Jumaat, Februari 19, 2010

Lumrah Harus Diubah

Lihat kejadian di sekeliling kita.

Sepanjang berkawan, bersahabat, bercinta dan berumahtangga, banyak kejadian pahit manis dilalui 2 insan.

Namun sebaik pertelingkahan berlaku, kerapkali hanya perlakuan dan kenangan buruk menerjah jiwa dipertikaikan keduanya.

Seolah-olah peristiwa manis langsung tidak pernah tercipta di antara mereka.

Itu lumrah manusia, lumrah harus diubah andai manusia ingin kekal bahagi.

17 ulasan:

  1. iman dan akal harus diutamakan,kesabaran dan ketakwaan mesti dikukuhkan....
    berbaik sangkalah sesama manusia,ketika bumi masih berputar dilingkarannya,ketika matahari tidak jemu memancarkan sinar,sebelom hari penentuan tiba...kerana masa tak dapat dihentikan.....

    http://rimautokakpedang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Cantik nukilan Tuan Maz pepagi ni. Gaya macam bersajak penuh makna mendalam. Syabas dan untuk ingatan bersama tentang sikap kita sehari-hari. Sikap yang ditunjukkan oleh orang lain adalah refleksi dari sikap kita juga. Niatlah untuk buat yang terbaik setiap hari pada diri dan orang lain.

    BalasPadam
  3. betul :) ape yang penting, fikirkan yang positifff! :)

    BalasPadam
  4. en mazidul..hidup kita bukan utk menongkat langit selamanye.kita akan kembali ke tempat abadi yg telah dijanjikan syurga utk org yg beriman dan neraka utk org yg engkar.

    so marilah kita berbuat baik maaf memaafkan sesama insan kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi utk selamanye...

    wallahualam.

    BalasPadam
  5. Easier to forgive than forget..

    Kenangan manis saya ibaratkan seperti kaya yang disapu di atas roti.

    Kenangan pahit ialah ibarat pisau yang digunakan sehingga roti tersebut tertebuk atau terkoyak..

    walau macam mana manis pun roti tersebut di sapu kaya... mana mungkin boleh disorok kesan tebuk atau koyak tu?

    Luka memang boleh sembuh..
    parutnya tetap ada...

    BalasPadam
  6. Biasalah, Bro.

    Kalau dah namanya "argue", mana mungkin lagi nak bawak cerita elok-elok?
    Semestinya, kata-kata yang biasa dilemparkan adalah bertujuan untuk menyakitkan hati semata-mata...

    While some would go all out to hurt each other during an argument, some may also use this opportunity to improve their relationships.
    For the best of relationships are like diamonds; if you don't grind them hard enough, you may never see the true beauty in them... :)

    Kita hanya boleh mengharap lebih ramai pasangan zaman sekarang boleh berfikir secara lebih matang, agar kenangan peristiwa manis boleh dijadikan sebab yang lebih kukuh untuk mengenepikan hal-hal yang remeh yang dijadikan sumber atau sebab perselisihan.

    My humble opinion, Tuan Tanah :)

    BalasPadam
  7. cuba ingat lirik sandarkan pada kenangan. kene ingat yg best2. tp time marah mana ada pikir yg best2. tunggu cool down dulu

    BalasPadam
  8. Bro,

    Idealnya, sepatutnya, begitulah.

    Walaupun manusia itu tidak sempurna sifatnya, mengubah lumrah saya kira, masih boleh dibuat.

    Namun itu kata kita. Tak kena kat kita. Kalau kena kat batang hidung sendiri, belum pasti lagi kita sendiri mampu buat apa yang kita kata.

    Saya tidak tahu.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum,
    bila hubungan silaturahim di bina tanpa sedikit telunjuk ISLAM, maka pincanglah hubungan silaturahim tersebut.
    Lumrah hidup kini telah di tolak wujudnya qada' dan qadar dari ALLAH swt..
    maybe kita ni tak la seiman mana..tak sealim mana...tak sempurna mana..tapi tak salah ketika hendak memulakan silaturahim kita mulakan dengan bismillah dan salam..itu pun sudah cukup membahagiakan pasangan atau sahabat kita...

    :)

    wassalam

    BalasPadam
  10. Itu semua asam garam hidup berumahtangga. Tadi saya baru nikahkan satu pasangan, perempuan umur 18 tahun, tengah tunggu SPM, dah mengandung 5 bulan. Lelaki umur 21 tahun. Apa lagi nak disesalkan, semuanya dah berlaku. Mudah-mudahan berbahagia dalam perkahwinan ini.

    Biasalah, sebelum kahwin, semuanya seronok, dah kahwin belum tentu semuanya indah.

    Tadi juga ada satu kes cerai, lepas tu dua-dua datang pejabat untuk rujuk pula. Apa cerita sebenarnya, mereka saja yang tahu hal rumahtangga mereka, anggapan saya belum tentu semuanya betul.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Selalunya begitu lah lumrah nya,masa suka kentut pun wangi dan kalau boleh kentut selalu pun tak apa,ingin ku menghidu nya sekerap mungkin...tak apa hanya kau dan aku je yg tahu.
    Tapi bila dah tak suka pakai minyak wangi berbotol2 pun dikata bau awak macam taik..kalau boleh satu dunia nak diberitahunya bahawa awak tu teruk...

    Hanya bila ada iman dan amal manusia mampu merubah dari lumrah yg buruk ini kepada yg baik dan bahagia.

    BalasPadam
  12. Memang susah nak mendidik hati - Apabila disakiti, terkenang sampai mati.

    Apepun, jika kita selalu saling ingat-mengingatkan, maaf-bermaafan di tanah yg subur ini, InsyaAllah, sifat ihsan kita akan mengatasi emosi.

    BalasPadam
  13. bersyukur jika diri sendiri dapat dididik menjadi pemaaf dan tiada dendam sampai bila-bila...

    BalasPadam
  14. memaafkan antara satu sama lain adalah jalan terbaik walaupun parutnya mungkin akan kekal....

    BalasPadam
  15. Hidup ini penuh dengan kepalsuan yang cuba disembunyikan.....
    Maka, setiap orang itu harus cuba berlaku jujur dengan pasangan masing2 semampu yang boleh.
    Sebab itulah...masa bercinta semuanya indah, bila sudah berumah tangga terbongkar segala rahsia2 diri termasuklah kelemahan2 yang cuba disembunyikan dulu...Akhirnya rumahtangga berkocak maka wujudlah fenomena : Bercinta lama dan seronok , berkahwin sementara dan derita.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.