Pemilik blog ‘PAS Cawangan Bukit Sentosa 2’ membuat dakwaan palsu sekaligus melemparkan fitnah secara terbuka terhadap saya secara peribadi. Justeru, biarlah saya melontarkan komen di pentas sama.
Berikut tajuk 2 tempelan di blognya tanpa ejaan diperbetulkan.
TIADA LIPUTAN BERITA TERKUTUK INI OLEH MAZIDUL KERANA BUKAN BERLAKU DI KELANTAN
MAZIDUL PUN BERSENGKOKOL
Kandungan 2 tempelan di atas telah saya ulas di tempelan saya sebelum ini.
Saya berharap tuduhan dan fitnah dilontarkannya tidak mewakili SEMUA ahli PAS bernaung di bawah Cawangan Bukit Sentosa 2.
Hasil tulisannya, mengundang komen berikut di blog sama.
‘Tahniah Mazidul membuatkan kerajaan BN terfkir akan kelemahan mereka Elok sangat Mazidul tulis lapuran begini. Lapuran ini secara langsung dia mempersoalkan kerajaan BN atas sebab tidak meluluskan perundangan Islam yang dituntut oleh negeri Kelantan suatu masa dulu. Kerajaan Kelantan mahukan perundangan tersebut adalah untuk mengelakkan pekara2 sebegini berlaku, tapi BN tak nampak, dan sekarang telah nampak kesan dari penolakkan perundangan Islam oleh BN. Malah lebih menarik lapuran Mazidul ini secara simbolik dia menemplak kerajaan BN kenapa tak mahu bertindak mencegah perkara sebegini dari berlaku seperti yang di minta oleh kerajaan Kelantan atau Negeri Cik Siti Wan Kembang itu - Hatisuci’
Jam 11 malam tadi, saya menerima respon pemilik blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 seperti tercatat di bahagian komen tempelan di bawah.
‘Salam Sdr Mazidul Akmal, teman tak sangka respon Sdr sebegitu rupa. Sebenarnya teman dah lama membaca dan jadi follower Sdr dan so far so good. Cuma pada masa itu saja.Teman bukan nak menyerang atau mengganggu blog individu cuma semasa Mazidul paparkan tajuk Bayi ... di Kelantan itu, kebetulan dalam masa 24 jam itu teman sedang memantau berita TV dan internet yang sedang menyerang secara politik kepada Negeri Kelantan. Kelantan termiskinlah, tidak maju, ketinggalan zaman. Dituduh pada tahun 2004 pendapatan Kelantan tinggi disebabkan cukai arak berbanding sekarang. Kemudian isu Kelantan tiada banyak peluang pekerjaan dan sebab itu ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar. Komen teman cuma pada masa itu seolah-olah Mazidul bersama-sama dan seiring menyerang Kelantan’
Kepada pemilik blog berhentilah menggunakan phrasa 'seolah-olah' DAN sila buat permohonan maaf secara terbuka di blog sendiri dengan kadar segera.
Jika terlalu taksub dengan semangat kepartian, itu antara awak, parti awak dan parti lawan. It has got nothing to do with me. Assumption kills. Jika tidak pasti, bertanyalah, bimbang andai sudah terlalu jauh tersesat jalan, nanti rebah sewaktu pulang ke pangkalnya.
Saya muak dengan fitnah awak lemparkan.
Tu la dia....
BalasPadamKerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa..
Sesedap hati buat assumption...
kadang2 assumption meleset...
makan diri balik..
setahu saya la....
bro mazidul bukan kaki politik..
dia tak ambik port pun pasal parti2 ni...
tu pasal kitorg bleh layannnnnn kepala ngan bro mazidul..
ekekekekke
selalunya kita terperangkap atau tertipi jika hidup dalam prasangka. Bukankah baik jika bertanya kepada tuan rumah dan tidak membaling batu dan sembunyi tangan. Perkataan seolah-olah sudah memberikan hukuman dan berbentuk "judgemental" kelak akan memerangkap diri. Sikap bersangka baik perlu dihayati selalu ye tuan.
BalasPadamsokong diana..(lepas ini kena belanja makanan gelembong buaya)
BalasPadamambil yng positif...
bahana terlalu taksub terhadap negeri,idola, nama,individu dan organisasi.
oklah tue bro, bagus,jangan citer politik...
BalasPadamlagipon blog ni kan bukan utk politik kan,
manusia, bisalah, cepat terasa kan..mungkin entry saudara ade citer dulu pasal kes anak luar nikah d mane ayatnye last "bukan di kelantan",bebrpa entry berkisar atau terselitnye kelantan.. maybelah mereka anggap saudara lebih kepada kerajn..
Aspirez, komen awak menjelaskannya. Terima kasih.
BalasPadamFid, samada tulisan saya menyentuh isu berhubung kerajaan atau bukan kerajaan, itu hak saya untuk membicarakannya.
Blog ini, bukan milik Utusan Malaysia, TV3, RTM, Berita Harian, Malaysaiakini mahupun Harakah Daily dan tidak ditaja dek sesiapa.
To tell you the truth, saya bukan manusia menulis untuk memuaskan hati semua orang. Jika berasa tersentuh dengan isi tempelan, sila lontarkan komen. Namun, biarlah komen membina, tidak hanya menulis berdasarkan prasangkan seperti dicatatkan Aspirez.
Saya menjemput semua untuk berdebat secara membina dan BUKAN melakukam 'personal attack' menggunakan platform parti politik (bukan blog individu) bertujuan sewenang-wenangnya memfitnah orang lain.
Usah sampai hanya kerana sifat prasangaka berlandaskan tanggapan seorang manusia menggambarkan imej sebenar keseluruhan ahli parti diwakilinya.
Jika saya penyokong BN, PAS atau PKR, itu hak mutlak individu. Bercanggah pandangan BUKAN sesekali bermaksud salah.
Saya tidak perlu menjadi kaki bodek kepada mana-mana parti. Tetapi biarlah setiap dakwaan dibuat itu berasas.
tuan tanah - saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca di sini. banyak org selalunya buruk sangka atau memandang dari sudut mata kepala mereka sendiri.
BalasPadamJika mereka ada kepentingan, maka akan berlakulah situasi seperti menegakkan benang yg basah atau setidak2nya mempertahankan apa yg mereka fikir, menganggu kehidupan mereka. sebagai contoh, jika ada serbuan sesuatu produk yg telah dibuktikan salah/atau melanggar undang2, maka orgramai yg selama ini menjadi mangsa, akan menyokokng. tetapi, bagi ejen2 jualan yang hanya untuk periuk nasi mereka tanpa memikirkan implikasi jualannya, akan mengatakan pihak berkuasa sengaja sabotaj atau masukkan pasir dlm periuk nasi mereka.
mentaliti ini yg tidak mahu menerima hakikat kebenaran sesuatu kejadian itu, maka jadilah keadaan bercelaru dan mengeruhkan lagi keadaan.
kita pun tak pernah fikir macam yg golongan ini fikir - sempit dan menyempitkan serta hanya untuk kepentingan diri dalam dalam lingkungan kotak fikiran mereka.
dah terang2 blog sebegini tiada langsung kaitan dgn politik, tetapi ia dipolitikkan pulak. haru biru jadinya.
terlalu bahaya menggunakan frasa 'seolah-olah' kerana ia mampu mengundang fitnah atau buruk sangka yang keterlaluan atau juga menimbulkan kesangsian sedangkan frasa itu dtg dari fikiran negatif yg hanya berlandaskan pemikiran singkat.
itulah pendapat saya tuan tanah yang arif.
salam
Penyokong, ahli, pemimpin mahupun pembangkang kepada BN, PAS atau PKR - TIDAK usah lagi mempolitikkan isu yg hanya akan memecahbelahkan kita. BERHENTILAH...
BalasPadamApa agama anda? Islam/Buddha/Hindu/Kristian? Tidak kira apapun agama anda, apapun warna kulit anda, ini negara KITA - Mari kita bersama mencari jalan berganding bahu bagaimana mengelakkan kejadian buang bayi agar TIDAK berlaku lagi di semua taman perumahan/di daerah/di negeri manapun.
Saya yakin, ZINA adalah punca utama gejala buang bayi - Maka CARI kaedah tepat, LAKSANAKAN dgn SERIUS, TEPAT & CEPAT agar tiada lagi paparan kekejaman bayi yg tdk berdosa kejang kaku di dada media massa - Tolong hentikan tangisan kami, para Ibu yg pernah merasai sakitnya melahirkan anak menatap kesengsaraan bayi-bayi yg teraniaya tersebut.
HENTIKAN ZINA! HENTIKAN MEMBUANG BAYI! H E N T I K A N!!!!!!!
saya sangat faham apa yang saudara mazidul rasa.... kita buat keja pun kena... tak buat keja lagi la kena... dah mindset depa memang macam tu bro... bukan kesemuanya lah...
BalasPadamOndscene, terima kasih di atas komen dilontarkan.
BalasPadamSebab itu dalam penulisan skrip liputan jenayah, kita dilarang menggunakan perkataan berbaur tanggapan. Saya tahu awak juga arif berhubung perkara ini selepas berulangkali membuat liputan dan menulis skrip pelbagai kes jenayah.
Bayangkan jika kita boleh menulis begini ...
'Dalam kejadian tidak dapat dipastikan lokasinya, mangsa, gadis berusia 20 tahun kelihatan seolah-olah rela dirinya dirogol dan agaknya diliwat berulangkali.
Awalnya mungkin mangsa berasa 'sedap' kerana pada fikiran saya suspek rasanya tidak bertindak ganas di awal kejadian berbanding 2 kes terakhir.
Suspek pada hemat saya warga Afrika kemudian menghilangkan diri, agaknya dia pulang ke negara asal.
Tanpa pengesahan pihak polis, menurut maklumat kurang pasti, mangsa kemudian cuba membunuh diri mungkin kerana akibat dia dihalau keluarganya.'
Hu! Hu! Hu!
Rumusannya, FAKTA itu penting dalam penulisan BUKAN tanggapan. Bagaiman bahan ditulis itu bergantung kepada kita. Hasil olahan tulisan kita mungkin berbeza tetapi isinya tetap sama.
en mazidul..
BalasPadambila kena kat depa mesti depa twist kat kita balik.heran betui la seolah depa ni maksum sangat.yg busuk kita yg wangi depa belaka.
tolong ler muhasabah diri sendiri!
heran dengan politik sekarang ni... semua benda nak di politik kan...
BalasPadamkemarin dulu masa saya OTW balik umah ada banner tulis
"bacaan yassin parti .... sebab berjaya mendesak kerajaan"lebih kurang macam tu la bunyinya
YASSIN pun dipolitikkan...
Tidak ada tindakan di sesi undang2 yg boleh dilakukan kalau seseorang difitnah di alam maya ?
BalasPadamAMAN!!!!!JANGAN ADA PERANG....
BalasPadamperjanjian damai telah dimeterai untuk tempoh 10 tahun. sesiapa yang melanggar perjanjian ini akan dihadapkan ke mahkamah antarabangsa dengan hakimnya AR Tompel spt dalam cerita anak bapak.
BalasPadamSaya bukan nak komen cuma nak ngajak Sdr Mazidul dan blogger yang lainnya, renungkan destinasi yang akan kita tuju. Dah bersediakah kita. Sudahkah kita bersedia dg apa yang hendak kita bawa dan apa pula yang bakal kita tinggalkan...link dibawah ini mungkin boleh memberi jawapan...tapi yang hendak kita bawa? Cuba renungkan kata dalam lirik 'Kalau ku tahu' Unggu
BalasPadamhttp://warisanmukmin.com/affiliate/default.asp?aft=PE110