Khamis, Mac 11, 2010

Carrefour is SOOOO Friendly

Jam 2.30 petang tadi saya bersama 4 kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM dan wakil media (baca: termasuk krew 999) berkunjung ke Carrefour, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kunjungan itu bersabit aduan pengguna berhubung logo halal palsu, baca di sini.

Menariknya, sewaktu memasuki pasaraya terbabit, kehadiran kami langsung tidak dihalang pihak  pengawal keselamatan mahupun pengurusan. 

Hampir 30 minit kami membelek logo halal dicetak di pembungkus beberapa jenis makanan beku, 'frozen food'. Rupanya, banyak makanan tidak mempunyai logo halal tetapi dipasarkan secara terbuka kepada semua pelanggan. Sekaligus, saya ingin mengingatkan pengguna untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan di pasaraya agar tidak terpedaya berhubung status halal produk.

"Selalunya kalau macam ini, memang kena tahan dek security guards. Bergaduh dahulu baharulah boleh masuk dengan kamera. Ini tengpok, tak ada siapa peduli pun," ujar saya kepada kakitangan PPIM, Imran Yusof.

"Carrefour, friendly," balasnya sinis.

Ya! Carrefour memang friendly.

... atau sebenarnya Carrefour tidak begitu kisah sehingga berita ini dipaparkan media?

Dari pengamatan saya, masih banyak produk menggunakan logo halal dikeluarkan syarikat swasta masih dipasarkan biarpun Jabatan Agama Islam melarang penggunaan logo terbabit di Selangor. Kekadang saya pelik, arahan dikeluarkan namun tindakan tidak dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, pihak peniaga tidak langsung ambil kisah, entah mereka tahu entah tidak.

Penat berdiri, saya kemudian meminta wartawan 999 mencari pengurus pasaraya bertugas. Selang beberapa minit muncul lelaki India menggenggam walkie-talkie menghampiri kami.

"Kita hubungi Carrefour pagi tadi, kata produk ini (kentang goreng) telah ditarik balik tetapi sampai sekarang masih ada," ujar Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nazim Johan.

Pengurus terbabit kemudian memeriksa produk makanan dimaksudkan. Dibeleknya bungkusan kentang beku dipercayai dikilang di Sungai Petani, Kedah itu. Kekeliruan jelas terpancar di wajahnya.

"Itu logo halal palsu, tengok tulisan pun salah," ujar Datuk Nizam.

Datuk Nazim memaklumkan saya, kebanyakan pasaraya kerap menyalahkan pembekal jika produk dijual dipertikaikan status halalnya.

"Kalau macam itu elok kita jual mercun. Bila polis tangkap, cakap, ini (baca: mercun) bukan saya punya. Saya cuma tolong jual sahaja. Senang sangatlah kalau macam itu," sambung beliau dengan nada gurauan.

15 minit kemudian secara senyap, produk dengan logo halal palsu itu dikeluarkan dari tempat asal.  Jelasnya Carrefour tidak mempunyai 'crisis management team' untuk menangani situasi sebegitu. Atau pihak pengurusan pasaraya terbabit sebenarnya tidak ambil kisah berhubung produk jualan mereka? 

Itu biar mereka jawab jika mereka ingin memberikan penjelasan.

Sewaktu kakitangan PPIM dan media beredar, pengurus dan beberapa pekerja sama sempat berkata ...

"Datang lagi lain kali"

See, I have told you guys, the staff are friendly, impressive!. (Kalau ingin membaca mengenai kerenah staf Giant Kota Damansara, klik di sini)

Namun mungkinkah sifat itu dapat dikekalkan setelah liputan kes terbabit disiarkan Buletin Utama menggunakan rakaman dibuat jurukamera 999 malam ini? (baca: krew bilik berita tiba sedikit terlewat di lokasi).

We shall wait and see.

12 ulasan:

  1. Salam ziarah,

    Menarik,keep up posting..hope u akan listed as top blogger...updated blogger terhebat

    BalasPadam
  2. nampak gayanya mereka ni ambil mudah tentang logo HALAL.. lebih-lebih lagi yang bukan beragama islam, macam tak tahu langsung mana yang palsu or tulen..
    sifat diorang ni umpama menabur pasir di periuk sendiri...
    jangan salahkan orang lain kalau CARREFOUR tu lingkup sebab tak serius menangani isu logo HALAL.

    BalasPadam
  3. Gaya org kota beli kangkong berkelas..hhee
    beli sayur dan ikan di pasar raya..(entah2 bercampur dalam setong daging tutt..)dari segi penghantaran.

    BalasPadam
  4. salam bro, masalah ni bukan hanya di carrefour sahaja tapi terdapat di pasaraya lain juga kerana barangan yang dijual semuanya sama... hari ini diorang tarik balik produk tu tapi lagi 2 3 hari keluar lagi

    BalasPadam
  5. saya amat terharu kerana masyarakat kita mula prihatin tentang ke'halal'an sesuatu produk di premis bangsa asing..tapi saya lagi terharu kerana masyarakat kita juga leka tentang halalnya produk di premis orang kita sendiri..halalnya sesuatu benda bukan kerana penjualnya tetapi sifat semulajadi bahan itu mahupun cara penghasilannya..
    saya percaya kita tak pernah kisah tentang status taufu,mee kuning malah fish ball dll lagi yang dihidangkan di premis org kita ataupun kedai 786..kerana apa?kerana kita yakin statusnya..tapi pernahkah kita fikirkan dr mana sumber bahannya itu..mmg tak perlu dan bkn tugas kita utk siasat ke akar umbi tapi kalau kita serius tentang ke'halal'an kentang beku (yg asalnya mmg halal dimakan krn ia bkn dr perkara yg diharamkan) kita juga perlu serius tentang taufu, mee, kuey teow dll yang dihidangkan di restoran,warung atau pasar malam yg pemilik serta penjualnya adalah orang islam..

    BalasPadam
  6. salam,
    en. mazidul, saya pernah bekerja di pasaraya besar sebelum ini, dan berjiran dengan carrefour juga. dan mempunyai ramai kawan yg bekerja di carrefour. untuk makluman, pihak mereka memang mempunyai person in charged untuk memeriksa mengenai kebersihan dan keselamatan makanan di premis mereka tetapi hanya seorang dilantik untuk menjaga 2 atau 3 store sekaligus dan tiada staff di bawah mereka. Staff yang bekerja dalam keadaan tertekan kerana menanggung beban kerja yg banyak, tidak dibayar double pay utk bekerja semasa cuti umum, dsb menyebabkan mereka tidak bermotivasi dan membiarkan keadaan seperti ini berlaku (tidak memeriksa barangan yang dijual sebelum diletakkan di kawasan jualan). Tetapi, itu bukan alasan dan perlu diatasi oleh pengurusan sendiri. Kehadiran makanan yang tidak mempunyai tanda halal ataupun tanda halal selain yang dikeluarkan oleh jabatan kemajuan islam malaysia memang ada diseluruh pasaraya (bukan carrefour sahaja), tetapi bergantung pada keprihatinan pihak pengurusan untuk meletakkan signage utk mengingatkan pengguna utk memeriksa kandungan atau ramuan yang digunakan. Di tempat saya bekerja dahulu, saya merupakan salah seorang yang menjaga mengenai hal2 keselamatan dan kebersihan makanan, termasuk lah isu2 yang berkaitan dengan halal. JAWI juga pernah bekerjasama dengan tempat kerja saya dahulu untuk mengadakan sesi penerangan bagaimana samak dilakukan serta dalam usaha mendapatkan sijil halal untuk makanan yang dikeluarkan secara harian oleh syarikat. kesimpulannya, pihak berkuasa yang terlibat memang perlu kerap turun melakukan spot check utk membasmi kes2 seperti ini bukan hanya di pasaraya tetapi di syarikat pengeluar makanan tersebut. Pihak pengurusan syarikat berkenaan pula perlu lebih tegas dalam membuat penyenaraian untuk memilih pembekal yang mempunyai sijil halal yg sah sahaja, mengasingkan barang halal dan tidak halal dan meletakkan peringatan kepada pengguna supaya memeriksa label dahulu sebelum beli. Just my 2 cents :)

    BalasPadam
  7. Salam... mungkin kerana negara kita NEGARA ISLAM maka kita (saya khususnya) sering mengambil mudah hal makanan yang dibeli (kerana beranggapan semuanya telah diuruskan oleh pihak berkaitan) Padahal semasa di luar negara, setiap barang dibelek dan ditelek sebelum dibeli untuk pastikan 'kehalalan'nya... nampak gayanya di sinipun kena lakukan hal yang sama :S

    BalasPadam
  8. Liat hati antara banyak gejala musibah lantaran termakan bebenda haram ini.

    Saya suka makan kicap, yang pelik kicap paling sedap mesti kicap masin buat bangsa asing. Kicap manis saya kurang suka. Bila beli kicap masin org kita Melayu sering rasa pahit atau terlalu masin.

    Ramai kata kicap kaum asing ini taruh tulang babi. Betul ke?. Memang ada cop halal tapi kekawan pernah tegur saya dalam hal ini.

    Carrefour yang terdekat mungkin Alamanda kut!, jarang ke sana tapi risalah tawarannya sampai ke rumah saya. Murah & teruja ke sana.

    Paling dekat dengan rumah hanya Giant. Memang betul Giant ini banyak cikadaknya. Tulis di kad tawaran yang tergantung... berasnya harga lain; bila semak harga... melambung harganya. Semalan saya beli beras Siam di Giant, telah tak ada harga bawah RM30 bila pula beras ini naik lagi.

    Kes kumpul setem pun Giant tak selesaikan; ramai pelanggan terkilan stok habis & catat di buku notanya buat pesanan. Entah bilalah nak rasa masak dengan kuali dari Itali ini.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya bro.... sedar atau tak...
    KITA NI rakyat Malaysia yang beragama Islam "kebanyakannya" dah kenyang makan makanan haram.
    Benda yang dah didahkan halal oleh JAKIM pun adakalanya tidak benar2 halal (sebagai contoh cara penyembelihan ayam seperti yang diceritakan kepada saya oleh pegawai penyiasat yang telah pergi sebuah kilang penyembelihan ayam yang terkenal dan disahkan halal oleh JAKIM). Saya amat yakin majoriti orang kita memang dah selamat makan daging ayam keluaran kilang tersebut sampai kenyang.

    Jadi bayangkanlah, benda yang dah disahkan halal pun masih diragui halalnya.... inikan plak yang memang takde logo halal dan logo palsu halal....

    Apo nak dikato?

    BalasPadam
  10. Fuh, memang friendly hypermarket ni sebab tulah ramai pelanggan. Harap masyarakat kita dapat buka mata dan buka telinga, kena peka lebih sikit. Ini dah kira bab nak jadi darah daging, tak takut ke...entahla mungkin tak takut kut.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.