Isnin, Februari 22, 2010

P. Gunasegaram: Shut up!

Perenggan berikut saya petik dari artikel tulisan P. Gunasegaram, Pengarang Urusan (baca: Managing Editor) akhbar The Star berhubung kes sebat 3 wanita Islam dilaksanakan mengikut Perundangan Syariah.

‘This is clear indication that there are laws in our statute books – both syariah as well as civil – which are outdated and need to be revised in keeping with the times and the recognition that individuals have personal rights’

Artikel sepenuhnya, sila baca di sini.

Mendakwa Undang-Undang Syariah sebagai ‘oudated’, ketinggalan zaman, bukan hak Gunasegaram. Kritikan itu berhubung perundangan Islam sedangkan dia BUKAN beragama Islam. Jadi, biar ulama atau kelompok cerdik agama Islam melontarkan komen mereka.

Apa komen Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai dalam hal ini? Tidak ambil tahu? Tidak prihatin? Merestui tulisan Gunasegaram?

Jika Gunasegaram ingin memberikan komen berhubung kelonggaran di dalam perundangan sivil, silakan kerana undang-undang itu diapplikasikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kenyataan Gunasegaram seterusnya menarik perhatian saya.

‘We have all seen what happens when religion – no matter what religion – is carried to extremes and hijacked by bigots. We don’t want public flogging, we don’t want arms chopped off, we don’t want people to be stoned to death, and we don’t want people to be burned at the stake’

Jika ada tangan dipotong atau pesalah beragama Islam direjam sehingga mati mengikut Perundangan Syariah sekalipun, it doesn’t involve you (baca: Gunasegaram) and all other non muslims in this nation.

So, keep your mouth shut!

Masakan saya harus memperingatkan Gunasegaram, usah menulis berhubung ‘subjek’ sensitif terutama mengenai agama dan bangsa di negara ini sedangkan dia Pengarang Urusan (baca: siapa penyunting artikel dia?)

Kecuali jika dia berasa seronok menimbulkan kemarahan orang Melayu menggunakan akhbar berbahasa Inggeris dibaca ramai.

Kalau menjadi ketua parti pemerintah dan menjunjung Islam sebagai agama rasmi negara, saya pastikan Gunasegaram memohon maaf secara terbuka kepada semua penganut Islam di Malaysia. Biar dia tahu langit tinggi rendah.

Berikut senarai hieraki mereka terbabit dalam sidang editorial The Star.

EDITORS

Dato' Ng Poh Tip
Group Editorial / Education Adviser/Executive Director, Asian Center For Media Studies
(ACMS) (Penasihat Pengarang/Pendidikan Kumpulan/Pengarah Eksekutif, Asian
Center For Media Studies (ACMS))

Datuk Seri Wong Chun Wai
Group Chief Editor (Ketua Pengarang Kumpulan )

David PL Yeoh
Managing Editor (Pengarang Urusan)

P.Gunasegaram
Managing Editor (Pengarang Urusan)

35 ulasan:

  1. Membaca petikan-petikan dalam aktikel ini sudah pun membuat kita marah. Hendak dikatakan tidak cerdik, rasanya dia terlalu bijak. Tetapi dalam bijak dia, terpalit juga sesuatu yang dungu.

    Bagaimana pula kalau bangsa or agama lain komplen...bahawa perarakan Thaipusam tidak perlu diadakan kerana ia akan membuat jalanraya menjadi sesak. Memecahkan kelapa juga tidak perlu diadakan, kerana ia membazirkan kelapa dan air kelapa yang dibazirkan itu jika ditambah ais dan sedikit air gula bisa sahaja menghilangkan dahaga dikala cuaca panas. Kalau kita tegur begitu, cepat-cepat pulak keluar surat khabar atau media-media yang lain, kata umat Islam di Malaysia tiada tolenrasi beragama.

    Agaknya, kalau kita terus berlembut maka berterusan pulak kepala kita dipijak. Diharapkan pemimpin-pemimpin Islam atau bijak pandai Islam tolong ajar sedikit hukum-hukum Islam kepada dia. Jangan pasal artis jumpa ulama kecoh satu Malaysia ( tidak kira apa sahaja objektifnya ), bangsa lain injak-injak agama kita, semua diam menikus.

    BalasPadam
  2. bro mazidul, thanks for sharing..isu ni bila dibaca membuatkan saya berfikir kenapa isu2 sensitif berkaitan agama kini mudah diperkotak katikan org dari yang beragama lain?...sejauh mana kita boleh mempertahankan isu2 ni supaya ia tidak timbul lagi.

    BalasPadam
  3. Kita berharap bukan Islam tidak memberi pandangan berhubung pelaksanaan hukuman yang ada kaitan dengan Islam,. apatah lagi jika menghina dan membuat justifikasi seumpama ini.

    Kami pun tak sentuh tentang agama Hindu,... Harap pengarang seperti ini tidak terlajak bahasa lagi..

    BalasPadam
  4. susahlah kalau macam ni kalau bukan Islam pun dah mula nak masuk campur hal ehwal Islam.

    sudahlah kita diserabutkan dengan orang Islam sendiri yang bersifat munafik mengatakan hukuman sebat tu zalim..muncul pula si gunasegaran bla bla bla nih.

    BalasPadam
  5. mmg kurang ajar mamat nie..bkan hak die nk kate undang2 Islam nie outdated..bile tngok pola mamat nie berfikir ,ada ciri2 sekular sikit..agama bkan atas pada nama dan hiasan jer k..klo agama hanya pada nama jer ,baik tak yah beragama

    BalasPadam
  6. tah laa, mcm bagus sangat diri tu. mcm pandai sgt ....

    BalasPadam
  7. Ya...sememangnya kepada P Gunasegram dan lain2 non muslim yang tak hormatkan agama Islam... just shut up! We don't need u'r opinion!

    BalasPadam
  8. Rasanya dia ni belum habis study undang-undang syariah nak bercakap pasal outdated, extreme etc..

    Saya tak baca habis artikel dia tu pun sebab tak baca habis pun dah buat saya panas hati. Someone has to tell him about "the birds and the bees" ....

    BalasPadam
  9. Langkah sebat secara Islam oleh Perundangan Syariah amatlah dialu-alukan. Biar pun tak disebut berapa sebatan, biar pun tak dilakukan di kalayak ramai. Itu sudah cukup jelas ada kesedaran kita pun langkah awal terhadap perundangan Islam yang mulia ini.

    Jika ada yang menghina Islam sering Imam Masjid kita menyeru... kita kena perangi. Perjelaskan kemuliaan Islam itu bagaimana.

    Samalah kesnya semua ulama sependapat menghina Nabi Muhammad SAW itu hukumannya bunuh. Itu yang kita dengar dalam khutbah Jumaat saban minggu.

    Sebut balasan hina Nabi itu bunuh, apakah Islam itu ganas?.

    Maka itu orang kafir kena faham Islam ini bagaimana. Islam tak pernah mengganggu agama asing, tak pernah membedakan kaum lain dalam masalah kebajikan. Tetapi jangan ganggu atau hina masalah perundangan Islam. Pasti agama lain pun begitu.

    Menghina Tuhan mereka dalam banyak isu seperti berlaku kebelakangan ini bukanlah mereka yang matang.

    Gunasegaram sebaiknya menarik balik kata-katanya agar jangan sampai terusan mengguris hati orang Islam. Padahnya amat bahaya & boleh menjadikan pergelutan antara kaum & agama berlaku.

    BalasPadam
  10. yup, dia memang sepatutnya berdiam sahaja dari mencampuri urusan agama lain. tidak ku sangka, dalam PM memperkenalkan konsep 1Malaysia ada juga yang masih bersikap seolah-olah Malaysia ini dia yang punya.

    Malaysia, agama rasmi adalah Islam dan haram memakan babi, tapi kita tidak pula menghalang agama lain yg bermustautin di sini yang boleh makan babi dgn berkata 'kamu tidak boleh makan babi krn ini negara islam'.

    terimalah hakikat bahawa ini adalah Malaysia, dgn rakyat berbilang bangsa/agama dan islam adalah agama rasmi. tolong jangan wujudkan lagi perbalahan antara agama, kerana kita pasti tidak mahu ada lagi yg seperti israel dan palestin utk kali kedua di dunia ini.

    BalasPadam
  11. Saya sgt bersetuju dgn pandangan sdr mazidul di sini.
    Di sini pemerintah negara harus memainkan peranan mereka. Mana pergi KDN? Mana pergi akta mesin cetak? mana pergi akta hasutan? Tidurkah mereka. Bukanlah ingin menuding jari atau mencari salah org lain. Sekadar tertanya dan terkelu sendiri.
    Sedarlah wahai mamat editor ni, toleransi ada had dan batasnya. Jgn dah terantuk baru tergadah, baru tahu langit tinggi ke rendah.

    BalasPadam
  12. contoh terbaik manusia yang merasakan dirinya pandai.. akhirnya, akan memandai-mandai.. hingga mengakibatkan huru haranya oksigen di dunia ini

    BalasPadam
  13. Mengata Undang2 Sayriah kita outdated sama la seperti mengata...

    Patung emas Hindu di batu caves satu pembaziran paling besar...

    Kalau sakit hati baca....
    jangan sedap2 lain kali komen agama org lain.

    BalasPadam
  14. saya rasa pihak berkuasa patut memantau artikel yang ditulisnya...

    BalasPadam
  15. Salam,

    Pihak yang berkuasa perlu bertindak kerana ternyata kenyataan Gunasegaram sangat provokatif dan menghina umat Islam di Malaysia.

    Orang Islam pula perlu bangkit dan menunjukkan protes dan menuntut beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang biadap itu.

    BalasPadam
  16. Syabas atas pendapat Sdr Mazidul yang BERNAS & TEPAT.
    Moga penulisan Saudara mendapat ganjaran daripadaNya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  17. apa kate hukuman syariah tue diaplikasikan kepada semua rakyat malaysia...bukan orang islam jer...tengok...kesan nya...ader tak lagi kes - kes yang memalukan negara berleluasa????....

    BalasPadam
  18. coretan tuan maz kali ini menarik. nampaknya trend islamicphobia ni dah menjadi-jadi. Ingat tadi di denmark je rupanya ditanahair sendiri. Islam takkan tercemar dengan catatan ising artikel tu, Kataku pada beliau kalau tak faham belajar dan bertanya dulu atau masuk je Islam.

    BalasPadam
  19. En. Mazidul,
    Saya baru sampai opis ni ha.. balik dari Sri Pentas (kenapa saya ke sana? Tungguu...)- Belum hilang peluh di badan ni dek cuaca yg panas terik, bertambah pulak peluh kat hidung & kat tangan - Kenapa? Terlebih makan GARAM?? Eh.. Tak.. saya belum jamah makan tengahari lagi..

    Semuanya kerana hasil tulisan dari otak dangkal si TIDAK-Guna-Se-GARAM (Dengan izin - Kalu tak boleh publish harap delete k) tu lah... Ingat dia "lebih dulu makan GARAM" dapatlah berfikir dengan WARAS. Duduk di MALAYSIA dah cukup bertuah - Buatlah kajian pasal agama ISLAM yg mana "Do & Don't". Kami pun tau Lembu simbol keagamaan kaum HINDU, TIDAK boleh dimakan oleh penganutnya yg TAAT - Ape kata kalu dikatakan adat tu "OUTDATED" - Marah ke SUKA? Sendiri fikir lah...

    En. Mazidul, saya minta MAAF di atas kelewatan penghantaran Kurma - Sebab2 yg x dpt dielakkan - Sila proceed ke Pondok Pengawal Sri Pentas ya - Terimalah cenderahati tanda persahabatan yg x seberapanye itu... (kali pertama ke Sri Pentas dipandu oleh rakan sekerja, Cik Wangi - Kami balik bau musyuk le pulak... peluh 1 badan hehehe... - TERIMA KASIH Wangi!)

    BalasPadam
  20. Pn. Liza, pertama sekali terima kasih kerana sudi menghantar kurma.

    Saya bercuti sehingga 3 Mac, 2010.

    Tetapi kalaulah Pn email saya berhubung kedatangan ke Sri Pentas, saya tidak keberataan menunggu dan membawa Pn 'bersiar-siar' di pejabat saya.

    Macam inilah ya, kalau lain kali hendak datang ke TV3, email saya. Saya akan tunggu dan belanja makan tengahari.

    Apapun, sekejap lagi saya suruh penerbit 999, tolong ambilkan kurma itu dari post pengawal.

    BalasPadam
  21. tak pernah belajar dr kesilapan lalu..atau tak pernah diajar supaya jgn kurang ajar..

    BalasPadam
  22. Salah satu tanda-tanda akhir zaman adalah apabila urusan agama islam terdapat campur tangan dan diputuskan oleh orang yang bukan beragama islam.

    Seperti mana yang berlaku sejak akhir-akhir ini.Islam semakin lemah di Malaysia.Begitu juga dengan kerajaan..Itu saya perhatikan sekarang.

    Saya tertanya-tanya apa akan jadi pada masa anak-anak saya menbesar. Adakah mereka akan hidup dizaman Jahilliyah semula?

    BalasPadam
  23. DAH ADA SESIAPA YG MEMBUAT LAPORAN POLIS?

    YOP MENUNGGU DI BULETIN UTAMA MALAM INI UNTUK MELIHAT APA PERKEMBANGAN TERKINI-KALAU ADA DISIARKAN LAH.

    BalasPadam
  24. Ahiruddin Atan @ Rocky's Bru bawa tajuk "kenapa mereka tidak patut buat laporan polis" dalam entrinya yg terakhir http://rockybru.com.my/2010/02/why-they-should-not-lodge-police-report.html
    saya tidak faham sama ada ini adalah amaran si Rocky terhadap kita umat Islam agar bersabar atau tempelan sarcasm beliau. pada pendapat saya kalau ada pakar undang2 yg berpendapat kita patut bawa isu ini ke pengadilan, maka laporan polis sepatutnya dibuat. Ini adalah kes penghinaan terhadap hukum syariah dan tidak sepatutnya kita umat Islam berdiam diri dalam soal ini.

    BalasPadam
  25. bila hidayahNYA datang ...betapa tekunnya insan itu melebihi warga Islam keturunan..terus belajar mukadam..jumpa ustaz..

    * bukan mengata SIS..

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah... ramai yang prihatin dan sensitif dengan pandangan2 yg salah berhubung isu hukuman sebat ini.

    Walaupun hukuman itu belum menepati 100 % piawaian syarak, ia bolehlah dianggap tadarruj - iaitu proses beransur-ansur menuju kesempurnaan.

    P.Gunasegaram bukan Muslim - jadi dia memang tiada hak mencampuri urusan Islam. Lagipun, setakat manalah pemahamannya tentang Islam dan hikmah Allah meemerintahkan hukuman seperti sebat ini.

    Apa yang lebih menyedihkan ialah reaksi orang Islam sendiri yang menentang perintah Allah itu, termasuklah NGO berlabel Islam yang didokong oleh segelintir golongan yang ada kuasa dan pengaruh...

    Di sinilah peranan kerajaan untuk memberikan penerangan melalui media elektronik yang mempunyai capaian meluas kepada semua lapisan masyarakat...

    Jangan biarkan isu ini hilang ditelan masa dan akhirnya yang mendapat akibatnya ialah kita umat Islam semua...

    BalasPadam
  27. tak sempat tengok buletin tv3 tadi, ada keluar ke kes ni?

    BalasPadam
  28. Gerakan anti Islam memang telah berjalan sekian lama diseluruh dunia sejak dari mula Nabi Muhammad SAW diutuskan sihingga lah sekarang.Maka tidak hairan lah sekiranya perkara2 seperti ini terjadi dan akan terus menjadi jadi..Apatah lagi seandai nya iman dan amal islam itu sendiri telah mulai merosot dikalangan penganutnya dan semakin jauh dengan sunnahnya..

    BalasPadam
  29. En. Mazidul, la ni baru dpt ngadap lappy dgn aman - Hari pertama berkerja selepas cuti seminggu makanya, tersangatlah sibuk - Lagipun di pejabt x boleh curi tulang kan...

    Tu la... panjang cerita kenapa x inform sebelum dtg. Walaubagaimanapun, Saya sempat telefon ke TV3 pagi tadi tanya prosedur hantar parcel/cenderahati utk En. Mazidul. Mujur mudah & saya serahkan sendiri ke tangan Pegawai yg bertugas - Bagus kerja mereka, pantas, x byk songeh & yg penting bkn warga asing - Pegawai pertama yg berwalkie-talkie siap tanya "Brg ape? Dia dah tau ke belum? - Saya jawab selamba, "Ni Kurma, En. Mazidul pesan, saya bagi buat cenderahati" Diapun minta saya msk ke Guard Hse. Pegawai ke-2 siap tanya "dah telefon En. Mazidul? Telefon, jangan x telefon bagitau dia..." Saya x pasal2 jadi kalut "Dah, saya dah telefon, nanti saya bagitau kat dia" (apa punya melalut... no. tel pun x da hehe..) - Masa tu dah x dpt beza antara telefon dgn e-mail/blog & antara sudah/akan - mata berpinar dari luar terus masuk ke dlm G.Hse, fikiran pun celaru kot...

    Lagipun masa suntuk sgt - 1 jam waktu lunch cukup utk pergi & balik & terambil lebih masa sikit pergi bungkus makanan. Kalu berjumpa En.Mazidul mesti borak2 ringan - takut mengganggu tugasan (malu yg sebenarnya...).

    InsyaAllah,lain kali saya 'sudi bersiar2' bila kena dgn masanya ok (mesti best jika bersekali dgn bloggers yg lain2 kan...)- Pasal belanja makan, tu yg segan sbb Suami saya pesan, "Kalu jumpa kawan baru ke lama ke, awak yg belanja jgn suruh org belanja awak..." Baik Bang... pesananmu tersemat di hati.. (tapi Bang, sorang dua boleh le, kalu ramai kopak le Cik Tipah...)

    Apepun, Selamat Bercuti & Salam buat Puan yg terchenta. Kurangkan GARAM dlm masakan...

    BalasPadam
  30. mazidul,

    well said.

    nak tengok macamana Pak Brahim Ali N The Gang gasak si taraGUNA ni.

    N mungkin Dato Wong Chee Bai kena letak jawatan kot!??

    BalasPadam
  31. P.Takgunasegaram ni bukan sahaja jahil hukum syariah, malahan hukum undang-undang sivil juga. Dia ingat umor dia lebih 50 tahun dia nasib baik tak kena rotan. Sorry Guna. Kanun Acara Jenayah (CPC) dah dipinda pada tahun 2006. Seksyen 289 membolehkan mana-mana lelaki boleh di hukum sebatan walaupun usianya melebihi 50 bagi kesalahan-kesalahan seksual. Pada tahun 2008, seorang lelaki berusia 56 tahun dah kena 12 rotan.

    Sepatutnya seksyen itu dipinda untuk membolehkan lelaki macam guna juga dirotan kerana cuba menjadi mufti hindu mengeluarkan hukum yang berkaitan syariah. Bukankah kesalahan menghina ugama itu adalah kesalahan dibawah seksyen 198A Kanun Kesiksaan?

    Sepatutnya the Star pecat saya Takgunasegaram ni kerana nampak sangat otaknya tak lagi tajam kerana lebih 50 tahun.

    BalasPadam
  32. Dia ni kafir dah tentu pandangannya pun dari sudut pandangan kafir, dan kesilapan paling besar kafir ini ialah kelancangan mulutnya dan tangannya yang menulis sesuatu yang bukan bidangnya. Langsung tak tahu dan langsung tak faham apa itu undang-undang syariah tapi nak menulis jugak.........hasilnya dah tentulah tulisan sampah. Ini semua agenda syarikat surat khabar itu sendiri jika tidak mana mungkuin tulisan sensitif seperti ini diterbitkan. Setiap penulisan sudah tentu melalui proses tapisan, dan dialam kes ini ia dengan sengaja diterbitkan. Kemudian permohonan maaf yang tak seberapa dikeluarkan...........itu semua tidak cukup!!!!.........tindakan keras patut diambil, orang yang menggangu ketenteraman hati/perasaan orang awam harus diamblik tindakan....harap Polis dan kerajaan bangun dari tidur, ambillah tindakan sewajarnya, yang selesa berpejabat di Putra JAya tu dan sepatutnya bertanggungjawab, cukuplah tidur tu, air liur basi pun dah meleleh hingga kedagu takkan nak dibiarkan lagi syarikat penerbitan yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

    BalasPadam
  33. SI KAFIR SEMEMANGNYA AKAN MENENTANG HUKUM ISLAM DARI DI LAKSANAKAN TETAPI BAGAIMANA JIKA SI ISLAM SENDIRI MENENTANG? SEBAGAI CONTOH YG MUDAH -SISTER IN ISLAM.

    BalasPadam
  34. Buat sakit hati je dengar hujah orang kafir ni,tapi tak pe la aku bersyukur banyak2 yang aku dilahirkan Islam kalau aku pun hindu macam dia entahlah ....rugi seruginya!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.