‘The Sunshine State’, nama jolokan Florida, Amerika Syarikat, US. Pada tahun 1988 saya tinggal di Miami. Cuaca panas kering mendorong majoriti penduduk mengenakan pakaian ringkas, singlet dan seluar pendek.
Di ‘Miami Beach’, majoriti gadis seksi berbikini. Mereka gemar berbaring di pantai, berjemur di bawah terik matahari sambil menyapu lotion sun block ke hampir seluruh tubuh putih melepak. Manakala sebilangan gadis dan wanita berasa lebih selesa meniarap dengan tali coli terbuka di bahagian belakang sambil pasangan melumurkan lotion untuk mereka mendapatkan ‘tan’ (baca: warna kulit gelap) sekata.
Senario sebegitu tidak memeranjatkan kerana mereka orang barat, budaya mereka berbeza. Justeru, melihat perempuan berbaring, duduk dan berjalan hampir bogel setiap hari sudah menjadi asam garam kehidupan, alah bisa tegal biasa.
Manakala beberapa kedai di down town Miami (baca: berhampiran Miami Beach) pula banyak menjual pelbagai aksesori seks secara terbuka. Alat sulit tiruan lelaki dan perempuan, kondom pelbagai warna dan rasa, antara barangan dipasarkan. Hanya individu dewasa sahaja dibenarkan berkunjung ke premis terbabit. Mereka boleh melihat, menyentuh, membelek dan membeli aksesori jika mahu. Itu senario biasa kerana budaya mereka berbeza berbanding cara kehidupan kita, orang timur.
Manusia hampir berbogel dan eksesori seks dijual secara terbuka, sinonim.
Itu Miami di negara ‘Uncle Sam’, US.
Kini untuk melihat aksesori seks dijual secara terbuka, saya tidak lagi perlu terbang jauh ke US. Pergi sahaja antaranya ke pusat membeli-belah Petaling Jaya, Selangor. Barangan dijual juga hampir serupa seperti pernah saya lihat 22 tahun lalu di Miami.
Akhbar Harian Kosmo hari ini memaparkan kisah ‘Aksesori seks dijual terbuka’. Dilaporkan premis sama turut dibuka secara francais di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
Berikut gambar dimuatkan di akhbar sama, pelajar perempuan berseragam sekolah berada di dalam premis sama. Mustahil jika dia mencari buku rujukan mahupun alat tulis di situ. Hakikatnya dia dikelilingi alat sulit tiruan lelaki dan perempuan, kondom pelbagai warna dan rasa.
Apapun, dia remaja, pelbagai persoalan bergolak di fikirannya dan mungkin dia di situ kerana didorong perasaan ingin tahu. Kita (baca: pembaca dewasa) juga pernah remaja suatu ketika dahulu.
Pada masa sama saya berasa amat hairan, bagaimana pihak berkuasa tempatan, PBT meluluskan lesen perniagaan premis terbabit? Apakah rasional di sebalik tindakan PBT membenarkan kedai sebegitu beroperasi? Mungkin PBT kepingin benar melihat warga kita memasuki kedai, membelek alat sulit tiruan lelaki dan perempuan?
Bagaimana jika pelajar perempuan dirakam Harian Kosmo itu anak mereka?
Di Miami, kedai menjual aksesori seks hanya (baca: strictly) dikunjungi orang dewasa. Di Malaysia, bukti sudah nyata, pelajar sekolah boleh menyelinap masuk tanpa masalah.
Pekerja kedai juga boleh dilabel haram jadah! Membenarkan pelajar sekolah memasuki premis, tindakan salah. Teringin benar saya mencari maklumat berhubung identiti syarikat dan pemilik premis terbabit.
InsyaAllah, saya juga akan menghubungi pegawai Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk bertanya mengenai status kelulusan lesen premis sama. Barangkali PBT sudah celaru, gagal membezakan di antara budaya timur dan barat.
Buat sementara waktu, izinkan saya berfikir sebelum bertindak.
kedai2 menjual peralatan seks ni rasanyer di Mid Valley pun terdapat 1 kedai di tingkat atas berhampiran dengan food court. Barangan berupa coli yg menjolok mata, dildo dan kondom mmg tersedia dijual di kedai itu. Dan kadang2 gerai2 di dalam Mid Valley yang berhampiran dengan panggung wayang TGV pun ada dijual barang2 seperti ini.
BalasPadamKalo di kawasan petaling 'street' mmg rasanya banyak dijual secara terbuka termasuk dvd lucah. Rasanya pihak berkuasa mungkin takut untuk membuat kacau di kawasan cina or jikalau saya tersilap, minta ampun minta maaf.
Masyaallah..... harap bro dapat hubungi pihak berkuasa...tak silap saya kan bro dekat sunway pyramid pon ada satu kedai mcm ni jugak, dekat centre point pon ada satu kedai mcm ni tapi berselindung disebalik kedai menjual pakaian wanita, siap jual ubat untuk tahan lama, minyak perangsang segala bagai benda lagi bro, dekat midvalley pun ada satu kedai yang serupa, tulis jer dekat luar premis yang kedai itu tak boleh dimasuki oleh individu bwah 18 tahun, tapi saya tgk ramai jer yang masuk tu budak2 sekolah
BalasPadamPeniaga Iblis di Malaysia ni biasalah, memang pampang papan tanda "Bawah 18 Tahun Dilarang Masuk" tetapi mereka juga yang suka sangat bebudak sekolah masuk. Sebab budak di Malaysia ni suka dan berani mencuba. Jika di Malaysia, nak mengharap mereka untuk membeli alat2 seperti itu, mungkin tidak akan laku sebab orang dewasa Malaysia suka yang original. Cuma bebudak yang nakal sahaja yang suka sangat nak melihat dan memiliki barang seperti itu untuk menunjukkan kepada kengkawan dan mempengaruhi orang lain untuk mencuba. AWAS!! jika dibenarkan berterusan permis seperti itu, Malaysia semakin hampir ke lurah keruntuhan akhlak extream.
BalasPadamPenjualan peralatan seks secara terbuka tersebut merupakan salah satu faktor yg menyumbang kpd berleluasanya perbuatan maksiat & buang bayi.
BalasPadamTeruskan siasatan En. Mazidul - saya sokong! Saya tak nak 1 hari nanti kedai2 sebegini menjadi "the hottest shop to visit" buat anak2 Dara & Teruna. Saya TIDAK MAHU anak dara & anak teruna saya, sahabat, jiran & masyarakat keseluruhannya hilang DARA & TERUNA sebelum masanya. Eh.. malulah nak sebut pasal ni - tapi saya terpaksaRELA.
Ya, saya pun open minded - Saya sedar ini zaman Millenium - SO WHAT? Saya tdk rasa ketinggalan zaman sekiranya kedai tersebut tdk wujud. KASI TUTUP!
PBT penggalak kejahatan. Semua lesen kejahatan dikeluarkan walau dah tahu kesannya. Akhirnya masyarakat yang mendapat bahananya. PBT jangan hanya melihat kepada hasil pendapatan tetapi harus juga melihat nilai-nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat setempat.
BalasPadamesok lusa timbui plak kedai baru..awek belakang cermin..kita pilih ja nak yg mana satu...pastu tak lama lagi..timbui lagi disko ado awek menari bogel..
BalasPadamapa kita boleh buat?
saya harap Bro mazidul leh bagitau kat dalam blog ni..apo patut kita buat..maybe cara yg terbaik dalam hukum hakam agama ISLAM
tengkiu
Teruskan bro...
BalasPadamp/s- entah-entah SPRM pun kne terlibat sama dalam isu ini. sapa tahu
Semasa saya di Manchester 11,12 tahun dahulu, aksesori seks ini tidak dijual secara terbuka di sana, mungkin masyarakat British(dikawasan itu)berfikiran 'kolot'.Nampak nya kita sudah hampir menjadi negara 'maju' seperti Amerika, berapa kah kosnya untuk menjadi maju....?
BalasPadamDah lama kedai tu beroperasi bro. 1st time vic nampak 6-7 tahun yang lepas dekat Mid Valley, kemudian dia buka cawangan lagi di Sunway Pyramid.... kemudian One Utama... wah..... berkembang pesat. Agaknya permintaan menggalakkan.
BalasPadam1st masuk kedai tu teringin nak tau bila tengok nama kedai. "Saya perlukan rumah" (dalam bahasa Inggeris). Apa maknanya.. bila masuk je.. terkejut kambing biri2 dibuatnya. Cepat2 keluar... malu punya pasal. Sebab masa tu lum kahwin lagi. Budak baik la katakan. :P
Skang walaupun dah kawen tak sanggup nak masuk kedai tu. Maluu... tapi tgk budak2 sekolah masuk (rata2nya Melayu) dengan muka cap tora tu... mmg la dahsyat habis.
masuk masuk aje terus dibawanya kenangan di Miami..aduhh rindunya pada tempat yg pernah menyimpan seribu kisah suka duka itu...masih byk kenangan tercicir di sepanjang south miami...1998 awak kat sana maksudnya sy dah ada di sana ler. .tp kita tak jumap di sana...jumpa kat Msia lak
BalasPadamMemang betul di Miami walaupun benda2 ini dijual secara terbuka tetapi yg boleh masuk dan beli hanya org dewasa...malah kena tunjuk ID bila hendak masuk kedai apatah lagi nak membelinya hatta rokok sekali pun.. denda akan dikenakan bukan hanya kepada pembeli tetapi kepada penjual dan pemilik primis
Itu bezanya penguatkuasaan di negara uncle sam dgn negaraku malaysia... barangkali penguatkuasaan yg tidak rigid dan tegas menyebabkan mudahnya benda2 ini merebak ..
tengok gambar tu budak perempuan dgn berpakaian sekolah berbaju kurung (baca: mungkin Melayu Islam).apa ler yg hendak cari..
Aku ada pergi ke sana. Bila aku masuk sales girl dia teragak-agak nak layan aku sebab soalan pertama aku tanya adalah 'Kenapa boleh lepas dan dijual?'
BalasPadamAku tak tahu macam mana boleh lepas..tapi ada permintaan adalah pihak yang menawarkan penjualan.
awak..pembetulan ...‘The Sunshine State’, nama jolokan Florida, Amerika Syarikat, US. Pada tahun 1998 saya tinggal di ibu negeri Florida, Miami.
BalasPadamMiami bukan ibu negeri Florida tau...
Ibu negeri Florida adalah Tallahassee... jauhnya dr Miami..
bertuah bro penah duduk miami.
BalasPadammmg tak patut la pekerja benrkan budak2 sekolah masuk
Malaysia pun lambat laun jadi macam Uncle's Sam country.. Singore dah on the way tu...
BalasPadamAbang Mazidul,
jemput ke blog saya..
Http://faizalyusup.blogspot.com
Blog yang mengungkai masalah kehidupan.
MrsNor, corrected. Anyway, saya tersilap, I was there in 1988, that is 22 years ago.
BalasPadamBarangan sama juga dijual di Chow Kit Road tetapi dalam skala kecil.
setuju dgn post ni,ni lah slh satu penyumbang gejala tak bermoral di negara kita.tsktsk...
BalasPadamharus banteras, kt chow kit n lrg2 pon ada jual,tp we olz tahu tu psrn gelap kn..dak2 sekolah takdelah berani sgt nk ke sana,kecuali bg dey olz yg mmg suke kan..tapi,tapi,tapi,kalo dh terang jual cam ni..,umpama benda mcm ni bukan satu taboo lagi but normal. HARUS KESAH! kan,itafukada?
Melor, elok tukar le gambar profil awak tu. Tak manis.
BalasPadamMaaf ye, saya rasa saya perlu menegur. Harap tidak tersinggung.
aduiii risaunyer..iman seteguh tembok cina pun bole roboh kalau dah bende 'haram jadah' ni berlambak di depan mata :(
BalasPadam* pinjam ayat en mazidul ~ haram jadah :)
oooo tak tahu pulak ada kedai sebegini kat Malaysia.
BalasPadamMacam ner diaorang dapat lesen buka kedai ni?
budak-budak sekarang dah makin advance..dah ada kedai camni makin galak la gejala sosial yang dah jadi barah dalam masyarakat kita
BalasPadampenah dgr kewujudan kedai Aksesori Seks neh...tp xsangka lak dak2 bawah umo leh masuk kedai tuh...sgt terkejut....
BalasPadamKeberanian generasi sekarang..
BalasPadamadakala bukan dari rumah pun, setengah tu dari kawan2 yang berani..
dan keberanian itu dikongsi, dlm cabar mencabar...
akhirnya menjadi kebiasaan...
budak perempuan tu nak beli buku rujukan pendidikan seks kot..heheheh
BalasPadamremaje sekarang tidak takut pada agama dan tidak malu terhadap perbuatan mereka...seks bebas adalah amalan harian mereka.... mazidul....cungkil sampai terburai!!
BalasPadamBerani dan tak malu juga budak pompuan tu ....saya pakai baju biasa pun malu nak masuk kedai gitu >.< nak pakai topi dan kaca mata hitam baru berani masuk
BalasPadamdi malaysia ni peraturan bukan main banyak, tapi lansung tak ada enforcement. Tipu lah kalau takda penguatkuasa yang tahu pasal kedai-kedai tu. Tentu mereka pernah bawa famili berjalan ke MidValley, Sunway dan sebagai. Mesti mereka nampak. Tapi apa diorang buat? Tutup Mulut ajer. Bila kena terjah, mereka jawab "baru nak siasat, bla bla bla"..
BalasPadamSalam... tak lama tutuplah kedai tu...
BalasPadamSaya perasan di Jalan Pasar sahaja & ada sebuah dua kedai lagi; rupanya bersepah di Malaysia ini.
BalasPadamSebaiknya dibendung sebabnya benda begini risikonya amat tinggi bakal meruntuhkan moral.
Tak tergamak masuk ke kedai begini, jika di kaki lima itu berani juga gatal mulut bertanya. Kira gadis sekolah ini memang hebat. Kena intip apa aktivitinya selepas keluar dari kedai ini.
astaghfirrullahallaziim..kat Malaysia pun ada macam ni....kena tutup itu kedai lah...kita jangan bersongkongkol dengan penularan budaya barat yang kuning ini,..kalau yang baik,bagus takpe lah...ini nak promosi budaya seks bebas,seks sejenis,dan seks sebagai sarapan pagi,sebagai makanan harian,dengan sesiapa sahaja,..patut ambil tindakan..tutup terus ..pihak 999 pi lah SELONKAQ...
BalasPadamWallahhualamm..
alah bisa tegal biasa
BalasPadambila melayu lemah di ranjang,remaja jd mangsanye
Semua ini berasal dari sikap : samada tahu malu atau ada perasaan segan silu sesuatu bangsa itu.
BalasPadamTetapi kita bangsa Melayu sebenarnya beragama Islam - malu dan segan adalah sebahagian daripada pakaian / moral dalam etika beragama. Jadi tidak logik kita berfikiran dan berperangai seperti barat yang tiada istilah malu dan segan itu.
Seks bebas adalah berpunca dari sikap tak tahu malu - gadis2 suka berbogel dihadapan sebanyak lelaki yang boleh dan membiarkan jantan2 menikmati tubuh secara sukarela. Ini amat bercanggah dengan etika agama islam yang melarang zina. Seks hanya boleh dinikmati dalam pernikahan sahaja didalam Islam.