Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.
Bedah siasat mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu semalam mendapati abdomen Syafia pecah dan berlaku pendarahan otak selain kecederaan di leher, pipi dan bahu. Suspek, pemandu teksi berusia 28 tahun semasa disoal siasat polis dilaporkan mengaku menendang mangsa dan memijak kepalanya sewaktu kejadian. Saya tidak mampu membayangkan trauma dilalui dan kesakitan dideritai tubuh kecil itu. Dia anak kecil bukan tandingan tenaga si bangsat terbabit.
Malangnya, beberapa saksi dikatakan tidak berani menegur perlakuan suspek apatah lagi melaporkan kes kepada polis kerana dia banas baran.
Hairannya, Nurhanim dikatakan mula menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu. Buta hati andai dia mendakwa tidak mengenali sikap teman lelaki, menyamar sebagai suaminya itu.
Buletin 1.30 tadi menyiarkan temubual bersama Nurhanim. Dia mengaku suaminya, ayah Syafia enggan menceraikannya (baca: digantung tidak bertali). Untuk rekod, suami Nurhanim, ayah kandung Syafia, Sahari kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dalam kes pembunuhan pada tahun 2006.
“Saya mengaku banyak membuat kesilapan …,” kata Nurhanim ketika merayu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Nurhanim dipercayai melahirkan bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan hasil perhubungan dengan suspek, kini dia dilaporkan mengandung 4 bulan. Sehubungan itu menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Jika dakwaan berhubung kelahiran anak luar nikah itu benar, Nurhanim wajib dituduh di mahkamah syariah. Melalui saat duka, bukan alasan dia dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang dunia.
Akhbar sebelum ini melaporkan, datuk mangsa, Aziz Shahar, 50 tahun, terkilan kerana pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka dia didera. Terfikir, jika benar dakwaan Aziz, masakan Nurhanim sebagai ibu, hidup bersama Syafia tidak mengetahui kejadian sebenar?
"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras”
Cinta tidak mengenal siapa, barangkali.
Berikut kenyataan klise ibu mangsa berhubung suspek disahkan positif ujian saringan dadah sewaktu ditahan.
“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” komen Hurhanim berhubung suspek.
Malangnya, hanya selepas 2,190 hari (baca: 6 tahun) baharu dia tersedar berhubung fakta itu.
Keluarga Nurhanim dan keluarga suspek dilaporkan bertengkar lebih 20 minit di pekarangan bilik mayat hospital mempertikaikan hak tuntutan jenazah mangsa. Jenazah Syafia akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang pada jam 5 petang semalam.
Apapun berlaku, seksa dunia Syafia, dinoktahkan sudah. Mereka masih hidup dan terbabit dalam pembunuhannya akan dibicarakan di mahkamah dunia dan mahkamah Allah. Pembasalan setimpal akan mereka terima.
NOTA Dalam Buletin Utama 28 Februari, Nurhanim menafikan dia mengandung anak kedua (4 bulan).
NOTA Dalam Buletin Utama 28 Februari, Nurhanim menafikan dia mengandung anak kedua (4 bulan).
mungkin ibunya juga terlibat..
BalasPadamserahkan pada pihak polis utk siasatan lanjut..
Al-Fatihah utk adik syafia..
innalillah
BalasPadamkasihan pada budak ini.. kerana ketak apa-an orang dewasa dia jadi begini
fenomena Meleis yang "tak nak jaga tepi kain orang".. dalam hal budak didera patut kuburkan taboo "jaga tepi kain" bangsa kita
alfatihah
Salam... Hairan jg napa kluarga ibu arwah Syafia dan kluarga suspek berebutkan mayat arwah.. Sapa bapa sebenar arwah?
BalasPadamSy rasa lah, mak arwah terlibat.. Tingkahlakunya.. Kata2nya yg mggambarkan dia tu pon mangsa nak cover je. Smua org dah tahu dia pmpuan zina, malah melahirkan 1 anak luar nikah (dan x lama lg 2 org lah). Ini menunjukkan dia mmg xda plan pon nak tobat. Klu dia x sama2 dera pon, dia mmg terlibat bersubahat kerana mmbiarkan anaknya sendiri didera.
Andai dia tahu hukuman bakal menanti di akhirat (mgkin dia tahu, tp terlalu seronok dgn hubungan terlarang) sudah tentu dia minta direjam sampai mati utk melepaskan diri...
mak dia pon terlibat jugak tu.. huhu
BalasPadamishh..sengaja buat-buat naif pompuan tu :(
BalasPadamdorang berdua patut disebat mcm kes kartika.
Salam... suspek merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan!
BalasPadam* Pada haiwan sahaja kita mempunyai rasa belas dan tidak sampai hati untuk menendang apa lagi memijak - inikan seorang kanak-kanak seusia itu!
salam
BalasPadambetul en maz, berakhir sudah penderitaan syafia, Alfatihah... insya Allah dia sudah damai disana
agaknya berapa ramai lagi anak2 kecil bakal menjadi mangsa kerakusan manusia yang kononnya bergelar ibu @ bapa
kenyataan2 si ibu bunyi macam nak cover line diri sendiri ajer?
BalasPadamkalau tidak kerana kematian syafia, mungkin masyarakat tak tau bahawa ibunya seorang penzina
BalasPadamsemua ni adalah kententuan ILLAHI untuk membongkar kegiatan maksiat ibu kandung syafia...
dia duka ker dia apa ker
mahkamah syariah have to to do something about it
kalau ramai2 yang pegi tolong budak tu, mesti budak tu selamat. ni tak, takut kat ugutan si bangsat tu lagi..pastu tengok jer budak tu kena tendang bagai... masya ALLAH apa nak jadi ni?
ada menda yang kita boleh jaga tepi kain orang, ada menda yang tak perlu kita jaga
tapi kalau dah nampak depan mata seorang budak umur 3 tahun kena terajang mcam tu, boleh lagi tengok sajer? helllo!!! ini bukan sarkis ok!
mintak2 dalam lokap tu, ada la sorang dua tolong belasah si bangsat tu...biar dia rasa mcmana kena terajang kannnnnnnn
semoga ibu syafia dan kekasih ibunya berada didalam laknat allah sehingga hari pembalasan..
BalasPadamsehina-hina babi,babi tak pernah buat mcm tu dkat anak dia.kategori apa mamat sorang ni...ada lg tak binatang yang paling hina yg bleh digunakan utk mamat ni?
Tadi sepanjang dalam kereta, saya adik dan emak sibuk membicarakan hal ini.
BalasPadamSebenarnya bro, pmpn simpanan dia ni tahu bahawa si bangsat ni memang panas baran. Sebab dalam satu statement ada mengatakan "Memang dia ni panas baran, kalau dia marah dia akan pukul anaknya (merujuk kepada Humairah)."
Tambah lagi, dia benarkan si bangsat bawa anaknya ke padang bola sebelum Humairah sendiri dijadikan bola. Kemudian bila si bangsat balik tanpa Humairah dia tak bertanya ke? Tak pergi mencari ke? dan bila polis datang pukul 3 pagi ke rumahnya dan maklumkan mengenai Humairah dan sifat binatang si bangsat... dia pengsan.
Kesimpulannya perempuan tak bermaruah sebegini yg sanggup disimpan lebih 6 tahun (lebih pelik, Humairah baru 4 tahun sedangkan dia dah tinggal bersama 6 tahun, anak siapa Humairah sebenarnya?) sebenarnya setiap kata2nya usah dipakai. Ini pelakon. Pelakon yang patut menang award hadiah pelakon terbaik. Sepatutnya dia disabitkan kesalah kerana bersubahat membunuh anaknya nak menidakkan hak anaknya untuk hidup bahagia seperti anak2 lain.
Kalau perempuan ni ada depan saya... saya wajib tampar muka dia.
Pembetulan: yg pengsan tu bkn mak adik syafia..tp nenek dia. Mak dia xpengsan2 pn, menangis jer lebih. Menangis pn xder guna dh..tlg sgt subahat "simpan" boipren celaka mcm tu! Anak dh mati baru nk nyesal. Sakit tul hati neh, smpai nyumpah2 dh.
BalasPadamXpaham aku nape ppuan neh lembik sgt! Dah tau ank slalu kena pukul pn xbuat report ke ape! Xkn la tau beza pukul mengajar @pun dera. Lgpun, sibangsat tu sape nk pukul2 ank org??
Lain kali masyarakat kne cepat bertindak, nmpak org/bdk kecik kne pukul trus la tolong. Korang ramai, bangsat tu sorang, takut ape? Bkn dia bwk parang ke pistol pun. Dh tggu bdk tu lunyai baru nk nolong..dh terlambat la..
Al-Fatihan utk adik Syafiah..si bidadari kecil..
Kenapa mak dia tak kena tangkap? Subahat tak kena ke?
BalasPadamBizkutrai, ingat kes anak kecil didera warga Sudan. Suspek juga teman lelaki ibu mangsa.
BalasPadamDalam kes itu, ibu si mati ditahan kemudian dibebaskan selepas kenyataan dirakamkan.
Dalam kes ini, saya tidak dapat menjawab soalan awak. Apapun, saya telah meminta wartawan 999 untuk mendapatkan perincian kes untuk disiarkan pada 4 Mac kelak.
tiorinya mungkin dek suspek yang panas baran, jika ibu anak report polis, suspek akan ditahan??
BalasPadamrisau bukti tak kukuh, bila keluar kena belasah. Bila dah terjadi kes begini dah selamat dari kena dera. Berani bersuara bila yakin suspek tak boleh ganggu lagi.
setuju dgn zz.mungkin dia takut diganggu.
BalasPadamtapi kalau 6 tahun bersama tanpa rasa bersalah/insaf macamana tu.
ALLAH tunjukkan apa yg telah dorang lakukan.
vic >> combi blom pernah tampar org rasa teringin gak nak join :D
penduduk yang menyaksi kejadian, tidak berani membuat apa2 tindakan terhadap suspek, LAGI BUTA HATI!!
BalasPadamsweetdarling79.com
tengok dari berita...mmg ibu mangsa terlibat sama..cara dia membela suspek..meluat tengok...biar dua2 dpt pembalasan setimpal
BalasPadamkepada en.mazidul...TOLONG minta org jabatan agama cepat2 sebat ibu arwah ni..memalukan org islam..kenyataannya dalam buletin utama tadi penuh penipuan..tangisan pura2 untuk mengcover diri sendiri..mak yah ada lagi tapi sibuk nak minta perlindungan dari Dato' Sharizat..perempuan ni memang BANGSAT
BalasPadamZeq, penjelasan awak boleh diterima.
BalasPadamMusafir, itu bukan kuasa saya.
Tiba-tiba terfikir, masakan ayah dan ibu Nurhanim (ibu mangsa) tidak mengetahui anak mereka mengandung dan melahirkan anak tanpa nikah. Masakah mereka tidak mengetahui suami anak mereka masih tidak menceraikan dia?
Dinyatakan juga di Buletin Utama tadi, 27 Februari, Nurhanim TIDAK mengandung 4 bulan seperti didakwa dan ditulis media tempatan.
kenapa sy tidak ada langsung rasa kasihan pada si ibu yg kehilangan anak kecil ini, malah benci meluap-luap tiap kali terlihat wajah si ibu. Betapa bodoh, baggang, jahil hingga sanggup berzina selama 6 tahun dgn jantan lain sedang dia masih bersuami. Layakkah wanita ini menjadi seorg ibu yg melihat sahaja anak di dera selalu???
BalasPadamLagi hairan sy bagaimana keluarga si isteri boleh pejam mata dgn kes penzinaan anak mereka selama 6 tahun.. Lagi sy bertambah marah bila sekumpulan pemuda yg melihat sahaja si kecil ditendang didera tanpa seorg pun berani tampil menghentikan perbuatan kejam itu.. apakah penduduk di kawasan itu hatinya telah mati??
salam enmazidul, sya tidak terkata apa apa
BalasPadamtp sangat menarik komen tok janggut
dan sya telah link
en3 enmazidul didalam blog sya,harap diizinkan..terima kasih.
mak die setaraf dgn mak arwah aaliyah..
BalasPadamcume die ni bertudung..
n tak pakai sexy..
but anyway..
setaraf..
or maybe worse?
Sungguh hairan dgn perlakuan org2 M'sia sekarang (baca: penduduk taman tersebut), dekat sini klu saya tercakap kuat atau kasar dgn anak dekat misalannya dekat shopping complex (sbb tiap2 kali pergi nak mintak beli toys), memang saya kena jeling or stared dgn ozies2 kat sini.
BalasPadamFor them every child is everyone's responsibility. Walaupun anak melayu! (baca: anak bangsa mana pun.)
Iskandar
Anak saya kata, "what the he**? mak dia bodoh ker aper?"
BalasPadamSalam Unc Mazidul
BalasPadamCinta itu buta, benar ungkapan itu. tapi bukan cinta. 'org yang bercinta buta sebenarnya' kalau masyarakat MARAH dgn pesalah, saya pula sangat MARAH dengan ibu mangsa yang seolah-olah tidak memperdulikkan anaknya itu ketika hayatnya ada. Namun, saya akan tetap mendoakan ibu syafia benar-benar ikhlas dalan jiwa dan rohani, mental fizikal untuk bertaubat dan menyesal setelah apa yang berlaku dalam hidupnya.
cuba saksikan video ini.. semoga kita akan lebih saling menyayang sesama insan
BalasPadamhttp://imejrealiti.blogspot.com/
salam, itu lah jadinya bila agama tidak dijadikan pegangan hidup.. Ada hikmah disebalik kejadian ni, kalau benda ni tak terjadi, selama-lamanya dia akan hidup dalam kejahilan tu... saudara mazidul ada simpan gambar suspek tu?
BalasPadambinatang memang akan buat macam ni kalau bukan anak dia...contoh :kucing jantan yang makan anak kucing. memang ada orang yang 'buta hati' kalau bukan anak sendiri atau tak punya anak. ibu patut lebih tahu, patutnya ada instinct. bodoh betul la!!!
BalasPadamSering kita dengar kasihnya ibu membawa ke syurga kasihnya ayah berkorban nyawa. Dalam ceritera ini segalanya jadi terbalik.
BalasPadamMungkinkah Syafia Humairah didera & dibunuh oleh ayahnya sendiri.
Suami sebenar Nurhanim di penjara, dia pula bercinta di luar sana. Maknanya memang Nurhanim juga ada masalah jiwa. Kenapa tidak rujuk ke mahkamah dapatkan dulu talak fasakh, barulah bernikah secara sah & tinggal sebumbung dengan lelaki yang sejak lama melukai hati suaminya... Huh!.
Kekasih Nurhanim sah bukan kekasih sejati, Nurhanim pun bukanlah isteri setia.
Kasihan Syafia Humairah menjadi mangsa dalam kepuraan cinta manusia.
Maka itu jika kita telah punyai jodoh, ambillah iktibar dari kes ini. Kena belajar menyintai isteri atau suami kita sepenuh hati, jodoh bukan sebutan atau ketentuan kita. Ianya adalah pemberian Ilahi. Ilahi tak pernah memberikan kita sesuatu tanpa bersebab. Maka hormatilah pemberian Dia Nan Esa.
Kenapa mesti fikiran itu merewang ke lain. Impikan perkara yang tidak nyata. Terimalah seadanya pasangan kita.
nampak cam baru je smua tudung2 c Nurhanim... ceh! nak bg nampak baik lah tu.
BalasPadamSy langsung x salahkan org awam yg terlihat kejadian tersebut. Sy mcm pernah nmpak dlm rancangan Oprah Winfrey seorg ahli psychology mengatakan adalah satu keadaan,x brp nak ingat pebende.. '***' effect ke syndrome.. di mana dlm situasi cemas (kebakaran, kemalangan, jenayah, etc-etc), org ramai akan tergamam hanya mampu memandang x tau nak bt apa-seolah2 menanti sape2 memulakan tindakan.. terkejut lah tu.ia mngambil masa bbrp ketika utk pulih sebelum dpt 'mencerna'kan situasi tsebut.. klu x silap sy, penderaan yg mmbawa kpd kematian adik Syafia hanya bbrp minit shj. itupun, org awam ada jg mnjerit2 melarang tp dimarahi oleh saspek...
Semoga mendapat balasan setimpal dunia dan akhirat..
macam tak logik pun ada....
BalasPadam- syafia baru 3 tahun
- suami di penjara since 2006(refer pada fakta paper)
- bercinta dah 6 tahun????
x der sapa2 yang perasan ke? mak bapak Nurhanim? mak bapak si pendera? muskil ni.
I takan miss this 4th March episod 999....
YA ALLAH! manusia hari ini semakin kejam.patutnya ibu nya tidak layak bergelar ibu. biarkan anak di seksa depan mata tanpa melarang HUSBAND(KONONNYA) memukul anaknya sendiri...
BalasPadamkenyataan ibunya ibarat macam nak melepaskan diri je.. hope pihak polis turut siasat ibunya juga kerana kalau bersekududukan selama 6 tahun dia sanggup apatah lagi mendera anaknya sendiri.
BalasPadamDan saya tertanya2.. ibunya bersekududukan dengan kekasihnya sejak 6 tahun lepas! Syafia baru berusia 3 tahun. suaminya pula sudah meringkuk didalam penjara sejak 4 tahun lepas. Jadi Syafia tu anak siapa sebenarnya?
Perempuan macam ni elok disula je.
yg sy bace berita smlm, yg penduduk2 kws pun tertipu dgn ibu dan teman lelaki ibu safiah ni, dorng ckp dorng da kawen. siap dorng pi tanyer atok nenek safiah tu dan atok nenek die ckp dorng da kawen, tp ble suh tunjuk bukti dorng berdolak dalih. jd berkemungkinan tok nenek safiah mungkin terlibat dlm isu kesedudukan mereka
BalasPadam