Selasa, Februari 23, 2010

Sebat : Laksana Kemudian Dikaji?

3 wanita Islam pertama di Malaysia disebat mengikut undang-undang Syariah kerana kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah di Penjara Kajang, Selangor pada 9 Februari lalu.

Mereka didapati bersalah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Berita berhubung hukuman sebat itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein. Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama dan kehakiman syarie dalam melaksanakan hukuman itu.

Dalam pada itu, semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata satu persidangan antarabangsa berhubung hukuman sebat akan dianjurkan paling awal dalam tempoh 3 bulan dari sekarang.

Menurut beliau lagi, persidangan bakal dihadiri menteri dan pakar negara luar akan melakukan kajian perbandingan samada hukuman terbabit dipraktikkan di kalangan negara Islam.

Berikut kenyataan beliau dalam Bahasa Inggeris.

"The ministry hopes that through the conference, which will be attended by ministers and experts, we can make a comparative study whether the sentence is normally practised among Muslim countries".

Hukuman telah dilaksanakan kemudian baharu kajian dibuat?

Atau saya tersalah tafsir?

7 ulasan:

  1. Saya mengaku, saya sendiri masih tidak faham...

    BalasPadam
  2. elok gak tu..pergi la tgk negara2 islam ni..jgn nanti kajian tersimpan dlm fail..yg dibawa balik hanya ole2 utk famili dan sahabat handai cuma..

    BalasPadam
  3. Nak kena kaji dulu ke? Nak tengok berapa bnyak negara Islam yang mengamalkan hukuman sebat? Mungkin perbincangan kaedah sebatan,rotan digunakan atau sebagainya.

    Aku keliru. Setiap kata ahli politik megambarkan peribadi dan perjalanan 'kerjayanya'.

    Semakin tenat nampaknya negara Malaysia. Pernah ditanya samaada Malaysia negara Islam dan orang yang ditanya menjawab TIDAK. Malaysia didiami oleh MAJORITI beragama Islam.

    Bro mintak maaf ye. Aku pun tak faham dengan situasi sekarang..

    BalasPadam
  4. satu pihak kaji dulu baru nak buat tapi tak habis-habis kaji.hukuman pun tak jatuh lagi.

    satu pihak lagi buat terus lepas tu baru nak kaji.

    dei mana satu ni, jangan buat ramai orang poning yo.

    BalasPadam
  5. Mungkin skrg baru pemerintah nampak ada undang2 tu, bila dah serius barulah nak kuatkan hukum... w'pun dlm Islam dah lama ada hukuman tu... Cuma kita tak perlu beritahu pada media wanita mana yg kena hukum, berapa rotan dsbgnya...
    Yg nebgandubf luar nikah pun patutnya sebat je, galakkan mereka menyerah, bila dah habis besalin dan pulihkan akhlaknya baru sebat sebelum keluar pusat pemulihan, masa tu baru dia tahu ada hukuman paksa dia beritahu siapa jantan keparat yg menjadi buah hati pujaan nya sebat sekali... Apa pun tak perlu war war kan sgt yg penting hukuman tu dilaksanakan...

    BalasPadam
  6. Salam... menurut kenyataan yang dibuat oleh pesalah - hukuman itu 'tidak menyakitkan' -> kalau begitu takutnya nanti akan diambil remeh sahaja hukuman yang dibuat itu :S

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.