Khamis, Februari 11, 2010

Facebook Oh! Facebook

Semalam saya mengaktifkan semula akaun Facebook setelah membaca ulasan hukum penggunaan laman sosial itu seperti dijelaskan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Ramai meminta saya menambah mereka sebagai kenalan, ‘friends’. Malangnya tidak semua permintaan itu mampu saya penuhi.

Hakikatnya, saya ingin berkenalan dan bersahabat dengan semua pengguna laman sosial terbabit tetapi BUKAN kelompok menggunakan gambar profil pelakon barat, katun berwatak hero atau objek tidak saya kenali. Hemat saya mereka golongan tidak memilki ketelusan berkawan.

Hairan, apa halangan utama menggunakan gambar sendiri di profil diri? Jika berhasrat melindungi 'privacy’, usah ada hati mengenali pengguna lebih terbuka butiran identiti mereka.

Ramai pengguna Facebook memilih untuk berhubung hanya dengan kenalan lama mereka, 'old friends'. Itu tindakan bagus, kerana mampu mempereratkan hubungan sesama manusia. Manakala sebilangan besar bertindak begitu kerana kerap berasa sangsi berhubung identiti kenalan baharu cuba berinteraksi.

“Betul ke ini Mazidul?”

Itu antara soalan kerap diajukan pengguna Facebook cuba berinteraksi secara perbualan dengan saya.

Saya balas …

“Manusia gemar menipu, selalu sangsi dan sukar mempercayai orang lain”

Full stop.

Rumusannya, tanpa melihat wajah sebenar dan mengetahui identiti pengguna lain, sukar mengenali hati budi, perangai, tindakan, apa lagi kejujuran mereka. Itu Facebook.

Justeru, gunakan akal sebaik mungkin.

23 ulasan:

  1. hehe...bagus la bro Maz dah aktif kembali... :)

    BalasPadam
  2. Bolehlah saya add Bang Mazidul. Tapi, saya memang tak letak gambar diri. Bukan tak tulus berkawan. Tapi, Insya Allah nak letak lagi. Ari tu dah leatk, dah hapus dah

    BalasPadam
  3. facebook nie dah macam satu benda yang wajib dlm aktiviti harian saya... tak miss sehari menjenguk fb. kalau tak d dpn laptop pun, stil boleh guna hp..

    BalasPadam
  4. Nothing much to say, just a warm welcome back to FB, Bro.

    I personally missed getting the preview of your posts in this blog through your sharing of info in that social website.

    I guess you're right...
    Kita semua berinteraksi sesama manusia.
    Tiada peraturan mutlak dalam menentukan bagaimana kita perlu pergunakan hak ini.

    Maybe the best rule to use is "Sincerity"...

    Take care, Bro.

    BalasPadam
  5. Bro,
    kadang-kadang mereka tidak meletak gambar sendiri kerana faktor-faktor berikut:

    1)ingin berkogsi tentang sesuatu yang mereka miliki.Contonnya mereka meletakkan kereta ferrari sebagai profile picture kerana mereka ingin menunjukkan bahawa kereta itu cantik,dan ingin menunjukkan pada semua orang.kadang-kadang orang yang gila kereta(macam saya)selalu add mereka kerana oarang itu boleh dijadikan kawan perkongsian dalam bidang permotoran.Seterusnya sama hal juga jikalau mereka meletakkan gambar artis,katun dan lain2.

    2)Mungkin muka mereka tidak seberapa menawan,jadi malu hendak meletakkan muka sendiri. Pun begitu mereka masih lagi letak gambar mereka di dalam album foto mereka.Jadi bukanlah hipokrit namanya.Just lack of self confidence.


    Pun begitu,ini hanya pendapat saya.Lain orang,lainlah kisahnya.


    M.RIZAL
    http://imipro.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Facebook memang kita nampak menarik dan tertarik tapi hakikatnya seperti abg Mazidul kata "tanpa melihat wajah sebenar dan mengetahui identiti pengguna lain, sukar mengenali hati budi, perangai, tindakan, apa lagi kejujuran mereka. Itu Facebook"

    UMPAMA .....
    [ facebook Wajah Tanpa Kejujuran ]

    by: arekeyz@fenomenasyid

    BalasPadam
  7. Salam mazidul.
    Lamanya tak tinggal jejak kat sini, walaupun hari2 masuk..sibuk ya amat..

    FB sy tak aktif mana pun. Tp sejak dua menjak ni anak2 sedara yg jauh dr kita, adik2 yg dok di luar Kelate, suruh ber FB..hari2 lah sy jenguk FB. Ikuti perkembangan mrk dr jauh melalui FB. Kekadang berterimakasih jg pd FB yg mendekatkan kami..

    Sy jg add hanya mrk yg sy kenali, sbb tu kawan FB sy tak ramai. Pasal gambar ni, sy rasa tidak elok terlalu diexpose sgt sbb dunia tanpa sempadan ni macam2 boleh terjadi. Sy kerap nasihatkan adik2 dan anak buah jgn sgt masukkan gambar kat FB sbb dah byk terbukti gambar2 ini boleh di super impose. Bahaya kat depan tak siapa yg tahu hanya kerana sekeping gambar. Tp sy pun letak jg gambar hahaha

    p/s - boleh lah sy add mazidul nanti iyer... tp FB sy tak byk muka sy pun ...muka anak/anak buah yg byk hehehe

    BalasPadam
  8. Salam BRO MAZ...

    sama juga saya berprinsip tidak suka pengomen menggunakan Anonymous tanpa ada nick..
    saya memang tak berminat.

    Menggunakan laman sosial, dgn niat yg baik, tetap mendapat hasil yg baik juga..

    BalasPadam
  9. selama tidak di salah gunakan sy rasa ok walau pic apa diletakkan. jgn yg porno2 sudah...

    facebook mempertemukan sy dngn sahabat2 lama. itu yg paling bagus

    BalasPadam
  10. ...letak gmbr betul adalah penting

    ...kalau diculik @ hilang..tk payah fotostat gambr & distribute...dgn fb satu dunia blh tolong cari...

    BalasPadam
  11. saudara Mazidul...mulanya sy pun terfikir cam gitu gak tapi bila lihat ramai kwn2 sy kat dlm tu terutama masa zaman skolah dulu..ari2 juglah sy berhubung ngan diorg..terasa spt kembali kezaman skolah dulu...apepun sy sentiasa bersikap yg elok jadikan pedoman,yg tak elok dijadikan sempadan...kita yg buat,kita sendiri yg tanggung...tak gitu?????

    BalasPadam
  12. En. Mazidul, sehingga ke hari ini botol berisi madu masih menjadi tanda pengenalan saya di muka buku tu. Saya die hard fan kpd madu (yg ori tau...) - ini alasan terbaik saya kalu ditanya kenape botol madu?? Gambar sendiri? Ada kat album di dlm muka buku tu.

    Kalu saya add En. Mazidul sbg friends sudi ka terima...? (walaupun botol madu...)

    Kengkawan... tolong...

    BalasPadam
  13. Quote dari blog mazidul "Hukum Menggunakan Facebook" bertarikh 23 Jan 2010.

    "1. Saya telah menutup akaun Facebook dan tidak bercadang membukanya kembali. Pada masa sama saya tidak berhasrat mendorong sesiapa mengambil tindakan sama. Itu keputusan saya, anda mempunyai hak tersendiri."

    Telah beberapa kali sy lihat saudara mazidul memberikan komen negatif dan berhasrat tidak akan mengaktifkan kembali akaun FB walaupaun apa yg jadi.

    Mazidul masih tidak berganjak dgn pendirian setelah membaca ulasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman" pd pertama kalinya di Metro pada tarikh yg sama.

    Boleh tahu apa yg membuatkan saudara kembali aktif?

    Apa yg sy dapat simpulkan, saudara mcm tidak berfikir panjang, buat dulu fikir kemudian. Mungkin juga resam lalang, mengikut arah tiupan angin. Buka akaun -> tutup akaun -> buka kembali.

    Hanya berkongsi pendapat.
    - Pembaca setia -

    BalasPadam
  14. Shiniraz, saya membaca dan terjumpa hukum ulasan penggunaan Facebook Ustaz terbabit. Barangkali awak membaca lebih awal dan saya sedikit terkemudian.

    Berikutan itu saya membuka semula akaun Facebook. Adakah bertentangan dengan Kanun Keseksaaan? Atau Kanun Jenayah Syariah? Tidak, kan?

    Usah keterlaluan memperbesarkan isu, saya hanya menutup akaun sekali dan membuka kembali. Tidak lebih daripada itu. Jika tindakana itu berulang sekalipun, so what?

    Tidak salah manusia mengubah keputusan tetapi biar berlandaskan kepada maklumat tepat.

    Awak ada masalah dengan tindakan itu?

    Namun, membuka semula akaun tidak sesekali bermaksud saya menidakkan keburukan Facebook. Kecuali jika awak mendakwa semua perkara berhubung Facebook baik?

    Awakpun baharu menulis satu (1) tempelan sahaja di dalam blog. Menulis lagi, nanti akan tiba masanya, awak akan mengubah (ammend) kandungan tempelan berikutan maklumat baharu diperolehi.

    Example, blog awak mempromosikan kafe. Andai satu hari kafe terbabit ditutup ke, nombor telefon berubah ke, itu pastinya keputusan pemilik kafe, bukan orang lain, kan?

    :)

    BalasPadam
  15. setakat ini Facebook atau mukabuku tiada 'berkepentigan' buat saya samada untuk JOB atau mengorat maupun jual buku/iklan atau MLM serta ceramah2 motivasi dan tambah pengikut.


    jadi bila tak guna ..membazir masa, membazir adalah...salah di sisi..

    BalasPadam
  16. shiniraz,

    perbandingan hampir sama tapi tak tepat,
    jika anda ada masa, sila bertanya kepada ustaz yang sedang menghisap rokok..
    "halal ke haram kepada perokok??"
    terutamanya jika berkunjung ke Pahang

    BalasPadam
  17. cepat la sikit wahai encik mazidul ui...
    Manenye? saya search xjumpe pon...
    tak sabar nak add ni...
    rasanya akan banyak kebaikan dari keburukannya nnt
    Ignore je orang lain..
    Selalu nye orang yg kutuk orang lain ni, last2 dia pun same!

    BalasPadam
  18. hehe..bro mazidul..ni first time saya menulis dan membaca blog bro...

    saya guna facebook bukan untuk tambah kenalan..cuma ingin mencari semula rakan2 saya yg lama tak dapat dihubungi...

    saya juga guna fb untuk main game..sebab permainan dalam tuh boleh menghilangkan rasa stress dlm hidup seharian...

    tentang iklan tu..kalau kita tak klik ceo dia tak dapat apa2 kan? betulkan saya kalau saya tersilap...

    BalasPadam
  19. Dulu saya pun macam Bro Mazidul, tak pernah pun cuba berselindung diri, umur & segala dalam dunia maya;

    Bila telah hampir 20 tahun mengenali dunia maya ini, saya semakin tidak jujur; malas nak kata umur berapa, wajah bagaimana. Lazim tak ramai orang setua saya ini asyik klik komputer. Itu isunya.

    Kalau taruh umur...Silap-silap ada yang tag kita; Pakcik baik pergi ke surau dari klik internet ini.

    Sebabnya dalam 1,000 orang mahu mendekati kita di dunia maya belum tentu seorang benar-benar ikhlas mahu mengenali kita seadanya.

    Hingga kini saya masih samar dunia maya ini untuk siapa. Apakah warga tua seperti saya ini amat melekakan & buang masa.

    Yang saya pelik melalui e-mel kita dapat kesan rakan ICT kita tahun 80an lalu, masih guna e-melnya tapi langsung tak mahu kasi khabar berita. Apa dosa kita. Apakah suaminya amat garang atau amat cemburu akan kita. Kita tahu dia kini VVIP nikah dengan Tan Sri; apakah martabat kita ini di sini kehidupannya kini.

    BalasPadam
  20. Saya juga bersetuju mengenai...penggunaan nama sebenar dalam FB...kalau memang benar nak memperkatakan sesuatu perkara yang benar kenapa perlu takut menonjolkan diri...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.