Khamis, Mac 25, 2010

Air Jamban Di Halaman (Updated Pictures)

Awal pagi tadi saya, jurukamera, Paulus Dode, Glenn Josh, Didit Haryadi dan Ketua Biro TV3 di Indonesia, Didik Budiarto ke Kampung Beting, Koja, Jakarta Utara.

“Lelaki bertato itu sewaktu saya recee 4 hari lalu minta wang untuk security kita. Saya kemudian bincang sama dia, berikannya 3 kotak cigaret sahaja, beres,” jelas Glenn.

Ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke hotel setelah selesai tugasan. Sebelum ke Kampung Beting, 5 kilometer dari bandar Jakarta saya dimaklumkan, sebilangan penduduk di kampung terbabit bersifat 'hostile', kekadang ganas terhadap wartawan dan jurukamera. Mereka enggan kisah mereka disingkap media. Memang berdebar mendengar perkhabaran itu tetapi saya tenangkan jiwa dan berdoa kepada Allah, agar tugasan mampu disempurnakan dengan selamat.

Kampung Beting menjadi terkenal selepas media Indonesia membongkar kes penjualan 25 bayi berharga di antara 500,000 dan 1,000,000 (RM373) rupiah Februari lalu di kampung dihuni hampir 3 ribu ‘warga liar’, setinggan itu.

                                           
“Pendapatan harian individu di kampung ini sebagai pengamen (pemain muzik jalanan) dan pemulung (pengutip sampah untuk dikitar semula) sekitar 2 US dollar (RM6),” ujar sukarelawan, Ricardo Hutajaean.

Lebih malang lagi dilaporkan lebih 800 anak kecil di kampung sama tidak memiliki sijil kelahiran sekaligus tidak diakui Indonesia sebagai warganegara. Senarai panjang nama mereka ditunjukkan Ricardo kepada saya, rujuk gambar, Ricardo di sebelah kiri.

Didit merakamkan gambar anak tanpa identiti

“Pak Ricardo, di Malaysia, ramai warga Indonesia berstatus ‘kosong’, tiada dokumen. Mereka itu pendatang tanpa izin. Peliknya di sini, anak lahir di Indonesia tidak diiktiraf sebagai rakyat negara ini,” celah saya.

“Ya, itu benar. Pemerintah di Indonesia jelasnya tidak mampu menangani masalah kemiskinan,” sambut Ricardo.

Sewaktu menjalankan tinjauan, saya sedih melihat wajah anak kecil bermain bebas di kampung kotor, tidak mempunyai saliran air sempurna.


“Air dari jamban mengalir di halaman rumah,” jelas Didit kepada saya sambil merakamkan visual.

Saya matikan deria bau, jika tidak pasti termuntah.

Itu antara kisah saya singkap dan bakal disiarkan 999 kelak.

Saya kini masih berada di Jakarta, esok akan merakamkan kenyataan polis berhubung kegiatan pemerdagangan bayi berlaku sejak sekian lama.

Berikut beberapa gambar saya rakamkan untuk dikongsikan bersama pembaca.


19 ulasan:

  1. cerita ttg air jambatan ni. sama saja macam air di parit sekitar kawasan parit raja. berbau. tertutup dengan semak samun, sampah. orang kampung tak ambil peduli. tetapi, ramai diantara mereka, masih boleh memancing di situ. tak faham saya. sbg student di kawasan ini. kecewa.

    BalasPadam
  2. Sedihnya melihat anak-anak yang bergelandangan.. besar nanti, apakah nasib mereka? Mewarisi ketidaktentuan hidup?

    BalasPadam
  3. sedangkan terbau najis kucing pun kita tak senang duduk, apakan pulakan najis manusia..
    ( mmg nak termuntah bila terbayangkan )

    BalasPadam
  4. begitu daif keadaan kat sana. apalah nasib anak-anak tiada identiti tu.

    bila lihat kisah-kisah macam ni, barulah sedar betapa mewahnya hidup kita di Malaysia. Walaupun ramai yang pertikai, namun hakikatnya ada yang lebih teruk taraf hidup seperti yang kita lihat ni

    BalasPadam
  5. "Pemerintah Indonesia tidak mampu menanangi masalah kemiskinan" kata rakyat Indonesia sendiri. Indonesia sebuah negara besar yang kaya dengan hasil mahsul kurniaan Allah tapi pemerintahnya gagal mensejahterakan rakyatnya. Fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  6. Syukur walaupun negara kita sedikit gegar gara2 fahaman politik yang berbeza, namun kita jauh lebih bernasib baik dari rakyat Indonesia.

    BalasPadam
  7. sangat kasihan bila tengok kedaifan mereka....

    BalasPadam
  8. syukur. Syukur. Syukur kerana kita berada di Malaysia

    BalasPadam
  9. Kenapa kemiskinan begitu sinonim dengan kekotoran dan sampah?

    Adakah kerana salah pemimpin...atau kerana KEMALASAN individu terbabit...yang lama kelamaan menjadi tabiat yg sebati.

    Islam menganjurkan kebersihan...islam itu indah....tak kira miskin atau kaya...

    BalasPadam
  10. Apa agaknya yang akan berlaku seterusnya kepada mereka, generasi mereka yang tiada identiti ini?

    Mewarisi kemiskinan dan kemunduran? Meneruskan budaya bekerja mengutip sampah?

    Mereka inilah yang akan menjadi mangsa pemerdagangan orang kerana desakan hidup...

    Kalaulah pemimpin mereka dapat membuka mata lebih luas lagi...

    BalasPadam
  11. Kerana itu maka mereka bertandang lantas berhijrah ke Malaysia?

    BalasPadam
  12. Kita memang WAJIB bersyukur.

    Tapi jangan lupa, di Malaysia pun masih ada rakyat yang hidup dalam kesempitan.

    Bagi yang berada, kalau pun malas nak bersedekah, jangan sampai malas nak berzakat.

    BalasPadam
  13. seolah mcm setinggan disabah yg pernah dipaparkan oleh karam singh walia.sampah seolah hiasan pokok bunga :p

    ........

    abg combi membawa anak-anak dia gi indon bercuti disamping memberi pengalaman kpd mereka supaya menghargai apa yg kita ada dibumi bertuah malaysia berbanding dgn mereka disana.

    BalasPadam
  14. salam mazidul,mak cik selalu singgah cuma tak meninggalkan jejak je..tak pernah miss membacanya..bila membaca n3 ni rasa amat bersyukur kita tak mengalami kesusahan n kedaipan begitu..tapi malangnya bibit2 yg datang kemalaysia yg berasal dari hidup yg susah tak tahu bersyukur bila mendapat majikan yg baik..bila dah selesa tinggal disini mulalah buat macam2 perangai tak elok n menderakan anak2 majkan n bermacam2 perangai lagi.mereka juga tidak kuat pegangan agama sebab itu Allah membalas mereka dgn segla kesusahan hidup..

    BalasPadam
  15. Persoalan saya bagaimana anak yang lahir tidak diiktiraf sebagai warga sendiri. Bagaimana disini kenapa layanan kita berbeza. Kekadang pemerintah kenalah berlaku adil dan berikanlah hak kepada yang empunya hak yang sebenarnya.

    BalasPadam
  16. Memanglah memberitakan sisi negatif orang atau negara lain itu menyenangkan. Setiap bangsa & negara pasti memiliki cerita tentang orang orang miskin dan slum area, event itu US, juga banyak homeless ppl, kalau diberitakan dan fokus hanya di slum area US seolah olah semua US itu slum area, tentu tidak seperti itu. Memang pasti ada orang orang miskin dan slum area seperti yang diliput di blog ini. Tetapi mayoritas ppl di Indonesia tidak hidup seperti itu. Banyak yang hidup berkecukupan, makmur, bahkan kaya. Plg gampang lihat jalan2 di Indonesia, penuh sesak dengan mobil, itu menggambarkan juga daya beli ppl Indonesia yang cukup makmur. Tentang ppl Indonesia yang bekerja di Malaysia, mmg mereka mayoritas kaum miskin yang bekerja di perkebunan dan menjadi maid di Malaysia, meskipun jga tidak sedikit yang bekerja di pabrik dan industri besar di Malaysia. Tp secara percentage itu hanya sebagian kecil saja dari 200 juta lebih ppl Indonesia yang mau jadi maid, dan lain lain.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.