Ahad, Februari 07, 2010

Bayi Diliwat Sehingga Maut

Ada antara pembaca blog ini meluahkan rasa bosan berhubung tempelan tulisan saya menyentuh kes liwat sekaligus dan meminta saya menulis mengenai topik lain.

Namun permintaan mereka tidak dapat saya penuhi, kes liwat masih relevan.

Di Petaling Jaya, Selangor bayi LELAKI, 5 bulan maut dipercayai akibat diliwat kerana berdasarkan bedah siasat mayat, terdapat kesan kecederaan di bahagian dubur. Bayi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan terbabit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis menahan kedua ibu bapa mangsa berusia 19 dan 33 tahun untuk membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed polis tidak menolak BAPA bayi terbabit sebagai suspek utama.

Jika andaian itu benar, bapa terbabit pasti lebih daripada gila. Apa tidaknya, isteri masih muda remaja, dubur anak sendiri, bayi menjadi pilihannya.

Gambar Sekadar hiasan sahaja

31 ulasan:

  1. elok dihukum sula jer bapa dia ni..jika terbukti dia bersalah....sula atas pentas biar semua org saksikan..jadikan tauladan..

    BalasPadam
  2. potong je "harta karun" dia tu. buta sgt sampai ada otak x reti nak fikir.

    BalasPadam
  3. gila...memang gila..kalau btul si ayah tu yg buat...sya sokong apa yg jalilah cadangkan tu..

    BalasPadam
  4. Ini orang gila bro... dasyat lagi daripada binatang.. huhh..

    BalasPadam
  5. Nauzubillah, masyaallah apa nak jadi orang kita ni Mazidul, setiap hari asal bukak suratkabor ada-ada jer kes-kes pelik berlaku. Liwat dan rogol baik secara paksa atau sukarela, berbunuhan mak bapak adik beradik,rasuah,tipudaya,peras ugut,pecah amanah,ragut pendek kata sebut ape aje yg orang kita tak cuba buat.

    Ke mana agaknya terbang iman dan akal. Akhirnya kita pasti jawab, dunia nak kiamat.. taupun tapi sikit pun tak gentar dan gerun. Kembalilah kita semua ke jalan Allah.

    BalasPadam
  6. Org yg meliwat bayi tu adalah manusia paling celaka dlm dunia ni.
    Budak tu baru umur 5 BULAN... apa laaaa yg dia tau????
    GILA BODOH la org yg meliwat tu.
    Patut dihukum mati je!

    BalasPadam
  7. setuju dgn DAMAI IMPIAN D'BANGI..kembalilah ke jalan ALLAH..
    AL-FATIHAH buat bayi yang tidak berdosa itu...airmata sy berguguran taktala membaca berita ni..

    BalasPadam
  8. semakin hari semakin pelik. isu itu sana sini tak habis lagi . bunuh sana sini . isk takut dah sekarang..

    BalasPadam
  9. elok di hukum bunuh orang yang hidup berlandaskan nafsu syaitan ni...hidup yang kurang pegangan agama Islam ni memang berlandaskan nafsu semata-mata...nauzubillah..

    BalasPadam
  10. Itulah ragam manusia didalam memenuhi tuntutan nafsu,walaupun mereka sedar manusia tidak mampu memenuhi nafsu walau hingga ke akhir hayat...Semoga mereka yang bersalah akan mendapat hukuman setimpal....sesungguhnya mereka itu "IBLIS YANG BERTOPENGKAN MANUSIA".....Salam 1Malaysia

    BalasPadam
  11. Sebenarnya saya juga kurang selesa topik ini asyik dijadikan tajuk dalam beberapa media dan blog.

    Saya ada terbaca gerakan Freemason, yang antara kaedah meyakinkan sesuatu isu dalam masyarakat ialah pengulangan.

    Sesuatu pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan diterima sebagai benar.

    Kisah liwat, apabila diulang-ulang, akhirnya akan menjadi sebati dalam masyarakat..

    Apakah Bro Mazidul berusaha menjadikan isu ini sebagai isu klise dalam masyarakat?

    BalasPadam
  12. jika benad bapa baby tu yg terbabit ..perkataan paling sesuai adalah binatang! Tp binatang pun sayang anak sendiri...apa harus ambo panggil manusia jenis ini???

    BalasPadam
  13. Salam ,

    Jangan hirau komen orang , kalau bro rasa betul , lakukan sahaja .

    gila sex ,ini penderaan kanak2 . perlu diberi perhatian .bagi pengajaran kpd org tersebut .hukuman berat pelu dikenakan .

    BalasPadam
  14. Ibrahim, maklumat dicatat memberikan ilmu kepada pembaca. Namun bergantung kepada penerimaan mereka.

    Biarpun kisah sama mungkin berbeza perspektifnya, ditulis berulang kali dek media cetak dan dipaparkan media elektronik, kes liwat masih terus berleluasa.

    Kisah hubungan sejenis kaum Nabi Lut A.S tercatat di dalam Al-Quran. Namun selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W, kegiatan songsang sama masih menjadi amalan masyarakat dunia, Malaysia tidak terkecuali.

    Kita tidak mampu menghalang kegiatan terbabit dengan tangan, andai ditegur secara 'direct' dan terang-terangan maka ramai kelompok mempraktikkan hubungan seks di luar tabi'i ini akan melompat dan melatah. Kata mereka itu hak individu.

    Justeru, memperingatkan semua berhubung keburukan kegiatan sebegitu, itu the least that I can do.

    BalasPadam
  15. Kita tengok berapa lama kes ini akan mengambil masa sebelum dijatuhkan hukuman...agak-agak boleh tangguh-tangguh tak , sekarang kan kes liwat ni boleh berlanjut sampai bertahun-tahun. Contoh melalui teladan kan... kalau orang besar-besar boleh buat orang kecil pun ada jugak yang nak cuba dengan kaedah yang lebih gila..
    Nak tengok jugak ada tak lumpulan makcik2 yang akan pertahankan pesalah nih, sambil menjerit Reformasi... kita tengok jerlah...

    BalasPadam
  16. saya rasa makin ramai orang mengalami masalah mental dalam kes seksual ni, tak habis dengan hubungan sejenis, kes masukkan bola golf dalam kemaluan isteri dan yang baru liwat bayi, apa sebenarnya punca masalah macam ni?

    BalasPadam
  17. Lupa saya nak selitkan satu lagi "penemuan" yang mengejutkan oleh anak saya ketika berkunjung ke salah sebuah kafe siber di Kota Bharu, anak saya telah menemui beberapa video lucah kanak-kanak di mana dalam video tersebut ada menunjukkan kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 10 tahun melakukan seks oral dan ada jugak yang melakukan seks. Namun begitu anak saya tidak menyalin video tersebut kerana takut ia menyalahi undang-undang.

    Sudah jelas pornografi kanak-kanak juga wujud dalam masyarakat kita dan ia amat mengejutkan saya. Tak sangka dalam masyarakat terdekat ada insan yang pada saya mempunyai masalah mental sebegini.

    BalasPadam
  18. tak dapat dibayangkan kesakitan yg ditanggung bayi tersebut. geram saya tengok berita tu semalam di tv..sakit hati saya ni!!!!

    BalasPadam
  19. moga sang AYAH tobat sebelum ajal tiba urat leher..sebelum dibalas jika ayahnya yang buat kerja..

    BalasPadam
  20. salam

    Bapa yang berperangai lebih teruk dari syaitan. Apa yang difikirkan ketika dia meliwat anak itu? Sokong untuk cantas terus 'keangkuhan' miliknya, tak perlu pun hukuman penjara mahupun hukuman maut

    BalasPadam
  21. Selagi hukuman yg Allah swt gariskan tidak dilaksanakan, selagi itulah nafsu-nafsi menguasai.

    Masih tak nampak agaknya Hukum British yg digunapakai tidak cukup menginsafkan, tidak mengerunkan, tidak mendidik. Jadi??

    Kisah2 sebegini hanya akan tamat pd hari kiamat. Masih boleh sabar?

    BalasPadam
  22. Jika benar si pelakunya adalah bapa sendiri...

    sungguh bodoh..! sungguh bodoh...! bodoh sebodohnya!!

    BalasPadam
  23. agaknyer biler nak meninggal nanti..macam manerla azab allah swt turun kpada si dia yang bersalah...al - fatihah buat si kecil...bergembirala di syurga...semoga allah swt dan para malaikat dapat selamatkan bayi - bayi dan kanak - kanak yang lain dari manusia bertopengkan iblis ni..

    BalasPadam
  24. Ini bukan gila dah ni. Ini kira kejam sangat dah ni. Hukuman dunia tak de yang setimpal melaikan hukum Allah.

    BalasPadam
  25. Syaitan semakin membiak, kalau nafsu lelaki ini telah dirasuk syaitan begitulah jadinya.

    Itu pun nafsu lelaki nisbah 1:9 banding wanita tak tahulah kalau lelaki terbalik punyai nafsu 9:1 nisbahnya banding wanita. Entah lagi banyak perkara pelik akan dilakukannya.

    Secara teori Mak Jenin; saya akan tetap menyalahkan lelaki dalam bab maksiat ini. Bayangkan kalau anunya mati pucuk! tak mudah berlakunya perbuatan sumbang semua ini. Ini melampau; dalam bab minum kopi pun saya pelik kenapa banyak sangat jenama kopi membuatkan nafsu lelaki boleh terangsang!. Lelaki pun satu hal asyik melepak dekat kedai kopi apa fasal.

    Kaum wanita sesekali kenalah buat kempen anti produk perangsang ini.

    BalasPadam
  26. salam... manusia yang melakukan hal ini memang gila!

    BalasPadam
  27. aduh...siannye...ape la dosa baby tu kan...saya agak terkejut dengan ulasan saudara jayong mengenai gejala seks kian menular dlm kalangan kanak-kanak...ni la kot petanda2 kiamat..

    BalasPadam
  28. hahaha lucu gak pun ade..patot la aku jrg nk tgk tv terutamanya berita pasal asal kuar je pasal LIWAT..LIWAT..LIWAT..

    biar la...asal korg2 semua kt atas sedar dosa2 so xperlu la kite nk mengutok sape pon yg terlibat...biar tuhan yg menghukum..teruk2 pun diorng tetap manusia...jgn jadi manusia yg x berakal dgn menghukum org yg laen..sebaeknya beri derang pertolongan..sedarkn derang ngan silap derang..tu baru betul...lu pikir la sendiri

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.