Selasa, Februari 09, 2010

Wanita Malaysia Romantik?

‘Romantik’ bermaksud ‘perlakuan mencetuskan pemikiran dan perasaan cinta atau ‘romance’ di antara pasangan lelaki dan wanita’.

Ya! Benar. Pasangan lelaki dan wanita, itu fokusnya.

Jika lelaki dan lelaki atau wanita dan wanita, mungkin kerap bersikap romantik tetapi selalunya dalam suasana lebih tersorok. Namun sebilangan pasangan sesama jenis tidak teragak-agak mempamerkan perlakuan sumbang kononnya romantik di khalayak ramai. Lihat sahaja pelbagai rakaman gambar tersebar di internet, wanita dan wanita berkucupan tanpa segan silu, lelaki dan lelaki berpelukan rakus tanpa rasa janggal.

Ops! Jika ditulis secara lebih terperinci, kelak bakal ada kelompok menyalak.

Mari kita kembali ke intipati sebenar.

Tanya wanita, pasti ramai mendakwa pasangan mereka tidak bersikap romantik.

“Sebelum kahwin, zaman dinasour menguasai bumi dahulu adalah pegang tangan. Jalan, pegang tangan, duduk, pegang tangan. Sekarang ini bila anak 5 berjalan di bandar, 2 batu jaraknya,” dakwa mereka.

Kenyataan sering disumbatkan ke telinga orang lain, kan?

Pada masa sama sebilangan lelaki selalu mempersoalkan kepentingan bersikap romantik? Sekaligus mereka mempertikaikan kepentingan beberapa perlakuan dihubungkaitkan dengan romantis.

Membarakah perasaan cinta jika berjalan sambil berpimpin tangan ketika bersiar-siar? Bergelorakah kasih sayang jika lelaki kerap menghadiahkan jambangan bunga kepada wanita, (akhirnya dilupuskan ke tong sampah)? Terpesonakah wanita andai sambil berbual di meja makan, lelaki menggenggam erat tangan mereka dan kemudian dikucup perlahan?

Ya, segelintir lelaki berbuat begitu tetapi majoriti berasa kekok melakukan perbuatan sama.

Saya tahu ramai lelaki dan wanita mengangguk kepala membaca kenyataan di atas. Maksudnya mereka bersetuju, hanya SEGELINTIR lelaki romantik, tidak semua. Justeru, timbul persoalan, mengapa? Segan, malu dan berasa janggal, antara alasan dikemukakan lelaki tempatan.

Namun senario berbeza dapat dilihat andai sikap lelaki barat diperkatakan. Tanpa mengira lokasi, mereka berdakapan dan berkucupan mesra dengan pasangan. Itu antara perlakuan dianggap romantik di kalangan mereka. Tidak dinafikan, segelintir pasangan tempatan juga melakukan perbuatan sama tetapi bukan di tempat awam. Mereka selalunya pasangan remaja dilamun cinta monyet, tidak mempunyai ikatan sah.

Ada kelompok berpendapat, bersikap romantik memerlukan kerjasama dua hala, ‘mutual’. Bukan sekadar mengharapkan lelaki sahaja mempraktikkannya. Wanita juga harus kreatif ‘mencipta’ suasana romantis. Usah marah jika lelaki juga mempersoalkan, romantik benarkah wanita Malaysia?

Apa usaha mereka lakukan?

Jika wanita sudah berusia dipegang tangannya dek pasangan berumur lebih kurang sama, sebilangan kaum Hawa spontan berkata …

“Awak biar betul, buang tabiat ke apa?”

Tersentak lelaki, lalu spontan melepaskan pegangan, kasihan melihat mereka.

Manakala di waktu malam ketika ke bilik tidur, sebilangan wanita masih muda didapati bersikap sambil lewa, memakai kain batik lusuh, rambut tidak terurus dan tidur tanpa semburan wangian badan, sekaligus gagal mencipta suasana romantik. Lalu suami lebih selesa dan rela tidur sambil memeluk anak kecil di bilik sebelah berbanding mendakap isteri.

‘What you give is what you get’, apa diberi, itu akan diterima.

14 ulasan:

  1. Puas hati jugak saya mendengar ulasan abg sebab sebelom ini kaum adam saja yang selalu dikatakan tidak romantik oleh kaum hawa. kaum hawa itu sendiri pandai mencetuskan suasana romantik kalau mahu lelaki bersikap romantik juga. jangan sentiasa mengharapkan lelaki sahaja yang bersikap romantik.

    BalasPadam
  2. Haha.. Setuju.. Tapi romantik pun kene berpade pade.. Kalau menunjuk sgt, naik rimas mate memandang

    BalasPadam
  3. sokong kate hajib.
    b'coz hubby sue berubah jd romantik lepas kawen.
    terpengaruh kot ngan perangai sue yg manja..:D

    BalasPadam
  4. sokong.... jangan penilaian itu disamakan dengan Barat...

    BalasPadam
  5. he..23x menarik gitew...

    statement last mmg betul bro.... ramai perempuan lebih suka menampakann keromantikan pasangan di khalayak ramai...

    cuma... bila xdilayan.. mula la tuduh itu ini

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  6. Salam BRO MAZ...

    Bagi saya, perlakuan romantis ni adakala kerana kita terikat dengan adab dan budaya... di sini jika dibanding dgn orang barat, berkucup depan umum adalah biasa dan menjadi budaya..

    Jika kita rasa tidak romantis, rasanya, generasi sekarang lebih memahami romantis bukan hanya pada perlakuan yang perlu ditunjuk depan ramai, tetapi sikap prihatin, ambil berat yang konsisten tanpa perlu menunjuk.. cukup 2 hala..

    rasanya, ramai sudah sedar kepentingan romantis dalam hubungan..

    dan tidak kurana pula yang menyalahgunakan romantis itu..

    BalasPadam
  7. Lagi malang suami berdengkur macam saya ini, asyik kena kejutkan lantaran pasangannya tak boleh tidur! maka ambil batal tidur kan anjung lagi bagus.

    Banyak faktor kut! buat lelaki Malaysia ini tak seromantis org barat sana.

    Panas, rimas, berpeluh pun satu hal & nak berkepit tangan di tengah panas rembang biar bebetul. nak tunjuk manja di bandar yang sesak nak nahas ke?. Pemandu Malaysia semua macam orang kena kejar harimau. Hati pun takut bersiar-siar di Malaysia ini; kalau sudah takut mana nak datang suasana romantis!.

    Ramai orang perempuan Malaysia pandang pada rupa, macho atau kekacakan pasangannya; bila orang buruk & boroi macam saya ini malu kalau nak pegang tangan depan khalayak ramai. Ngaku sahaja.

    Alasan.

    BalasPadam
  8. MAAF.

    Ralat ayat;
    Bagi saya, perlakuan romantis ni adakala kerana kita terikat dengan adab dan budaya...

    jika dibanding dgn orang barat, berkucup depan umum adalah biasa dan menjadi budaya..

    abaikan perkataan “DI SINI”

    BalasPadam
  9. kalu nak romantik berat-berat (berkucup) tidak manis di laku kan di khalayak ramai. setakat pegang tangan da berpeluk sudah memadai. bg yg dah sah kawen ya.
    jika saya tengok pasangan warga emas masih berpegang tangan dan bergelak happy. saya rasa mereka sangat bahagia dan ingin menjadi seperti mereka. bahagia kan.

    BalasPadam
  10. Pada persepsi saya, sikap romantik tidak boleh hanya dinilai dgn perbuatan/perlakuan sahaja. Borak2 santai bersama suami dgn nada yg lembut sambil menikmati secawan Kopi Radix pun boleh dirasai aura romantik tak gitu? Tak perlu gesel2 & lentik2 mcm kucing bersenam baru nak dikategorikan romantik.

    Peluk2, cium2, pegang tangan tanda perempuan tu romantik ke? Tanya saya. Jawab suami "Ape ke halnya?" "Asal mulut tak membebel, buat kopi secawan tak payah disuruh, picit2 pinggang, garu2 belakang (ni kena cuba best woo.. makin garu makin gataiii...), buang kuku kaki & tangan pun dah romantik le tu..." He.. hee... kan dah cakap tadi... bukan susah nak jadi romantik.

    Yang sebenarnya lain padang lain belalang - tepuk dada tanya selera - hanya anda yg tahu apa yg anda mahu.

    Pasangan yg terlalu menunjuk2 keromantisan mereka di khalayak ramai tu hentikanlah - berpada2lah - hamburkanlah keromantikan kalian di tempat yg sepatutnya buat pasangan yg selayaknya.

    BalasPadam
  11. ...eden blajo dari atok wan & bapak eden. Diorg tak pernah pon beromantik2 depan eden... belakang2 tak tahu lar eden :D
    > abih, eden bukan omputih nak ikut caro diorg... ikut caro atok wan & bapak eden la sepatuitnyo kan?
    > lain lar kalo eden Brad Pitt, bini eden Angelina Joling ...ehh!! Jolie ...he..he..

    BalasPadam
  12. senang cite pmpn n laki same2 kne titik beratkan "romantik" setelah pernikahan n bukan di khalayak rmai..stkt pegang2 tgn ok kot tp mslh negara kite ni nanti budak2 hingusan terikut2 gaya org dewasa tu susah..if negara barat lain..diorg pgg tgn,cium,peluk,,,sume tu setiap range umur leh wt...i mean tu cam budaya diorg dah tp bukan budaya kite...so romantik la kt rumah bdua2 je~

    BalasPadam
  13. adakah romantik diutamakan dalam wanita malaysia? apa cabaran lain wanita melayu dalam dunia tanpa sempadan dgn lelaki melayu boleh meneroka di luar? begitu juga wanita boleh meneroka di luar? hilangkah melayu malaysia

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.