Sabtu, Februari 27, 2010

Three Of Us



Saya tanyakan kepada mereka berdua ...

"Cita-cita jadi apa?"

Abang berkata dia ingin menjadi chef manakala adik menjawab ...

"Pegawai polis, ASP Muhammad Azard Faez Mazidul Akmal"

Entahlah, itu cita-cita mereka ketika berusia 9 dan 12 tahun. Mungkin Azard belum mengetahui pelbagai cabaran didepani anggota dan pegawai Pasukan Polis Diraja Malaysia. Mungkin dia hanya tertarik melihat mereka berpakaian seragam lengkap bersenjata.

Biarlah mereka menanam cita-cita, tidak salah. Saya juga tidak pernah memaksa keduanya mengikut jejak langkah kerjaya saya dalam bidang kewartawanan. Dari satu sudut, kerjaya sebagai wartawan lebih kurang sama dengan polis. Mereka terbabit harus berani menerima kecaman dan pujian, bergantung kepada keadaan.

"Tadi masa menyelam di swimming pool, Azard jumpa rantai tangan," kata anak bongsu saya itu.

"Lepas itu?," soal saya.

"Bagi kepada orang jaga swimming pool," jawabnya.

"Kenapa bagi kepada dia orang?"

"Mana boleh ambil, berdosa," katanya.

Sebagai ayah saya berharap kejujuran itu akan terpahat di dalam hatinya sepanjang hayat, biar apapun sekali kerjaya bakal dipilihnya pada masa akan datang. Tanpa kejujuran, tindakan manusia acapkali terpesong dan kehidupan pasti tidak akan senang di dunia dan akhirat.

13 ulasan:

  1. alaaa...kat tiara beach resot kan... :)

    combi ada six sense tau :p

    .........

    anak-anak kecik ni dorang jujur tak pandai menipu.combi dulu masa kecik pun nak jadi polis jugak alasan "nak tangkap org jahat" :p

    dah lama tak berkubang dlm swimming pool sejak anak-anak dah besar :)

    *en mazidul...bila nak kasi baby girl kat 2 org hero tu...hiks :D

    BalasPadam
  2. Salam Mazidul,
    hansemnya dua org anak teruna anda, maknya mana? Tengah kecik-kecik gitu layanlah mereka sepuasnya sebab tau-tau jer mereka dah besar malah mungkin lebih besar dan tinggi dari bapaknya. Nak dipeluk didukung dia dah segan..

    BalasPadam
  3. salam en Maz

    anak2, jawapan mereka memang telus.
    anak sy yang sebaya dgn anak kedua en maz pn nak join pakaian seragam, tp dia lg advance kot, dia nak jadi tentera laut

    BalasPadam
  4. wahhh ekslusif 3 teruna bersantai dlm kolam renang... ni boleh masuk dalam majalah mangga nie hehehe..

    tp bestler jawapan abang tu ..nak jadi ASP lagi...syabas... moga jadi kenyataan dan jujur itu terus kekal jadi amalan..

    BalasPadam
  5. salam

    sorry, silap tulis, tentera udara, bukan tentera laut

    BalasPadam
  6. sweetnya..tiba-tiba terkenang waktu kecik-kecik dulu..=)

    BalasPadam
  7. Masa bersama keluarga yg tercinta memang emas.

    Kosong, lapang & tenang fikiran apabila dikelilingi buah hati.

    Selamat bercuti!

    BalasPadam
  8. Waaahhhh seronoknya depa..

    Setiap ibu ayah memang sentiasa mengharapkan anak2 menjadi insan yang berdikari dan berguna...

    "jadi orang" kata orang...

    BalasPadam
  9. Saya kalau ke laut atau jeram rajin mandi dengan anak-anak kalau kolam renang ini emmm! payah sikit, kena pula banyak sangat protokol, pakai baju hitam pun tak boleh!

    Anak-anak pun telah ada abg yang dewasa nampaknya mereka gembira juga.

    Tengah berangan nak ke Pulau Tioman tak pernah sampai ke sana!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.