Rabu, Februari 03, 2010

Mati Dipukul Botol

Gadis manis berambut pendek duduk berseorangan di kedai sambil meminum beer.

“Mari kita usik dia,” ujar lelaki Thailand berwajah ganas sambil berjalan menghampiri gadis itu.

“Jangan! Dia ada teman lelaki,” nasihat rakannya mengekorinya di belakang.

Tiba-tiba melangkah lelaki tampan, berambut paras bahu menghampiri gadis sama, diciumnya pipi gadis manis terbabit, gadis tersenyum gembira.

Semua berada di sekeliling menjerit untuk menenangkan keadaan.

“Mari kita minum!,” kata mereka serentak.

Semua mengangkat gelas beer dan meneguk arak sejuk bersama.

“Arrrrrrrrggggggh!,” jerit lelaki duduk di samping teman wanitanya.

Dia ditendang diperut bertalu-talu, menjerit kesakitan. Teman wanitaya bingkas bangun cuba membantu tetapi ditumbuk di muka sekuat hati dek lelaki sama, dia jatuh tersembam ke tanah. Akhirnya kepala teman lelakinya dipukul menggunakan botol berulangkali, dia parah lalu mati.

Wow! Hebat! Action packed.

Tetapi mana Jean Claude Van Damme? Semua pelakon Thailand.

Perlahan saya mengeluarkan tiket dari poket beg. Wayang bermula jam 6.30 petang, ketika itu 7 malam.

Huh! Saya berjalan keluar dari panggung wayang nombor 6 menuju ke kaunter di tingkat bawah.

“Sorry bang, saya tersilap. Memang saya tersilap. Universal Soldier starts pukul 7.15,” kata pekerja di kaunter Golden Screen Cinema sambil mencetak tiket lain.

“Ini tiket baharu, panggung nombor 8, seat B02,” ujarnya.

Jam menunjukkan pukul 7 malam. 15 minit saya menunggu sebelum masuk semula ke panggung.

45 wasted minutes. Cerita sebelumnya saya tonton, ‘Haunted University’. Padanlah tiada Jean Claude Van Damme.

Jam 9 malam saya keluar dari panggung, memang tiadak berpuas hati. Memang ada Jean Claude Van Damme tetapi dia Universal Soldier tua. Berulang kali disuntik cecair ‘pemberi tenaga’ baharulah dia mampu bangun bertarung dengan musuhnya.

2 stars. That’s it!

15 ulasan:

  1. En Mazidul, sila baca apa yang dilemparkan oleh Faiza Alih.

    http://www.facebook.com/dynasmokhtar?ref=sgm

    BalasPadam
  2. Lor...boleh plak tersalah bagi tiket wayang....hehe...

    Citer Universal Soldier tu biasa2 je walaupun ada aksi ganas...

    BalasPadam
  3. Salam Bro,...

    Sempat tak solat maghrib? Selalu kat panggung mana ada surau...

    BalasPadam
  4. Uncle, Jean Claude Van Damme pun banyak umur. Maybe dia "pancit" atau "pewai"-istilah askar bila dia tau uncle tengok movie dia..hehe

    BalasPadam
  5. Double A, itu manusia sakit. No identity.

    Hazlin, a'ah. Saya jarang menonton wayang sebab takut tertidur dan kemudian dikejutkan dek pekerja Bangladesh sapu sampah.

    "Incik, movie suda abis"

    Azrul, macam-macam lah bro sebab tidak ada surau lah ni :)

    Dexter, cerita dia ganas-ganas lah juga tetapi kisah Universal Soldiers versi baharu berlawan dengan Van Damme (versi lama). Letih menontonnya! Nasib baik hari rabu, RM6.

    BalasPadam
  6. kat panggung pun kurang promotion cerita ni... memang patut di beri 2 bintang. kat page kaki wayang sy pun tak rekomen nonton crita ni.

    BalasPadam
  7. universal soldier dulu2 BEST..

    salah bagi tiket sebab meggelabah tengok encik mazidul kot...
    hahaha... pendek kate gabra..

    BalasPadam
  8. dgn ada anak kecik now, dh tak dpt nk masuk panggung dh,,,,,aduss...dh btahun tak masuk panggung ni...

    BalasPadam
  9. Claude van Dame tu masih berlakun yer? Macam lama dah tak tengok lakunan dia...

    BalasPadam
  10. Saya lihat apa yang disebut oleh DOUBLE A itu.. komen di FB oleh Faiza Alih...

    wow...!

    selamba? tiada tindakan?

    BalasPadam
  11. Saya dah agak apa soalan yang nak ditanya, so tak perlu la saya tanya.

    BalasPadam
  12. hahaha....trkena bang...

    julie ann: klu tgok kat GSC Kota Kinabalu smpat solat mgrib tuh....6.30pm da masuk wktu..

    BalasPadam
  13. Baru ni pergi nonton di CabSquare KL, ingatkan tiket situ mahal, tenguk tempat memang gempak. Sebab kalau di Sunway Pyramid RM12 bagi seorang dewasa. Sementelah kota besar... mahal kut!.

    "RM33 encik!" emmm! tak jumpa mesin jolok duit situ, punyalah jauh nak jalan kaki ke lorong sesak sebelahan; Memang hulur not RM50, tak kisahlah berapa.

    Bila tiket dah cop & dah keluar kaunter tenguk semua tiket dewasa sedangkan saya bertiga tempah seorang kanak-kanak. Mamai betul si mamat penjual tiket, lain kita pinta lain yang diberikan.

    Pernah gaduh pasal silap waktu, dah dicetak tak boleh tukar. Jadi malas nak berbalah beberapa RM punya fasal.

    Murah lagi tiket kat CabSquare banding Sunway Pyramid. Zaman kanak-kanak dulu LIDO Ipoh baru RM2 kalau Kelas Satu; Tiap minggu tenguk wayang di Batu Gajah ada dua panggung private, Wah Onn & Waldorf, Tiket RM1 sahaja duduk mana-mana pun boleh.

    Saya selalu tenguk wayang jam 9:00 mlm tidak ganggu waktu solat. Kompleks yang selesa suraunya Alamanda. Paling pelik suraunya JUSCO Bukit Raja Klang; tersorok sudah nak keluar parkir.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.