Saya teruja buat seketika sewaktu dimaklumkan seorang daripada pembaca, tanpa disangka tempelan ini menarik perhatian penulis blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2, ‘Ulama Pewaris Nabi’ (Baca: ulama pewaris nabi, bukan semestinya penulis).
Penulis secara semberono mendakwa saya tidak memuatkan laporan kes jenayah terkutuk ‘Anakku kekasihku’ (berita penuh di tempelan di blog sama) di blog ini, kononnya kerana kes terbabit bukan berlaku di Kelantan (kes Johor). Sila baca di sini berhubung dakwaannya.
Untuk rujukan, kes itu dimuatkan di akhbar Harian Metro, HM semalam. Jualan naskah (circulation) HM dilaporkan melebihi 400,000 sehari. Blog saya hanya dilayari purata 2,400 pembaca unik dalam tempoh 24 jam. Dibandingkan, teramat kecil 'pengaruhnya' berbanding HM. Manakala editor dan wartawan HM dibayar gaji, saya menulis secara percuma. Justeru, mereka dipertanggungjawabkan membuat liputan kes 'hangat' untuk meraih bilangan pembaca di Malaysia.
Pada masa sama penulis blog juga menuduh kononnya saya bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, BN dan sekaligus cuba memalukan kerajaan Kelantan kerana menulis tempelan ‘Bayi Dibakar Di Kelantan’.
Berikut cacatan penulis di dalam blognya (dan komen saya, tulisan berwarna biru).
'Memang sah (Siapa sahkan? Awak sendiri?) Mazidul Akmal bersengkokol (Ada ke perkataan ini?) dengan Kerajaan BN dalam menjatuhkan imej (Wow!) dan kerajaan negeri Kelantan. Lihatlah tajuk dan isi tulisannya yang menjurus memalukan (Subjektif) negeri Kelantan. Kenapa Tajuknya sengaja ditulis DI KELANTAN? (Bukan kes terjadi di Kelantan ke?) Dan keterangan dalamnya yang memerli seolah-olah ('seolah-olah': Perkataan membawa maksud tanggapan, sama seperti 'rasanya', 'saya fikir') Negeri Kelantan tidak patut berlaku perkara tak elok kerana jolokan Serambi Mekah. (Ini pandangan penulis blog terbabit bukan pandangan saya). Beliau bukan wartawan bebas (Ya! Betul kerana saya penulis blog peribadi) tapi cenderong ke UMNO/BN (Dia Presiden UMNO ke?). Mudah-mudahan dapat anugerah cepat macam Karam Singh ( Dapat anugerah tetapi cuma (1) satu sahaja, piala, sijil dan RM1,500 (Read: Bukan UMNO bagi))'
Komen lengkap, baca di sini.
Ya, saya menulis dan mengulas berita disiarkan majoriti akhbar tempatan itu. Bersekongkol dengan BN? Wow! BN itu parti, individu spesifik? Memalukan kerajaan Kelantan? (Baca: Marah pemilik kedai kopi, Din Tokyo, sahabat baik saya di Kota Bharu) Menuduh suspek rakyat Kelantan? (Baca secara teliti) Memerli? (Baca: Itu 'subjektif' dan tidak tertakluk mengikut Kanun Keseksaan)
Penulis, fikir, fikir, fikir dan baca tempelan itu secara teliti. Perlukan lebih banyak masa? Fikir, fikir dan fikir lagi.
Tet! Your time is up! I am sorry. Saya percaya 100% dakwaan itu tidak (Diulang: tidak) benar sekaligus gagal dibuktikan dek penulis tempelan di blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2, biarpun dia cuba menjelajah ke utara, selatan, timur mahupun barat negara ini.
Fitnah. Hukumnya pasti dia lebih arif.
Apapun, mujur tiada dakwaan saya dibayar BN untuk memuatkan satu tempelan kecil terbabit (Baca: Hasil pengiklanan Nuffnang tidak seberapa setakat ini).
Apapun, itu barangkali amalan biasa penulis blog itu secara spesifik, menulis berdasarkan tanggapan, bukan fakta. Mungkin dia boleh menggunakan Pak Cik Google dan kemudian mendapatkan maklumat dan memahami perbezaan di antara erti perkataan tanggapan dan fakta secara lebih jelas.
Jelasnya, saya tidak bermaksud menyelar penyokong PAS kerana bukan tentu saya penyokong BN. Lagipun, masih ramai kenalan saya di kalangan penyokong PAS dan BN tidak cepat melatah, bercakap dan masih menulis berasaskan fakta.
Sejak blog ini dibuka pada 13 Mei 2008, banyak tempelan berhubung kes jenayah saya muatkan di sini termasuk kejadian antaranya berlaku di Selangor (sebelum dan sehingga Parti Keadilan Rakyat, PKR memerintah), Johor, Sabah dan Sarawak, bukan hanya di Kelantan.
Jenayah berlaku tanpa mengira lokasi, itu fakta biarpun tidak bernombor. Di Kelantan, antaranya saya pernah membuat liputan kes bunuh, rogol bergilir-gilir, dadah, kereta ‘piang’ serta penyeludupan beras dan minyak. Tidak dinafikan kes sama juga berlaku di negeri lain cuma perincian fakta kes sahaja berbeza, contohnya di Melaka, Kedah dan dan Pulau Pinang.
Semua liputan berita ditulis mengikut fakta. Jika tidak, mesti ada pihak akan menegur. Begitu juga bahan tempelan dimuatkan di blog ini, digarap berlandaskan fakta.
Jika diamati, banyak kes mayat bayi dicampakkan di pelbagai lokasi di negeri berbeza. Cuma kes di Kuala Krai, Kelantan berbeza, unik, lebih kejam berbanding kes lain. Bayi terbabit bukan sahaja dicampakkan ke dalam tong sampah malah dipercayai dibakar sehingga sebahagian badannya rentung dan kaki terpisah.
Itu fakta.
Kelantan mendapat jolokan 'Negeri Cik Siti Wan Kembang' dan 'Serambi Mekah', fakta. Papan iklan di Kelantan menggunakan imej wanita bertudung dan disertai terjemahan tulisan jawi, juga fakta.
Selesai melayari blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2, saya dapati berita unik terbabit tidak manjadi topik tempelan pilihan blog sama. Tindakan itu tidak menghairankan. Tapi saya yakin jawabannya boleh difikirkan semua pembaca berfikiran waras biarpun bukan politikus.
Mereka orang politik manakala saya hanya penulis blog peribadi tiada kaitan dengan pihak berkepentingan, tiada juga memegang sebarang jawatan dalam parti politik, be it UMNO, PAS atau PKR.
Tetapi kalau ada parti ingin menawarkan jawatan penulis blog kepada saya, maklumkan. Nanti saya akan fikirkan :) Boleh sekaligus saya menulis berhubung politik di negara ini.
NOTA Tempelan 'Terpikat Akibat Jamu Ketat' di bawah, kejadian di Kuala Lumpur, bukan di Kelantan.
walla..! nampak sangat blog en mazidul makin fofular :)
BalasPadamcaiyokler!
*nanti kita buat 2nd gathering ye (^_^)
Echah, dari sekarang kalau hendak membaca blog ini, tolong baca RM9.99 boleh?
BalasPadamAtau awak dan keluarga ingin menaja saya? Bercuti di Sabah.
sesuatu fakta akan diulas mengikut pandangan/tafsiran dan kepentingan sepengulas. Pandangan ahli politik jauh bezaya dgn pandangan wartawan @ orang ramai sbb masing2 tengok sesuatu fakta dr kaca mata yg berbeza. Selagi awak rasa pandangan awak benar, buat apa nak peduli pandangan org lain..
BalasPadamcaya ler... blog demo sampai org pas pun dok ngitai
Nor, demo nok beli budu ko?
BalasPadamTak salah En. mazidul nak menempel kisah apa, isu apa, yg hangat, yg dah basi mahupun yg terkini di blog ini - kemahuan menulis & apa yg ditulis hak diri asal tidak melanggar norma2 yg sepatutnya mengikut undang2 di Malaysia.
BalasPadamTak salah sesiapapun yg membaca tempelan En. Mazidul utk memberi komen - komen dari pemikiran yg kritis, komen peribadi, komen nasihat mahupun komen yg No Komen sekalipun-Asalkan membina, mendatangkan pengajaran mahupun sekadar memaklum sesuatu perkara bukanlah merupakan satu kesalahan.
Dunia bloggers tidak akan meriah sekiranya apa yg kita fikir, apa yg kita rasa, apa yg kita mahu adalah sama - Si kembar pun punyai citarasa yg berbeza - Berfikir secara rasional, berdebat secara musyawarah & eratkan ukhuwah.
Entry dalam blog peribadi pun ada nak komplen ker......punya pasal tuan empunya diri la buat entry apa pun, yang lebih utama fakta dan bukannya auta.......sedangkan yang auta pun berlambak di blog-blog lain......Sabor jerlah Mazidul oiii!!! dah popular tu memang camni laa hehehehehe
BalasPadamKawe raso nok sakit perut dok tahan gelak bila bace apa hok dio tulih tu...memang lawak...hok taksub ngan politik memang akan jadi camtu...
BalasPadamni gara-gara blog mazidul dah popular atau reverse saikologi nak bagi blog depa popular. macam-macam strategi la ni.
BalasPadamsalam maz
BalasPadamkpd yg berkenaan,
anda hanya nampak mazidul bersengkongkol dgn BN apabila beliau menyentuh isu berkaitan kelantan yg kebetulan di bawah kerajaan PAS.
jadi selama ini mazidul adalah penyokong fanatik PAS kerana sering membelasah BN?
jgn sempitkan minda anda tetapi cuba melihat dgn sudut yg luas & positif.
so sdr. karam singh dapat pingat kerana jasa beliau, sdr mazidul pun (pada pandangan anda) layak utk dianugerahkan pingat...apa jasa anda ?
...peribadi pun ada nak komplen ker......
BalasPadamkalau wartawan politik masuk wartawan sukan tak akan terjadi dari 15- 0 ke 15-1, menang kalah dalam acara badminton.
tetapi kalau ada beza jumlah penonton itu mungkin jugak hee dari 1,000 ke 10 ribu..
..lokasi dan title 'serambi mekah' bukan faktor IMAN..
di Mekah sendiri ada yang berbalah..
lg kpd yg berkenaan,
BalasPadamsaya pemegang ic XXXXXX-03-XXXX, anak kelatan sejati dr pantai tok bali, pasir putih.
mazidul selalu ke kelantan/kota bharu atas urusan tugas. SAYA PASTI, kota bharu antara bandar/lokasi paling disukai mazidul.
x semestinya kalau org tuh org ppas ini bermakna dia bebas dari melakukan dosa..maknya dia mmg x berdosa..dan bermakna bila org tuh org umno,bermakna hidup dia x pernah nak buat pahala...syurga neraka bukan milik pas @ umno tapi milik mereka yg beriman..maaf saya bukan nak kritik pas atau umno, tapi ramai jer sy tgk muda mudi kat pantai timor...merewang2 bonceng CIKARO..tapi pas tuh bila bercakap menentang UMNO..kununnya penyokong pas..pgai tak macam yang diseru oleh org pas
BalasPadamApala yg nak diherankan.jenayahkan merata2...tok menyokong dgn sekeras2nya pendapat bro...nak tulis mstila dgn fakta,jgn ikut emosi..dah nama kes jenayah,kat manapun knala trima.buatpa nak dkaitkan dgn politik...akai adaka.
BalasPadamsalam. harap saudara teruskan menulis pandangan saudara di samping fakta-fakta yang dapat saudara cungkil. pedulikan kata-kata orang. sememangnya lumrah manusia, sukar menerima yang benar. dalam menilai sesuatu, emosi mesti ditolak tepi. jangan hanya mengkritik semata-mata kerana fahaman politik yang berbeza. mungkin itu lebih baik.
BalasPadamSemua, kekadang manusia terlalu yakin dengan kepercayaan tersendiri. Hanya membaca 1 tempelan, dia begitu yakin kesimpulannya dicatat tepat. Hairan.
BalasPadamYakin dia melemparkan pelbagai tuduhan, disahkakan diri sendiri.
Biar saya kongsikan sedikit pengalaman. Wartawan berada di lokasi kejadian bunuh, berhampirannya sekujur mayat terpacak pisau di dada.
Dia tidak akan boleh mengeluarkan berita itu selagi tidak disahkan Ketua Polis Daerah, OCPD atau pegawai polis berkelayakan di kawasan atau negeri terbabit.
OCPD akan mengesahkan identiti mangsa antaranya, nama, umur, sebab kematian dan sebagainya. Kemudian baharulah berita itu boleh disiar dn dicetak dek media.
sepanjang aku knal brader maz nie, xpnah plak berita dia berbaur politik.. yg aku tau asal berita mazidul, mesti kes jenayah.. tp itu pon mau kait ngn politik jgk ke?
BalasPadambtol² dah takde idea lar diorang nie.. dia fitnah org, xpe..bley aje..diorang maksum, xde wat salah..
Virus zina dan buang bayi sudah menjadi kudis bernanah yang makin membusuk dan meloyakan dalam masyarakat islam di negara kita. Tidak kira dinegeri mana ianya berlaku, perkara ini perlu diambil perhatian yang sangat serius dan perlukan tindakan untuk menangani secara holistik. Fenomena zina, buang bayi dan sumbang mahram menunjukkan gejala keruntuhan institusi keluarga yang sangat kritikal.
BalasPadamPemimpin masyarakat, ahli akademik, pihak media dan pihak berwajib harus berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya. Ini adalah kerana keruntuhan institusi keluarga akan menjadi wabak yang akan meruntuhkan moral dan peradaban manusia yang akhirnya akan membawa musibah kepada negara.
Hari ini tugas guru mendidik menjadi lebih sukar kerana nilai murni yang diajar oleh guru di sekolah tidak lagi selari dengan nilai yang dipamerkan oleh masyarakat secara realiti. DI sekolah guru mengajar perlu agar anak-anak mengikut peraturan berpakaian yang sopan dan kemas tapi bagi ibu bapa dan masyarakat berpakaian yang agak seksi itu perkara biasa. Di sekolah anak-anak di ajar untuk solat bila tiba waktunya. Bila balik ke rumah ada sesetangah ibu bapa tidak kisahkan sama ada anak-anak solat ataupun tidak. Jika ditanya hanya beberapa tangan sahaja yang mengangkat solat lima waktu sepenuhnya.
Ibubapa hari ini inginkan anak-anak mereka belajar dan tahu agama tetapi tidak manjadikan agama itu sebagai cara hidup dan dekat di hati. Belajar agama diserahkan sepnuhnya kepada sekolah. Ibu bapa tidak lagi sudi untuk mengajar agama kepada anak-anak. Sesetangahnya lebih rela mengajar anak-anak berkaraoke dari mengaji Al Quran.
Oleh itu, marilah kita semua yang dilahirkan sebagai islam, mengaku dan mengucap dua kalimah syahadah, beriman kepada Allah dan Rasul di bumi tuhan ini selagi masih ada nyawa di kandung badan ..selagi masih di beri kesempatan oleh Allah ...marilah bersama-sama membanteras gejala zina, buang bayi dan sumbang mahram dengan pelbagai cara. Jika anda ada kuasa gunaka kekuasaan anda. Jika anda hanya ada qalam gunakan qalam anda...jika anda ada blog dan media gunakan media anda dan jika anda tidak punya semuanya..berdoalah kepada Allah tika dahi cecah di sejadah...
Salam Sdr Mazidul Akmal,teman tak sangka repon Sdr sebegitu rupa.Sebenarnya teman dah lama membaca dan jadi follower Sdr dan so far so good.Cuma pada masa itu saja.Teman bukan nak menyerang atau mengganggu blog individu cuma semasa Mazidul paparkan tajuk Bayi ... di Kelantan itu, kebetulan dalam masa 24 jam itu teman sedang memantau berita TV dan internet yang sedang menyerang secara politik kepada Negeri Kelantan.Kelantan termiskinlah, tidak maju,ketinggalan zaman.Dituduh pada tahun 2004 pendapatan Kelantan tinggi disebabkan cukai arak berbanding sekarang.Kemudian isu Kelantan tiada banyak peluang pekerjaan dan sebab itu ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar .Komen teman cuma pada masa itu seolah-olah Mazidul bersama-sama dan seiring menyerang Kelantan.
BalasPadamaaaaahhhh...-huargghhh---
BalasPadammenguap kebosanan
Blogger tu kekeringan idea utk entri
n
gunakan abg mazidul utk divert traffic ke blog dia, tu je
claps 1000x kat MIMIE
BalasPadamsuke komen u :D
encik mazidul, maafkan je peminat fanatik tu... ilmu tanpa amal membuatkan manusia tak berbudi... malangnya kata-kata tanpa ilmu menyebabkan manusia tidak berguna...
BalasPadamkeep the good job, bro
mentang-mentang dia tulis blog berunsur politik, habis semua blog dia ingat ada kaitan dengan politik.. paranoid betul..
BalasPadammimie
BalasPadamboleh ikut jejaknya tapi entry remaja bukannya bab politik..kontra
Namanya demokrasi, maka apa juga PARTI yang didaftar dalam negara demokrasi punyai hak sama rata, tak baik tuduh menuduh, tanpa PR.. bagaimana BN nak berdebat!. Begitu juga sebaliknya.
BalasPadamBiarlah kita jadi rakyat yang lebih terbuka, baik apa jua keadaan, yang perlu ditegur atau didedahkan sebaiknya kita kongsi bersama, bukan mahu bersetongkol tetapi membetulkan.
Bagi saya apa yang Sdr Mazidul tulis tepat pada faktanya, kes kejam begitu kalau tidak ditulis lokasinya pasti terdedah jua. Pembaca kan tertanya-tanya lambat laun akan terbongkar jua lokasinya.
Samalah kes bunuh yang menjadi liputan luas akhbar sampai kini saya teringat-ingat jika melintas di sana. Jika siapa pernah terbaca tragedi di Parit Setan... sebut sahaja Parit Setan pasti terbayang kes amuk tersebut.
Samalah sebut Pasir Salak; mana mungkin kita nak tutup fakta & sejarah di Pasir Salak.
Biarlah orang menuduh!, yang pasti kerja seorang penulis yang jujur lambat laun ianya akan dapat menarik perhatian. Yang paling bermakna apabila penulisan tersebut dapat menyedarkan kita sesama kita ke arah kebaikan. Bukan fitnah atau melaga-lagakan.
Secara jujur jika kita cuba buat tinjauan pendapat siapa yang lebih popular penulis yang bersekongkol dengan BN atau penulis yang bersekongkol dengan PR.
BalasPadamSaya teringat novel Shit... saya tak pernah habis baca novel ini. Penat & tak faham apa yg ditulis oleh Sasterawan Negara tu!...
sdr Idan
BalasPadamtapi kan??
jika nak komen kritik pun kena fikir periuk nasi juga kan?
komen terhadap AYAH BAPAK kita pun kena ada saluran dan caranya hemahnya.
Blog dia sendiri pun tak berani nak kritik terhadap pemimpin agung PAS heee..
pening lah...mungkin saya nak usulkan abg mazidul tukar kan aje nama Kelantan kepada DIng DOng..maka isu nama tu tak timbul..
BalasPadam