Selasa, Mac 16, 2010

Tolong Jangan Saman Saya

Tolong jangan saman saya. Berita berikut dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Sebilangan pasangan bernikah di sempadan, bahagia. Mereka bertindak bijak mendaftarkan semula pernikahan di Malaysia. Malangnya pasangan tidak beringat sewaktu bernikah membawa bala kepada anak.

Mardiana Abd Kader, 34 tahun, mengakui kesilapan masa lampau. Akibat bernikah di sempadan dan tidak mampu menjelaskan denda mahkamah syariah untuk  mendaftarkan semula  pernikahan, 2 anaknya berusia 9 dan 10 tahun dilaporkan tidak memiliki sijil kelahiran.

Mereka tidak boleh bersekolah.

Proses pernikahan di Malaysia diakui sedikit rumit namun mengikut perundangan syariah negara. Kepada pasangan bercadang untuk bernikah di sempadan, usah terlalu mementingkan diri sendiri dan kepentingan peribadi sehingga mengabaikan kesan tindakan itu di masa hadapan. 

Dirikan masjid dengan kejujuran dan niat jelas. Seperkara lagi, tidak perlulah berkempen, mempromosi dan mendorong sesiapa sekalipun bernikah di negara jiran.

Noktah.

Apapun, tolong, jangan saman saya. Tidak semua pandangan manusia sama.

15 ulasan:

  1. Selamat pagi BRO..

    Ramai yg tidak mengambil pengajaran dan belajar dari kesilapan orang lain. Jika diri sendiri yg menanggung, masih boleh menanggung. Tapi bila anak-anak yg tidak bersalah, menanggung akibat alangkah malangnya..

    itu baru kahwin di sempadan, jika kahwin di negara yg lebih jauh?

    BalasPadam
  2. Gua sokong Kak Azie...

    Dah buat baru nak ingat ...wakakakakakakaakaka....

    Bukan orang yang tak pandai jer buat camtuh...
    Orang yang mengaji pandai pon dok buat lagu tuh juga....heheheh

    Ramai yang terlebih pandai heheheh

    BalasPadam
  3. Salam... itu menunjukkan si suami/bapa tidak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  4. tolong jgn saman combi jugak yer...combi tak mampu nak bayar loyar :p

    masa nafsu bergelora mmg tak hengat donia.akhirnyer sendiri yg susah.agen kawin pun tak susah kan kan kan :D

    BalasPadam
  5. untuk tidak mendorong manusia jiwa bergelora ni menikah kat sempadan nun... mak ayah pon jgn terlalu menekan anak masing2.. terlalu memilih, terlalu ini..terlalu itu...

    kalau xmo cucu jadi mangsa..abaikan la sikit hati, perasaan, status anda..bertolak ansur demi untuk menghalalkan penikahan anak2...

    BalasPadam
  6. pd mereka yg mencari 'rezeki' dgn membawa pelencong ke sempadan utk bernikah mmg tak nampak apa2 masalah pun..bab kahwin semua nak ikut sunnah, nak ikut syarak..bab lain dlm kehidupan asal boleh je..

    BalasPadam
  7. Jangan saman saya??
    Hehehe...baik2 Sdr Mazidul. Ust Zawawi dgn Ustazah Bahiyah pun kena saman & disuruh ISA sebab nikah Siam ni.

    Ada agen yang 'panas hati' dengan posting ni...hehehe

    BalasPadam
  8. Salam Tuan Mazidul...

    Ini penyakit Masyarakat Orang Kita Sekarang...akal cetek...bila dah tersepit...terhegeh2 nak minta tolong...konon meny
    esal atas perbuatan lampau...sedangkan dah tahu akibatnya dikemudian hari...Kita perlu tegas dalam menangani permasalahan ini...jangan kita terlibat sama menangung dosa terhadap penganiayaan anak2 mereka yg tidak berdosa ini...ini kes penganiayaan kanak2...negara mengalami kerugian besar atas potensi, kebolehan dan kepimpinan anak2 ini dalam pembangunan negara pada masa hadapan...

    BalasPadam
  9. warga malaysia dah senang, elok nikah di luar negara , bantu sesama islam..memberi pendapatan jurunikah di sana..

    BalasPadam
  10. kahwin kat negara sendiri bukan susah sangat pun...
    senang sangat...
    pergi kursus kawen, dah dapat sijil, gi interview, lepas terus akad nikah..

    selalunyer orang yang kahwin kat sempadan ni kebanyakkannya kahwin tanpa restu ataupun wali enggan..

    BalasPadam
  11. Akhbar Sinar Harian bila nak jual di Johor ?

    BalasPadam
  12. tuan Khalil,
    muga cepat2 SH di jual di Johor, ada pilihan membaca, ada sikit BIAS semua golongan cerita diisi bukannya 100 berat sebelah, kalau nak berat pun 60 % je,,

    BalasPadam
  13. Tak banyak kes tertera di atas berlaku, mamat tu sengkek sangat kut!. Jika betul caranya jauh lebih jimat nikah di luar negara banding dalam negara. Keluarga orang kita makin jual anak; memang nikah tak payah tapi nak cari duit belanja hangus itu yang payah!.

    Denda pelbagai rasanya tak sampai pun RM3,000. Tak salah nikah di luar negara asalkan niatnya jujur & ikhlas.

    (Jangan sebut sempadan semata, UK, US, Indon pun luar negara juga.)

    Saya baru tanya bibik jual bakso di sini. Katanya di Indon sekadar seekor lembu pun dah cukup untuk kenduri nikah kahwin di sana. (Belanja Hangus). Mas kahwin tu biasalah tak jauh beda dengan kita.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.