Selasa, Februari 16, 2010

Hoi! Engkau buta ke???

“Hoi!! Engkau buta ke??? Letak mata kat kepala lutut?? Tak nampak kereta aku ke?? Main jalan suka hati emak engkau je!!”

Itu mungkin jerkahan lelaki kepada lelaki lain.

“Laaaa …Awak ni, tak nampak ke kereta saya tadi?”

Itu pula mungkin pertanyaan lelaki kepada wanita terbabit dalam kemalangan jalanraya biarpun kerosakan kenderaan dialami kedua pemandu lelaki terbabit lebih kurang sama. Jauh benar perbezaan kaedah pendekatan dan intonasi percakapan mereka.

Itulah lumrah.

Majoriti lelaki melayan wanita lebih lembut berbanding layanan sesama jantina. Andai kata wanita terbabit berpakaian seksi dan rupawan, barangkali intonasi percakapan pemandu lelaki pasti lebih lembut biarpun di hati bersarang kemarahan. 

Lelaki, kesimpulannya masih menghormati dan menghargai insan lemah dalam banyak situasi.

Tetapi pastinya bukan semua.

25 ulasan:

  1. terima kasih lah untuk yang berlembut atas dasar hormat...

    tapi memang bukan semua lelaki sama, kadang2 ada yang buat mcm tu sebab pandang rendah kat orang perempuan

    itu lumrah jugak kan

    bukan cakap pasal semua lelaki ok

    BalasPadam
  2. tapi laki zaman sekarang..dah xder beza laki ppuan..smua cakap kasar..ppuan pon sama jer...susah nak cari yang betul2 ada adab..

    berdasarkan pengalaman..he3

    BalasPadam
  3. Salam Sdr Mazidul,
    Mohon Sdr ulas ulasan Agen Nikah Siam ini yang menuduh Ustaz Zawawi & Ustazah Bahiyah Agen Yahudi...

    http://pulakdah.blogspot.com/2010/02/ustazah-bahiyah-ustaz-zawawi-kena-isa.html

    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. pengalaman kawan anak combi mcm gitu ler..

    kereta dia tercium kereta didepan.bila lelaki tu keluar dari kereta dan kawan anak combi terus minta maaf so terus settle :p

    tapi panik gak dak pompuan ni takut kena marah..nasib lelaki tu cool jek :)

    ade lagi ler lelaki yg GENTLEMAN ooooooo (^_^)

    BalasPadam
  5. Salam sdr Mazidul,
    Bukan juga semestinya lembut atas dasar hormat tp fitrah lelaki memang luruh dan gemuruh hati di depan wanita (apa lagi yg cantik!).

    Sayugia ada wanita ambil kesempatan atas kelemahan lelaki ini.

    BalasPadam
  6. dah lumrah lelaki kot...kalau jumpa perempuan kena gentleman...tapi pernah tengok perempuan maki hamun lelaki sebab kemalangan kecil...

    BalasPadam
  7. biasanya kalau kereta lelaki dilanggar wanita begitulah reaksinya. Tapi kalau lelaki yang melanggar kereta wanita, responsnya wanita tu pun boleh tahan dan kadang kala tak tahan juga bisanya mendengar omelan yang bercampur 18sx. Mungkin kita terlalu stress bekerja dikota metropolitan yang memerlukan semuanya diselesaikan dengan segera tanpa mengira sangat caranya.

    BalasPadam
  8. Bon Jour. Damn, I missed kerang bakar and tomyam. Hahah Melayu! Sambal belacan sungguh sedapppp..

    Anyway, menjadi orang yang civilised ada banyak cara.

    Hidup di negara maju tidak semestinya kita seorang yang civilised, begitu juga tinggal di negara membangun. Sama jek. Kita tanya, adakah persekitaran yang buatkan kita macam tu? Atau cara kita dibesarkan membuatkan kita jadik macam tu?

    Semuanya bertitik tolak pada akal. Kalau akal tarak, memanglah confirm keluar segala nenek moyang perkataan yang tak elok, tak manis, tak sedap.

    Yang jadik kak nam pun ramai, tukang menghasut, maka makin menjadi jadiklah kan.

    Akhirnya, kesimpulannya ialah, setan dah masuk badan. Itu jek. Betul tak bro?

    BalasPadam
  9. Hehehe...

    Itu yang disebut 'Control Macho', bro..

    Memang secara lumrah, pompuan lebih mudah menagih simpati, kena pulak yang cun melecun dan seksi gitu...

    Memang tak adil kepada lelaki, sebab sering dilayan kasar berbanding pompuan..

    Kekekeke

    BalasPadam
  10. echah

    Lelaki itu adalah saya, tapi bukan genetik saya..(sesekali puji diri)

    dia cium belakang kereta ,saya ajak minum pula, lepas itu menjadi sahabt karib.,,bila dia nak kenduri kawin dkirim Kad jemputan .

    BalasPadam
  11. Biasalaaaa ^_^...
    Kaum hawa kan diciptakan dari tulang rusuk nabi Adam. Sudah tentulah dekat dengan hati dan jantung.
    Bila diciptakan dari tulang rusuk, itu membawa maksud supaya sentiasa disamping pasangan lelakinya.
    Dekat dihati untuk sentiasa dikasihi dan disayangi selalu
    Jantung pula selagi hayat ada. (Bukanya disayangi pada 14 Febuari sahaja)

    Allah tidak menciptakan kaum hawa dari tulang kaki atau tulang kepala kerana kaum hawa bukan untuk dipijak ataupun memijak kaum adam.

    BalasPadam
  12. Saya lebih mengatakan orang yang asyik menyergah orang lain dalam bab kemalangan ini adalah orang yang tidak sabar & bermasalah.

    Namanya pun kemalangan tak mungkin disengajakan. Tak ada kenderaan mana pun yang tak boleh dibaik semula. Semua jenis kenderaan ada alat gantinya cuma mahal & murah sahaja nilainya.

    Sudah awak tu salah, kenalah bertanggung jawab, klim insuran atau keluar duit. Selesaikan dengan baik.

    Kecuali kemalangan yang besar, sampai mengakibatkan cedera parah, atau maut. Ini memang elok dibicacarakan jika perlu tarik ke mahkamah. Pesalah memang elok diajar tak kira lelaki atau perempuan. Gaduh di jalanan tiada kesudahannya.

    Emmm! memang lelaki lemah dengan perempuan tetapi seandainya ahli keluarga kita parah atau maut dilanggar kenderaan yang dipandu oleh perempuan bagaimana iyer!.

    BalasPadam
  13. sayangnya bro mazidul, dlm kes saya, takde mananye dia ckp mcmtuh.

    satu hari tu, dah terang lagi menyala bukan salah saya. saksi pon ckp dia laju. lgpun, si pembawa motor tu tak pakai helmet. pastu dia nak tuduh saya nak bunuh dia plak. takde dia nak ckp2 lagi, tak sempat saya nak keluar, dia dah capai dalam kereta dan hentak kepala saya dkt stereng kereta. pastuh dia belah mcmtu jer..

    saya yakin ada ramai lelaki yang baik2 di dunia ni, tapi malangnya saya dah terjumpa JANTAN seperti itu..saya kesian bagi lelaki2 yang baik di luar sana..

    BalasPadam
  14. Sepanjang 21 tahun bawak kereta... dah 4 kali eksiden... dengan LELAKI semuanya...

    Semuanya free2 kena maki hamun dengan saya... buta ke.. tak nampak ke... lesen pasar malam ke..

    Walaupun ada satu kes tu say yg langgar bontot org.. tetap org tu kena maki... ekekekek

    BalasPadam
  15. VIC, pengakuan eksklusif ke? Baik-baik tahu, blog ini purata pembaca semakin bertambah ...

    BalasPadam
  16. Two Oranges, tak jemput pun kahwin, kan? Sedih.

    BalasPadam
  17. macam mana nak mengurangkan stress atau lebih bersabar bila menghadapi musibah sebegini. Atau untuk mengurangkan stress atau menyabarkan rakan yang terlibat dengan aksiden ni? ada pendapat yang bernas tak?

    BalasPadam
  18. bro mazidul,

    jangan mcmtuh. saya sgt2 stress dgn kerja time tuh. dahla budak hingusan di bawah boss yang teramatla scary.. ramai saya tak sempat jemput pon..

    jangan marah yer..

    BalasPadam
  19. DIANA

    ""Semuanya free2 kena maki hamun dengan saya... buta ke.. tak nampak ke... lesen pasar malam ke.""

    andai ada lelaki yang balas balik ayat U , suruh dia tukar JANTINA.

    ..baru adil wanita berbalas dgn wanita...

    lelaki jika kena penampar oleh wanita sekali pun perlu senyum jerr,enak dan sedap kan..huhuu..

    lelaki dgn wanita adanya lawan benda lain (!*SX)

    BalasPadam
  20. Two Oranges, saya memang dari awal berniat menawarkan perkhidmatan MC percuma kepada awak dan pasangan.

    Nampaknya, tidak terkabul niat saya :(

    So, awak kena belanja saya lunch nampaknya (read: ada hubungkait ke?)

    Are you in this country or somewhere else?

    BalasPadam
  21. Ya, memang PASTI bukan semua.
    Kadang2 ada yg nak tunjuk lagak dpn perempuan, nak tunjuk dia berkuasa, ditengkingnya perempuan macam apa je.

    Maybe yg pakai seksi dan rupawan akan dilayan elok sikit la.

    BalasPadam
  22. tgk pempuan yang dilanggar atau melanggar la...
    kalo cun dan baik hati..mmg dilayan baik....
    kalo dah la tak cun..peh tu berlagak...saya cuma cakap..'kita settle balai jer la yer kak'..

    BalasPadam
  23. bro mazidul,

    manalagikah saya kalau bukan di malaysia? kl to be precise.

    saya dah merisik kpd bapa mertua saya dah pasal MC tuh, tp majlis besar cancel plak. jd kami smbg dgn yg kampung style je. yg dkt jb plak, bapa mertua saya minat sgt dgn UTM punya MC tuh.

    lunch? takde masalah.. bagitau jer.

    bila ada perjumpaan bloggers lagi? mau jugak saya ikut. tp saya ber-belog dlm BI, seganlah pulak dgn otai2 lain ni.

    BalasPadam
  24. teringin nak langgar kereta V.I.C...huhuhu (bleh plak camni)??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.