Selasa, Februari 23, 2010

Hentikan 'Kera' Berniaga!

"Ini kerana ada maklumat yang diterima mengatakan rakyat asing mengambil tempat perniagaan rakyat tempatan di pasar malam, di pasar seperti di Chow Kit dan tempat-tempat lain di seluruh negara,” ujar Timbalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, semalam.

Benar maklumat diterima beliau berhubung pasar Chow Kit.

Penjualan sayur-sayuran dan buah-buahan khususnya dimonopoli warga Indonesia. Saya tidak pasti berhubung status sebenar dokumen perjalanan  mereka tetapi pastinya mereka bukan rakyat Malaysia. 

Selain di sekitar Chow Kit (baca: sudah berkurun lamanya), Lebuh Ampang lebih hebat. Peniaga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia membuka perniagaan kedai makanan, menjual kain, menggunting rambut, membaiki kasut dan pelbagai lagi.

Gerai tolak menjual buah-buahan juga berlambak diletakkan di sisi jalan dan dijaga majoriti pekerja Myanmar.

Semasa merakamkan visual mereka tempoh hari, saya dan jurukamera dikejar dek lelaki Cina bermotosikal, dipercayai ‘orang kuat’ kawasan terbabit.

Di lorong berhampiran Pasar Seni, sama. Peniaga asing menjual air dan buah potong bersaing dengan peniaga tempatan. Peniaga tempatan hilang taring, kecut segalanya, gentar menegur kerana dipercayai warga asing terbabit dilindungi gangster tempatan. Sebab itu lagak mereka mengatasi kehebatan penampilan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa tempatan, PBT mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing menjalankan perniagaan. Beliau turut memberi amaran kepada peniaga tempatan memajak atau menyewakan lesen perniagaan kepada rakyat asing. Saya berharap arahan itu dilaksanakan PBT bertanggungjawab, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL

Semasa menjalankan tinjauan di Lebih Ampang, penguatkuasa DBKL kelihatan ‘main kejar-kejar’ seperti kucing dan tikus dengan peniaga asing. Apabila dikejar, peniaga asing melarikan diri sambil menolak laju gerai mereka, tidak ubah seperti memandu kereta F1. Apabila penguatkuasa pulang, mereka kembali berniaga semula. Mereka degil, keras kepala. Aksi itu bukti jelas menunjukkan peniaga terbabit tidak memiliki lesen perniagaan sah, jika memenuhi syarat mengapa harus cabut? Atau mereka tahu, sebilangan penguatkuasa hanya main acah-acah sahaja.

Kekadang saya berasa amat hairan, jika peniaga tempatan melakukan sedikit kesalahan, diberi amaran, disaman malah ada kes peralatan perniagaan mereka disita. Mungkin kerana peniaga tempatan tidak bijak main kejar-kejar. Lalu peniaga warga asing, tersenyum dan tertawa. Mungkin itu ditakrifkan dengan ‘rakyat didahulukan’? Bukan! Correction! Rakyat asing didahulukan.

Negara kita mempunyai undang-undang tetapi undang-undang tidak bermakna andai tidak dilaksanakan sepenuhnya secara jujur dan ikhlas.

Kesannya, kera dihutan (baca: peniaga asing) disusukan, anak diriba (baca: peniaga tempatan) mati kelaparan, perumpamaan itu lebih tepat.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin sedar, selalunya, rakyat sakit hati berasa teraniaya di negara sendiri pasti tidak akan mengundi kerajaan terkini di masa hadapan (baca: PRU 13).

NOTA Saya telah meminta krew 999 membuat intipan di kawasan terbabit dan kemudian mendapatkan kerjasama DBKL untuk membuat pemeriksaan status lesen peniagaan warga asing itu.

12 ulasan:

  1. salam maz, tadi saya terdengar perbualan ttg pendatang asing yg bekerja sebagai cleaner/maintenance di HUKM kena cekup.

    1 truck & 1 bas penuh.

    dengar kata byk juga yg terlepas...yg kelakarnya pendatang yg pakai uniform hijau tu sempat salin pakaian biasa & menyamar jadi pelawat/pesakit...

    pada pandangan saya pihak berkuasa sepatutnya mengatur operasi dgn memberi keutamaan mengikut warga pendatang yg 'paling menyemak & meloyakan' disamping membersihkan lokasi2 panas spt chowkit dsbnya.

    menyumpah sakan 'misi' hukm 2-3 hari ni.

    BalasPadam
  2. Lyn, 1 perkara saya kurang faham, masalah warga asing berniaga bukan baharu berlaku.

    Di Klang, Selangor, rungutan peniaga tempatan lama kedengaran. Tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Berharap kepada Majlis Perbandaran Klang, sampai sekarang masalah tidak dapat diselesaikan. Inikan pula di Chow Kit.

    Saya berharap arahan terbabit dapat dilaksanakan sepenuhnya dek kenalan saya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Ismail.

    I know that he could execute the task if he wants to.

    BalasPadam
  3. serbuan sekali semimggu tidak cukup.

    kawasan Ampang depan sekolah:

    "selepas kena serbu, sejam kemudian di lokasi yang sama, bisnes tumbuh semula".sampai berKURUN tidak selesai.

    jika gaji sebulan sekali, elok buat serbuan sebulan sekali.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,
    mencanang penguatkuasaan lebih power dari penguatkuasaan yang sebenarnya, maka tidak hairanlah PATI tak gentar dengan penguatkuasaan.
    Perlu di ingat..dalam kekalutan sebegini..kalau di siasat sebetul-betulnya..saya pasti ada pihak tertentu yg menghulurkan tangan menerima sesuatu untuk melepaskan mereka daripada di tahan, kecuali yg melakukan kesalahan jenayah...terpaksa ditahan...
    dengar khabar nak gempur habis-habisan...tapi kat aloq setaq ni nengok bangla dok kayuh beskal...indon dok merempit kat kawasan pembinaan buat bodo jer..
    siap bebaru ni di shahab perdana(stesen bas utama alor setar), tindakan dua ekor bangla cuba mengganggu budak perempuan (sekolah rendah) dapat di ketuk kepala mereka dengan batang lock stereng oleh saya...mana penguatkuasaan?nasib baik saya meronda dikawasan berkenaan di setiap hari jumaat dan sabtu (sebab isteri saya mengajar kelas tambahan)..budak darjah empat pon depa nak buat pasai...
    masalah...masalah...ingatkan dok aloq setaq tak la menghadapi masalah camni...

    BalasPadam
  5. harap2 begitulah maz. dah lama tak ke chowkit sejak pendatang indon penuh kat situ. nak pegi sorang2 pun takut.

    BalasPadam
  6. Salam Bro Maz,
    Saya tertarik dgn isu pendatang asing mencuri peluang rakyat tempatan berniaga.
    Ahad lepas, makcik menjual nasi lemak di PPRT Kota Damansara mengadu yg lambakan peniaga pendatang asing ini telah menyebabkan banyak perusahaan kecil-kecilan di sekitar kawasan itu 'bungkus'.
    Menurut makcik tersebut, org tempatan sendiri yg menjadi dalangnya. Mereka buat lesen & dptkan tapak utk niaga. Kemudian diserahkan kpd warga asing ini to run the business.
    Itu belum lagi bab rumah PPRT disewakan kpd warga asing yg akhirnya menyebabkan jiran sebelah berasa seperti menginap di negara asing pula, layaknya...
    Sepatutnya isu ini perlu diberi perhatian sebelum merebak dan jadi "kanser" masyarakat.

    BalasPadam
  7. Salam Bro

    Kekadang tertanya jugak kenapa, bagaimana "kera" boleh berniaga at the first place?

    Dan at the first place, kenapa rakyat tempatan tidak mahu berniaga, malah boleh menyewakan lesen dan tapak berniaga kepada "kera".

    Kita kerap menyalahkan pendatang asing yg mengambilalih ekonomi rakyat tempatan tetapi kita jarang2 atau kadang2 mempertikaikan sikap rakyat kita yg ingin mendapat wang mudah sekalipun sikit.

    Di Langkawi pun sama, lot milik PBT disewakan kepada peniaga dari Pattani, Siam. Begitu jugak di pasar, pembekal sayur pun orang mereka. Apa jadi ngan org tempatan?

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  8. Kamal, pemuda Melayu di Langkawi lebih gemar jadi 'beach boys'. Hidup meriah, dapat girlfriends minah salleh. Hidup bahagia under the sun shine, 'tan' beb!

    BalasPadam
  9. mana banyak KOS menubuhkan MAKMAL, suruhanjaya,penyiasatan dll dalam bilik hawa dingin?, meeting berbanding kos menjalankan penguatkuasaan.

    "kuat kuasa, kuat kuasa X 100 kali.." (sila baca 100 kali)

    BalasPadam
  10. Tidak dinafikan, peniaga2 warga asing ini lebih bermanis mulut, lebih pandai mengambil hati pelanggan...

    berbanding peniaga tempatan yg kadang2 muka masammm... suka marah2.. > segelintir

    lalu salah siapa sekarang?

    BalasPadam
  11. "Hidup bahagia under the sun shine, 'tan' beb!"
    power..baru la world class..kekeke..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.