Lebih 12 tahun lalu, saya berkunjung ke Pos Orang Asli Sungai Rual, Jeli, Kelantan bersama bekas Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Kelantan, pemilik blog ‘Pak Mat’, Ahmad Fahmy Abd Hamid. Kini beliau pesara berusia 64 tahun dan menetap di Bachok. Turut membantu saya membuat liputan Majalah 3 di pos sama, jurukamera TV3, Hanafi Mat.
Jarak di antara bandar Jeli dan pos terbabit, 20 kilometer sahaja tetapi tanpa jalan tar, terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Lihat gambar di bawah.
Sekiranya ingin lebih mencabar, boleh menumpang 'lori hantu', lori pengangkut kayu balak dipandu di jalan berlumpur dan berlubang dengan kedalaman hampir 1 meter. Jika nasib kurang baik, sekawan gajah akan mengiringi pemanduan kadangkala lebih perlahan berbanding pergerakan siput babi. Tali besi, ‘winch’ diikat ke pokok terpaksa digunakan menarik lori sekiranya tayar terbenam di jalan tanah liat berselut.
Manakala, peralatan elektrik berbekalkan tenaga generator hanya boleh digunakan pada waktu malam sahaja. Maksudnya peti ais, kipas angin dan televisyen tidak lebih daripada besi buruk. Pada waktu itu tiada talian telefon apatah lagi bekalan air bersih berklorin.
Saya berkesempatan menemui 4 guru muda, lelaki dan perempuan mengajar anak orang asli suku kaum Batek di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.
“Memang ada waktunya cikgu kena pergi dari rumah ke rumah mengajak anak murid datang ke sekolah. Kalau tidak, kelas kosong,” jelas mereka.
Bukan apa, logiknya, secara turun-temurun orang asli, penghuni hutan, jiwa mereka sudah amat sebati dengan kegiatan lasak, mencari petai, buah-buahan, berburu dan menangkap ikan di sungai berhampiran.
Barangkali segelintir mereka faham kepentingan pelajaran dan bercita-cita tinggi sekaligus berhasrat menjadi manusia berjaya seperti kebanyakkan anak bandar. Namun, kefahaman sama tidak dikongsi semua.
Jika saya berada di tempat mereka, pasti terlintas di pemikiran, andai bersekolah sekali pun, hanya sampai ke darjah 6 dan untuk menyambung pendidikan ke sekolah menengah terpaksa ke bandar Jeli. Belum pasti keluarga mampu menyediakan wang perbelanjaan biarpun dibantu kerajaan. Lebih baik waktu ke sekolah digunakan sepenuhnya membantu ibu dan ayah mengerjakan kebun. Hasilnya boleh dijual untuk menampung kos kehidupan seharian. Melalui pengamatan, majoriti anak orang asli di kawasa itu lebih selesa bermandi-manda di sungai sambil memancing dan menjala ikan berbanding hadir ke sekolah separuh hari tanpa meraih hasil secara fizikal.
Ringkasnya, selain terpaksa mendepani cabaran mengkesampingkan pelbagai kemudahan asas dinikmati di bandar, guru bertugas di kawasan pedalaman bertanggungjawab mengubah ‘mindset’ murid mereka, satu tugas berat justeru bukan semua guru mampu melaksanakannya.
Jika kini keadaan masih sama, sanggupkah guru baharu ditempatkan di kawasan sebegitu? Maksudnya secara rela dan hati terbuka mereka redha bermastautin di kawasan solok. Sedangkan ramai guru berasal dari Semenanjung dihantar mengajar ke Kota Kinabalu, Sabah atau Kuching, Sarawak merungut. Ingat, Kota Kinabalu dan Kuching, ibu negeri bertaraf bandaraya bukan kawasan pedalaman.
“Jauh dari kampung, susah hendak balik. Kalau emergency bukan boleh sampai ikut jalan darat, kena naik kapal terbang,” kata guru bujang.
“Keluarga di Lembah Klang, susah bila ada 2 dapur. Lagipun kasihan suami menjaga anak-anak,” komplen guru berkahwin.
Tindakan seterusnya mencari ‘kabel’ di Kementerian Pelajaran untuk cuba dipindahkan ke sekolah bersesuaian dengan lokasi kehendak mereka. Sebahagian berjaya, sebahagian lagi gagal dan terpaksa menerima hakikat secara terpaksa berkongsi ilmu dengan anak bangsa.
Namun kerenah itu semua akan berakhir sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan terkini. Setiap guru baharu wajib mengajar di sekolah pedalaman selama 3 tahun sebelum berpeluang memohon berpindah ke sekolah lain.
Jika syarat itu dikuatkuasakan, lihat sahaja apa bakal berlaku. Adakah ketulusan para guru terbabit menyandang jawatan mulia bakal tercabar? Mungkinkah akhirnya berikutan desakan pihak kementerian terpaksa mengubah pendirian bagi menampung masalah kekurangan guru? Atau berani mengeluarkan ungkapan ...
Take it or leave it!
Take it or leave it!
Bro Mazidul,
BalasPadamTakut2 kalau ditetapkan syarat begitu... 3 tahun pertama mengajar di pedalaman... ramai pula yang dah tak mahu jadi guru. Akhirnya kita mengalami kekurangan guru seperti di tahun 90an dulu.
Atau...
Timbul pula cerita lain... kalau ada kroni dalam kementerian pelajaran... tak perlu mengajar di pedalaman. Yang takde kronii... nasib ko la~!
Kronisma dan Nepotisma dan sebati dengan sektor awam.
panajng cerita ko ni.tp at the end aku paham apa tujuan entry ni. hhmm, sapa nk buat bende2 susah kalau tak berbayar dan dipaksa. semua nak senang cepatdan join skim cepat kaya.
BalasPadamkene paksa, take it, leave it xde laa gaji.
agree dgn comment diana - kroni mesti leh terlepas
first of all, bakal guru kena tanya diri sendiri, sanggup ke duduk di tempat serba kekurangan nanti? Jika tak sanggup, baik tak usah mendaftar jadik cikgu. Jangan bila dah jadik cikgu nanti, macam2 alasan diberi untuk tidak dipindahkan ke tempat yg bukan pilihan mereka. Apa salahnya menimba pengalaman di tempat orang? Ianya akan menjadikan anda seorang guru yg lebih kental jiwanya...
BalasPadamharap2 Profes Pergurauan bukannya pilhan selain PTD, bila keluar U, susah nak kerja terus minta KPLI..
BalasPadamsekarang nak ke kampung org asli dah ok dah. cume mungkin ada sesetengah tmpt masih sukar utk masuk tp dah boleh masuk dgn kete dah. bekerja dalam membangunkan og asli adlh bidang saya dan cukup susah tp pengalaman best. tp sy hairan knp org luar susah utk sama2 membangunkan dorg. kolot sgt ke org asli dan ada juga org asli bila dah berjaya dan berkejaya, lupa asal usul dan ada juga masih mengharapkan bantuan kerajaan walaupun gaji mencecah lebih angka 5. dan yang penting sekali cuba mengubah status pada sijil kelahiran kerana xnak dianggap berstatuskan orang asli tetapi masih mengharapkan bantuan jheoa.
BalasPadamen mazidul..ramai jugak anak tempatan sabah yg lahir dikawasan pedalaman serba daif & naif tapi tidak rela ditugaskan ditempat sendiri kerana kepayahan dan keperitan yg mereka lalui sudah cukup utk membuat mereka ingin keluar dari kepompong itu.
BalasPadamberat mata memandang lebih berat bahu yg memikul.
hanya segelintir sahaja INSAN yang berdaya amalkan sikap akauntabiliti dan kreatibilti dalam jawatan, bila kena bab saudara mara datang memujuk maka terkulai layu janji serta AKUJANJI selama ini.
BalasPadamnota:
masih ujudkan amalan kroni/sikap2 puak2 dan geng NIK, TG,Syed, WAN,meor dlm pentadbiran JPN kelantan??
Syarat sebegitu rasanya tidaklah seberat mana; jika memang komitmen memilih bidang perguruan itu sudah teguh di hati.
BalasPadamLagi pun 3 tahun pertama selalunya usia masih muda, rata-rata pelajar habis ijazah sekitar 23 tahun mungkin tambah kos perguruan setahun dua; baru sekitar 25 tahun; jika telah berkahwin pun anak tak seramai mana lagi.
Sekarang pun di semenanjung kehidupan Orang Asli semakin maju; mungkin agak terpinggir di Sabah & Sarawak. Jika kita tidak mendidik kaum Orang Asli ini bilalah mereka mahu cepat maju.
Perlu diingat di bandar pun terkadang kehidupannya lagi naif dari kehidupan di rimba sana. Bayangkan jika kita hidup di persekitaran setinggan yang tak punyai kemudahan asas yang sempurna. Lembah Klang mungkin kian sifar setinggan bagaimana di Sabah & Sarawak.
idea yang menarik untuk bertugas di pendalaman secara wajib. Walaubagaimanapun seperti ulasan sebelum ini adalah masalah pelaksanaan apakah akan berjaya atau hangat-hangat chicken shit sahaja. Jika tiada dokongan dan sokongan para pendidik ianya tidak akan berjaya sesungguhnya tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Wang dan material lebih menjadi keutamaan berbanding yang lain-lain.
BalasPadammenarik sungguh nota oleh zezeq, masih ada juga assabiyah dari segi keturunan ye, ingatkan orang Arab je.
BalasPadamzz >> anak2 kita keturunan SYED gak tapi SYED klang bukan SYED kelate ye :p
BalasPadamSYED kite tak dok kroni sbb miskin papa kedana kuli jek weiii :(
echah..
BalasPadamopss combi ada darah Syed ker??
saya hanya berdarah MERAH jer..maaf..
aspirez,
assabiyah itu adalah mengikut pepatah," Tak hilang gelemer susu dek nila setitik"
zz, tak jelaslah maksud pepatah tu. makna yang jelas apa? kalau belajar sejarah time stpm memang ada disebut asabiyah yang menjadi kekuatan dan juga kelemahan kaum arab. Boleh jelaskan. tq.
BalasPadam