Ahad, Februari 14, 2010

Terpikat Akibat Jamu Ketat


Saya mencetak semula surat ditulis Norlaili Afizah Omar, 19 tahun dimuatkan di blog ondscene dan surat sama disiarkan Buletin Utama malam tadi.

Norlaini berasal dari Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur dipercayai lari mengikut teman lelakinya, ‘Jo’ warga Indonesia pada 12 Februari lalu. Lelaki itu dilaporkan bekerja membina kondominium 50 meter dari rumah mangsa.

‘ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI. ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE. PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH’

Meneliti kandungan surat terbabit, Norlaila sedar tindakannya itu dianggap ‘jahat’ lalu dia memohon maaf berulangkali daripada abahnya. Namun demi kasih terhadap Jo, dia sanggup memperjudikan nasibnya, berhasrat kahwin lari.

Kes sebelum ini membuktikan, sebaik bernikah, majoriti gadis dibawa pulang ke Indonesia akan ‘dimengandungkan’ secepat mungkin. Mengapa? Itu modus operandi sekaligus kunci utama memastikan gadis terbabit berada di dalam keadaan serba salah. Selepas melahirkan anak, sekiranya berhasrat pulang ke Malaysia, dia akan kehilangan anak, jika tidak, terpaksa menetap di Indonesia dan menempuh kehidupan acapkali tidak seindah bait-bait cinta diungkapkan kekasihnya sebelum itu.

Saya menerima banyak sistem pesanan ringkas daripada wanita tempatan mendakwa sebilangan perempuan Indonesia bekerja di negara ini gemar menggoda dan merampas suami orang. Akibatnya, ahli keluarga merana kerana suami juga ayah kepada anak mereka tergila-gilakan perempuan seberang. Namun, kedua jenis kes tidak akan berlaku jika satu pihak bertepuk sebelah tangan. It takes two to tango!

Lelaki Melayu terpikat dengan wanita seberang barangkali antaranya kerana nikmat hasil ‘Jamu ketat’. Ya lah, ramai isteri berbangsa Melayu dikatakan sering lalai menjaga 'bahagian dalaman' mereka. Baharu berusia awal 30 an sudah berhadapan masalah keputihan. Itu bukti nyata  mereka jauh ketinggalan menjaga tubuh badan dibandingkan kegigihan wanita seberang. Tambahan pula jamu berasal dari negara mereka bukan negara kita.

Anak gadis Melayu terpedaya kerana apa? Masakan sebab ‘ayat power’ semata-mata? Tetapi mungkin juga, dengar sahaja lirik lagu Indonesia kini, indah dan senang difahami.

Ku mencintai mu lebih dari apa pun ...
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu ...
Ku mencintai mu sedalam dalam hati ku ...
Meskipun engkau hanya kekasih gelap ku ...

Gambar Ondscene

25 ulasan:

  1. saya tak tau nak cakap macam mana bro...skrip yang sama berulang kembali....kalau parent budak tu tak redha, tak pasal-pasal kena cop anak derhaka....tak cium bau syurga la nanti...

    BalasPadam
  2. Erkk... sekali keluar lagu kekasih gelap daaaa....

    Apa nak buat... lelaki memang suka yang gelap2 walaupun ada tempat terang..

    p/s: kekasih gelap bermaksud, kekasih yang selalu di bawa ke tempat gelap untuk dikerjakan. Tak boleh dibawa ke tempat terang sebab nanti org lain nampak dan tahu. Lgpun tempat terang hanya untuk kekasih terang atau isteri. ekekekek

    BalasPadam
  3. VIC, ada juga suasana gelap sesuai, watching movies!

    BalasPadam
  4. Tak faham kenapa orang melayu suka buat benda-benda macam ni...padahal kita dah diberikan didikan agama dan macam-macam lagi...Amatlah menyedihkan dan memalukan..

    BalasPadam
  5. bg tok ayat power diorang ni adalah ilmu memikat menggunakan mantera...almaklumlah jika disebut indonesia,pasti kita terpikir tentang kebolehan mereka dalam mangamalkan ilmu2 menjurus kearah kurafat.tidak hairanlah jika ramai yg terpikat dgn segelintir rakyat disana.
    disini tampat tok tinggal mereka dapat memecah masuk 3 buah rumah dalam masa 1 malam.dan bila dikepong secara tiba2 mereka lesap.
    bukanlah terlalu taksub dgn perkara2 karut,tetapi itulah realitinya..

    BalasPadam
  6. Abg Jo mungkin dibenci, kerana dia orang Indon.

    Sebaliknya (bukan menghina) ramai gadis melayu boleh dibawa, dipegang dan diramas oleh orang yang baru dikenali, semudah ABC.

    Jadi bukan salah warga Indonesia, sebaliknya salah gadis kita yang 'terlebih merenyam'...

    AM teringat clip video perlakuan pelajar perempuan yang kena sentuh atas dan bawah oleh rakan-rakan lelaki sebaya umur. Adakah rakan-rakan sebaya itu juga menggunakan ayat power?

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  7. semua dok kejar org indo lak sekarang ni..baik perempuan atau lelaki...dah pupus kah lelaki dan perempuan malaya hingga semua dok tergoda pada org seberang?

    Pasal perempuan indo pikat suami majikan bukan perkara baru..malah mrk dtg sini dgn niat itu utk jadi batu lonjatan mrk menetap di Malaya. Sy tak setuju sgt kalau mazidul cakap pasal makjun jamu ketat... sebelum dpt merasa ketat longgar tu...mrk dah "kenakan" dulu secara halus ...bila dah terkena tak usah cakap byk ler...

    Yang pompuan melayu lak...heran sungguh sy tang mana dok tergoda kat jantan indo.. rupa satu2 yg dtg sini, semua muka tak masuk "book" tp apa nak dikata kalau dah terkena "ayat-ayat" cinta... lautan api lagikan ku ikut ... sampai di sana barulah nyesal ... hidup melarat..

    BalasPadam
  8. anak dara kita lari ikut lelaki indon tak luar biasa jika lelaki itu muda atau sebaya tapi anak dara kita ikut lelaki tua kawin lari ke siam mmg luar biasa.

    ha ha ha :D

    *bikin malu saja bah!

    BalasPadam
  9. salam..
    saya da tngk berita nie tadi di buliten utama..

    mmg x patut gadis nie.. n saye rase tindakan gadis ini amat bodoh.. ikut nafsu.. maaf kerane kasar bunyi nya.. tpi, terima lah... perbuatan bodoh.. mmg akn nmpak kebodohan nye...

    pikirkan mak abh.. depa jage kite.. turn kite pulak jage depa.. x mampu jage.. kite jage hati mereke...

    BalasPadam
  10. adus....kesian budak ni, ntah ayat power apa la di indon tu leburkan kewarasan fikiran dia....

    BalasPadam
  11. oh abang jo!! oh tidakk!!! masih buta lagi remaja sekarang, tak nampak ke banyak kes sebegini dan apa kesudahannya!

    BalasPadam
  12. Tak apa, bagi dia rasa...
    Bukan dia BUTA & TULI - banyak kali dah berlaku - semuanya indah khabar dari rupa tapi nak juga - Ha... pegi rasa, pergi cuba - Dah menyesal di hari muka siapa yg dicari kalu x ahli keluarga?

    Wahai anak2 gadis termasuklah anak daraku, usah ikut nafsu nak... Walau apa yg kalian ingini/fikirkan bawalah berbincang dgn Ibu & Bapa - Jangan mudah terpana dgn kasih sayang Sang Arjuna nak... Kasih sayang Ibu & Bapa yg wajib dihargai - Cinta itu BOLEH tapi jangan diturutkan jika ianya TIDAK BOLEH.

    BalasPadam
  13. inilah cinta buta (buta mata, buta akal). dahb tahu indon tu sengkek mai cari makan di sini, yang gatai nak ikut lari tu buat apa? memang nak cari susah. berani buat berani tanggung.

    BalasPadam
  14. cinta dan NAFSU bisa mula berubah dalam detik SAAT.
    hari ini tengok kes di TV, esok buat lagi.

    nikmat dlm dugaan ibubapa

    BalasPadam
  15. boleh renung macam mana seorang pemuda boleh melepasi keluar sempadan dengan senang.Luasnya sempadan negara Malaysia.

    BalasPadam
  16. perempuan tu memang cantik..rugi saja sebab 'abg jo'..cinta tu buta..maybe..or jamu tu yg buta..:)

    BalasPadam
  17. salam bro.enrty mmg best. Kesian pijah, meleis malaya xmo kt dia. last2 abg jo yang nk,ikut jer laaa apa lagi. yg penting ada org nk kt ngko.

    pasal jamu ketat tu mungkin betul. ekceli,kalau ko xde anak, xde keje pejabat boleh laa jaga vagina bagi sentiasa ketat. ni yg bezakan isteri dgn perampas suami.

    suami2, ko kene ingat, ko yg nak anak, ko yang nak isteri ko kerja utk bantu keluarga, ko tak boleh nk expect bini ko sempat nk makan jamu,sempat nk perhias diri.

    word verification aku: paria

    BalasPadam
  18. To all, pengalaman terdahulu menunjukkan ramai antara warga Indonesia ditemubual tidak menafikan penggunaan ilmu hitam.

    Namun, jika dibaca perincian kes ini, Norlalli dan 'Jo' atau Sarjo dilapor mula menjalin hubungan sulit sejak beberapa tahun lalu, bukan baharu.

    Jelasnya, mereka telah merancang awal pemergian ke Indonesia.

    BalasPadam
  19. Kita ini tak senekad Indon, tak berani nak larikan anak dara orang sebab tahu musibahnya.

    Bila dilarikan ke Indon, sanggupkah kita ke seberang sana?. Kosnya, ancamannya, silap-silap anak kita pun tak nak balik ke sini.

    Maka itu orang tua zaman dulu sanggup mati anak dari mati adat; mereka amat mahukan anaknya kahwin mengikut adat & bukan kahwin lari atau kahwin koboi.

    Kita zaman sekarang rata-rata tak kenal adat pun kian hilang kesopanannya. Pergaulan antara lelaki & perempuan pun tiada batasannya lagi. Natijah dari ini mudah sangat anak dara kita dilarikan orang.

    Ilmu guna-guna pun taburan janji palsu adalah perkara kedua; jika ada kesedaran membelakangi ibu ayah dalam soal jodoh adalah satu keruntuhan moral & boleh jatuh derhaka. Pasti peristiwa tragis begini tidak berlaku. Bayangkan kita dibesarkan dari tapak kaki itu sebesar dua jari. Sudah besar dewasa tak hormat pula ibu bapa. Budaya apa ini?.

    BalasPadam
  20. aduhai...kerana cinta sanggup tinggal ibu bapa..walhal..bnyk dh berlaku last2 merayu nak balik Malaysia...xpk pnjangla...apalah nak jadi bdk2 sekarang..rosak masa depan..xtau la..nak kata mcm ner lagi..hai...

    BalasPadam
  21. nasi lemak buah bidara
    sayang selasih hamba lurutkan
    buang emek buang saudara
    kerana kasih kemana sahaj ku turuti

    BalasPadam
  22. ...pasal tuh mak bapak zaman dulu2 bagi anak2 pompuan kawin awal (belasan tahun). Dah settle.... selamat insyaAllah :)

    BalasPadam
  23. Adikku Pijah, Kasihanlah pada ibu yang mengandungkanmu secara susah payah selama 9 bulan dan susah payah ayahanda membesarkan mu dengan memerah keringat mencari rezeki. Inikah balasan sebagai seorang anak. Sekiranya kamu mempunyai anak kelak, hati-hatilah kerana kekecewaan ayah dan ibu ini pasti berulang atas takdir ilahi agar kamu belajar tentang apa yang telah diperbuat. Andai AlQuran dijadikan panduan, mengatakan "ah" sahaja sudah dilarang apabila membuat orang tuamu kecewa dan makan hati. Sedarlah adikku, kasih yang sejati tidak memerlukan sebarang ilmu penunduk tetapi keikhlasan yang lahir dari hati yang tulus tanpa sebarang pencemaran.

    BalasPadam
  24. saya rasa sedih melihat adik pijah yang cantik manis,masih muda,mengambil jalan mudah hidupnya.saya berharap adik2 yang lain janganlah mengambil tindakan sebegini sebab kita mesti menjaga hati dan perasaan orang tua kita.wajib kita menjaga air muka mereka.janganlah kita selfish memikirkan kebahagiaan kita sahaja,restu dan berkat orang tua itu penting.kebahaagian itu boleh dicari.pikirlah panjang2 sebeleum melakukan sesuatu keputusan,lagi2 yang melibatkan air muka ibu bapa.

    kepada mazidul,thanks sebab highlight isu ni.kalau boleh turunkanlah nasihat kepada gadis 2 kita supaya tak masuk perangkap bangsa yang suka culik anak dara orang ni.isu ni dah lama dikupas di mastika tapi mungkin anak2 muda tak baca mastika.mungkin makcik2 dikampung je layan mastika.

    kalau abang jo tu baik,dia takkan tergamak melanggar batas adat melayu melarikan anak dara orang,kalau dia betul baik kenapa dia tak bersabar sampai restu sampai

    BalasPadam
  25. Sanggup dia tinggalkan mak dia yang sakit untuk bersama Abg Jo. Cinta itu buta atau kesan ilmu hitam? Ataupun trend masa kini, bersuamikan foreigner.

    Mungkin kaedah pengubatan ruqyah syaiiyah (rawatan Islam) perlu diselitkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan silibus PLKN sebagai benteng ilmu hitam dan sihir.

    Sy tidak pernah sampai di Lombok tapi pernah sampai di daerah masy Phosto di Pakistan, di mana 40% penduduk kampung boleh berbahasa Melayu di sebabkan memang tradisi sejak dulu jual karpet di Malaysia. Anak2 kacukan Pakistan dan Melayu adalah biasa. Siap ada tulisan Selamat Datang lagi. Di tempat ni, boleh dikatakan semua membawa senjata api.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.