Khamis, Mac 04, 2010

Nasib Baik Tidur Free!

"Saya asal dari Klang, Selangor," kata beliau.

"Orang Jawa ke?," soal saya.

"Campur-campur," balasnya mesra.

Saya berpeluang bercakap melalui telefon bersama Pengarah Urusan Future World Avenues, Noradzman Mat Idris jam 6.30 petang tadi. Future World Avenues, syarikat menyelenggara Commonwealth Forest Park & Resort, setakat ini mempunyai 24 bilik untuk pengunjung dan fasiliti lain.

Menurut blogger Ondscene, Noradzman bersetuju menaja 3 bilik penginapan sebagai hadiah acara cabutan bertuah sempena 'Perhimpunan Bloggers' Sabtu ini.

Setiap bilik dilengkapi 2 katil single, televisyen, penghawa dingin dan bilik air. kadar sewaan 24 jam, RM120. Klik di sini untuk melihat bilik dan kadar sewaan.

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada Future World Avenues.

NOTA Baca perkembangan berhubung 'Perhimpunan Bloggers' di sini.

11 ulasan:

  1. ini yg buat saya nak nangis.. uuuWaaa xdapat join...

    BalasPadam
  2. Cik mazidul...takde logo ke untuk gath ni? baru gempaq...mungkin lepas ni boleh buat annually kalau berlangsung dengan jayanya...

    BalasPadam
  3. @lily, sy pon nak nangis jugak ni coz tak dapt join.. T_T

    @en.mazidul, hope pejumpaan ni akan dijadikan acara tahunan... =)

    @azrul:
    tu blum join lagi. sabtu ni sure lg best.

    *eh, dah cam admin plak..sori ye tuan tanah.~~

    BalasPadam
  4. Salam... lebih banyak sponsor akan lebih meriah kan...

    * semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik...

    BalasPadam
  5. fuh..best btul kalau dpt hadiah tu...tapi nak wat camana..hati teringin nak join...tp terpaksa ke melaka pada hari yg sama..ada meeting ppim peringkat negeri..lain kali kalau ada lagi bleh join ye...

    BalasPadam
  6. Terima kasih! Sapelah yg bertuah tu ye...

    Moh kita ramai2...

    BalasPadam
  7. InsyaAllah. vic yg bertuah... kalau tak bertuah gak vic nak peluk kaki En NorAdzman tu merayu mintak hadiah extra untuk vic. Err... Bro Mazidul... adakah ini dikira rasuah?

    by the way... siti dah dapat jalan2 yg bakal ditutup pada hari sabtu secara berperingkat2....

    Penutupan jalan pada peringkat keenam Sabtu ini akan melibatkan Jalan Ampang diikuti Jalan Jelatek, Jalan Setiawangsa, Jalan Kilang, Jalan Genting Klang, Jalan Taman Ibu Kota dan Jalan Gombak secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas sidang media taklimat trafik di Bilik Gerakan Trafik, di sini hari ini.

    Hehehe... sila rancang perjalanan. Kalau kowang terkandas dalam jalan yg ditutup dan terlepas door gift 100 pertama... jangan meradang ye. ekekekek

    BalasPadam
  8. Selamat bergathering, agar terjalin kenangan yang manis!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.