Rabu, Mac 10, 2010

Kisah Pengacara

Bukan enteng melahirkan pengacara televisyen berkredibiliti.

Sebilangan pengacara tampil cantik dan bergaya tetapi terserlah kebodohan akibat kekurangan ilmu di dada. Antara punca utama,  mereka kelompok malas membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Justeru, rupa paras menawan tidak mampu menutup kedangkalan ilmu.

Sebilangan lagi hanya sekadar memburu nama untuk menjadi glamor. Pengacara sebegitu tidak lama di persada penyiaran negara. Mereka akan hilang dan dilupakan begitu sahaja.

Sesungguhnya bakat, satu anugerah Ilahi.

19 ulasan:

  1. ada pengacara yg seriously memang langsung tak boleh tahan lawaknya. lawak dgn ilmu yg kurang~ main cakapa apa dia nak, walhal majlis rasmi dan perlu persiapan rapi~

    tapi, ada yg bagus juga, nampak well-prepared dan bagi info yg bernas dan berguna~

    P/S : Hazrey kategori pengacara comel yang melatah~kih kih~

    BalasPadam
  2. Yer.. itulah sebabnya skang ni pagi2 nak pi kerja vic dah tak bukak tv untuk tengok MHI, nak mengurangkan dosa mengutuk pengacara yang cakapnya tah hapa2... nampak sgt la takde well preparation.

    Dah lama tinggalkan aktiviti menengok 360 dan 999 selepas kali pertama tertengok pengacaraan yang mengecewakan. Tapi mengikut kata teman2 di tempat kerja dan bloggers (semasa gathering aritu), skang lagi menyampah, tengok bukan untuk dapatkan informasi tp untuk mengutuk pengacara yang harapkan control cun je...

    Bosannya... penat magistrate hantar sms dan emel kepada tv3.... takde perubahan pun.

    BalasPadam
  3. Hari gath ritu, kami bersembang panjang isu pengacara TV3..

    Memang sudah hambar...

    Ada rupa belum jaminan bakat boleh diserlahkan.

    Ada yang bakat hebat, tp penampilan kurang. Susah skit nak tonjol diri..

    Apapun, saya tak leh lupa kisah suka duka sorang pengacara yg naik dari bawah..
    Lepas interview citer kat kawan rumah pun orang tak caya..
    Sebab “dia hitam dan bulat” takkan jadi pengacara?
    Tapi, bila dia dah tak mengacara, ramai orang tak on TV lagi dah pagi-pagi...

    BalasPadam
  4. tengok segelintir pengacara kat tv kadang-kadang mengecewakan...ada tu macam tak bersedia nak mengacara...isk2..

    BalasPadam
  5. Pada saya Pengacara yg baik punyai perbendaharaan kata yg baik & tepat, intonasi suara yg jelas, bahasa badan yg seragam dgn percakapannya & dapat melontarkan soalan2 yg ada isi kpd tetamu jemputan/public utk dikongsi (baca : bukannya soalan "hari ini bangun pukul berapa?" - Contoh : Soalan ini hanya relevan sekiranya Individu yg ditanyakan itu baru bangun drp tidur, sehari selepas memecahkan rekod MBR dgn cara berjaga selama 16 hari tanpa tidur).

    Apepun, Ya, benar sekiranya tanpa bakat tetapi bergantung kpd "aku boleh buat" seseorang Pengacara itu tak lebih drp "Penggaya" shj.

    BalasPadam
  6. WHI lagik teruk.pengacara dia harapkan azizah,fiza dan azura jek yg lain hampehh.

    eh..nazril tu mcm tak berfungsi jer kat WHI.ape kes dia kat situ :p

    suka tengok misha kat sehati sejiwa@tv1 sgt cute dan bersahaja.best!

    BalasPadam
  7. salam,
    sory nk tya yg takde kaitan gan entry. Macam ne nak buat supaya orang tak boleh copy entry dari blog saya? sebab blog en. maz orang tak leh copy ayat/gambar jugak. mcm ne nak buat? please help me. hohoho..

    BalasPadam
  8. Hosting. Ermm.. First, thank you Zara for that although I dun fit the bill. :)

    As far as I know and this hosting job is concern, ia perlukan spontaneous dan banyak ad-lib terutama ketika mengendalikan program live bual bicara @ talk show.

    Skrip hanya sebagai pemandu bukan mutlak justeru kita perlu berilmu dan banyak membaca supaya kita tahu apa yang kita cakap, dan intelektual amat penting.

    Tanpa intelektual, pasti sukar untuk mengendalikan program dan sekaligus, you will NOT romance the camera and there will be NO chemistry between you, the camera and the audience.

    Mazidul tak ensem and he is NOT a camera charm, itu hakikat dan realiti (tolong jangan buat report polis pulak yek.. haha) tetapi kenapa boleh ada chemistry? Sama jugak dengan Datuk Mahazir Lokman. Everyone wants to listen to them.

    It is how kita lontarkan perkataan kita. Charisma. Without charisma, how the hell will people listen to you? Kalau bersama kekawan pun orang menyampah nak dengar kita cakap, itu maknanya toksahlah jadik pengacara.

    Dan lupa, ada pulak tak reti bercampur dengan orang, maka macam mana nak jadik pengacara? Pengacara is someone that can speak and talk to all walk of life. Mereka spontan.

    Ohh, jangan lupa bro, another tips is jangan besar kepala!! lols

    BalasPadam
  9. ...betul tu...contoh pertandingan ratu cantik sekrg pun..yg menang bukan cun sgt sbbnya IQ lebih dipentingkan...dulu kalau cun giler...body begetah...sure menang lah walaupun "ngok"...

    BalasPadam
  10. Lily, sila ajukan soalan itu kepada Azrul. Dia 24 jam sehari dengan komputer. I believe that he can assist you.

    Raziff, lihat pengacara di stesyen televisyen barat. Ramai tua masih mengacara kerana pengalaman mereka raih selama bekerja cukup berharga.

    Saya percaya majoriti penonton sekarang lebih mementingkan ilmu dikongsi dek pengacara bukan wajah manis menjadi percaturannya.

    Macam photographers, bukan semua kacak dan bergaya, kualiti gambar dirakam, itu bukti kredebiliti mereka.

    Echah, dunia pengacaraan menuntut individu terbabit sentiasa belajar dan belajar. Sebilangan memerlukan ruang dan masa, sebilangan lagi 'gifted' dengan bakat semulajadi.

    BalasPadam
  11. ibarat cinta, bakat juga boleh dipupuk. tapi kalau malas berusaha dan hanya bersandarkan rupa paras shj tak kemana.

    BalasPadam
  12. setuju dgn en mazidul.ada org bole bercakap tanpa skrip tapi ada org bergantung 100% dgn skrip.sgt beruntung jika kita diberi anugerah serta bakat sekali gus.

    apapun mcm baby..lahir bukan terus berjalan.bermula dgn merangkak,berdiri dan baru berjalan.proses tersebut mengambil masa sehingga kepala lebam dek terantuk bucu meja... :p

    eh..combi tertinggal nama ruhil shafinaz tadi.combi suke dia jugak :)

    BalasPadam
  13. Lily, sila check email awak...saya dah hantar tutorial camne nak disable right-click...nanti apa2 hal bagitau :)

    BalasPadam
  14. Teringin untuk menjadi pengacara..tp ramai yang mempersendakan ketinggian ku

    BalasPadam
  15. bro, saya suka lihat bro mengacara sama ada 999 atau 360. (baca: saya tidak selesa dengan yang lain?)he he he

    bro, saya suka lihat bahasa badan bro (baca: saya bukan mahu melihat tubuh bro?)he he he

    Seronok membaca komen yang lain.

    Untuk menjadi pengacara, seseorang bukan sahaja perlu memiliki bakat dan kebolehan tetapi juga kredibiliti. Dia juga hendaklah mempercayai patah perkataan, perbuatan bahkan diction penyampaiannya sendiri.

    Tetapi yang lebih penting, untuk menjadi pengacara, seseorang hendaklah terlebih dahulu menjadi manusia.

    BalasPadam
  16. salam

    dulu waktu anakdara bgtau mak suka tgk mazidul dan mahathir lokman. mak kata laa minat org bdn besar ka? cite kat kawan depa kata tak ensem laa.memang dari dulu tak suka tgk sesuatu rancangan yg ada pengacara, sbb spesen ja. paling tak suka pengulas sukan(dulula) ayat berbunga-bunga padahal sukan. La ni ada tophost plak, alaaa nanti keluaran pesen gak la tu..

    BalasPadam
  17. En. Mazidul, tumpang laluan dgn izin ya :

    Terima kasih dgn soalan lily.redzone - soalan ni baru saya tanyakan kat kwn seopis 2 ari lepas tp dia pun x dapek nak nolong... - Azrul tolong anta cara2 nak disable right click tu pd K.Liza boleh Dikk..? Nanti Akak belanja makan Kurma ye... (baca : Kurma & madu akan dijamu masa kamu & Ayu dtg ke rumah Akak - lepas nikah tau..)

    BalasPadam
  18. salam... rupa paras yang cantik boleh membuatkan orang terlupa akan kekurangan yang ada ;)

    BalasPadam
  19. Sdr Mazidul bagus apa ... ketika jadi Pengacara MHI di TV3 saya suka banget. Cara bergurau yang sepontan & persediaan soalan yang bernas.

    Lagi bagus ketika 360; makin rindu nak tenguk siri sebegitu.

    Kalau soalan mungkin ikut skrip tapi kalau bergurau tentunya secara spontan.

    Bebaru ini sahaja ada Pengacara MHI lawa tu yang buat soalan pelik buat penonton tertanya-tanya!. Penerbit seharusnya memantau semua ini.

    Saya suka cara Fedtri berhujah jelas tulus & lahir dari hatinya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.