Khamis, Mac 04, 2010

Gila Memijak Budak (Satu Lagi Kes Dera)

Jam 2 petang tadi saya menerima pesanan ringkas berhubung satu lagi kes dera dan bunuh, kali ini berlaku di Pangsapuri Seri Ara, Kayu Ara, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bayi lelaki berbangsa India, K. Hareswarrai, 18 bulan maut dipercayai didera suspek, 33 tahun, suami bekas pengasuhnya.

Hasil bedah siasat, mangsa didapati patah 6 tulang rusuk,  hancur hati dan kepala cedera parah  dikatakan akibat dipijak suspek, kelindan lori kerana enggan mengikut arahannya dan asyik menangis sewaktu berada di taman permainan.

Mangsa bunuh Jumaat lalu, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun juga dilaporkan dipijak suspek, 28 tahun, teman lelaki ibunya.. Reman suspek disambung 7 hari lagi bermula hari ini untuk pihak polis melengkapkan siasatan.

Lelaki sekarang (baca: bukan semua) memang gila memijak budak kecil ke?

21 ulasan:

  1. lelaki yang pijak budak kecil yang gila bro..

    didera "suami bekas pengasuh?"

    macam mana anak kecil tu boleh berada dibawah jagaan suami bekas pengasuh?
    apa kaitan ibu budak tu dengan suami bekas pengasuh?

    tak pahammm tak pahammm..

    BalasPadam
  2. Bro, u should see this blog. Yg macam ni agaknya patut kena pijak2. LOL.

    http://poserofloser.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Emak dan ayah mangsa dikatakan keluar sekejap untuk menyelesaikan masalah peribadi.

    BalasPadam
  4. kenapala orang suka memijak eh... dah xde rumput ke nak pijak hmmm

    BalasPadam
  5. Masya Allah...

    Saya pernah tengok video maid indonesia pijak budak2 gak..sangat teruk & .....! Saya tengok dari blog forum rakyat.

    BalasPadam
  6. sedihlah rakyat malaysia makin teruk, macam takde agama :'(

    BalasPadam
  7. gila!! sampai pecah hati!! apa nak jadi lah manusia sekarang!

    BalasPadam
  8. cik cima, rasa marah je bila bukak link yg anda bg..(bukan marah kat cin cima, tp marah kat budak2 ni..)
    isk3...apa nak jadi la..

    BalasPadam
  9. aaaahhhhh... tanak dengar.. ta sanggupppp...

    BalasPadam
  10. apa punya binatang lah mamat sial ni! macam kimak! siot jer, ingat anak dia buat macam tu suka2. org susah payah nak anak, dia senang2 bunuh anak orang. Ahh!!! =/

    BalasPadam
  11. Dipijak??? Kejam!
    Memang betul statistik yg terpapar di akhbar baru2 ini bahawa dipercayai lebih drp 400,000.00 orang (orang ke?) di Malaysia mengalami tekanan jiwa - Makanya, kisah2 sadis sebegini pasti akan berlaku lagi dan lagi... Ngeri bila membayangkan kita sebenarnya dikelilingi oleh golongan tersebut.

    BalasPadam
  12. Ya, bagi puan-puan yg sepenuh masa suri rumah, dan cuba2 nak menjaga anak orang kat rumah, kaji dulu. Andai suami jenis baran, tak leh bising, tak suka anak orang sepahkan rumah (anak dia boleh plak), janganlah berhajat nak jaga.

    Kalu kita terlepa, anak orang melalak (adat lah budak), suami tension tak pasal-pasal lak..

    Adakah kes di atas ni, lebihkurang seperti maksud saya, BRO?

    BalasPadam
  13. Padahalnya kes Syafia Humairah masih baru dan panas lagi, boleh ada orang yang berani meniru aksi pijak memijak budak2 ni. Seolah2 mereka ni cukup bangga mencabar undang2. Sengaja ke?

    BalasPadam
  14. kaki digunakan untuk berjalan, bukan untuk memijak orang, terutama budak-budak kecik..

    mungkin akal dia kat kaki kot sebab tu sanggup pijak budak tu sampai hati. semalam baca berita ni makin geram pada orang-orang yang seksa dan dera budak-budak..

    agak-agaklah sikit..

    BalasPadam
  15. kes penderaan kanak2 muncul lagi menjadi topik hangat ....

    kasar juga kaum lelaki ni , memang tak ada kesabaran , so lelaki terutamanya lelaki ganas tak boleh hak penjagaan anak atau tak payah harap nak panggil mereka tolong jaga anak.

    BalasPadam
  16. Baru lagi org kita buat hal, kini bangsa lain, maknanya dah dua bangsa!; Dera pembantu pula bangsa lain pula, maknanya hakikat semua bangsa sama lakunya di Malaysia. Jangan sebut satu; sensitif!.

    Agama semua kaum nampaknya makin terhakis. Seharusnya orang beragama akan memiliki jiwa yang tenang & penyabar. Nampaknya kita makin sifar sikap sabarnya.

    Makin sakit jiwa, bila ada media yg menuding masyarakat keliling ramai pula yang marah. Kejadian sepintas kilat katanya.

    Tok guru saya kata, kilat itu untuk memukul syaitan. Jangan sebut kilat takut disambarnya kita nanti.

    BalasPadam
  17. Salam... macam berjangkit pulak ya... belum selesai satu kes, timbul pulak kes lain...

    BalasPadam
  18. saya amat sedih dengan rakyat malaysia yang semakin hilang kemanusiaan dan tak berhati perut.. sedangkan dengan melihat anak kucing yang mati di tengah jalan sekalipun sudah cukup untuk memilukan hati, apatah lagi dengan memijak, mendera anak sendiri..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.