Isnin, Mac 01, 2010

Pening!

Ibu mangsa bunuh, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun, Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun menafikan (baca: di Buletin Utama TV3, 28 Februari) dia mengandung 4 bulan.

Tubuh dia, perut dia, rahim dia, jadi kita terima kenyataan itu.

Namun dia tidak menafikan kenyataan (baca: mengaku) mempunyai anak lelaki, Shakimi Iqbal Sahari. Bayi didakwa anak bersama suaminya Sahari Usol, 33 tahun.

Suami dia, anak dia, justeru dia lebih tahu.

Cuma ada satu perkara kurang jelas pada pandangan saya.

Menurut laporan akhbar (baca: tidak dinafikan Nurhanim setakat ini), suaminya, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh (baca: belum disahkan Jabatan Penjara Malaysia).

Biarpun sistem parol (baca: banduan dibebaskan lebih awal sekiranya memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia) telah dilaksanakan, namun kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh, TIDAK boleh diparol. Maksudnya, sejak 4 tahun lalu Nurhanim tidak bertemu suaminya. Dia mendakwa digantung tidak bertali (baca: belum bercerai secara sah) dek suami dan berikutan itu Nurhanim bercadang akan membuat tuntutan fasakh.

Mungkin ada antara kenyataan di atas kurang atau tidak tepat. Tetapi ANDAI semua kenyataan terbabit berbentuk fakta, timbul satu persoalan perlu disahkan jawabannya.

Anak bongsu Nurhanim, Shakimi berusia 1 tahun 6  bulan (18 bulan) manakala SUAMINYA tidak pernah dibebaskan sejak 4 tahun ( 48 bulan) lalu.

Bukan kah perempuan mengandung hanya lebih kurang 9 bulan? Bukan 2 tahun 6 bulan (30 bulan).

Matematik : 18 bulan + 30 bulan = 48 bulan = 4 tahun.

Lebih menarik, Nurhanim dan 'Abang Mat' (baca: panggilan nama suspek) dilaporkan mula menjalin perhubungan 'terbuka' sejak 6 tahun lalu (baca: waktu suami masih belum dipenjarakan), ketika dia masih isteri orang (baca: status masih sama sehingga kini). Mereka juga berjaya mengelirukan (baca: memperbodohkan) penduduk kampung kononnya mendakwa suami isteri sah. Laporan akhbar hari ini mencatatkan, ayah Nurhanim, Aziz Sahar, 50  tahun,  berkata kepada penduduk, dia menikahkan anaknya dengan suspek.

Pening!

Saya juga berasa hairan melihat gelagat Nurhanim di kaca televisyen. Sewajarnya dia bersedih kerana kehilangan anak namun pada masa sama cuba menyalahkan suspek sepenuhnya atas kes terjadi. Riak wajah menggambarkan Nurhanim langsung tidak ada 'guilty concience' biarpun heboh diperkatakan penduduk kampung dia sekian lama bersekedudukan dengan suspek. 'Lakonannya' di pentas media itu tidak akam mampu mengelirukan saya saban hari berdepan pelbagai kes jenayah.

Polis semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan lebih seorang suspek terbabit mendera Syafia. Biarpun tiada suspek lain dinamakan setakat ini, saya percaya siasatan  lebih terperinci akan membongkar fakta sebenar di sebalik kematian insan kecil itu.

Manakala, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan  akan dikenakan kepada pasangan terbabit mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sekiranya Nurhanim dan 'Abang Mat', didapati bersalah melakukan persetubuhan haram, mereka boleh didenda RM5,000 atau dipenjara kurang 3 tahun atau SEBAT tidak melebihi 6 kali atau kombinasi berkenaan. Saya berharap JAIS akan mengambil tindakan dengan kadar segera.

2 daripada wanita disebat sebelum ini, dilaporkan bersalah kerana bersetubuh haram. Jika Nurhanim didapati melakukan kesalahan sama, dia juga wajar disebat. Itupun jika pihak berkuasa berani melaksanakan hukuman dan mendepani 'salakan' segelintir pertubuhan bukan kerajaan kononnya memperjuangkan hak wanita.

NOTA Saya berharap pihak berkuasa akan membuat ujian DNA bagi mengenal pasti bapa Syafia dan juga 'adiknya', bayi terbabit.   

53 ulasan:

  1. Tak yah ler pening BRO..

    Saya rasa saya pasti apa yg saya dengar semasa Buletin Utama malam itu, menyebut, ibunya sedang mengandung anak luar nikah bersama teman lelakinya yang juga suspek..

    dlm entri sebelum ini pun saya ada sebut..

    cuma yg saya dan seluruh ahli keluarga sedikit terkejut (kagum gak ler), family Nurhanim datang dengan kereta MERCS? wahhh mereka datang dari keluarga yang berada, kan?

    BalasPadam
  2. mungkin terase masih punya peluang walao sudah terang lagi bersuluh.
    fitrah manusia sentiase tidak mengaku apabila melakukan kesalahan.
    semoga dia menggunakan akal yg diberikan bile bercakap, bkn hanya pakai lidah cuma menzahirkan setiap perkataan tu.
    diharapkan dye kembali ke jalan yang benar.amiiiin.

    BalasPadam
  3. macam ada x kene je. Elok juga la bayi dan arwah diambik contoh dna bagi mengenalpasti identiti sapa ayahnya. Elok juga la si arwah meninggal dari terpaksa menanggung melihat dosa emak dia.

    BalasPadam
  4. ahhh!! benci aku tengok betina sial ni..sama bersetongkol!!!!

    BalasPadam
  5. aha!! aku pon tepikir gak benda ni.. fenin2..

    BalasPadam
  6. perempuan tu hanya berlakon di depan kamera. nak selamatkan diri.
    biasalah tu bro. dia takkan mengaku bersekedudukan..

    harap-harap DNA akan membuktikan.

    BalasPadam
  7. A.I - Bersetongkol itu bermaksud memakan ikan tongkol bersama2.... ekekek.. atau pun menggigit tongkol jagung bersama2...

    bersekongkol baru makna bersubahat.

    BalasPadam
  8. terkilan...

    sampai tiada komen... mungkin gambaran umat akhir zaman, orang Jahilliyah datang dalam bentuk yang baru..., sudah sampai masanya.... manusia kembali kepada "kebenaran" sebelum datang kemusnahan... ramai tercari-cari dimana kebenaran sedangkan ia berada dibawah tapak kaki.. melangkah sedikit menuju cahaya mentari... ia akan semakin terang.. terang.. terang.. insyallah hidayah itu pasti akan datang!

    BalasPadam
  9. salam,
    pada pandangan saya, dia cuba melepaskan diri daripada terkena hukuman dan berpura-pura sedih bagi mengaburi mata rakyat Malaysia sedangkan Adik Syafiah mengalami penderaan sepanjang masa ini bermakna di ibu tahu hal penderaan terbabit. Saya berharap pihak berkuasa siasat dengan teliti kes ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Tapi sehingga kini tiada siasatan/tindakan yang diambil terhadap beliau. Di mana keadilan untuk kanak-kanak malang ini

      Padam
  10. ibu tak sihat mindanya, anak jd mangsa..kesian..

    BalasPadam
  11. abang dol.... i soooooo agree..... the mother IS SICK!!!! gila ke pa, takkan tak perasan anak kena dera??? takkan anak yang didera berkelakuan NORMAL? Anak saya calar sikit saya dah perasan, ada masalah sikit saya dah perasan.

    Apa pun anak itu diambil ALlah untuk ditempatkan dalam Jannah kerana sekiranya hidup dia pasti terseksa terus. Memang TUhan lebih menyayangi anak kecil yang tidak berdosa itu.

    Ibunya pelik, kenyataan pelik.... sedih saya tengok... tapi siapalah kita untuk menhgukum bukan?

    Sekiranya dia bersekongkol biarlah dia dibalas sengan sewajarnya..itu doa saya. Jangan ingat anda boleh lepas!

    BalasPadam
  12. sakit hati tulllll tgk kes ni...gerammmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

    BalasPadam
  13. Salam, tak tahu saya nak kata apa, tapi cerita penyeksaan yang dihadapi oleh arwah syafia betul-betul menikam hati dan perasaan saya. Baru 3tahun, apa sangat yang kanak2 sebaya ini tahu?. Kalau suspek yg membunuh mangsa dianggap penjenayah, apa pula cerita si ibu yang sanggup tinggal serumah dgn mangsa dan mengetahui anaknya didera selama ini?. Saya Mengharapkan semua Masyarakat di Malaysia mengambil iktibar dari kejadian ini, bukan sahaja masyarakat tapi mereka2, lelaki dan perempuan yang hidupnya tunggah-langgang seperti ibu syafia ini. Allah maha menerima taubat orang yang berdosa. Jangan sampai dah jadi kejadian seperti ini baru nak berasa sesal. Sesal itu pasti dah terlambat untuk orang lain terima dan percaya. semoga arwah syafia bahagia disana.. amin

    BalasPadam
  14. 1) Memang wajib ujian DNA dijalankan.

    2) Memang wajib dihukum ibu si mangsa kalau terbukti dia bersekedudukan dgn suspek.

    3) Siasatan polis nanti akan membongkar segala rahsia dlm lakonan perempuan itu.

    4) Saya memang takde simpati lansung dgn ibu mangsa lepas dgr cerita hasil siasatan polis. Takkan polis nak suka-suka reka cerita kan? Of course la diorang ada bukti.

    Wallahualam...

    BalasPadam
  15. masih ramai ibu dan anak2 diluar sana yg didera mental dan fizikal mcm pompuan ni tapi mungkin kejahilan,kemiskinan dan ketakutan membuat mereka masih kuat menahan semua gelora dgn tabah.

    kesian sgt...! :(

    BalasPadam
  16. hmm, budak tu sure masuk syurga punya. yg maknye kalau masih tak taubat, neraka laa jawabnya.

    BalasPadam
  17. pompuan ini SAKIT sebenarnya ... sakit rohani dan jasmani! Satu demi satu penipuan terbongkar..

    BalasPadam
  18. gaya rambut dan wajah syafia saya lihat ada iras suspek yg ditayangkan kat BU TV3, wpn matanya diblurkan.

    Adakah Syafia anak suspek dan di bunuh bapanya sendiri?

    BalasPadam
  19. Ingin bertanya : Adakah ini menunjukkan kewajaran wanita supaya tidak keluar bekerja ? duduk rumah, jaga anak ??

    BalasPadam
  20. Saya yakin 200% Shafia dan adiknya adalah anak suspek... kerana..

    1- Ibu dengan Sahari (kononnya bapa kandung Shafia) telah lebih 4 tahun tak berjumpa - digantung tak bertali.. tang mana keluarnya baby?

    2- Ibunya dengan suspek dah 6 tahun mempunyai hubungan sulit.

    3- Kenapa ahli keluarga suspek beriya2 nak menuntut jenazah Shafia kalau takde kene mengena?

    4- Pmpn tak bermaruah ini dengan sengaja menggunakan nama Sahari untuk dibin dan dibintikan untuk membuatkan anak2 itu seperti berbapa dan bukan anak luar nikah memandangkan statusnya sebagai isteri orang walaupun yg membuntingkan dia bukanlah suaminya yg sah.

    Memang lelaki bangsat ini membunuh anaknya sendiri. Pelik ke? Tak pelik sebab kerana DADAH ramai anak yang dah bunuh ibu dan bapanya sendiri... inikan pula anak luar nikahnya.

    Ujian dadah telah membuktikan suspek +ve dadah.

    Yang lebih hina dan keji pada saya ialah ibunya... sanggup pejam mata selama 4 tahun tinggal berzina, beranakkan anak luar nikah, pinjam nama suami dalam penjara untuk dibintikan kepada anak luar nikahnya, tahu dan sanggup membiarkan anak didera oleh lelaki (bukan suami) yg diakuinya sendiri panas baran...

    Hishh.... berasap telinga dan dada cerita pasal perempuan ni

    BalasPadam
  21. Mengikuti kes ini menjadikan saya betul2 meluat dgn ibu simangsa ni, berlagak suci bagai tiada dosa..kepada jabatan yang bertanggungjawab tolongla jgn beri muka pada dia, hanya anak-anaknya yang layak dibantu bukan dia perempuan yang tidak tahu menjaga kehormatan suaminya...

    BalasPadam
  22. Dalam kes ni semuanya terpaksa berdrama....

    Tak pun ujibakat Raja Lawak.

    Buat statement mcm kita semua tak sekolah.

    BalasPadam
  23. betina tu berlakon je...dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh agaknya...

    sori kalau bahasa kali ni agak biadap..tengah geram...huh

    BalasPadam
  24. dah bunuh xnak ngaku....memg patut penjara sampai mati jer...

    BalasPadam
  25. Kalaulah peristiwa ni tak berlaku, agak-agaknya ibu mangsa nak mengaku ke kesilapan yang dia buat?

    Mesti dia akan terus bersekedudukan dengan abg mat bangsat tu.

    BalasPadam
  26. dasyat tak..hmmm..konon nak mintak simpati dengan masyarakat malaysia la konon...1 1 Allah SWT nak tunjuk...kiter tunggu dan lihat...harap2..dna test akan dibuat dan terbukti kesalahan dan dikenakan hukuman yang setimpal...sepandai - pandai tupai melompat...akhirnya katuh ke tanah juga..

    BalasPadam
  27. Saya setuju sangat dengan pandangan Bro Mazidul, dan saya yakin blogger lain pun sependapat.

    Dah salah, lagi nak nafi. Bahalul.. Budak tu mati jantan sundal tu kerjakan, kau alih-alih merayu minta JKM pindahkan ke Pusat Pemulihan, memang sah nak larikan diri..

    Rakyat Malaysia tak bodoh macam kaulah!

    BalasPadam
  28. GERAM..JANGAN ENGKAU GERAM, GERAM, GERAM.
    GERAM BERMACAM RAGAM...
    Tak larat nak cakap,,GERAM!!!

    BalasPadam
  29. Lawak juga lakonan dia , x pandai berlkon.........

    kasihan kat syafia ...entah la sapa bapa budak tu , tapi i comfirm bapa adiak dia ialah ....teman lelaki mak dia ........


    * anak luar nikah tak salah , jangan hina dan caci mereka .....yang salah mak dia ...., orang dah pergi ...jangan la hina atau caci dia .....kalau anak luar nikah tak tinggal dgn mak dia , so dia tinggal kat mana ?? buang kat tong sampah waktu kecil ?? atau bakar ............

    BalasPadam
  30. Rasenye si Hurhanim dan keluarga pun da pening...camne nak buat cerita lagi nie...ayah Nurhanim nikahkan die dgn saspek? Pulok...pernikahan tak register ke? Satu lagi kesalahan...diorg nie kera sumbang ke kat kampung tuh?

    BalasPadam
  31. Saya pun rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan disembunyikan. Dan dengar2 ada saksi kata perempuan ini pun terlibat sama dengan kes mendera arwah. Tp, tak tau lah sejauh mana kebenaran itu! Kena siasat sedalam2 agar pesalah dihadapkan kemuka pengadilan.

    BalasPadam
  32. Salam...
    Sesungguhnya, berita yg menimpa kepada arwah ni amatlah mendukacitakan... tergamak sungguh mendera/membunuh kanak2 kecil yang tak berdaya....

    Istilah/konsep 'jgn jaga tepi kain orang' memang dah tak relevan ler kat zaman sekarang...yg peliknya, masyarakat kita nie, kalau bab ini.. amakan konsep jgn jaga tepi kain orang.. tapi kalau baca cerita tentang artis itu, artis ini, cerai itu, cerai ini... tak pulak amalkan konsep 'jgn jaga tepi kain orang'... nie pun bro kena pening jugak!....

    Apa2pun.. apa yg boleh saya rumuskan di sini, betapa hilangnya iman dan takwa dalam diri si ibu dan si suspek... betapa mereka benar2 jauh dan sesat dari landasan ISLAM... saya mula terpikir,.. di manakah pegangan agama mereka? apa yg mereka faham tentang dosa dan pahala? tidak pernah tergambarkah di ingatan mereka akan azab neraka? Bro.. jom kita pening sama2 memikirkannya...

    Bila makin kita fikir,.. kita boleh rumuskan bahawa pembunuhan, penderaan kanak2 nie dah macam zaman jahiliah je.. bezanya, kita nie zaman milineum... tapi pendekatan/approach yg sama jer...

    Sama2lah kita berdoa agar Allah tidak menurunkan bala kepada kita atas kelalaian dan kesilapan insan lain....

    BalasPadam
  33. kalau korang perasan lar..
    ada part masa dia bercakap kat berita semalam..
    dia nangis2 mintak kebajikan..
    sempat lagi dia pikir pasal kebajikan dirinya tatkala anaknya baru meninggal..

    1 ag..nenek dia
    "mak cik akan report polis kalau makcik taw,tapi bila tanya arwah..dia tah bagitau"*lebey kurang lar ayat dia...

    nenek,budak tu baru 3 tahun..kalau dah nampak kesan2 cedera tu..bawak g hospital...

    tapi,nak wat macam mana..benda dah jadi...bila benda nak jadi..smua baru celik mata..

    bagus betol saper2 yang tengok masa arwah kena pukul..xbz body..biar jer...maklumlar xnak jaga tepi kain orang...

    urm...

    BalasPadam
  34. rasa sedih dengar cerita macam ni. sampai hati ye dera kanak2 sampai mati. ada hikmahnya syafia ni meninggal, mak nya mungkin 'takde masa' nak didik anak...diri sendiri pun tak 'terdidik'. jadi lebih baik dia pergi dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah.

    BalasPadam
  35. memang geram...dah hilang iman mereka ni...si ibu tu patut disebat dan dihukum dengan keras...benci betul tengok muka dia...

    BalasPadam
  36. keruntuhan moral yang amat dikesalkan sebab melibatkan anak yang tidak berdosa...

    pulak tu dikatakan pula bukan seorang yang bakal disabitkan kesalahan tambah besarlah bungkah keruntuhan ini...

    maknanya baik ibunya, keluarganya, atok & opahnya apakah mudah sangat terlepas pandang akan masalah ini...

    masyarakat pula telah lama mengesyaki masalah bersekedudukan ini tapi sekadar menegur dari hati...


    memang beginilah dunia Islam kini, kuasa kita sebagai khalifah Allah SWT sebenarnya semakin mengecil...

    BalasPadam
  37. saya pun rasa dah mula nak mengira semalam. tapi, saya biarkan sahaja. cuma, masa buletin utama, saya terus tutup tv, tak sanggup nak dengar kata2 yang meragukan.

    saya rasa, ada kebarangkalian juga dia tak tahu siapa bapa kepada anak2 dia itu.

    sekian.

    BalasPadam
  38. dari awal lg aku taw dia ni penipu...

    1) - 4 tahun x jumpe suami, tp anak dia yg mati kene bunuh tu umo baru 3 tahun..ape kejadah???
    sah2 la budak tu anak luar nikah dgn suspek..maknenya suspek bunuh anak sendiri..
    2) - keluarga suspek beriya2 smpai begaduh nk tuntut mayat..mesti la dorang pon ada kene mengena.

    3) - keluarga pompuan ni pon xkan selama 6 tahun diam diri tgk anak dia bersekududkan tanpa ikatan sah..

    keluarga & pompuan ni mmg penipuuuu!!! jahanam la ko betina..
    nk JKM selamatkan ko konon..drama kuat!!! pihak polis sila jalankan siasatan..betina pon mesti ada terlibat skali dlm kes dera

    BalasPadam
  39. terkesima dengan perjalanan cerita ini sejak dari permulaan lagi. Pasti lebih banyak akan terbongkar selepas ini. Nantikan!!
    Alfatihah utk adik syafiah

    BalasPadam
  40. mungkin inilah HIKMAHnya pemergian Syafia..untuk menghentikan segala kemaksiatan yang dilakukan ibunya! dan menghentikan penderitaan yang ditanggungnya..InsyaAllah arwah lebih bahagia di sana..al-fatihah.

    (tapi pelik betul! dah tahu dan sedar selama ni kenapa family tak report???!!! ape ke jenis punya manusia!)

    BalasPadam
  41. Kematian tragis adik Syafia Humairah cukup membuatkan hati Saya merasa hiba yg teramat sangat... Tdk terungkap kata2 nak menggambarkannya. Al-Fatihah buatmu nak... Alam Barzakh itu amat sempurna buatmu drp berlama-lama di dunia dgn dikelilingi Dajjal. Sejahteralah di sana wahai "Si Merah".

    Saya cukup terkilan dgn institusi kekeluargaan kedua-dua belah pihak - Sanggup membiarkan kemaksiatan... Hilang akalkah semuanya? Hilang akalkah Saya sekiranya Saya mencadangkan Ibu & Bapa Siti Nurhanim serta Ibu & Bapa Suspek Si Pembunuh tersebut WAJIB diberikan 'Pengajaran' yg sewajarnya?

    BalasPadam
  42. teringat satu peasanan seorang ATUK..

    kenikmatan dan kebahagiaan akan dikecapi sehingga anak cucu..

    begitulah sebaliknya keCELAKAA*..

    "jika 'saya'(atuknya)buat baik, kenikmatan akan ujud sehingga cucu 'saya'."

    cerita buruk dan baik akan menggaitkan cucu siapa, terutama VVIP dan selebriti.

    BalasPadam
  43. BAGUS laaa tu..ape nak heran kan..sekarang ni semua orang dah kata dah moden,pakaian pun dedah sani dedah sini baru moden tak kolot..
    ni baru satu kes,yang belambak lagi tu yang belum terbongkar tu camne..silap2 ramai yang kena batang hidung.hal orang sibuk cakap macam2, tah2 diri sendiri pun pernah zina, tu belum kira anak lagi.betul ke anak korang tak buat zina....
    jangan cakaplah,sekarang ni kalau ada buat servey berani jamin 70% rakyat m'sia pernah berzina.cuba tanya diri sendiri pernah zina tak,ni hari orang tuhan tunjuk,hari kita nanti tah apa kes plak yang tuhan nak tunjuk..
    boleh kata 80% rakyat ibukota pernah berzina terutama yang bekerja.alasan kata nak cari duit lebih tapi bila dah kerja jadi lain.jangan tipulah kalau orang kota tak berzina cuma belum masa tembelang nak pecah..
    betul tak mazidul..

    BalasPadam
  44. Kan dah mau satu malaysia tahu bersekedudukan... Aduhai....Orang yang tak der anak bersusah payah nak anak, yang ada anak suka hati jer bunuh..... Dunia akhir zaman...

    BalasPadam
  45. tak tahu ler nak kata aper2 bro Dul,Allah maha mengetahui so DIA dah buka jalan untuk selesai kes ini..dan faktar yang bro tulis tu besar kemungkinan ada logik dan kebenarannya..saya harap dapat ler selesaikan tanpa ada pilih kasih & simpati biar habis hingga ke akar umbi...

    BalasPadam
  46. ros,
    pengalaman adalah satu aset, tiada timbul soal kutuk siapa dari siapa,


    (nasib baik tiada ayat 'DOSA'dalam komen saya, maknanya kurang pedas.

    meluahkan kita terjatuh lubang supaya orang belakang tidak turut sama tejatuh.

    jadi bila kita komen kenapa 'U jatuh lubang?. U nak cerita silap U'?.Pengalaman adalah sempadan tidak kira dari siapa.

    BalasPadam
  47. marah sgt...
    harap semua umat islam buka mata dgn kes ni sbb sy percaya kes mcm ni(bersedudukan smpai lahirkan anak & ibubapa bersubahat) banyak kat luar sana.berani kerana benar & takut kerana salah.insaflah...

    BalasPadam
  48. SiIbu tu mungkinlah kurang iman, kemana perginya kaum keluarganya? Takkan tak sedar... ini bukan kes 'makan curi' lagi ni....

    BalasPadam
  49. Inilah akibatnya..Melayu Islam nak tiru perangai Mat Salleh ( Barat ), akhirnya lintang pukang kehidupan didunia ni. Orang barat suka sangat berzina, minum arak, orang Melayu pun ikut sama nk rasa sampai sanggup bersekedudukan tak kira halal-haram. Semua nak disapu ! Mat Salleh tu ada ajenda nak rosakkan umat2 Islam - supaya tak patuh lagi pada ajaran agama. Sebab itulah banyak benda2 lucah tersebar dalam internet atau VCD / DVD haram - hanya dengan itu saja Islam dapat dijahanamkan dgn mudah

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum... sehingga kini, saya masih tertanya-tanya kenapa kes ini macam tak ada "penutup".
    Kenapa ibu kanak-kanak malang ini masih bebas dan tidak dikenakan tindakan? Di manakan keadilan untuk anak teraniya ini? Di mana pengajaran supaya kes seumpama ini tidak akan berulang

    BalasPadam
  51. Isnin Julai 8, 2013
    Sebab Kematian Syafiah Humaira: Hukuman Mati Pemandu Teksi Diganti Penjara 18 Tahun
    PUTRAJAYA: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lepas, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak, dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.

    Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepada kanak-kanak malang itu.

    Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalamikecederaan di kepala dan bahagian perut.

    "Kami sudah mempertimbang keteragan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

    Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan kecederaan mangsa di bahagian kepala adalah disebabkan oleh Mohd Fazli.

    Abdul Malik juga berkata, hakim Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang isu berkenaan.

    Sehubungan itu, panel berkenaan membenarkan rayuan Mohd Fazli untuk mengetepikan hukuman bagi sabitan atas kesalahan membunuh dan menggantikannya dengan pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

    Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, memerintahkan Mohd Fazli menjalani hukuman penjara berkenaan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Februari 2010.

    Mohd Fazli dilihat mengesat air matanya apabila Abdul Malik mengumumkan keputusan mahkamah.

    Terdahulu, peguam Gurbachan Singh berkata Mohd Fazli menyesali perbuatannya dan amat sedih kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

    "Perkara itu akan menghantui tertuduh untuk selama-lamanya," katanya ketika meminta mahkamah meringankan hukuman penjara terhadap Mohd Fazli.

    Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin pula meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun kerana perbuatan tertuduh menendang serta memijak seorang kanak-kanak merupakan satu jenayah kejam.

    Pada 22 September 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohd Fazli bersalahmembunuh Syafiah Humaira dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 25 Februari 2010. - BERNAMA

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.