Kekadang kita berasa hairan, hairan menyaksikan pelbagai telatah dan gelagat manusia latah di hadapan mata.
Kita berkunjung sebagai pelanggan sekadar ingin membeli barang keperluan, tiba-tiba peniaga menutup kedai. Wajah kita terlalu menakutkan ke? Atau wang kita terlalu kecil nilainya berbanding harta dikumpul hasil perniagaan mereka?
Apapun, saya kurang arif. Itu hanya rumusan awal saya.
Baiklah, begini cerita sebenarnya.
Petang tadi, saya dibawa wakil TV3 Johor, Zulhazri Abu Bakar ke Kip Mart di Taman Tampoi Indah, Johor Bharu. Tujuan saya untuk membeli ‘screen protector’ telefon bimbit PDA lama.
Sebaik melangkah memasuki pintu utama pusat membeli-belah terbabit, keadaan menjadi hura-hara. Semua kedai menjual cakera optik ditutup serentak.
“Mana itu 'TV3' sudah sampai ke?,” tanya pengawal keselamatan bertugas kepada saya berkebetulan melintas di sebelahnya.
Mata pengawal terbabit liar memerhati keluar.
“Tak tahu,” balas saya ringkas sambil berjalan menuju ke kedai telefon bimbit.
Perasaan bercampur-baur. Geli hati pun ada, terharu pun ada.
Apa ke jadahnya pengawal keselamatan begitu sibuk sekiranya ‘TV3’ datang? Sedangkan dia tidak memiliki kuasa menangkap sekiranya 'TV3’ datang sekadar membeli-belah.
'TV3' bukan polis, bukan juga penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, KPDNKK. 'TV3' hanya pelanggan datang sekali dalam tempoh beberapa tahun untuk membeli barangan keperluan.
Kenapa peniaga menjual CD, VCD dan DVD menutup kedai secara mengejut bagaikan diserbu pihak kuasa?
Terfikir, jika mereka memasarkan bahan asli, apa perlu takut sehingga termengah-mengah beramai-ramai menarik turun pintu kedai? Lagipun, saya kira mereka bukan calang-calang orang, puluhan peniaga mungkin ‘dijaga’ sindiket.
Ya! Ya! Jangkaan anda betul.
Mereka menjual bahan cetak rompak dan lucah 'XXX' dan lokasi sama pernah diserbu KPDNKK sebelum ini sewaktu saya bertugas sebagai wartawan 999.
Kejadian itu bukan semalam, bukan bulan lalu dan pastinya bukan tahun lalu, lebih 5 tahun jika tidak silap saya.
Namun, mereka masih di situ menjalankan kegiatan sama. Hairan bukan? Masakan pihak berkuasa khususnya KPDNKK Johor tidak mengetahui kegiatan berterusan mereka. Premis perniagaan, premis tetap, kedai bukan 'mobile' boleh dipindah-pindahkan secara mudah. Jika ditutup dan dikunci sekalipun, penguatkuasa pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan bantuan KPDNKK Johor mempunyai kuasa memecah masuk premis dan merampas bahan cetak rompak terbabit.
Mungkin sudah mula terlena dan tiada pihak mengejutkan mereka.

Kat KB nih ada satu kedai di atas Billion Mall tingkat 3 jual semua bahan cetak rompak.Cukup heran macamana kedai ini boleh terus beroperasi tanpa ganguan. Tentu cukup banyak duit bawah karpet ditabur utk pihak2 tertentu.
BalasPadamlena kemudian jaga, lena kembali..
BalasPadamdiorang tengok muka bro Maz pun dah kecut perut....takut muka diorang tak pasal2 keluar tv nanti..hehe
BalasPadamrse nye pernah tgk dlm tv pasaraya tu kene serbu dgn KPDNKK..diorg takut sekejap je pastu buat lg..hhmm
BalasPadamKelakar betul. Susah juga jadi orang famous ni kan, tapi pengawal keselamatan tu tetap tak kenal En. Mazidul. Mesti dia pendatang asing...heheheh
BalasPadamTerpaksala menyamar kalau nak jalan-jalan tpt2 mcm tu.. payah kan bag? huhuhu
BalasPadamdul.. bebudak sekarang jarang dah baca mona gersang macam kau kats eksyen 18 dulu.. depa baca lintas langsung dari mahkamah tinggi jalan duta la beb... 'apabila saya keluar saya nampak dia duduk di hujung kanan katil dengan tuala putih'
BalasPadampbt dpt byk sgt duit kopi kot.. tu yg terlena.. tp takut gak diorg dgn bro Mazidul ye..
BalasPadamsalam mazidul
BalasPadamteruskan kerja pembongkaran segala penyelewengan & kepincangan... jgn biarkan petualang2 ini bermaharaja lela.
kpd POLIS, PIHAK BERKUASA TEMPATAN, KASTAM & YG TERLIBAT...APA ANDA BUAT ?????
kami menyokong usaha maz serta mendoakan keselamatan maz selalu
hehehe... jawapan yang cukup mudah... bila duit sudah mengkaburi mata semuanya boleh jadi tak nampak :)
BalasPadamdorg lebih gerun dgn mazidul berbanding pihak berkusa...huhu=)
BalasPadamSudah terang lagi bersuluh, malangnya mata pihak yg berwajib mudah kabur...
BalasPadamApabila takut hanya kepada makhluk, sayang hanya kepada material...
Apa nak jadi...??? (ihsan lirik lagu Dato' SM Salim.
menarik...
BalasPadamkita tgu & lihat berapa lama tempoh mereka ambil untuk sedar..
mereka bukan takut dengan tv3 cuma takut terpopular di rancangan 999
BroFramestone Blog
maklumat cantik ni...
BalasPadamhahahaha....pak guard tak pnah tgok bro MAz kat tv......ker tk pnah tgok tv pak guard tuh....
BalasPadambarangan tiruan yg jd minat....sbb yg ori kadang2 mahal...huhu
Begitulah hebatnya pengaruh media massa di mata masyarakat kita. Itu baru TV3 terbitkan 999; buat rancangan liputan kes jenayah yang berkesan, belum lagi setiap stesen TV diwajibkan buat rancangan seiras 999 atau 360 lalu. Lagi pening perniagaan haram begini jika banyak rancangan sebaik 999 diterbitkan.
BalasPadamTahniah TV3 dapat mencorak masyarakat Malaya, kasihan dengan peniaga yang kelam-kabut itu.
Rezeki mereka murah dengan menjual barangan cetak rompak itu. Kita pun sedar tak sedar antara yang penyokong pengeluaran barangan ini.
Bukan nak katalah; rakan saya pernah beli VCD ori di pasaran; dia nak bantu orang kampung katanya. Jamal itu sekampung dengan dia. Bila masuk ke pemain VCD gambarnya tersangkut-sangkut. Saya pula jenis pakar buat salinan dengan VCD Writer di komputer. Bila dibuat salinan lagi cantik dari yang ori. Bagaimana tu!.
Kawan saya malas nak tukar balik VCD tersebut; minta tolong saya buatkan salinan. Saya pula bukan seorang penerbit VCD cetak rompak... jauh sekali nak rompak daya kreativiti bangsa kita!... macam mana tu!. Isk! kawan pun melatah.
Itu yang berlaku, sudahlah barangan cetak rompak ini murah terkadang dapat menandingi kualiti yang ori, maka pintaannya pun pastinya meluas... akan terusan membanjiri pasaran.
saya pernah bekerja part time di salah sebuah kedai menjual pakaian di pasaraya kipmart tersebut.
BalasPadamdan ketika itu, serbuan pernah dilakukan. lebih kurang 2tahun lepas.tapi serbuan itu mungkin kecil2an sahaja kerana mungkin atas aduan orang serbuan itu dilakukan. masa tu saya pun panik melihat peniaga2 tersebut berkemas2. kebetulan ketika itu saya tengah rehat dan singgah skejap untuk melihat2 movie2 terbaru.
tiba2 mereka hendak berkemas2 rupa2nya..ada serbuan. baru skrang sy tao rupa2nya disana banyak vcd dn cd2 yang sememangnya tak patot ada dipasaran. hurm.yg menyedihkan peniaga tersebut ade dikalangannya melayu.
kalau nak kate cetak rompak, xpayah masuk dlam mall atau supermarket, kat mane2 mereka boleh cari.
ape2 pum sebenarnya tv3 terutama rancangan seperti 999, aduan rakyat dan sebagainya memang sangat berkesan dan membuka mata rakyat dalam pelbagai aspek.
saya tertunggu2 rencana mengenai krisis identiti di negara kita.terutama kalangan remaja.yang saya maksudkan tentang sosialiti status gay dan lesbian, atau pengkid dan pondan.
ini sekadar apa yang saya alami,ingin tahu dan luahkan.
salam.