Ahad, Februari 07, 2010

'Buaya' Berahang Lebar

Izinkan saya berkongsi secebis kisah mungkin tidak diketahui semua secara terperinci.

Ramai lelaki pekerja berkolar putih gemar berkunjung ke karaoke eksklusif. Alasan mereka pelbagai, antaranya bertemu rakan dan melayan pelanggan penting kepada perniagaan.

Di premis karaoke mereka dihidangkan pelbagai minuman, air suam, Coca Cola atau arak, mengikut pilihan. Arak berjenama Chivas contohnya berharga RM80 di zon bebas cukai tetapi dijual dengan harga mencecah RM500 sebotol di pusat hiburan berprestij.

“Mummy, please bawa girls masuk,” itu permintaan majoriti mereka.

‘Mummy’, wanita kebanyakkannya bekas pegawai perhubungan pelanggan, GRO bertugas menjaga puluhan GRO. Melalui pengamatan, majoriti pelanggan, berhibur tanpa peneman mendakwa kurang menggembirakan.

GRO dibawa masuk ke bilik karaoke akan dibariskan, ‘parade’ di hadapan pelanggan. Mata pelanggan akan tertumpu kepada wajah dan 'menelanjangkan' tubuh mereka. Pilihan dilakukan berdasar citarasa individu dan dipastikan berbaloi. Ada pelanggan tertarik dibelai gadis kecil molek, tubuh sedikit berisi atau gempal. GRO terpilih, ’seated’ tersenyum, selebihnya berjalan keluar kecewa, dengan harapan akan dipilih pelanggan lain.

GRO dibayar mengikut kategori, ‘fly’ atau ‘booked’. Fly, GRO melayan purata 3 pelanggan mungkin berbeza bangsa di bilik berasingan. Tips minima, RM50 dikenakan dan GRO terbabit melayan setiap pelanggan kira-kira 15 minit sebelum berpindah ke bilik lain mengikut aturan. Booked, GRO akan berkepit dengan pelanggan sehingga pusat hiburan ditutup pada jam 3 pagi, kadar bayaran lebih mahal, mencecah ratusan ringgit.

Jika mabuk, sebilangan pelanggan bernafsu tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik air dengan persetujuan GRO. Kadar bayaran boleh dirunding, sebilangan GRO mengenakan caj sehingga RM500 bagi satu sesi, one shot. Tidak hairan jika bilik air di premis karaoke VIP dilengkapi sofa besar empuk, dijadikan alas pasangan pelanggan dan GRO melampiaskan nafsu buat beberapa minit. Benar, tidak semua pelanggan segelojoh itu, sebahagian besar berpuas hati hanya sekadar menggomoli GRO gebu bergetah disaksikan rakan lain dalam suasana samar. Bayaran lumayan, GRO sanggup dicium, diraba malah diperlakukan bak hamba seks untuk memuaskan kehendak pelanggan berpoket kembung.

Tidak dinafikan, GRO memiliki kemahiran menggoda. Mereka bijak menyentuh tubuh dan hati pelanggan.

"Abang baharu sampai ya?," sambil tangan lembut merayap ke paha pelanggan.

Itu perlakuan mukaddimah GRO dan dikatakan mampu membuatkan pelanggan berasa selesa.

Pada masa sama tubuh menggiurkan dipamer semaksimum mungkin, sekaligus tanpa ragu merelakan diri mereka disentuh untuk meransang nafsu pelanggan.

Pelanggan Cina gemar memilih gadis sebangsa atau gadis ‘diimpot’ dari negara China, ‘China dolls’, People Republic of China, PRC. Justeru, itu antara faktor mendorong lambakan PRC menyalahgunakan visa pelancong, berkhidmat di pusat hiburan di Malaysia secara haram. Biarpun tindakan itu bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/1963, mereka memperjudikan nasib berikutan permintaan tinggi dan bayaran lumayan, imbuhan bekerja di negara ini samada sebagai GRO atau pun pelacur.

Gadis Melayu pula digemari pelanggan berbangsa sama.

“PRC tidak boleh. Nanti bercakap macam ayam dengan itik, payah”

Itu antara komen mereka.

Tamat sesi berkaraoke, sebilangan GRO juga boleh ditiduri dengan bayaran mencecah RM1200 semalam, penginapan disediakan pelanggan.

Berkaraoke bukan agenda utama, itu rumusannya. Andai sekadar berhasrat berhibur, menyanyi bersama keluarga dan rakan, pasti premis karaoke keluarga seperti Red Box menjadi pilihan mereka. Tambahan pula bayaran dikenakan terlalu jauh lebih murah, pelbagai makanan disajikan serta dilengkapi sistem audio lebih berkualiti berbanding di beberapa premis eksklusif.

Jangan fikir hanya lelaki berhidung belang sahaja terbabit, kelompok lelaki memijak semut di hadapan isteri tidak mati sekalipun mampu menjadi ‘buaya’ berahang lebar sewaktu berhibur di lokasi tersorok dari pandangan masyarakat.

20 ulasan:

  1. sila perhatikan gerakan suami anda sekiranya mereka jenis "pijak semut depan isteri pun xmati"

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  2. Depends la, Bro.
    This is what we call the "luxury of choice"...

    Bukan semua lelaki bernafsu sebegini.
    Bagi yang memang bernafsu sebegini, pilihan ke karaoke sebagai alasan bagaikan suatu citarasa yang dikatakan unik.

    It's like motorsports, you know...
    Some would love Formula 1, some may say it's just a waste of time seeing million-dollar wastages going around in circles and opt for drift-races instead... (Contoh-lah!)

    But again, it is all about enforcement VS demand-supply.

    Kalau ada demand, supply mestilah ada.
    Kalau dah ada enforcement, ada pulak golongan yang suka mencabarnya...

    Just my 2 cents.

    P.S.: Still in JB? Please don't go for a "personal look-see look-see" at those karaokes pulak. Later not only the GROs, but sekali dengan mummy mummy diorang & the clients kolar putih lari lintang pukang macam tak cukup tanah... :P

    BalasPadam
  3. Pelik dan muskil...
    Kalau pihak yang diatas sepatutnya dah lama tahu...tempat macam ni memang tempat pelacuran mengapa diberikan lesen.Cerita yang tak pernah bertitik noktah umpama penagihan dadah.Satu soalan MENGAPA?

    BalasPadam
  4. SETUJU BANG KES NIH....cuba cekup golongan eksekutif skali tgok...asik yg kna cekup ikan bilis jer.....bila cara hidup tak ada panduan.....
    panduan yang ada diabaikan.....

    BalasPadam
  5. Time Management penting utk melunaskan kerja di pejabat.

    Kesabaran penting utk mendidik anak2.

    Wang penting demi kelangsungan kehidupan - tetapi jangan jadikan wang ringgit sbg jambatan dosa.

    BalasPadam
  6. Bila kerajaan 1Malaysia nak hapus maksiat macam ni. Lepas tutup pusat ni buka pulak tempat lain...
    Bila serbuan masuk TV. Tapi tak habis-habis jugak cerita ni.
    Lesen baru dikeluarkan juga sampai bila-bila pun tak selesai dgn maksiat.

    BalasPadam
  7. Salam Bro Mazidul,

    Saya setuju dgn Stephen Fah. Bukan semua lelaki begitu.

    Menurut Dr. Muhammad Jantan:

    “Bagi mengelak berlakunya ‘ancaman’ seperti itu pada usia 40 tahun, kita perlu ada prinsip dan paling penting, pegangan agama yang kukuh.

    “Jika pada usia itu kita pilih perbuatan tidak elok, kita akan terjebak melakukan perkara tidak elok. Jika memilih kebaikan, kita akan beroleh kebaikan,” katanya.

    Jadi, umur 40 tahun adalah turning point untuk lelaki sama ada nak jadi lebih baik atau sebaliknya.

    BalasPadam
  8. ..dan wang pun tak cukup..dalam sebuah keluarga, bila selalu digali..

    harap2 bukan wang hadiah sagu hati POJEK luar

    BalasPadam
  9. tidak ada yg percuma di dunia ini heheh umpama touch @ go ..nak touch bayar ler ..tapi itu dosa kasi tanggung laa ..jgn mati mata terbeliak..nahuzubillah

    Abg Maz jgn lupa publish soalan balas peguam DSAI kpd Saiful..kita lihat sapa yg kena ..

    BalasPadam
  10. rambut sama hitam, hati lain-lain

    BalasPadam
  11. Malaysia adalah negara islam,
    dan terdiri dari rakyat beragama islam dan bukan islam.

    Pemimpin kita beragama islam...
    menyediakan surau dan masjid, kuil dan tokong.. utk agama yg berbeda

    menyediakan sekolah agama dan kelab malam juga untuk agama yg berbeda

    kesimpulanya adalah apa yang kita 'kerjakan'

    NIAT itu penting

    BalasPadam
  12. mcm berahi skit bila bayangkan situasi diatas.

    ekceli tarak demand mmg tarak supply. masalahnya demand byk...
    yg supply pun ada sebab org mau kasik duit. kankang letak pelincir jer, pastu dapat 3-4ratus sehari. waktu tu moral tolak tepi lerr

    BalasPadam
  13. tu yang berkolar putih, mampu. yang berkolar biru,cm ne plak? ape care nk lepaskan nafsu? meliwat anak sendiri? memamg kes naya. itulah jenayah kolar biru mudah dan memang jadi perhatian pihak polis tapi jenayah kolar putih boleh perlekehkan undang2., cik mazidul, jom bongkar jenayah si kolar putih. x)

    BalasPadam
  14. Tak kira lah samada berkolar putih atau berkolar HITAM berdaki...

    kalu dah kena goda? Sendiri saja yang dapat menilai diri...

    BalasPadam
  15. Saya setuju dengan ayat bro yg last tu... sbb tu..... semua insuran, harta dan kwsp semua dinamakan atas nama aliyah.... instead of my hubby... Hutang je bagi kat hubby... GUARANtor... EKEKEKE

    Zaman skang... tanah kubur isteri masih merah, kompang suami dah bunyi lagi...

    Kalau panjang umur isteri, kompang suami berbunyi di Golok.

    BalasPadam
  16. Pernah arwah Apak berpesan, perempuan ini ada ketika dialah segala madu & penawar. Ada ketikanya pula dialah racun yang amat berbisa.

    Dalam hidup ini ada dua perkara amat perlu dijaga. Pertamanya perempuan, keduanya harta atau wang ringgit. Kalau dua perkara ini pandai meladeninya insyAllah perkara lain itu mudah sahaja mengurusnya.

    Ada golongan yang berharta & orang kenamaan yang baik akhlaknya. Sentiasa menjaga maruah & tak lupa zakat hartanya. Golongan ini yang amat baik dijadikan kawan.

    Rasanya golongan elite yang terjerumus ke tempat maksiat ini lantaran rakannya. Jika pandai memilih rakan takkan sampai ke tempat negini.

    Bagusnya orang macam saya tak mampu ke tempat begini. Maka duduk diam-diam. Dalam hati itu berkata-kata juga.

    BalasPadam
  17. ilmu, iman dan amal boleh membentengi godaan seperti ini. Kalau boleh elakkan sebab kalau dah terjebak boleh melekat macam gam tikus. Berdasarkan kes kaunseling keluarga, banyak kes seperti ini melibatkan lelaki berumur lebih 40 yang mana mempunyai kewangan yang boleh dikatakan stabil. Apa-apapun berhati-hatilah sahabat-sahabat, elak sebelum kena, takde pasal jangan cari pasal nanti kita menyesal.

    BalasPadam
  18. Macam-macam perkara boleh berlaku dalam dunia ini.. Dunia akhir zaman lah katakan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.