Isnin, Mac 08, 2010

JAIS Siasat Nurhanim

Terkini berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun.

Jam 1.30 tengahari tadi saya menghubungi Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi melalui telefon.

"Dalam minggu pertama, polis menjalankan siasatan jadi kita tidak mahu ganggu. Ahad lalu pegawai saya mula menyiasat dia (Nurhanim) dan kertas siasatan telah dibuka"

Ibu mangsa dera dan bunuh itu disiasat status perkahwinan dan dakwaan dia bersekedudukan dengan teman lelaki, suspek membunuh Syafia Humairah Sahari, 3 tahun sehingga melahirkan anak luar nikah, bayi lelaki berusia 18 bulan.

Apapun ujian deoksiribonukleik, DNA akan mendedahkan segala fakta samada tersurat mahupun tersirat.

Berita Jenayah Terkini

Mayat Riswandi Mahmud,54 tahun ditemui di dalam kedai  runcit milik adik iparnya di Kampung Sri Andalas, Puchong, Selangor pada jam 8.30 pagi tadi. Mayat cedera terkena tetakan di telinga dan kepala. Hasil pemerikasaan awal, polis tidak menemui kesan geledah, pecah masuk mahupun senjata. Mayat berlumuran darah itu ditemui adik ipar mangsa dengan muka bertutup bantal. Polis tidak menolak kemungkinan Riswandi dibunuh suspek dikenali. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh dan mayat dihantar ke Hospital Sedang untuk bedah siasat.

9 ulasan:

  1. kewl encik mazidul. mari buat lagi.

    BalasPadam
  2. Dah buka kertas siasatan, sila siasat dgn menyeluruh - hingga selesai. Kami tunggu keputusannya...

    Bukan apa, saya risau kat Malaysia ni termasuk musim berangin total dah jadi 5 musim, kalah Eropah - ye lah bila musim angin bertiup, segala kertas/fail senang2 aje tertutup (baca : Dah jadi forbidden case). Pn. Majistret (Pn. Azizah Aling) tolong maklumkan clause berapa ni? (baca : dgn senyuman...)

    BalasPadam
  3. teringat pulak kata-lata awak kat FB .."Kalau tidak ada orang mati, tidak ada orang merompak, tidak ada orang merogol, aku tidak ada kerja."

    Sy barangkali kena setujulah dgn kata-kata awak kat atas tu..sebab hari2 masuk sini asik dok lapor kes bunuh, kes mati, kes rogol ...hahaha

    sesekali lapor lah juga kes madu asmara...cintan minta yg mengasyikkan ker ....ada berani kaa

    BalasPadam
  4. lambat juga JAIS nak menyiasat. Secara pengiraan basic pun dah boleh timbul keraguan status anak-anak itu. Sepatutnya JAIS kenalah bertindak cepat, untuk clearkan isu macam ini.

    BalasPadam
  5. moga2 kes ini dpt diselesaikan dgn baik..

    BalasPadam
  6. semoga cerita ni menjadi pengajaran kpd kita semua..

    BalasPadam
  7. Antara tugasan wajib, mengadap muka seorang ibu... seorang ibu...

    kesalahan dalam kelemahan diri... sangat lemah dia...

    moga hukuman memberi kesedaran... yang berterusan.

    BalasPadam
  8. Semoga keadilan dapat ditegakkan...

    BalasPadam
  9. Mungkin masih mencari bukti kukuh (baca: kukuh) baru disabit kesalahan & masukkan ke lokap.

    Apakah seorang sahaja bersalah?.

    Isk! jangan buat andaian semuanya dalam siasatan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.