Buaya dan harimau, 2 haiwan ‘kuat’. Jarang manusia terlepas selamat jika dilibas ekor buaya atau diterkam harimau. Imej itu dihubungkaitkan dengan organ haiwan terbabit kononnya mampu menambahkan kekuatan seksual lelaki.
“Buat apa benda ini?,” tanya pengguna.
“Ubat kuat, banyak khasiat,” ringkas jawaban penjual.
Ya! Itu 2 perkataan sering memikat perhatian ramai lelaki, ‘ubat kuat’.
“Mari! Mari! Rapat! Rapat! Kalau selama ini lemah, kita kasi kuat. Kalau selama ini lesu, kita bagi bertenaga. Jangan kasi malu, kita lelaki, kita kuat. Mana mahu letak air muka andai tewas dengan wanita. Kalau berdayung biar sampai di muara, usah tersadai, perahu terlungkup, kita lemas, niat tidak terlaksana,” teriak penjual ubat kuat.
Memang kemahiran komunikasi mereka menyakinkan. Begitulah selalunya.
Beberapa minit kemudian pasti ramai lelaki pelbagai bangsa (baca: majoriti Melayu) berpusu-pusu berdiri membentuk bulatan mengelilingi penjual terbabit.
Terpesona dan teruja mendengar ‘goreng’ penjual, sebilangan pelanggan sanggup membeli bahan didakwa ubat kuat (baca: perangsang nafsu seks) tanpa mengetahui samada berkhasiat seperti didakwa atau mengundang bahana tetapi tetap dibeli lelaki untuk memenuhi tuntutan kepuasan peribadi. Bukan sahaja orang tua malah muda sama.
Barangkali lelaki gusar, jika ‘prestasi’ tidak hebat, kelak isteri makan luar. Kalau dahulu istilah ‘makan luar’ dikaitkan dengan lelaki, kini sudah berubah.
Lebih menarik, penjual ubat jalanan juga didapati memasarkan alat kelamin lelaki tiruan secara terbuka. Ada licin, ada menggerutu, ada statik, ada bergerak dipacu kuasa bateri. Pastinya alat itu bukan untuk lelaki, kan? (baca: saya tidak pasti samada gay menggunakan peralatan sama). Hu! Hu! Jika pelanggan wanita membeli, sebabnya mudah, alat itu sentiasa keras (baca: tanpa memerlukan ‘ubat kuat’) dan boleh dipakai mengikut kesesuaian.
Namun, percayalah, jika tubuh badan manusia isu diperkatakan, setiap organ keras pasti akan lembut dan lembik, akhirnya, itu fitrah kejadian manusia. Baik perempuan mahupun lelaki.
Perasan tak, org Asia ni mmg byk sgt 'ubat2' berkenaan hubungan seksual. Tak caya, tgk rancangan Travel Channel yg hostnya suka mengembara dan makan makanan pelik2 (Anthony Bourdain dan Andrew Zimmer). Setiap kali diaorg makan makanan pelik2 di Asia jer mesti diberitahu yg benda tu boleh enchance sex drive.
BalasPadamKasihan dgn spesis2 haiwan terancam :(
Kalau betul pun ada masalah seksual, bukankah lebih baik jumpa pakar sakit tuan/puan sahaja? Org kita ni malu tak bertempat, lebih rela mempertaruhkan nyawa dgn makan ubat tepi jln shj.
Saya sebenarnya tak rasa kasihan pun kalau org2 ni dpt kesan sampingan.. sebab mereka cari nahas sendiri.
" Namun, percayalah, jika tubuh badan manusia isu diperkatakan, setiap organ keras pasti akan lembut dan lembik, akhirnya, itu fitrah kejadian manusia. Baik perempuan mahupun lelaki."
BalasPadamsuke dgn fakta ni...tp kalau nak keras selalu boleh aje..jom cocok botok! ha ha ha :D
*psssttt..kalau dah keras 24hrs susah jugak bah! (^_~)
Macam semakin ramai lelaki yang hilang keupayaan nampak..
BalasPadamAda ubat-ubatan tu boleh dibuat sendiri amalan oleh orang tua dulu-dulu.
Bro Mazidul dah cuba gambir? Tapi hati-hati ubat apa pun walau petua atau ubat moden yang mendapat kelulusan dari KKM jika overdose tetap mudarat. Kesian kat 'adik' tercungap-cungap dia nanti.
percayalah pada kekuatan diri sendiri..
BalasPadammenarik huhu
BalasPadamBroFramestone Blog
Heeee... guna ubat? Tak thrill macam tuuu.. hahahaha...
BalasPadamwhat goes up must go down....
BalasPadamsegar mata bila baca topik ini..
BalasPadamkalau buaya dgn harimau ni..diorang punya tut....kuat.apasal spesis diorang makin pupus...
BalasPadamhaha tok janggut ni! memang lah! dah nama pun diorang punya tu bagus2 semuanya. penuh dengan khasiat dll. dah tentu lah cepat putus sebab banyak permintaan! =)
BalasPadamSekuat kuat libasan buaya dan segarang garang terkaman harimau apabila berhadapan dengan kerakusan hawa nafsu manusia maka habis anu sibuaya dan anu siharimau direntapnya...
BalasPadamHarimau tak keluar hutan dan sang bedal tak timbul timbul,takut mereka setelah sianu nya kini jadi rebutan manusia...
Rentikanlah Mannnn....
BalasPadamU're what U eatkata org putih - ada benarnya.
Makanya :-
Hentikan merokok
Kurangkan fast food
Jangan ambil Dadah
Jangan minum alkohol
Jangan itu, Jangan ini... Ngape?? Ngape byk yg JANGAN?
Ialah... yg baik2 BANYAK yg BOLEH dimakan & diminum, baik utk kesihatan... Ngape x nampak? Yg pelik2 dicari ngape le ye..? Heran sungguh teman Yop ooii...
mesti untung byk si penjual kan sbb mmg ramai yang sukakan menda cam gitu..huhuhu..
BalasPadamsalam... macam2 lah... ubat yang dijual tu entah-entah boleh menyebabkan penyakit lain pulak...
BalasPadam