Jumaat, Februari 12, 2010

Jika Tiada Lelaki ...

Perempuan selalu kurang berpuas hati dengan tingkah laku lelaki.

Ha! Jangan nafikan! Kalau ada berpuas hati secara keseluruhan sekalipun, bilangan mereka boleh dikira dengan jari.

Satu, dua, tiga, empat. Stop!

“Awakkan, tolong isteri basuh pinggan lepas makanpun susah sangat. Sesekali apa salahnya. Saya pergi pasar, masak nasi dan lauk, hidang, lagi banyak kerja, kan?,” bebel isteri.

Ada lagi …

“I suruh you kumpul duit, pinang I cepat sikit. Kalau tidak sampai bila kita begini? Kalau ada lelaki lain pinang I, menyesal tidak sudah you nanti,” tegur teman wanita.

Ada lagi …

“Ayah! Belikanlah mama rantai besar, kan birthday dia esok? Ini asyik wish ‘happy birthday’ sahaja, mana cukup,” komplen anak perempuan.

Begitu antara nasib lelaki.

Kekadang lelaki kelihatan kurang membantu, gagal memenuhi kehendak perempuan dan kurang menghargai.

Tetapi, bayangkan jika lelaki hanya sekadar membekalkan 'benih' untuk kelahiran perempuan sahaja dan mereka tidak berfungsi lebih daripada itu.

Hura-hara hidup perempuan.

Ops!

14 ulasan:

  1. uikk...mendalam sungguh ayat itu....

    kalau lelaki tiada, tiada manusia baru akan dilahirkan... :)

    nak tak nak lelaki dan perempuan saling memerlukan...hehe

    BalasPadam
  2. kalo takde lelaki... takde la benih benih cinta... hehehe

    BalasPadam
  3. Azrul, maaf. Saya telah mengubah sedikit ayat di perenggan ke 3 terakhir.

    How is that bro?

    BalasPadam
  4. Emm setuju pada saudara Azrul Hisham..Sama2 memerlukan.

    En Mazidul..cuba lawati blog dibawah ni :

    http://poserofloser.blogspot.com/

    Beginilah nasib anak bangsa Melayu kita..Lebih menarik kalau saudara Mazidul dapat buat ulasan dengan perangai muda mudi Melayu sekarang.

    BalasPadam
  5. Bro, kalau dunia ni tiada lelaki, we would not have spoken at length about what we have discussed at the "Kedai Kopi Bontot Rosak" earlier, isn't it?

    Towel... adoi...
    :)

    BalasPadam
  6. Perempuan xkan tau kepayahan laki untuk mencari nafkah hidup ><)"

    BalasPadam
  7. "Tetapi, bayangkan jika lelaki hanya sekadar membekalkan 'benih' untuk kelahiran perempuan sahaja dan mereka tidak berfungsi lebih daripada itu. "

    Kenapa ramai ibu tunggal yang mampu membesarkan anak-anak dalam serba kepayahan, dengan masalah nafkah anak tidak dibayar bekas suami dsb? Kenapa ramai bapa tunggal berkahwin lagi kerana tidak mampu menguruskan segala-galanya?

    "Perempuan xkan tau kepayahan laki untuk mencari nafkah hidup ><)" <- komen Eldy.

    Pada pendapat saya, hanya surirumah yang tidak berpendidikan tinggi sahaja yang kurang memahami perkara ini. Kalau isteri atau ibu itu berkerjaya, dia tentu faham susah senang nak dapat gaji hujung bulan. Hanya orang yang kurang produktif saja yang takkan faham sebab tiap-tiap bulan makan gaji buta atau separuh buta.

    Sesetengah lelaki suka mendampingi wanita atau memiliki isteri yang "fully dependent", yang manja, yang suka dibelai-belai, tiap-tiap kali hari yang istimewa, diberi bunga, cokelat.. sebab perkara-perkara ni menaikkan ego mereka.

    Sesetengah lelaki lain pulak suka wanita yang independent. Bukan jenis merengek atau cepat merajuk, boleh dibawa berbincang hal-hal serius, bukannya asyik nak bergossip hal artis, atau soal-soal domestik rumahtangga sahaja. Lelaki macam ni menghargai wanita dengan cara mereka sendiri, dan selalunya wanita yang gemar lelaki macam ni, takkan terasa hati kalau tak dapat bunga, cokelat, dapat ucapan pun sudah cukup membuatkan hati wanita berbunga-bunga.

    Kalau dapat suami yang mampu membantu menguruskan rumahtangga, alhamdulillah.. bertuah la wanita itu, kalau tidak, ambillah pembantu rumah.

    BalasPadam
  8. tiada guna berdebat hal lelaki dan perempuan. masing2 akan cuba menegak benang yg basah. sukar kerana lelaki dan perempuan punya entiti berbeza. belajarlah menghormati antara satu sama lain.

    BalasPadam
  9. combi sgt memerlukan seorg suami disisi sbb combi mmg "fully dependent" sejak dari hari pertama menjadi seorg isteri.

    tapi combi suka dilayan mcm gitu sbb dulu arwah ayah layan kami adik beradik pompuan pun mcm gitu jugak.

    " Eldy >> Perempuan xkan tau kepayahan laki untuk mencari nafkah hidup ><)"

    tahu dan wajib tahu sbb seorg isteri yg baik selalu bersama suami senang atau susah.tapi suami yg baik jarang menyusahkan isteri utk bercerita sesuatu yg membuat isteri merasa risau dan bimbang.semua akan ditelan sendirian kerana tanggung jawab terpikul dibahu suami.

    combi mengaku dan bersetuju bahawa seorg pompuan sgt memerlukan seorg lelaki disisi walaupun dia 'superwomen' melainkan kalau pompuan tersebut 2 alam...hiks :p

    *en mazidul...combi pernah mendgr kisah seorg suami yg dikurung dlm rumah sewaktu si isteri makan angin ke luar negara kerana cemburukan suami :(

    ha ha ha tak percaya??

    lu pikir lah sendiri :)

    BalasPadam
  10. cuma satu..... segala yang disipta oleh Allah s.w.t itu ada sebabnya..mengapa diciptakan makhluk ini berpasang2pasangan juga ada sebabnya....kerana DIA lebih tahu kita perlu mencari pasangan itu demi melengkapi kehidupan kita..kerana berdua lebih baik dari bersendirian

    BalasPadam
  11. Sedangkan dalam alam persahabatan pun kita memerlukan kaum lelaki untuk memberikan pandangan dan suasana berbeza, apa lagi untuk mengharungi hidup yang sebenar..

    so sudah tentu kita amat memerlukan mereka..

    Saling berkongsi tanggungjawab, baru lah terasa indah hidup...

    BalasPadam
  12. sgt setuju dengan audra sazreena and natasha :))

    Allah lebih mengetahui...sedangkan ovum tanpa sprema pon akan mati dalam 24jam n sperma tanpa ovum pon akan mati dlm tepoh 72jam...mgkn xde kaitan jam2 tu tapi hakikatnya ovum n sperma saling memerlukan each other utk hidup:)) menandakan pmpn n laki pon saling memerlukan each other utk hidup~

    da ckup cntik da lukisan alam ni....

    BalasPadam
  13. Kenangkan siapa Adam siapa pula Hawa;
    Siapa pujuk siapa sampai dua-dua kena campak ke bumi.

    Kalau tahu asal kejadian memang mangsa pujukan; maka tak baik nak perlekehkan lelaki pun sebaliknya.

    BalasPadam
  14. Lelaki dan wanita saling melengkapi sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Cuma dijadikan nafsu yang menyebabkan huru haralah alam ini tak kira lelaki mahupun wanita.Kita berhak untuk tidak suka tetapi tidak boleh membenci kerana dengan adanya wanita, umat manusia boleh berkembang sehingga perjuangan dan mati semasa melahirkan anak dianggap syahid. Pada saya kalau membebel tu kira normal la macam irama lagu yang kadangkala dirindu juga dan dikenang serta boleh jadi sayu pilu jika pasangan sudah meninggalkan kita. huk huk huk.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.