Bukan semua pemandu teksi baik (baca: majoriti berhati murni, jujur dan masih mempunyai ciri kemanusiaan).
Ada pemandu teksi sibuk bersembang menggunakan telefon bimbit sewaktu bertugas. Jika ditegur sebilangan tidak endah malah melenting.
Pada masa sama, biarpun kerajaan menaikkan tambang teksi, masih banyak aduan diterima berhubung tindakan pemandu teksi enggan menggunakan meter. Mereka terus mencekik darah.
Sebilangan pemandu teksi gemar berjudi. Mereka berkumpul, 'menchai' (menilik) nombor ekor di lokasi terpilih.
Ada juga 'membela' pegawai perhubungan pelanggan, GRO. Pada awalnya GRO hanya pelanggan 'regular' dihantar ke tempat kerja dan kemudian dijemput pulang. Namun kemudian, lahir bibit-bibit cinta berkepentingan. GRO membayar tambang menggunakan tubuh, pemandu puas, tersengih.
Dahulu, ada pemandu teksi menyamar, berpakaian sami dan merogol penumpang perempuan. Pintu belakang teksi diubahsuai, boleh dikunci pemandu menggunakan punat istimewa.
Selain daripada itu pemandu teksi juga terbabit dalam kes menyamun barang bernilai milik pelanggan.
Terkini, pemandu teksi berusia 28 tahun direman sehingga 4 Mac untuk disiasat berhubung kes pembunuhan Syafia Humairah Sahari, 3 tahun di Kampung Batu 30, Hulu Yam Lama, Batang Kali, Kuala Kubu, Selangor. Mangsa dilaporkan ditendang bak bola sehingga menyebabkan kecederaan fizikal luaran dan dalaman.
Ibu Safia, Siti Nurhanim Aziz, janda berusia 25 tahun berasal dari Sungai Pelong, dikatakan bekerja di kilang sewaktu kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, suspek sewaktu disoal siasat polis mengaku mencederakan mangsa, menampar dan menyepaknya.
Kisah si pemandu teksi, tidak ubah seperti meter diubahsuai, ada sisi gelapnya.
Gambar Mangsa (atas), ibunya (bawah)
UPDATE Perhimpunan Bloggers
Lokasi : COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur - Rawang
48000 Rawang Selangor
Sila rujuk : laman web, http://cfpresort.com/
Masa : 3-6 petang.
Bayaran : RM10 setiap seorang (umur 12 tahun ke bawah PERCUMA) untuk barbq dan sewa tapak. Makanan dan minuman selain daripada itu, sila bawa secara pot luck.
Semua bloggers sila pakai baju merah (baca: ada calit merah sikit pun ok)
UPDATE Perhimpunan Bloggers
Lokasi : COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur - Rawang
48000 Rawang Selangor
Sila rujuk : laman web, http://cfpresort.com/
Masa : 3-6 petang.
Bayaran : RM10 setiap seorang (umur 12 tahun ke bawah PERCUMA) untuk barbq dan sewa tapak. Makanan dan minuman selain daripada itu, sila bawa secara pot luck.
Semua bloggers sila pakai baju merah (baca: ada calit merah sikit pun ok)
Maklumat lain akan diumumkan kemudian. Terima kasih.
memang kejam dan keji manusia itu!!
BalasPadamgeram sungguh!
rasa nak melempang dengan gembira!
eh, itukah tempatnya?
Salam ,
BalasPadamwah ...mcm bertambah takut saya naik teksi ...
memng tak dinafikan harga teksi dah naik tp ada yg masih x nak guna meter ,bad service , bawa customer makn angin ...nak tambah meter ...
geram ....nanti i nak beli kereta sendiri ....no taxi ...kecuali teksi yg saya selalu call....
Teksi malaysia biadap (not all) and dishonest...
heran..
BalasPadamatas dasar ape si pompuan tu membiarkan anaknyer didera..
byk kesan dera yg dah lama (buletin tv3)
aduiii...tolong laa.takan kerana 'jantan' sanggup membiar darah daging sendiri.
sangat tak paham.
kesian budak tu baru 3 tahun.ape yg dia tahu *sedih sgt :(
.........
baju merah ~ i like (^_^)
sangat keji perbuatan mendera budak tu... (T__T)
BalasPadamharap pelaku menerima hukuman yang setimpal nanti...
p/s: merah menyala semua nanti...:)
mmg mnyampah bila naik teksi yg pemandunya suka2 hati nak caj brape pun. mcm pagi tadi, sy & sorg lg kwn kena caj rm7. padahal, x smpi 3 mnt pun dh bleh smpi. sngaja pulak tu bwk slow2. eiii!! geram aku!
BalasPadamsaya pernah berdebat secara sopan dengan pakcik teksi kerana beliau biadap.
BalasPadamnasib baik sampai kolej jugak.
hahaha..;DD
3-4 tahun lepas, saya kerap ulang alik naik bas ke kl. turun di Hentian Duta. Pemandu teksi bleh laa jugak dikatakan ada yg cam c***k*.. surcharge dia amik rm3 padahal dah terpampang pada dashboard rm1.50 saja.. pastu dia tambah lagi rm1 alasan saya bawak beg sendang masuk dalam teksi.. sy protes pasai bukan buh dalam boot pun.. dia boleh plak maki saya.. mujur laa sampai jugak saya ke bangsar..
BalasPadamp/s: pemandu teksi tu org melayu dan saya percaya pada ic dia tercatat islam...
lagi 1 kes, pada thn 2008.. sy dari stesen lrt star sentul timur nak ke taman melewar gombak..pemandu x mau guna meter.. dia mintak rm12..alasan : teksi di kawasan tu payah nak dapat + biasa dia charge rm4/penumpang.. teksi bernombor HWB 8150.pemandu : ismail b ahmad..
natijah dari 2-2 insiden, sy tekad beli kereta sendri..puaih ati...
.....
kes shafia..lebih kurang mcm kes Aaliyah Aiman Hussin Abdullah... boyfriend mak sendiri mendera...
apa laa yg si ibu tu bleh diam dah anak kena dera?? isk isk iskk..
Sungguh sedih kisah kematian yg trajis itu. Dia baru 3 tahun saja, apa salah dia? apa yg dia tahu?
BalasPadamYang mendera dia tu memang binantang... tapi pelik juga kerana bukan baru hari ini dia didera, apa peranan ibu dia? Bukankah yang sepak budak itu adalah teman lelaki ibunya? Malah katanya, ibunya sedang mengandung anak luar nikah dengan lelaki itu? Betul, kan?
Maka, dilaknatlah orang2 yang mendera anak itu..
Lokasi kejadian di Rawang? mak aiiii jauh nyerrrr....
BalasPadamhmmmmmm....
Baju merah cuma ada 1 tu pun tak lawa.. sbb I nampak tambah HITAM kalu pakai merah.. hehehehe...
Baca paper hari ni, ada report kata ibu mangsa tu ada hubungan haram dgn suspek.
BalasPadamSampai lahir anak luar nikah sorang, dan skarang pun tgh mengandung jgk.
Cerita la lebih lanjut Bro.
ibu arwah mmakai tudung, tapi anak luar nikah nk masuk 2 org..Semoga ALLAH beri hidayah pd ibu arwah..
BalasPadamSemoga ape yg jadi nie, bg pukulan hebat pd ibu arwah.Jgn blakon je lebih.
Kalau anda nak menangis, dr dulu lagi anda buat ssuatu sbb arwah pon didera dah lama..
Yg pelik tu, bsekedudukan tnpa ikatan halal wpon masih ade suami? ye ker nie??
YA ALLAH, LINDUNGI LA MALAYSIA DR MALAPETAKA SPERTI NEGARA2 JIRAN KAMI..JGN LA Kau MUSNAHKAN KAMI KERANA PERLAKUAN YG JAHANAM INI...aMIN
gegar gempa bumi itu telah ada di Sabah, kita tak pernah sedar!.
BalasPadammasalah pemandu teksi ini sejak berzaman tak selesai, saya punyai ramai kenalan pemandu teksi, maka tak mahu komen kut! kawan saya ini terbaca...
cumanya cubalah kita perhatikan cara mereka memandu di jalan raya berbanding orang awam, mereka adalah golongan yang berani mencilok di jalan raya, mereka juga pandai mencari jalan pintas... maka pasti dalam tindakan mereka pun ... terbawa-bawa cara kerjaya seharian mereka... cumanya tak semua.
Tidak kira apapun kerjayanya, Suspek itu sungguh KEJAM!!!!
BalasPadamEn. Maziidul,
Jauhnye kat Rawang tu..
Belah pagi x blh ye?
RM10 siap ade BBQ (kambing ade?) okay le tu... Bayar kat sana ke?
Saya tgh mencari kawan yg blh meredah jalan ke sana & ada hati nak join...
betul lerrr pemandu teksi ni ada yang macam samseng jalan raya.. suka hati nak berhenti, cilok sana cilok sini tanpa menhiraukan pemandu2 lain.. ada satu ketika dulu pernah 1 teksi cilok serta brek didepan kereta saya nasib baik tak berlanggar hanya untuk mengambil penumpang dan bila saya bunyikan hon dier terus capai stering lock lalu tunjukkan kepada saya... saya tahu tak semua pemandu teksi jahat tapi banyak yang jahat dari yang baik....
BalasPadamrasanya ibu syafia pun perlu dijatuhkan hukuman berat kerana bersekedudukan dan bersekongkol dengan kekasih kesayangannya itu!
BalasPadamAllah lebih menyayangi arwah Syafia. Mungkin tuhan tidak mahu Syafia dibesarkan dengan kehidupan maksiat dan tidak bermoral.
sama-sama lah kita doakan supaya ibu syafia & lelaki binatang itu mendapat hukuman sewajarnya
Salam... semoga perhimpunan pada sabtu ini akan berjaya :)
BalasPadam* malang sekali saya tidak dapat turut serta kerana jadual tugas ditukar pada saat2 akhir :-S
takkan lah si ibu xperasan luka pada nak.. nmpak sangt sebelum ini xpernah amik tahu pasal anak..
BalasPadammak saya tgk tangan merah kene ggt semut pun dah kecoh inikan plak anak kene dera.. boleh pnggil ibu ker???
kesian pada anak tu.. nnti mak dier meninggal anak dia ampun ke tak dosa ibunya erk.. tapi tu keje tuhan kita tak tahu..
pada si ibu tu.. satu malaysia dah bercakap.. tiada perasaan malu atau segan ker???
renung2kan dan selamat beramal..