Jumaat, Februari 12, 2010

Apa Ertinya 'Excellant Command Of Spoken And Written Chinese'?

Saya membaca tempelan blog Datuk Ahirudin Attan, Rocky’s Bru, ‘Jobs In Malaysia’.

Sekaligus tertarik dengan intipati disampaikan beliau.

‘Excellent command of spoken and written English and Chinese’

Itu antara syarat untuk memohon kerja kosong ditawarkan syarikat cukup dikenali di negara kita. Malah melalui pengamatan saya, banyak syarikat lain turut mengenakan syarat sama sewaktu mengiklankan kerja kosong di akhbar mahupun di internet.

Benar kata Rocky, ‘BM is not needed’. Maksudnya Bahasa Malaysia bukan tuntutan dan keperluan dalam permohonan. 

Namun, saya ingin mempersoalkan beberapa perkara. Apa ertinya kenyataan, ‘excellent command of spoken and written Chinese’? Ada ke Bahasa Chinese? Atau ‘Chinese’ itu lebih menjurus ke arah dialek seperti Hakka dan Hokkien atau Bahasa Mandarin?

Hemat saya, iklan terbabit sepatutnya ditulis … ‘Excellent command of spoken and written Bahasa Malaysia and English (knowing Chinese dialects is an advantage)’.

Apapun, jika dibaca secara teliti syarat tawaran dibincangkan, maksudnya pemohon kurang atau tidak fasih bercakap dan menulis, ‘exellent command of spoken and written’, ‘Chinese’ (apa sekalipun maksudnya) tidak layak memohon pekerjaan ditawarkan?

Jika jawabannya ‘Ya’, jelas tiada suntikan semangat 1Malaysia dipraktikkan syarikat terbabit.

Apa perasaan kaum lain jika iklan pekerjaan dicatatkan seperti berikut?

‘Fasih berbahasa Malaysia’

Maksudnya calon kurang atau tidak fasih berbahasa kebangsaan tidak layak memohon kerja kosong ditawarkan.

‘Fasih’ bererti, bercakap menggunakan bahasa Malaysia secara betul dengan sebutan tepat.

Jangan tanya, ‘Lu olang talak pigi makan ah?’. Itu bukan Bahasa Malaysia, justeru tidak layak memohon.

Jangan cakap, ‘Incase you olang cannot come to the meeting aaaaa, mati I lor, bos mesti malah oooo!’. Itu bukan Bahasa Malaysia dituturkan secara fasih maka tidak layak memohon.

Begitu juga kenyataan berikut.

“Niama! Lu olang talak bole mali tolong sama saya angkat itu limau punya kotak ah?”

Penutur tidak layak memohon.

Jika saya pemilik syarikat mewajibkan syarat ‘fasih berbahasa Malaysia’ untuk memohon jawatan ditawarkan, hanya beberapa individu berkelayakan memohon.

Antara mereka Stephen Fah (rakan), Datuk Seri Ong Tee Kiat, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Puan Wong Pok Hing (guru Matematik Tambahan saya ketika di tingkatan 5, Sekolah Menengah Dato’ Zulkifli Mohd), Datuk Seri Liow Tiong Lai …

Siapa lagi? Nanti saya fikirkan kerana bilangan mereka boleh dibilang menggunakan jari.

Fikirkan juga jika pemilik syarikat berbangsa India mengenakan syarat berikut.

‘Excellent command of spoken and written English and Indian’

Indian? No lah! Tamil probably?

17 ulasan:

  1. Huh. Setuju dengan ini. Kebanyakan syarikat mengenakan syarat "Chinese" itu sendiri.

    1Malaysia?

    Tgk iklan, fikir kembali.

    BalasPadam
  2. Dari apa yang abg Mazidul ulaskan, baru saya perasan dari iklan kerja sahaja sudah tidak melambangkan 1Malaysia. Bahasa lain lebih diutamakan dari bahasa kebangsaan. Inikah 1Malaysia?

    BalasPadam
  3. sebenarnya, dah lama saya perasan iklan-iklan kerja kosong yang ditawarkan 'kebanyakan' syarikat-syarikat swasta di Malaysia ni.Masa saya di UiTM dulu, ada pensyarah menasihatkan kami untuk memilih Bahasa Mandarin sebagai subjek bahasa ketiga berbanding Bahasa Arab/Jepun. Ini kerana,pasaran kerja pada masa akan datang, bakal dikuasai oleh kaum cina dan SEMESTINYA, mereka akan mengutamakan KAUM MEREKA berbanding kaum lain. Jika ada iklan seperti ini, sebenarnya, syarikat ingin mencari bangsa mereka/KAUM MEREKA. Tak payahlah kita nak terhegeh-hegeh mohon jawatan tu. Siapa yang bersifat perkauman sekarang ni?..Melayu atau CINA?...

    BalasPadam
  4. Bagus! Entri yang bagus! Setuju sangat setuju.

    Banyak iklan kerja kosong yang tertera sebegini, langsung tak menggambarkan 1Malaysia seperti yang disarankan oleh PM kita.

    Lebih tambah kecewa, ada juga iklan kerja kosong tulis 'Job vacancy! Non-muslim only'...ada juga iklan bertulis 'Chinese only'....padahal kedai itu hanyalah sebuah kedai pakaian shj.

    BalasPadam
  5. Bro, let say this:

    benda ni dah lama dipertikaikan oleh banyak pihak. Even in early 2000, this issue were raised by a politician kenapa ada keperluan untuk letak Bahasa Inggeris dan Chinese.

    Jabatan Buruh ada meletakkan satu garis panduan, semua surat lantikan (appointment letter) wajib ditulis dalam Bahasa Malaysia, kecuali contract worker. Dan ratio non Malays dan Malays juga mesti seimbang.

    Tapi bro, kalau yang datang memohon tu, confidence pun haprak, serabai, antar resume letak gambar pakai topi and calling themselves graduates, if you ask me, saya pun taknak ambik diaorang kerja.

    Maka, mengelakkan dari susah, mereka letakkan keperluan Bahasa Inggeris sebab mereka tahu, Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara ini maka tak perlu kot letak dalam keperluan jawatan kosong tu. Alangkan nyonya dan apek pun kekadang boleh cakap Melayu fasih, apatah lagi bangsa kita.

    Tetapi apabila mereka letakkan keperluan bahasa cina, ia tidak semestinya berlaku cenderung kepada pemilihan kaum semata mata, ada jugak orang Melayu yang bersekolah di sekolah Cina dan pandai menulis dan bijak berbicara dalam bahasa itu. Selagi mereka tidak letak "Hanya bangsa Cina dibenarkan memohon," I think its ok.

    Dan orang Melayu, kenalah ingat, kalau bekerja dengan bangsa Cina, kita banyak belajar mengenai cara pengurusan perniagaan seperti jangan baru untung sikit dah pegi London dan Paris. Alamak, terasa aku. Ciss.

    And remember, siapa kuasa ekonomi di Malaysia ni? Melayu? Kan elok kita ingat: if we cannot beat them, join them.

    BalasPadam
  6. kalau excelent written in chinesse, rasanya dlm 5 tahun lagi,org cina sendiri tak layak memohon kerja kat syarikat cina.
    Ni kerana, ramai remaja berbangsa cina dari sekolah kebangsaan,memang fail untuk tulis cina, cakap cina (selain kantonis) dan memahmai dialek lain (selain kantonis). Saya sendiri ejek mereka kerana dah hilang jatidiri dan selalu juga saya kata mereka2 ini sering ponteng kelas POL (people own language).
    so,akan sampai satiu stage nanti, anak2 cina sendiri kena tusyen bahasa cina...so,kita nak ketinggalankah?

    BalasPadam
  7. menggangur di bumi sendiri..

    menang dari sudut/segi penyediaan IPT dan pusat latihan..

    BalasPadam
  8. Salam ,

    Hairan juga kenapa masyarakat melayu tak nak belajar lebih bahasa ? Bahasa inggeris tak nak , nak guna bahasa malaysia ( i mean isu sains & math in english , kerajaan buat begitu kerana demi kebaikan pelajar2 , untuk memperbaiki dan melatih atau membiasakan mereka dengan bahasa inggeris).Memang tidak dinafikan Bahasa Malaysia mencerminkan identiti dan bahasa rasmi negara kita .Tapi kita kena ingat kita juga turut berurusan dengan negara lain . So bahasa inggeris diperlukan sebagai bahasa penghubung.

    Apa salahnya belajar lebih bahasa, ia akan membantu kita dan memberi manfaat kepada kita , bukannya rugi kalau belajar bahasa lain .

    Pekerjaan seperti pengawai perhubungan awam memerlukan calon fasih dalam bahasa lain kerana merlu perlu berurusan dengan pelanggan dan menjadi orang tengah dan translator .Oleh itu bahasa lain diperlukan .(contoh peniaga atau pelancong dari china ,tidak semua mereka fasih berbahasa english atau boleh berbahasa english , oleh itu bahasa mandarin diperlukan sebagai bahasa penghubung.) sekiranya kita fasih dengan bahasa orang tersebut maka kemesraan akan wujud ,dan komunikasi akan menjadi mudah .

    BalasPadam
  9. hahahah~ xasabar rasenyer nak tahu kalu ada orang nk pertahankan syarat nih...atas dasar ape....???kalau syarat fasih berbahasa malaysia tu mungkin masok akal...sebabnya kita skang kat Malaysia....ko guano gu???

    BalasPadam
  10. 1Malaysia!!sejauh mana penghayatan?atau mmg tiada pengertian..bunyi sedap,ape yg berlaku sebaliknya..

    BalasPadam
  11. p.u.j.a.a.n.s.e.7.e.n

    Anda betul...
    Jangan sampai 1Malaysia menjadi retorik semata...

    Sdr Mazidul,
    Taknak ulas berkenaan 'Nasib Tulisan Jawi di Malaysia'..
    Saya pernah buat research di sebuah sekolah di Kedah tahun 2001,
    80% anak Melayu tidak tahu menulis nama sendiri dalam tulisan JAWI..

    BalasPadam
  12. konon je 1 malaysia tapi realitinya????

    hampehhhhhhhh

    brlakon!

    sejarah sejarah sejarah
    manusia sudah lupa sejarah

    BalasPadam
  13. oh yaaa...

    selamat hari raya cina

    agagagggaaga~

    BalasPadam
  14. salam maz,

    hik hik hik...i like this entry!

    sikalang malaysia manyak ala POBLEM...

    BalasPadam
  15. Apa lah ertinya membelanjakan ribu-ribu RM bagi mempromosikan MBMMBI, sedangkan realitinya BM masih lagi tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya. Ramai dari kalangan pemimpin sendiri tidak menggunakan BM samaada dalm majlis formal ataupun tidak formal. Adakah laungan memperkasakan BM itu sekadar omongan kosong?

    BalasPadam
  16. Siapa yang bantu siapa sebenarnya, siapa yang sayang siapa, siapa yang ambil kesempatan sebenarnya, siapa milik siapa, siapa yang kini perlekehkan kita.

    Bunyi macam perkauman, hakikatnya siapa yang jual bangsa sendiri. Sebagai contoh saya 28 tahun berhubung rapat dengan masalah pendidikan kaum kita. Sekarang pergilah ke Fak. Kejuruteraan di IPTA, kaum siapa ramai kini setelah diperkenalkan sistem merit.

    Sudah rasa di Universiti Hong Kong. Bangsa kita salahkan bangsa sendiri kononkan malas belajar pandai-pandai, pula tu perketatkan memasukan ke IPTA, jika IPTS saya tak kisah sangat.

    Apa jadi ekonomi kita siapa yang pegang kini; katanya orang kita tak pandai berniaga. Tak bermodal, asyik dengki. Itu sahaja ceriteranya.

    Jadi jangan komen hak mereka nak ambil pekerja untuk majukan kompeni mereka. Mereka bukan berniaga dengan Melayu, mereka telah berniaga dengan China di tanah besar sana. Mereka berniaga denga cina Hong Kong sana.

    Kalau kita punya kilang, kita punya kompeni okey!lah.

    Saya pernah ulas perkara ini, anak saya nak buat praktikal di kilang mereka pun tak dilayan. Sebab anak saya di Poli, kau mereka sebut MARA atau Poli amat sensitif. Kita Melayu mereka cina. Kita nak kata apa?.

    BalasPadam
  17. tidak salah belajar bahasa inggeris dan bercakap menggunakan bahasa inggeris.tp orang melayu sekarang pun sampai lupa dah macam mana nak bercakap dalam bahasa melayu.terutama sekali sekalian cerdik pandai yang tak berapa pandai kat luar sana tuh..ngan pakcik..makcik2 kampung pun nak speaking gak..aper ke hal..sampai satu tahap org melayu pun dah tak reti nak bercakap bahasa malaysia..itu juga lah yang berlaku pada suma anak muda kaum cina sekarang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.