah, jgn pulak nak babitkan isu lain..sealah-olah tak ada iman langsung..tak dpt kawin cara elok terus nak berzina..pakai kepala lutut ke apa..
    pernah ke diaorg ni fikir kesan dan akibat perbuatan mereka ini kepada keluarga, masyarakat Islam, agensi agama dan negara..??

    BalasPadam
  3. erk....apa motif dia ni...teringin nak buat report polis gak kut...

    BalasPadam
  4. Apa nak jadi dengan kemahuan manusia yang berbagai ragam ini ?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    pada pengetahuan saya,sekiranya nikah Siam secara sindiket berkemungkinan besar akad tersebut dikira tidak sah.

    Nikah di luar negara tanpa pengetahuan dan izin keluarga juga satu kebiadapan,walaupun tidak sekeji buang bayi.

    Saya rasa bukan cara begini kalau berniat untuk mengatasi kes buang bayi.

    BalasPadam
  6. Ha... bagus jugak tu
    Sesiapa yang rasa diri dia dapat malu akibat daripada apa yg dicakapkan oleh dua penceramah bebas dalam program tu boleh sama2 tampil untuk saman mereka..

    Tak betul otak mamat ni. Kalau dah kahwin kat Siam, tu kira kes kahwin sorok2 la kan? Kalau tak pehal lak nak kahwin kat Siam. Elok ko kahwin kat Siam... orang tak tahu.... last2 ko tampil nak saman orang... orang dah jadi tahu..
    akhirnya siapa yang malu???
    Takde otak ke org yg buat repot ni?

    1-Nak menggalakkan orang kahwin kat Siam.

    2-Menggalakkan suami menipu isteri dengan berkahwin senyap2 berbanding bercakap jujur dengan isteri dan tidak hipokrit.

    3-Menganiaya kaum wanita. Kahwin tanpa kenduri, tanpa hantaran, takde keluarga yang tau, alih2 kena tinggal digantung tak bertali... nak masuk kes mahkamah malaysia nak tuntut fasakh atau nafkah... berjanggut~!!

    4- Kahwin bukan sekadar nak menghalalkan seks. Kahwin itu tanggungjawab, komitmen, persediaan mental dan fizikal. Kalau rasa nak kahwin... esok kahwin kat Siam tak yah pk panjang... rasa nak cerai... lusa kita cerai... kalau ini yang cuba diterapkan... melingkup~!

    BalasPadam
  7. laporan kenalah berasas tak boleh main andaian je. Mungkin bagi mereka yang berkahwin di Siam menganggap kenyataan itu mengaibkan. Mungkin En Mazidul boleh dapatkan maklumat terus dari Ustaz dan Ustazah yang terlibat berhubung dengan dakwaan ini. Saya lihat dakwaan ini agak berat juga tu.

    BalasPadam
  8. cubit peha kiri peha kanan terasa oii..

    ceteknya pemikiran dan ilmu orang yang report ni dalam agama...

    BalasPadam
  9. kesian pak polis....

    penat buat kerja2 mcmni...

    BalasPadam
  10. matlamat tak menghalalkan cara. org skrg ni pilih, apa yg mudah pada dia, bukan apa yg dituntut oleh agama Islam itu sendiri. kalu tak tak perlu lah ada rukun nikah ape sume tu. tul tak?

    BalasPadam
  11. tak hairanlah masih ramai yang dok pangkah be end. rupa2nya majoriti rakyat malaya ni hanya berfikiran in the box lagi. kasihan...

    -----------------------------------


    echah_syed berkata...

    ngape mesti kawin kat siam kalau ikhlas nak berpoligami.heran betul la :(

    MACAM MANA NAK IKHLAS, UNDANG2 NEGARA IKHLAS LAH PULAK

    hellioz berkata...

    3rd class mentality

    HURU HARA
    hahhahhaa...

    BERZINA, BUANG BAYI LAGI TIADA KELAS LANGSUNG!

    C.I.A berkata...

    Assalamualaikum,
    pada pengetahuan saya,sekiranya nikah Siam secara sindiket berkemungkinan besar akad tersebut dikira tidak sah.

    SINDIKET YANG BENAR, OK. MACAM POLIS ADA BAIK & JAHAT JUGAK. TANYALAH ULAMA SEKOLAH PONDOK, SAH KE NIKAH DI MALAYSIA PADAHAL WALI MUJBIR, AYAH, SEORANG YANG FASIK?

    Nikah di luar negara tanpa pengetahuan dan izin keluarga juga satu kebiadapan,walaupun tidak sekeji buang bayi.

    SEBAB TUH MAK BAPAK KENA IKUT PEREDARAN ZAMAN BAK KATA2 SAIDINA OMAR. CAKAP PASAL RESTU, BERAPA RAMAI MAK AYAH KINI IZIN ANAK MEREKA BUAT BENDA BUKAN ISLAM. TAK PAYAH LAH NAK CERITA PANJANG. SENDIRI TAU. SO NAPE BENDA HALAL DI TENTANG PULAK. THEN SIAPA YANG BIADAP SEBENARNYA.

    Saya rasa bukan cara begini kalau berniat untuk mengatasi kes buang bayi.

    HA AH, CARA SURUH BAGI BAYI KAT ORANG CARA TERBAIK. LATER LEBIH BANYAK KES ANL NI.

    1-Nak menggalakkan orang kahwin kat Siam.

    DALAM ISLAM BUKAN MODIFIED (IBM) TAK SALAH

    2-Menggalakkan suami menipu isteri dengan berkahwin senyap2 berbanding bercakap jujur dengan isteri dan tidak hipokrit.

    DALAM IBM DIBENARKAN SUAMI TIPU ISTERI. LAGI MUNAFIK SUAMI ADA KEKASIH HARAM.

    3-Menganiaya kaum wanita. Kahwin tanpa kenduri, tanpa hantaran, takde keluarga yang tau, alih2 kena tinggal digantung tak bertali... nak masuk kes mahkamah malaysia nak tuntut fasakh atau nafkah... berjanggut~!!

    LEBIH HINA DITEBUK TUPAI. DAPAT DOSA & MAS KAHWIN RM22.50 PUN TAK DE LANGSUNG. ZINA LAGILAH KENA TOUCH N GO. DAN P MAHKAMAH AKHIRAT JE.

    4- Kahwin bukan sekadar nak menghalalkan seks. Kahwin itu tanggungjawab, komitmen, persediaan mental dan fizikal. Kalau rasa nak kahwin... esok kahwin kat Siam tak yah pk panjang... rasa nak cerai... lusa kita cerai... kalau ini yang cuba diterapkan... melingkup~!

    NIKAH, CERAI & RUJUK HALAL DALAM ISLAM. ZINA, BUANG BAYI & LAIN2, U ALL FIKIRLAH SENDIRI



    Cikgu Mizi berkata...

    cubit peha kiri peha kanan terasa oii..

    ceteknya pemikiran dan ilmu orang yang report ni dalam agama...

    LAGI CETEK ORANG YANG TAK MAMPU/TAU CAMNER NAK BERISTERI LEBIH DARI 1 + CARA MENGURUSKANNYA. CONTOH ABE NOR, WALAU DREBAR LORI TAPI MAMPU ZAHIR & BATIN URUSKAN 4 BINI SOLEHAH.

    bobostrobos berkata...

    kesian pak polis....

    penat buat kerja2 mcmni...

    POLIS2 LELAKI PUTRAJAYA SOKONG PERJUANGAN INI SEBAB MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA SEBAGAI SUAMI YANG SEPATUTNYA LAYAK BERISTERI LEBIH DARIPADA 1.

    BalasPadam
  12. ARBIMAH berkata...

    Apa nak jadi dengan kemahuan manusia yang berbagai ragam ini ?

    SALURKAN KEMAHUAN KEPADA JALAN YANG HALAL

    DaHLia berkata...

    erk....apa motif dia ni...teringin nak buat report polis gak kut...

    PERNAH BUAT LAPORA POLIS TERHADAP JAZIMIN JAZLAN & SAIFUL BUKHARI. CUBA CEK WEB WM. MOTI BAIK, MUDAH2AN...

    JiMi berkata...

    huh..nmpk mcm betul pandgn pengadu itu tp smpai tahap mengaitkan ilmuan tersebut dgn agen Yahudi bg saya agak keterlaluan..melampau sangat..
    jgn jadikan alasan zina/buang bayi dsb utk menghalalkan cara tersebut..nak kawin tu kawin aje lah, jgn pulak nak babitkan isu lain..sealah-olah tak ada iman langsung..tak dpt kawin cara elok terus nak berzina..pakai kepala lutut ke apa..
    pernah ke diaorg ni fikir kesan dan akibat perbuatan mereka ini kepada keluarga, masyarakat Islam, agensi agama dan negara..??

    TIADA LAGI KES MENGARUT SAMPAI ORANG PD/BP MATI SEBAB NAK LARI DARIPADA DITANGKAP KHALWAT

    KESIMPULAN: BERFIKIRLAH SECARA REALITI. JANGAN ASYIK DOK BUAI MIMPI TAK HABIS2...

    TAMBAHAN DAH AKHIR ZAMAN PUN. BENDA HALAL NAMPAK HARAM & SEBALIKNYA BERLAKU.

    MOGA2 DENGAN BERLAKUNYA PERANG DUNIA TERAKHIR KELAK, DUNIA AKAN KEMBALI SOLEH BUAT SEMENTARA WAKTU SEBELUM LUPA KEMBALI THEN KIAMAT, AMIN...

    BalasPadam
  13. tak elok mengHINA insan lain. jika sekadar contoh dikira OK sikit..

    walaupun kita terasa tinggi ilmu dan martabat IMAN..

    ILMU itu hanya tinggi dan milikNYA

    kesian Polis tambah kerja yang remeh.

    BalasPadam
  14. Errr.... sangat tak percaya ada jugak spesis manusia macam ni... cikgu mana mengajar dia dulu ni? Ustaz mana yang mengajar ilmu agama kat dia ni dulu?

    Ish ish ishh... perbuatannya membuat laporan macam ni pun dah memalukan..

    BalasPadam
  15. Diana,
    asalkan HALAL dari sudut agama, lepas itu daftar di Malaysia. Halal dari segi agama serta halal dari sudut negara.

    Ada juga kes halal dari sudut negara tapi HARAM dari sudut agama.
    pilihan ditangan rakyat.

    sikap individu yang perlu diberi perhatian, bukannya bentuk/cara perkahwinan ke sana.

    BalasPadam
  16. zeqzeq berkata...

    Diana,
    asalkan HALAL dari sudut agama, lepas itu daftar di Malaysia. Halal dari segi agama serta halal dari sudut negara.

    Ada juga kes halal dari sudut negara tapi HARAM dari sudut agama.
    pilihan ditangan rakyat.

    sikap individu yang perlu diberi perhatian, bukannya bentuk/cara perkahwinan ke sana.

    Khamis, 2010 Februari 18 09:19:00 GMT+08:00

    SOKONG 1000%

    BalasPadam
  17. wow hebat en mazidul..dah ada PA sendiri utk menjawab komen disini..! :p

    berapa rial utk satu komen?? :D

    *cara utk fofular dgn mudah :)

    BalasPadam
  18. Audra Sazreena berkata...

    Errr.... sangat tak percaya ada jugak spesis manusia macam ni... cikgu mana mengajar dia dulu ni? Ustaz mana yang mengajar ilmu agama kat dia ni dulu?

    Ish ish ishh... perbuatannya membuat laporan macam ni pun dah memalukan..

    SEKOLAH AGAMA JOHOR SAMPAI DARJAH KHAS.

    TAK RASA HINA MALAH BANGGA DAPAT IKUT CARA NABI MASA ZAMAN JAHILIYAH MENENTANG ARUS SELAGI HALAL DI SISI AGAMA

    BalasPadam
  19. bungacahaya berkata...

    Dia berlatih wat karangan la...

    Khamis, 2010 Februari 18 09:41:00 GMT+08:00

    LOOKING FORWARD NOBLE PRIZE ACTUALLY, INSYALLAH...

    BalasPadam
  20. kalau pangkah PARTI lain kompem ke dorang ikhlas..??

    macam org mabuk bercinta "gunung sama didaki,lautan sanggup direnangi"

    bila dah dapat hampehh!

    bukti dah didepan mata...takyah goreng ler bro :p

    BalasPadam
  21. echah_syed berkata...

    kalau pangkah PARTI lain kompem ke dorang ikhlas..??

    macam org mabuk bercinta "gunung sama didaki,lautan sanggup direnangi"

    bila dah dapat hampehh!

    bukti dah didepan mata...takyah goreng ler bro :p

    Khamis, 2010 Februari 18 10:16:00 GMT+08:00

    SEBAB BELUM DAPAT 1 MALAYA. BARU 3 NEGERI BARU. SELANGOR CUTI BERSALIN 3 BULAN. JIKA MENANG BESAR, 4 PURNAMALAH JAWABNYA

    BalasPadam
  22. echah_syed berkata...

    wow hebat en mazidul..dah ada PA sendiri utk menjawab komen disini..! :p

    berapa rial utk satu komen?? :D

    *cara utk fofular dgn mudah :)

    Khamis, 2010 Februari 18 10:10:00 GMT+08:00

    BUKAN WANG DUNIA TAPI PAHALA SYURGA AKHIRAT MUDAH-MUDAHAN, AMIN...

    BalasPadam
  23. From The News berkata...

    boleh masuk raja lawak

    Khamis, 2010 Februari 18 10:01:00 GMT+08:00

    OK LAGI DARIPADA SULTAN ZALIM MANGKAT DIJULANG

    BalasPadam
  24. Pengadu berusia 34 tahun 3 bulan, berbangsa Melayu dan warganegara Malaysia. Pekerjaan dicatat sebagai 'PENGENDALI LAMAN WAP' (baca: memang dieja sebegitu)

    MACAM INI & INI JUA

    BalasPadam
  25. ha ha ha...3 negeri pun huru hara bro :p

    lu pikirlah sendiri!

    BalasPadam
  26. utk menyokong TUAN ibnu marzuki al firdausi COMBI AKAN MEMBUAT KEMPEN DAN DEMONTRASI JALANAN MENGAJAK SEMUA WANITA@PARA ISTER-ISTERI SUPAYA TIDAK HIPOKRIT DAN DGN RELA HATI TANPA DIPAKSA MEMBAWA SUAMI MASING2 UTK BERKAHWIN DISIAM...!

    moh ler kita cuti-cuti disiam..! :D

    BalasPadam
  27. HAHAHAHAHHA
    ape kes mamat ni..
    link daftar pon boleh jadi isu perkauman ke?? siap buat report polis..ape motif????
    nk jadi hero tak kene tempat la brader

    BalasPadam
  28. tak tau nak cakap apa....tapi serius lawak.... :)

    BalasPadam
  29. Pengadu ni salah seorang agen nikah siam kot? so dia tak setuju, sebab akan merugikan pihak sindiket nikah di Siam. Itulah orang cakap, Matlamat menghalalkan cara..
    Habis semua dituduh agen Yahudi. Hmm.. entah2 nanti kita semua akan dituduh agen Yahudi oleh pelapor ini..

    BalasPadam
  30. bro maz.. tumpang lalu..

    "TIADA LAGI KES MENGARUT SAMPAI ORANG PD/BP MATI SEBAB NAK LARI DARIPADA DITANGKAP KHALWAT

    KESIMPULAN: BERFIKIRLAH SECARA REALITI. JANGAN ASYIK DOK BUAI MIMPI TAK HABIS2...

    TAMBAHAN DAH AKHIR ZAMAN PUN. BENDA HALAL NAMPAK HARAM & SEBALIKNYA BERLAKU.

    MOGA2 DENGAN BERLAKUNYA PERANG DUNIA TERAKHIR KELAK, DUNIA AKAN KEMBALI SOLEH BUAT SEMENTARA WAKTU SEBELUM LUPA KEMBALI THEN KIAMAT, AMIN..."

    kes lari dr ditangkap bukan semata2 khalwat tapi ramai jgk yg kes nikah siam ni lari bila pkuasa dtg rumah..sebabnya, 1. nikah sendiket..2. nikah betul tptnya tapi belum daftar.. itu realiti drp khayalan anda mendengar cerita sahabat dan rakan taulan shj..

    salah satu rukun nikah adalah wali dan syarat bg wali adalah islam,aqil,baligh dan adil..akan tetapi sebahagian ulama syafie menetapkan andai wali tersebut fasiq maka hak wali berpindah kepada wali seterusnya..dlm kes bapa fasik wali berpindah kepada datuk (jika ada) atau adik beradik lelaki dan seterusnya mengikut turutan dan bukan terus kepada wali siam..namun sebahagian lagi ulama mazhab syafie tidak mensyaratkan adil kepada wali tersebut krn perwalian dlm nikah dibina atas ikatan darah kekeluargaan yakni bapa dan anak..yg ini bukan dibuai mimpi lagi..yg ini fakta dlm kitab yg boleh dirujuk dan anda berfikirlah secara realitinya..dan jgn pula leka dengan keuntungan membawa pasangan melencong ke luar negara..

    pun begitu ada pendapat (ntah mana kitabnya) mengatakan sah menggunakan wali hakim jika berada lebih dr 2 marhalah drp wali..dlm fiqh syafie menetapkan bahawa jika wali tersebut lari dr anaknya maka tatkala itu baru lah dikira boleh menggunakan wali hakim.. dlm kes melencong ke siam ni, siapa yg lari dr siapa..??

    berfikirlah mengikut acuan iman sebelum menyuruh orang lain berfikir secara realiti..siapa yg sebenarnya terbuai dlm kenikmatan?tak payah la nak sebut soal halal haram kalau kita sendiri pun ntah terlibat sama dalam perkara2 syubhah yg meragukan bkn shj dr sudut agama tetapi melanggar undang2 juga..

    n..

    BalasPadam
  31. Jimi, terima kasih.

    Ini kisah benar. 1 pasangan lelaki berusia 47 tahun dan gadis, 21 tahun ke Siam.

    "Saya bukan apa, waktu sampai sana rasa macam tak betui sebab duk seblik dengan dia," kata lelaki.

    "Jadi?," soal saya.

    "Saya pun pakat-pakat dengan puak sana la (baca: kenalan dia), cari kadi, saksi semua, nikah," jelasnya.

    Lebih menarik, gadis itu,' adik angkatnya' dan mempunyai perhubungan baik dengan isteri pertama.

    BalasPadam
  32. sama2 bang..juga terima kasih krn tuan tanah (baca: bro maz :P)sudi menyiarkan pandangan saya..

    err...saya bukan dacing be end..

    BalasPadam
  33. Setelah membaca semuanya, gua rasa kasihan.............

    Member gua cakap;

    "Memeluk pemimpin, bukan bermakna kita sudah layak memimpin..."

    BalasPadam
  34. sape makan cili.. die terase pedas la.. tp ni over lak.. dah sendiri pedas.. nk menuduh ade org lain suap cili kat mulut die..


    pelik..


    pantas sungguh die 'jump to conclusion'.. dan semua 'conclusion' dia sangat la 'ridiculous'..


    kasihan..

    BalasPadam
  35. Laporan dia menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran dia.
    Agaknya bila polis baca report dia ni, mesti polis2 sumer gelak guling2.
    Mengalahkan budak2 sekolah.
    Budak sekolah pun lagi matang drpd dia ni.

    BalasPadam
  36. camne boleh dapat report polis ni? balai mana ye? pelapor yg bagi report ni ke balai yg bagi report ni pada mazidul?

    BalasPadam
  37. Laman WAP tu bukan ke Wireless Application Protocol. memang tak sama dgn web pun. So,apa yg tak kena dgn ejaan tu ye? Saya rasa dia tk purposely type error eb jadi WAP

    BalasPadam
  38. SupaNoo8, soory bos!

    Kena jawab ke soalan awak itu?

    BalasPadam
  39. Bagi saya nikah di luar negara ini bukan isu hina atau aib.

    Ramai juga pelajar kita bernikah di US di UK secara sah; jangan jumudkan minda anda mengatakan nikah di Siam itu haram & pelbagai andaian. Jika kena caranya ianya bagi saya tak salah di segi hukum hakam agama.

    Perundangan atau hak milik pusaka itu yang menjadi penghalang.

    Jika kerajaan kita sekadar memberi denda & dapat memberikan sijil nikah yang sah setelah pasangan bernikah di Siam... apa isunya?.

    Si pengadu mungkin antara insan yang nikah di sana & telah mendapat Surat Nikah yang sah lagi sahih oleh kerajaan kita. Dia berhak menuntut harga diri; biar pun tak baik menuduh Ustaz & Ustazah itu Agen Yahudi.

    Islam bukankah agama yang menuntut kita menutup aib orang.

    Rakan saya seorang Peguam & nikah dengan Datuk di Siam; juga telah dapat surat nikah yang sah setelah didenda. Sekarang hidup aman bahagia bergelar Datin menjadi bini kedua.

    Isunya pasangan bernikah di sana tak semuanya jahat atau hina atau berlaku aib.

    Seorang lagi rakan saya pun bernikah di sana atas izin keluarga pihak perempuan. Panjang ceriteranya.

    Kita yang terlalu memperketatkan pernikahan yang seharusnya mudah ini. Yang sedihnya bilamana pasangan yang bernikah secara baik di negara kita; makin ramai pula yang bercerai berai.

    Macam mana tu?.

    BalasPadam
  40. "Ramai juga pelajar kita bernikah di US di UK secara sah; jangan jumudkan minda anda mengatakan nikah di Siam itu haram & pelbagai andaian. Jika kena caranya ianya bagi saya tak salah di segi hukum hakam agama."

    ada bezanya bernikah melalui MSD/Konsulat Pesuruhjaya Tinggi dan persetujuan keluarga dengan pergi nikah Siam lari dari wali dan tanpa melalui konsulat..itu sebab yg balik dr UK dan US balik pun kena daftar juga tapi tak kena denda..
    tidak ada isu haram disini..yg wujud hanyalah sah atau tidak nikah tersebut..jawatnkuasa fatwa mengatakan sah berdasarkan syarat2nya atas sebab maslahah umat islam itu sendiri..hukum tetap hukum yg tidak akan menjumudkan pemikiran seseorang berbeza dgn org yg berfikir atas dasar rasional semata2 dan tidak bersandarkan kepada hukum..maka yg itulah jumud..

    BalasPadam
  41. Sdr JiMi,

    Saya cuba membuka minda kita sebab pernah terjadi emak ayah mengizinkan anak daranya nikah di Siam sana atas beberapa faktor, maka tak timbul masalah wali jika ayah si gadis tersebut juga ada bersama. Ini berlaku kepada rakan saya sendiri.

    Maka itu saya katakan apa salahnya bernikah di bumi mana pun jika cukup di sudut rukun nikahnya pun hukum hakamnya.

    Samalah kesnya jika bilangan anak luar nikah pun nampaknya kita tak dapat dibendung lagi maka tak ujud masalah wali, tentunya terpaksa guna wali hakim juga terhadap anak luar nikah ini. Mungkinkah wali hakim di Siam sana tak sah banding wali hakim di sini. Sudut perundangan negara sahaja. Sudut perundangan agama seantero dunia bagaimana?.

    Ini masalah agama Islam yg amat kronik di dunia kita kini.

    Bagaimana pula janda yang bernikah di sana. Apakah janda ini perlukan wali juga?. Saya tak arif sangat bab rukun yang lima ini, terutama bab wali. Pun tak jelas kenapa dikenakan saman oleh majlis agama kita. Sekadar perundangan agama Islam atau sekadar perundangan negara kita.

    Lagi pun kita serumpun emak ayah, atok moyang kita dulu pun mungkin bernikah di Indon atau bumi lain kalau asalnya memang bukan orang Malaysia.

    Samalah kesnya orang di utara sana, mungkin ramai asal kejadiannya org Siam sana. Hinakah nikah di Siam sana.

    Bagi saya jika telah sah & cukup syaratnya seperti dalam situs yang Sdr Mazidul linkkan, (dah baca semua ke?) bayar denda segala dapat pula surat nikah sah dari kerajaan kita pun kerajaan Siam sana, apalah salahnya.

    Maka tak baik kita hina ramai kalangan sahabat kita hidup bahagia kini, biar pun mereka bukan bernikah di negara ini.

    Jika bab menipu maklumat diri, wali & sebagainya nikah di mana pun saya rasa teramat hina & boleh dipersoalkan.

    Cuba amati isu repot polis ini.

    "SEOLAH2 NIKAH SIAM ITU HINA SANGAT & INI BOLEH MENGAIBKAN SESIAPA SAJA YANG TERLIBAT."

    Jangan melatah nanti jika kita hina nikah di Siam, orang Siam boleh berkata, apakah mulia sangat nikah di Malaysia sana, bernikah secara sah pun ramai sangat cerai berai malahan sangat anak luar dikilangkan di negara sana sebab ketat sangat syarat nikah di sana.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.