Rabu, Februari 24, 2010

Kisah Wanita (baca: lelaki tidak perlu jenguk)

Saya tempelkan kan kenyataan berikut di Facebook.

Masa bujang JAGA pakaian, kecantikan dan bentuk badan. Malangnya apabila sudah berkahwin (baca: bukan semua), usaha terbabit dipandang REMEH. Itu sikap majoriti P*R**P**N.

Antara komen menarik dicatatkan ...

 Jawapan klise: mereka bz urus anak² dan suami; pada mereka biarla penampilan dikeHULUkan asalkan keselesaan suami dan anak² diUTAMAkan... (pn bukan semua) :) - As Lee Aspar

Kisah perempuan lagi ............ - MrsNor Wahid
 
Ye ke?? :)) - Puteri Pisang
 
Berat sebelah - Kawaii Desu
 
Saya bukan bersikap chauvinistic, sekadar membangkitkan isu kekadang kita semua pandang sambil lewa.

17 ulasan:

  1. Sebagai isteri kena juga jaga penampilan cara berpakaian dan sebagainya , kerana lelaki tetap lelaki ......tidak semua lelaki setia dan lurus ....isteri kena pandai menambat hati suami , nanti takut c dia curi makan kat luar ....

    BalasPadam
  2. mazidul, akak pegi slimming ctr,skin ctr,spa,makan sluplement semo utk kecantikkan selepas masuk 40an sbb masa muda dah lawa tak perlu jaga.lagi satu dah berumur ekonomi agak stabil so perabis rm laki utk laki gak . ok..kan..
    so.betol la kata mazidul tak semo perempuan mcm yg mazidul cakap tu.
    tapi bagi kami sapa yg cakap mcm tu sebenarnya udoh ketinggalan zaman.Akak dah penah jumpa kawan yg mcmtu..ajak pi facial mcm2 alasan.

    BalasPadam
  3. i terasa tau...!!!
    baiklah... akan diet bermati2an...
    nanti 2nd gath.... tengok ar vic nyer badan mcm erra fazira sebelu, kahwin..!~

    BalasPadam
  4. Vic, Kak Wan dan Winter, majoriti suami tidak begitu gemar menegur mahupun membebel berhubung perawakan isteri mereka. Maklumlah, sebilangan isteri, kerap marah lalu melenting jika ditegur.

    "Macamlah awak itu elok sangat"

    Mungkin ada isteri melontarkan komen sebegitu. Jadi suami bimbang timbul perselisihan faham.

    "Kalau saya ini sudah tidak elok sangat pada pandangan awak, cari sahajalah perempuan lain"

    Itu antara ayat isteri kecewa. Walhal suami tidak langsung berniat untuk curang. Ramai suami setia, bukan semua nakal.

    Jika isteri kelihatan kemas, bersih dan menarik baca: sedap dipandang mata), suami pasti seronok mendampingi mereka.

    BalasPadam
  5. bukan isteri je yg kena jaga penampilan..suami pun sama juga.tgklah sekarang ni kenapa ramai isteri curang.mesti tak puas hati dgn suaminya,kan..nak bahagia,dua2 kena berkorban.

    BalasPadam
  6. go go go kak Vic!! :)

    lelaki dan perempuan kena la sama2 jaga penampilan luaran dan dalaman... nanti takde la timbul kes makan luar nanti...

    BalasPadam
  7. salam bro,

    malangnya, saya sokong. wanita perlu menjaga diri (walaupun sudah kahwin). kami (iaitu termasuklah saya sekali), harus sedar, se-tidak-hensem mana pun suami kita, dia mampu beristeri lebih. jadi dia diberi kelebihan untuk berasa bohsan. terutamanya jika isteri tu dah gendut dan menggelebeh.

    jika masa dara lagi, boleh solid dan slim, mestilah boleh kembali ke bentuk asal dengan usaha (yang gigih).

    walaupun apa yg kak hamizah kata adalah betul, namun, jika si suami dah tanak, dia boleh 'tambah' jer. tapi jika kita tanak, nak buat mcmana?

    ~personally, saya rasa mak saya hot (>.<). walaupun di umur 48. masih slim dan awet muda. dia mampu menjaga diri. dia juga beranak, berkucing, belajar hingga ke pHd dan berkerja.

    senang cerita, nak seribu daya, tanak seribu dalih.

    BalasPadam
  8. TwoOranges (Puan Lawyer),

    Kekadang penampilan wanita bergantung kepada pemikiran dan tindakan mereka secara individu.

    Dahulu di kampung, ada wanita pada pagi hari, berkemban sambil mendukung anak (baca: masa itu tiada istilah seksi).

    Mandinya pada ketika matahari terpacak di atas kepala kerana sibuk menguruskan anak-anak dan mengemaskan rumah. Namun, pada waktu petang, selepas menyapu sampah di halaman rumah, selepas membasuh pinggan dan menidurkan anak, dia akan membersihkan diri, kelihatan kemas (baca: kemas mengikut takrifan zaman dahulu). Majoriti mereka bukan golongan terpelajar. Tetapi itulah rutin harian mereka.

    Saya tidak menolak, taraf pembelajaran wanita mempengaruhi penampilan mereka. Jika berpelajaran, wang mereka banyak, kemampuan mereka lebih. Maka banyak aspek penampilan boleh diperbaiki. Boleh membuat facial, manicure, pedicure dan sebagainya berbanding golongan wanita kurang berkemampuan.

    Barangkali.

    BalasPadam
  9. Elok sdr Mazidul bubh pic yang lagi besar..ada kira2 250 KG.. (bukan menghina sekadar gambar kaku ), Lelaki nak tengok juga.

    memang perbandingan melayu kena terlampau...besar bagi mata nampak..
    besar macam GAJAH, kecil macam kuman.

    BalasPadam
  10. Kena juga bersikap adil..

    Lelaki pun ramai gemuk dan tidak ambil peduli penampilan diri..

    Masing2 ada alasan.

    Yang penting, yakin dan hargai diri sendiri. Sebab orang lain belum tentu hargai selamanya..

    kecuali anak-anak yang sayang ibu ayah sampai bila2 wpun buruk rupa bila sudah tua..

    BalasPadam
  11. wowww tak habis kisah di facebook sambung kat sini..cayer ler bro mazidul... hari wanita sedunia gitu. Tak per tak per atleast sy tau apa pandangan/tanggapan lelaki (baca:suami) terhadap isterinya bila mereka sudah lama kawin..

    hmmm rindu lak nak baca kisah lelaki(baca:suami) yg bila berusia 40-an jadi sungai balik muda! Tentu bro mazidul boleh share citer dgn kita semua...

    BalasPadam
  12. Hehehe... Terima kasih kerana mengingatkan - Yang penting Jaga Body, Jaga Peribadi, Baik budi, Pasti dihormati...

    BalasPadam
  13. sama je lelaki atau perempuan..atas individu itu sendiri untuk menjaga penampilan dirinya..
    ramai jgk yg aku jumpa dipejabat atau dimana shj yg luar dr rumah begitu segak,kemas,bergaya dan harum baunya..tapi kalau kat rmh sendiri lain jadinya sedangkan di dalam rumah lah kemesraan suami isteri lebih bebas..kesempatan yang tidak digunakan sebaiknya..
    kebersihan,kecantikan,kekemasan dan lain2 lg yg sepupu sepapat dengannya hanya utk dipertontonkan kepada org lain..umpama pelakon..

    BalasPadam
  14. Salam... penjagaan badan itu penting, bukan semata-mata untuk kecantikan tetapi lebih utama kerana kesihatan ;)

    BalasPadam
  15. kesihatan badan dan penampilan perlu dijaga teruatamanya di dalam meneguhkan kasih sayang suami isteri. Jangan salah guna untuk makan luar dan sebagainya tak berkat dan amat berdosa sekali.

    BalasPadam
  16. Betul banget!

    Saya antara orang yang memerhati perkembangan pembesaran isteri orang, pakaian XXL makin laris di Malaysia...

    Saya sendiri asyik payah nak dapat saiz ini asyik kehabisan stok!.. Lelaki XXL tak kisah sangat kan?.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.