Isnin, Mac 22, 2010

Somtam Budu Dan Bakso


Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, Che Bahrom Hamzah, di antara tahun 2007 dan 2009, 14,117 rakyat Kelantan, lelaki dan perempuan berkahwin dengan rakyat Thailand dan Indonesia.

Antara faktor pendorong, dipercayai paras rupa dan kedudukan negara berjiran.


Budu dan Bakso

Tambah Che Bahrom, wujud risiko kerana sebilangan lelaki warga asing mengahwini wanita di Kelantan mungkin semata-mata untuk mendapatkan taraf kerakyatan negara ini.

Sebelum ini lelaki dan perempuan Kelantan lebih cenderung berkahwin dengan pasangan dari negeri sama. Senang pulang ke kampung berhari raya, satu arah, satu jalan. 

Dalam pada itu, di negeri lain, sebilangan lelaki mengambil pendekatan berbeza, tidak mengahwini wanita negara asing. Mereka dilaporkan cuma berkahwin di Thailand dan Indonesia dengan pasangan wanita tempatan selalunya untuk mengelak pernikahan diketahui isteri pertama. Statistik itu mungkin belum dikira setakat ini. Hemat saya, jika dikumpulkan jumlah bilangan tepat kes, ramai isteri tidak akan mampu tidur tenang di malam hari.

Apapun statistik dicatatkan di Kelantan itu barangkali menunjukkan trend citarasa pemakanan mereka juga berubah.  Mungkin kini mereka lebih gemar makan bakso dan somtam berbanding budu.

Yalah, budu masin, 'betik' adunan somtam berzat dan lazat manakala 'bebola daging', ramuan utama bakso berisi padat. 

14 ulasan:

  1. 'betik' rasa tetap sama cuma rupa bentuk berbeza kot en mazidul.. :p

    ermmm 'bebola daging' ni...goreng pun sadapp ha ha ha :p

    ......

    org kita suka 'barang' import kot walaupun ada yg tak ori!

    BalasPadam
  2. Sy generasi ke4 hasil perkahwinan Melayu-Siam. Dalam generasi ke4 ini tak ada satu pun yg "TERkahwin" dgn Siam... semuanya cari pure Melayu! Ta tahulah sampai generasi ke 7 akan ada pulak TERkahwin dgn Siam.

    Pasal makanan tu..sejak dulu sampai lor ni, makanan Klate dipenagruhi oleh makanan Siam..somtam tu biarpun asal Siam tapi ia jadi makanan org Klate sejak berzaman dah. Apa pun laksa siam sedappppp

    BalasPadam
  3. selera manusia berbeza..asal tidak menyusahkan manusia yang lain..

    BalasPadam
  4. Apalah yg ada pada budu yg cair berbanding bebola padat bulat2...

    BalasPadam
  5. *Kang ada plak yang marah BRO ni, sbb menyentuh negeri (tekaan saya)


    Ada banyak sebab yang menggoda rakyat asing mengahwini orang kita. Of course, sebab utama seperti yang BRO ulaskan di atas.

    Kesian orang kita, masih ramai yang menanti jodoh, kini bersaing pula dengan orang luar yang bijak mencari ruang dan peluang..

    BalasPadam
  6. kahwin dgn anak kelantan boleh beli tanah, atas nama suami atau isteri..
    kelantan jaga HAK milik tanah supaya tak tergadai.


    ..bila nak keluarkan DEBUDU (debu budu) di pasaran oleh FAMA..

    BalasPadam
  7. Salam MAS..

    aduhai... begegar tulang belakang kakcik bila baca kenyataan yang paling bawah tu! :)

    BalasPadam
  8. salam. saya ingat ada resepi..hihi rupanya... terliur tengok.. gamaknye macam tu la depa terliur kat org2 sana..hehe maaf melawak..walaupun saya org kedah tapi saya suka kesemua makanan yg en mazidul pamerkan tu...

    BalasPadam
  9. somtam sangat sedap...hanya rm4 dan sangat berbaloi!tiap minggu msti beli

    BalasPadam
  10. Saya baru saja sokong agar kita nikah di luar, kalau banyak sangat syarat & mahal di negara sendiri;

    Bukankah sudah sah begitu ramai pasangan yang bernikah dengan org asing; rasanya lebih dari separuh tu nikah di luar sana takkan nikah di sini.

    Bayangkan seekor lembu yang bibi pinta banding RM7,000 paling murah di sini!. Baru belanja hangus.

    BalasPadam
  11. Saya Negeri Kelantan & Isteri Negeri Kedah...lebarkan sayap bg berkembang ckit....budu bakso sedap tuh...

    BalasPadam
  12. Budu... perlu ader 'gu' lawannya...mesti ader ulam....ulam plak...macam2 jenis ulam... berbagai rasa dan bentuk.

    Somtam....hanya rasa betik n pedas sikit sikit...tak banyak beza.

    Bakso...kesedapan bergantung pada bebola daging...jangan lebih...nanti muak.

    BalasPadam
  13. ...saya mengidam cicah ikan bakar dengan budu yang ditaruh durian... masalahnya org rumah asyik goreng tempe!...

    kenapa kita tidak suka mencuba juadah negeri lain iyer!

    baik budu, somtam, tempoyak, cincalok, bakso, lontong atau mee jawa bagi saya semua makanan tradisional ini amat enak sekali.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.