Sabtu, Februari 27, 2010

Romi Si Pelayan

“Sebelum ini ramai pekerja tetapi dia orang berhenti ramai-ramai sekali. Kerja di sini teruk, orang (pelanggan) ramai,” kata wanita bertudung mengira harga makanan di atas meja sebelum dijamah.

Oh! Padanlah sewaktu kami tiba di kedai terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan (baca: recommended by a chef from Tiara Beach Resort) itu tiada pekerja mengambil pesanan makanan.

“Uish! Nama kedai top (baca: ada 2 cawangan),” komen ringkas saya kepadanya. 

Kejap! Kejap! Let's replay. Sebelum terlupa, kita analisa kenyataan awal wanita itu.

Dia berkata 'kerja di sini teruk, orang (pelanggan) ramai’, saya spontan terfikir, adakah kenyataan itu bermaksud dia tidak suka terlalu ramai pelanggan berkunjung ke kedai terbabit? Yalah, jika terlau ramai, dia terpaksa bekerja teruk.

Begitu ke? Apapun saya akur, dia bukan pemilik kedai, dia bercakap sebagai pekerja dalam keadaan tertekan kerana terlalu sibuk melayan pelanggan. Jika pemilik kedai bercakap begitu, memang dia bermasalah.

Ketika tiba di kedai itu pada jam 1.10 tengahari tiada pekerja membersihkan meja, jauh sekali mengucapkan selamat datang (baca: mungkin sebab itu ada tergantung ukiran kayu bertulis ‘welcome’ sebagai pengganti sambutan perkataan manusia). Namun ‘greeting’ itu tidak penting, berapa ramai sangat pekerja premis menjual makanan berpeluang 'to welcome' pelanggan? Boleh dikira.

Lapar, berdiri terpinga-pinga, saya dan Ramlan, dibantu isterinya, Romihamiza Md Som, 'Romi' dan rakan, Suhaila Bahari tanpa berlengah mengangkat meja dan kerusi tambahan untuk 12 pelanggan (baca: kami). Selalunya, apabila pelanggan mengangkat meja, pasti ada pekerja kedai datang membantu kerana berasa kekok melihat senario itu. Di kedai ini berlainan, tiada siapa mengambil tahu.

Kedai ini kurang pekerja.

Saya kemudian ke dapur.

“Ada kain? Saya hendak lap meja,” ujar saya.

Tiada kain dihulurkan, namun 5 minit kemudian pekerja lelaki datang dan membersihkan meja.

Romi kemudian ‘mengambil alih’ tugas pelayan, mencari sedozen pinggan di dapur dan membawa ke meja dengan senyuman (baca: sempat bergambar) pada jam 1.30 tengah hari.

Isteri dan Suhaila, sibuk memilih lauk, menyenduk dan menghidangkan juadah antaranya ayam goreng, ikan kembung bakar, ikan patin masak asam dan telur ayam masak lemak cili padi.

Ketika itu saya sempat mengira bilangan meja, 20 kesemuanya. Itupun bukan semua berpelanggan.

“Pekerja di hadapan ada 4 orang sahaja,” kata wanita muda menghampiri meja kami untuk mengambil pesanan minuman.

“Budak-budak sudah ambil sendiri air tin dan ais batu. Ada 6 orang sahaja tidak order lagi,” ujar saya.

Seperti dijangka, 6 pesanan ditulis tidak sama dengan jenis minuman dihantar ke meja 15 minit kemudian. Mungkin pembuat air di dapur tersilap membaca tulisan di kertas nipis. Mungkin kertas itu basah lalu tulisan teh ‘O’ ais kelihatan seperti Milo ais. Maklumlah, mereka sibuk, bilangan pekerja pula kurang seperti didakwa.

“Tung! Tang! Tung! Tang! Tung! Tang!”

2 lelaki sedang memasang 6 tayar gerai tolak di sebelah kami, mengetuk paku berulang kali tanpa menghiraukan pelanggan. Bising, menyakitkan telinga tetapi pedulikan itu semua. Mungkin tidak didengari pemilik kedai, dia sibuk mengira wang di kaunter. Pelayan pula peduli apa, mereka bukan taukeh untuk menegur.

Makanan di kedai itu sedap tetapi bukan terlalu sedap, itu mengikut citarasa saya.

Apapun, jika pembaca ke Port Dickson, bercadang makan di kedai terkenal berhampiran ‘masjid putih’, tanya dahulu kepada pemiliknya sebelum duduk ...

Pekerja cukup ke hari ini?

9 ulasan:

  1. kat mana tu ya?

    saya baru lepas balik dari PD juga :)

    BalasPadam
  2. dulu pernah kena...time bukak puasa..kedai ni memang sedap,tapi layanan..

    saya n 3 orang kawan duk kat 1 meja tu..meja bulat lar..sebab meja yang kecik untuk 4 orang dah takder coz penuh..dan pelayan amik order...tunggu punya tunggu..tiba2 pelayan tu angkut meja dari belakang n suruh saya n kawan2 duduk kat c2..dengan meja yang tak beralas..alasan..meja bulat tu besar dan ada pelanggan yang lagi ramai geng dia..nak duduk..ok2,kira consider lar kan..kalau tunggu lama2 macam boring gak kan..pergi amik surat khabar kat kaunter..b4 tu,mintk izin dengan pekerja kat kaunter..tapi,dia cakap tuan dia takder..so,xlerh nak bagi pinjam..surat khabar tu berapa sen sangat kan....then,air tak sampai2 agi..orang dah nak azan..yang baru datang dah dapat order..tanya kat pelayan..boleh dia cakap "nk minum aper?pesanan taDI dah hilang" dengan mimik muka yang lsung tak bersalah..so,tanpa segan silu..saya angkat kaki..dan nekad..xnak datang kedai macam tu lagi..

    nampaknya dah macam tulis entry kat sini..hahaha..
    bukan apa,memang sakit hati dengan layanan kedai tu..

    cerita berdasarkan pengalaman..:)

    BalasPadam
  3. Bukan senang jadi peniaga ni - komen & komplain patut diambil kira.

    Sayang ye... Makanan ok, layanan kurang...

    Saya rasa kalu tokeynya layan pekerjanya dgn baik, pasti pekerjanya layan pelanggan dgn baik juga - Tidak lah ramai2 pakat cabuttt..., kedai tunggang-langgang.

    BalasPadam
  4. Kenal kedai ni. :) setuju yang makanan dia 'so-so' aje. Tak dinafikan, di PD boleh dikatakan tak ada restoran/kedai makan nasi campur yang boleh diklasifikasikan sebagai 'TERBAIK'.

    cuma kalau nasi lemak, masih mengekalkan kedudukan teratas- Nasi Lemak Wak Rahman (depan gudwara berdekatan simpang empat shell, ataupun Sate Manap (sotonya juga sedap) di desa permai, Lukut.

    Enjoy PD bro Mazidul~ ;)

    BalasPadam
  5. Jarang sekali kita jumpa keadaan sebegitu kan?

    Pelanggan mengatasi pekerja.. biasanya nisbah 1 = 3 pelanggan. Cepat jer layan atau datang ambik order..

    Parah jika berniaga dlm keadaan begini. Silap2 orang lari sebelum order sampai. Maklum, perut kalu dah lapar, hati mudah jer nak marah, kan?

    BRO.. komen skit Tiara Beach Resort. Saya tak penah pegi, tp dapat voucher pakej utk nginap di sana..

    BalasPadam
  6. Itu kira okey! geram & tinggalkan meja, lagi gaban pernah berlaku pelanggan sampai terbalikkan meja; sebab dah tak tahan sabar menunggu, orang sebelah telah kekenyangan padahal lebih lewat sampainya. Itu antara puncanya.

    Yang terbalikkan meja tu pula bukanlah kira orang lalok, nampak penyabar bersama anak isteri. Hebat tak hebat.

    Kes Sdr Mazidul kira okeylah ambil sendiri sebab lauk pauk telah masak; yang angin tu makanan malam yang kena buat pesanan sejam lebih tak muncul-muncul.

    Pernah saya suruh anak belikan makanan untuk berbuka puasa; kira-kira sejam lebih sebelum azan... tetiba telah 15 minit azan bergema, anak saya menangis balik ke rumah dengan tangan kosong; katanya orang gerai itu tak layan dia.

    Saya pun apa lagi pergi kedai tersebut & bahasakan cukup-cukup. Tak lama lepas itu kedai tersebut pun tutup!. Bukan doa saya pun.

    Sebenarnya ada orang bercita-cita mahu jadi tauke restoran tetapi tak cukup modal, tukang masak sekadar seorang dua; sedangkan pelanggan ramai!. Tak pandai mengurus mahu untung berganda. Musibahnya memang takkan lama berniaga.

    BalasPadam
  7. agak menghairankan yer...jumlah pelanggan lebih ramai drp pekerja dek kerana mknan disajikan sedap..biasa kl sedap pun mknan dijual,tp kl layanan teruk begitu mana mungkin pelanggan ramai??
    di kawasan tu..restoren tu je ke yg ade?mgkin kl ader byk pilihan kedai di situ,pasti pemilik kedai akan tahu langit tggi rendah kerana tidak pandai melayan dan menghargai pelanggan yang datang ke kedainya memberi rezeki bukan shj kepada pemilik malah kesemua pekerjanya..pendpat saya bro maz,pekerja lari kerana pelanggan ramai bukan alasan semata2 mungkin kerana pemilik kedai terlalu berkira dgn gaji pekerja..keje teruk,imbalan sikit..kl keje teruk,imbalan seimbang mana mungkin pak pekerja nak lari..di tambah dengan keadaan pasaran kerja yang kurang ni.(susah dpt keje la)cth yang jelas isu surat khabar yg di utarakan rakan di atas...menunjukkan pemiliknya terlalu kedekut dan berkira dengan harta benda dia hinggakan pekerja pun takut nak hulurkan senaskah surat khabar walaupun harganya beberapa sen saja...takutla tue..

    BalasPadam
  8. saya tau kedai nie, ada 2 cawangandi port dickson, sangat terkenal tapi banyak benda negatif saya dengar pasal kedai nie.... ada kate pakai pelaris lah, ada kate nampak toyol atas meja lah, tak faham, tak faham.... yang penting sya dah tak jejak lagi kaki kat kedai nie... tak sedap mana pown...

    BalasPadam
  9. Sya bru pindah d pd..sya rsa syatau kedai,ne..ya dua cawangan..mmg mknn dia ala kadar je..wlupn restoren besar tpi makanan dia janji ada je..yg kat sblh masjid putih tu tak pnh pi..tpi yg kat satu lagi tu penah la sekali dua.bila dia tnya ada laksa tak..takde..ada itu tak takde..semuanya takde..last2 ambl abc je tu pun mcm ice kisar ngan pewarna merah..sabar je la...skng pd da bnyk tmpt mkn..sya suka masakan warung kak maria (btl ke namanya tu ek) ngan tmpt mkn d pdwalk..boleh tahanla..wlu busy layanan dia ttp mantap..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.