Rabu, Februari 17, 2010

Tonto Bukan Yanto

Jika saya tersilap, tolong betulkan.

Jabatan Agama Islam negeri kerap menjalankan operasi mencegah maksiat di pelbagai lokasi. Penguatkuasa mencekup pasangan berkhalwat di kawasan rekreasi, di dalam kereta, di bilik hotel murah dan di rumah. Di hotel mewah? Itu susah mahu cerita. Ada waktunya mereka terpaksa menahan sabar mengetuk pintu bilik berkunci berulangkali, menunggu pasangan sedang ehem! ehem! muncul membuka pintu.

Semua tindakan itu disanjung.

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam juga melaksanakan operasi mencekup peminum arak beragama Islam samada lelaki atau perempuan biarpun ada hukuman kes ‘unik’ sehingga kini masih tertangguh.

Itu antara tugas rutin mereka.

Penguatkuasa juga berhak menahan tahi judi di premis menjual nombor ekor mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Namun pelbagai cabaran mereka depani. Pembeli nombor ekor beragama Islam mampu memboloskan diri secara mudah kerana kesemua pintu premis terbuka luas (baca: seluas-luasnya). Sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa, sebilangan besar tahi judi beragama Islam nekad merempuh dan bergelut dengan penguatkuasa untuk memboloskan diri sehingga segelintir mereka diberkas dengan baju koyak rabak.

Kegigihan penguatkuasa dihargai kerana usaha berterusan membanteras kegiatan dikategorikan sebagai satu daripada dosa besar itu.

Syukur.

Namun pembelian nombor ekor bukan satu-satunya bentuk perjudian di kalangan kaki judi beragama Islam di Malaysia. Ya! Di Malaysia bukan di  Las Vegas, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, sebilangan warga Indonesia beragama Islam tinggal di kongsi mahupun di koloni penempatan mereka juga dilaporkan menggilai kegiatan perjudian, perjudian menyabung ayam.

“Kalau tengok tempat dia orang sabung ayam, kekadang nak berjalan susah, penuh dengan tin minuman. Bayangkan kita berpijak di atas tin Coca Cola, punyalah ramainya orang. Transaksi dia pula bukan kecil anak, berpuluh ribu sekali laga”

Itu komen pernah saya dengar.

Apapun bukan enteng mencekup tahi judi warga negara jiran terbabit. Lokasi perjudian terlalu strategik dan dipantau tonto. Ya, TONTO bukan Yanto. Siapa kata warga Indonesia tidak menggunakan khidmat tonto? Ada. Tonto memantau pergerakan dan kelibat pihak berkuasa sekaligus membekalkan maklumat 'A One' (baca: tepat) kepada pihak penganjur. Majoriti warga asing, pekerja buruh kasar berurat dawai bertulang besi, berlari pantas bak lipas kudung.

Andai tersilap percaturan dan langkah, hanya tahi ayam cair melekat di tangan penguatkuasa. Lebih teruk, perut terburai ditikam celoret. Justeru, tidak hairan mengapa kita langsung tidak pernah mendengar berita penguatkuasa Jabatan Agama Islam menggempur lokasi perjudian seperti itu, barangkali sukar.

Polis melakukannya, berulangkali.

Tetapi bagaimana pula dengan kegiatan perjudian berlaku di hadapan mata cuma dipisahkan dek cermin gelap? Perjudian elektronik.

Polis berhak menahan dan mendakwa penjaga ribuan premis perjudian kebanyakkannya warga asing di mahkamah. Mungkin ada antara mereka benama Yanto. Namun polis tidak diperuntukkan kuasa menahan dan menuduh kaki judi beragama Islam. Hanya kenyataan mereka dirakamkan di balai sebelum dibebaskan (baca: yahoo!). Manakala Yanto digari, diheret ke balai polis dan kemudian dibicarakan di mahkamah sivil.

Bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS melakukan operasi di premis perjudian elektronik. Tahi judi beragama Islam dicekup mengikut kaedah perundangan sedia ada. Mereka tidak perlu mengetuk pintu berulangkali, berkejaran, bergelut apatah lagi bimbang tangan terpalit tahi ayam!

Tutup dan kawal sahaja semua pintu masuk ke premis (baca: maksimum 2), semua kaki judi beragama Islam samada warga tempatan atau asing (baca: mungkin ada benama Yanto) terperangkap dan terpinga-pinga di dalam. Malah operasi dan pengumpulan maklumat kes dilakukan selesa kerana semua premis menawarkan perjudian elektronik dilengkapi alat penghawa dingin (baca: sejuk).

Persoalannya, berapa kerat dan kerap Jabatan Agama Islam negeri lain mengikut usaha JAIS itu?

Sedangkan semua sedia maklum perjudian elektronik (baca: kuda, buah, Tarzan, Roulette) sekian lama beroperasi menjahanamkan ramai orang Melayu dan keluarga pastinya dilahirkan Islam.

Betulkan saya andainya tersilap.

12 ulasan:

  1. demi tugas, cuma bila tugas yang betul bertemu tugas yang tak betul,terjadi "peperangan".

    tonto bertemu penguatkuasa

    selamat bertugas dengan AMANAH, supaya bila pencen tidak menyesal.

    BalasPadam
  2. Tuan Mazidul, getusan yang menarik, memang judi ni macam tahi dan kalau dah melekat susah nak ditanggalkan dan kalau tanggal pun aromanya masih ada. Fenomena sekarang tak menghalang orang melayu berjudi secara terbuka ataupun tertutup melalui elektronik mahupun online. Cuma mungkin kuasa penguatkuasa perlu dibuat semakan semula selaras dengan keadaan terkini supaya lebih berkesan. Selain judi elektronik, cyber cafe pun nampaknya menjadi tumpuan anak-anak kecil kita yang ingin mendapat maklumat dari dunia tanpa sempadan dan tanpa undang-undang yang nyata. Mungkin perlu dibuat sesuatu yang drastik demi anak bangsa dan masa depan negara kita.

    BalasPadam
  3. Sukar utk menbendung kes seperti ini.. Dalang dikenakan denda tapi keuntungan duit haram itu mungkin bakinya maish cukup untuk pergi melancong.. haha !

    BalasPadam
  4. berapa KERAP perlu diberi perhatian.

    berapa kali sehari berapa kali seminggu

    walaupapun terima ksih JAIS.

    ** bila kalah judi mereka kan mencuri, merompak atau songlap wang..itu kesannya.

    BalasPadam
  5. salam.

    terima kasih saya ucapkan kepada jabatan agama negeri kerana telah menjalankan tanggungjawab untuk membasmi kegiatan maksiat yang semakin berleluasa.

    kalau boleh kerap2 lah untuk membuat serbuan kat tempat2 yang menjadi port untuk couple2 nie. jgn sebulan sekali 2 jer.
    :)

    pasal kes perjudian nie ssh nk ckp la.

    cadangan saya la abg mazidul, kalau dapat tangkap tokey or orang2 yang gh berjudi tue bg jer hukuman berat kat mereka2 nie. biar dyeorang insaf. jgn bagi muke. kalau kita bagi muka mcm nie la jadinya. naik tocang. konon pikir diri tue hebat. hampeh.

    http://afifsamshuri.blogspot.com
    http://rohinsan.blogpsot.com

    BalasPadam
  6. salam Mazidul,

    Saya nak cadangkan agar saudara Mazidul buat kupasan lanjut berkenaan kepercayaan ramai orang yang mula terpengaruh dengan propaganda kiamat yang kononnya akan berlaku pada tahun 2012. Terlalu ramai yang terpengaruh dengannya hinggakan saya menerima banyak forwarded emel tentang ini.

    Pada saya sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Hari Kiamat, tapi bukan sibuk berkira atau meramal bila ia akan berlaku kerana kiamat itu hanya Allah yang tahu, dalam Islam sendiri melarang kita meramal/menilik nasib inikan pula meramal bencana, kiamat dan sebagainya.

    Persoalan saya kenapa kiamat diramal pada tahun 2012? Ada emel yang saya terima mengatakan ia akan berlaku pada tahun itu kerana pada 15 Ramadhan tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Walhal pada tahun 2004, 15 Ramadhan juga jatuh pada hari Jumaat, dan pada tahun 2020, 15 Ramadhan juga jatuh pada hari Jumaat, persoalan saya kenapa sibuk meramal kiamat akan tiba pada tahun 2012? Kenapa mereka tak cakap yang mereka terpengaruh dengan filem propaganda yahudi 2012? atau mereka terlalu percaya pada kajian ahli astronomi Yahudi Zecharia Sitchin?

    Saya amat risau ramai yang akan terpesong akidah mereka disebabkan propaganda licik orang Yahudi ini. Saya lihat di forum-forum online sibuk membahaskan isu ini. Pada saya kiamat akan berlaku pada bila-bila masa, cukuplah percaya kepada hari kiamat, tak perlu kita nak meramal atau mengkaji bila ianya akan berlaku.

    Ada juga emel yang dihantar kononnya nak mengingatkan kita tentang hari kiamat, tapi pada saya caranya tak betul bila dalam emel tersebut disertakan fakta-fakta tentang kiamat yang diramal pada 2012.

    Kalau betullah kiamat akan berlaku pada tahun 2012 eloklah saya enjoy sekarang habis-habisan dan tahun depan saya akan mula bertaubat, yelah dah tau kiamat bila kan.

    So saudara Mazidul, fenomena ini saya rasa patut diketengahkan.

    BalasPadam
  7. Bila sebut pasal tonto ni, teringat pula akan tonto dibandaraya JB ini. Setiap kali pihak JPJ menahan sebiji lori pasir, akan ada 5 hingga 8 buah jip tonto mengerumun pihat JPJ terbabit. Kesian. Sampai pihak bekuasa tidak dapat melakukan "kuasanya". Mungkin salah satu sebab, JPJ tidak ada alat keselamatan diri seperti Pistol. Ya..JPJ tidak ada pistol @ senapang @ cota. Kalau sepanjang perjalanan dari batu 5 Plaza Angsana sampailah ke pintu masuk Kastam anda akan melihat deretan SUV tonto yang memerhatikan setiap gerak langkah pihak berkuasa.

    BalasPadam
  8. Yanto dan sama ramai dengan masyarakat tempatan sehingga kampung melayu dah menjadi seperti kampung Yanto. Oh Malaysiaku. Nak harap JAIS pun terhad bilangannya, masyarakat kita pulak lebih suka penguatkuasa yang memantau dan ambil tindakan, kalau nak melaporkan pun kekadang tak bernafsu, mungkin kena buat sesuatu. Oh Malaysiaku.

    BalasPadam
  9. Ini Uniknya negara kita Malaysia, usaha terusan digembleng untuk mencegah Nahi Mungkar ini; cumanya masalah dosa sebegini takkan selesainya.

    Tapi pihak berkuasa jangan putus asa; nampak sukar & terancam di dunia tapi tidak di sana nanti.

    Mencegah dalam apa keadaan pun tidak boleh ada yang berkompromi dengan perbuatan jenayah & maksiat ini. Semua organisasi kena bergerak serentak biar pun ada tonto yang ligat pun amat cekap.

    Taktik operasi jua kena terusan dipelbagai sampai sukar dihidu oleh tonto ini. Kena selalu ingat di hati, sesuatu perjuangan yang baik itu lambat laun akan terserlah hasilnya.

    Bayangkan Islam Melayu kita di zaman 60an & era 2000 ini pasti kita nampak banyak perubahannya. Yang ketaranya pakaian perempuan Islam. Zaman dahulu jarang kita lihat anak gadis bertudung; sekadar berselendang sahaja.

    Cumanya zaman sekarang masalah maksiat, jenayah & keruntuhan moral yang lain penat mahu kita ulaskan!. Kulit nampak sudah cantik, kukuh & liat. Dalamannya sahaja kena banyak disedarkan.

    BalasPadam
  10. kita sama-sama berdoa agar penguatkuasa kat negara kita ni diberi kekuatan dari segi moral dalam menjalankan tugas mereka...

    BalasPadam
  11. kuasa yg terhad dan kurangnya kakitangan bg sesebuah negeri..itu alasan yg sering didengari tapi tidak pernah menghalang p'kuasa Agama bertugas dgn gigih..

    saudara mazidul..sbg makluman yg saya maksudkan dengan kuasa terhad p'kuasa Agama ialah mereka hanya boleh melaksanakan operasi di premis yg telah pun diwartakan sbg premis judi..bayangkanlah betapa sukarnya menerima komen dan aduan dr masyarakat berkaitan dgn judi laga ayam dlm estet,judi terup tgh bendang,judi mesin dlm kedai snooker dsbnya di tempat yg tidak diwartakan sbg premis judi..sekadar menggempur tapi tiada tindakan susulan dek kekangan peruntukan undang2..

    "Persoalannya, berapa kerat dan kerap Jabatan Agama Islam negeri lain mengikut usaha JAIS itu?"
    ~ mungkin ( ya, pd anggapan saya cuma ) JAIS mempromosikan kerja mereka berbanding negeri-negeri lain..:D

    BalasPadam
  12. apa kata aku,engkau dan kalian semua sama2 jadi pencegahnya....jadi volunteer bila ada operasi.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.