Jam 4.30 petang tadi saya bersembang dengan pengurus dan chef Terrace Cafe di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Ada formula untuk menghilangkan bau petai?," tanya saya kepada Zukri.
Zukri Mohd, chef.
"Selalunya makan beras atau bunga cengkih," balasnya.
"Cuba makan timun selepas makan petai, boleh potong bau about 90%," usul saya.
"Ooooo Boleh cuba. Setahu saya kalau jari luka, sapu dengan getah timun, boleh berhentikan darah dan luka cepat bertangkup," balas chef kelahiran Tumpat, Kelantan itu.
"Tetapi kalau bau dalam bilik air tak boleh hilang kut," sampuk Sobri Mat Desa, pengurus.
Saya dan Zukri tersenyum.
Gambar Zukri (kiri) dan Sobri
Gambar Zukri (kiri) dan Sobri
NOTA Memang, cuaca di Port Dickson lebih panas berbanding di Kuala Lumpur.
hahaha~
BalasPadampaling takut makan petai~
T____T
tak nak bau, takut dengan rasanya~
sila jangan paksa saya makan~ kih3~
Port dickson dekat pantai that why panas...... tapi kalu kat tengah tengah laut ....tak panas....
BalasPadamtol ker?boler try..
BalasPadamsgt suker petai,tp kna kurgkan coz abah xsker bau petai..huh
serius?? pasni boleh la makan petai tanpa risau bau mulut kan kan :)
BalasPadamMakan petai hukumnya makruh, kan?
BalasPadamPetai masak sambal...fuhhhh enak.
Bakar atau rebus saja, cecah sambal.. perhhhhh...
dah lama tahu, lepas makan petai makan timun. Ni amalan arwah ayah sy sejak dulu lg.... nafas memang kurang berbau tetapi toilet .... kena plus ler kerap kali ... satu lagi utk yg suka makan kerdas .. pun sama, baunya boleh lawan petai
BalasPadamSuka petai... kalau ada memang terus terbuka selera... makan pun bertambah...
BalasPadamTapi memang bau jad masalah...
petua mak saya nak hilangkan bau kat bilik air. Kulit petai tu sangkut je dalam bilik air. cuba dulu....
BalasPadampetai peruntuh tangga rumah..
BalasPadamBagus petua makan timun ini, sebab timun senang cari banding bunga cengkih atau nak kebam beras emmm! tak selesa!;
BalasPadamSaya selalunya sediakan gula-gula lepas makan petai. baru balik dari Pedas, sekitar sana petai memang murah!. Mungkin sedang musimnya. Jangan beli petai tepi jalan di Mantin mahallah amat!.
Tak lawan murahnya harga petai di Tapah. Jika musimnya singgahlah di pekan Tapah.