Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat dan Perjudian, D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, ASP Mahani Mohamed dan Cif Inspektor Azlihan Ishak bersama 13 anggota menyerbu 2 premis dilapor menjalankan kegiatan pelacuran di Lorong 123 dan 124, Jalan Petaling.
21 wanita disyaki pelacur berusia di antara 20 dan 36 tahun dicekup antaranya berasal dari Sabah, Sarawak dan Indonesia.
"Dari mana?," soal saya.
"Sandakan, Sabah," jawab gadis berusia 21 tahun ditahan, ringkas ( bawah: baju berbelang merah).
Melihat keayuan wajah mereka, hemat saya, ganjaran diterima pasti lebih lumayan jika mereka bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di pusat hiburan eksklusif di bandaraya berbanding memperdagangkan diri dengan harga RM30 bagi satu sesi pekhidmatan seks ditawarkan di premis diserbu.
Dalam operasi sama, 11 pelanggan warga Nepal, Myanmar dan lelaki Melayu serta India tempaan ditahan untuk siasatan.
"Ini beribu kondom tetapi kita belum kira lagi," ujar Cif Inspektor Azlihan (gambar terakhir: baju berbelang hitam putih).
Beliau kelihatan begitu bersemangat melayan setiap soalan dilontarkan wartawan media cetak dan elektronik.
"Kita syaki ada 2 mycard palsu, apapun siasatan akan dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan statusnya," ujar DSP Mahani.
Saya sempat merakamkan gambar bersama beliau. Sikap tegas pegawai berasal dari Kedah itu amat digeruni sindiket pelacuran khususnya di Kuala Lumpur. DSP Mahani juga difahamkan fasih berbahasa Cina.
Lelaki warga India, 28 tahun saya dekati (gambar: atas kiri).
“Saya tinggal sini Malaysia, 3 tahun, kerja besi buruk sana Sungai Besi,” katanya sambil menghalang gambarnya dirakam.
Saya tanyakan kepada anggota polis di lokasi, mengapa pelacur digelar 'ayam'?
"Sebab bila 'main' dia tak pakai kasut," balasnya sambil tersenyum.
"Ya ke?," soal saya kembali sekadar mencari kepastian.
Terlintas di fikiran, tidakkah pegawai dan anggota D7 terbabit pernah berasa bosan melihat pelacur ditangkap hampir setiap minggu?
Melihat bilik bertilam nipis dipenuhi tisu, mengira bilangan bungkusan kondom dan botol cecair pelincir?
Alah bisa tegal biasa, mungkin.
Operasi bermula pada jam 4.30 petang berakhir 2 jam kemudian.
baru saya tahu kenapa pelacur di panggil ayam... :)
BalasPadammmmm....tapi semua" main" punx pakai kasut la ......
BalasPadambab jawapan tak pakai kasut nak gelak,
BalasPadamkaki ayam main ayam,tidur ayam, hangat2 ayam,
togel macam ayam
hahahaha ketawa sy bila baca tang ..kenapa pelacur digelar ayam..sebab bila main tak pakai kasut ...hahaha
BalasPadamitik serati pakai kasut ka???
gambar no 3 n 4..gulp..!!!
BalasPadamx dapat diungkapkan dgn kata2..
salam angkel,
BalasPadamUcapan TAHNIAH kepada pihak berkuasa kerana telah berjaya selesaikan operasi ini dengan jayanya...
nak gelak pulak bila ai baca stetmen ni "Saya tanyakan kepada anggota polis di lokasi, mengapa pelacur digelar 'ayam'?
"Sebab bila 'main' dia tak pakai kasut," balasnya sambil tersenyum.
"Ya ke?," soal saya kembali sekadar mencari kepastian." ('',)
tuan Azlihan memang kelako ^_^
BalasPadamFaizul, yup! You are right. Semalam dia kerja keras, lepas tangkap ayam, tangkap kes judi.
BalasPadamAjak minum pun tidak ada masa katanya.
org lain 'main' pakai kasut ke??
BalasPadamha ha ha :D
Adoi!, ramainya kondom banyaknya pelacur!
BalasPadam(Kondom menyelamatkan baik dari insan, pelacur belum tentu!.)
Ini tempat saya lepak mencari ilham di zaman 70an & 80an lalu. Saya sering menulis perasaan saya tersentuh tiap kali berbual-bual dengan pelacur di sini.
Payah mahu membersihkan Lorong Petaling ini, kecuali dirobohkan & bina sesuatu yang bukan berbentuk pusat hiburan.
Zaman dulu pun ada gadis yang ayu bagai ratu melacurkan diri di sini; tapi agak sukar dikesan & liar untuk berbual. Pelacur yang agak senja yang rajin melayan saya berbual. Saya jenis suka menyungkil kisah lorong gelap ini. Zaman dulu lokasi pantai timur jadi sebutan; emmm! sekarang pula Sabah.
Adakah mereka ini benar-benar ingin menjadi pelacur, atau terjebak (tertipu) oleh manusia yang tamakkan wang ringgit. Aku rasa tak ada wanita yang teringin buat kerja ini. Sepatutnya pihak yang menjebak mereka harus dihukum.
BalasPadam