Sabtu, Mac 20, 2010

Tolak? Tarik? Tolak!

Sebelum ini ada blogger cuba 'menarik' perhatian, menyalak sana-sini. Apabila komen merapu dicatatkan tidak dilayan di blog ini, dia menerjah banyak blog lain, antaranya blog Diana, Azrul, Hazri dan Tuan kadi Kluang, Khalil.

Dia juga menghantar pesanan ringkas, SMS ke hotline 999, marahkan Khalil. Mungkin dia tidak tahu, talian terbabit untuk masyarakat menyalurkan aduan berhubung kegiatan jenayah supaya dapat ditangani bersama dengan bantuan pihak berkuasa. Asas amarahnya kepada Khalil tidak berkait dengan perlakuan jenayah. Dalam erti kata lain, dia cuba 'menarik' perhatian menggunakan saluran salah.

Sebelum ini blogger sama juga menghebahkan hasratnya kepada saya melalui SMS ingin menyaman ustaz dan ustazah, hos di TV9 kerana mengolah isu kahwin di Siam barangkali tidak seiring pandangannya.

Sejurus menerima SMS itu, saya katakan, itu hak dia sebagai individu. Firasat saya, dia kemudian tersalah hantar SMS kepada hotline 999, sepatutnya SMS itu dihantar kepada rakan mengatakan kononnya saya  memberikan 'green light' kepadanya untuk menyaman penceramah agama terbabit. Saya kata, usah menggunakan nama saya sewenang-wenangnya dan membuat penterjemahan mengikut fikiran sendiri. Tersilap langkah nanti saya saman dia kerana memfitnah, defamation.

Kini saya lebih percaya, blogger terbabit sedaya-upaya cuba 'menarik' perhatian semua. Biarpun usahanya itu 'ditolak' ramai.

Terkini, muncul pula blogger kucing, mengiow sana dan sini untuk 'menarik' perhatian. Saya jadi lebih keliru. Ini kucing Siam gatal atau kucing kurap jalanaan? Jika tidak mempunyai ide untuk melontarkan komen, lebih baik diam.

Justeru, komen kedua mereka tidak lagi saya cetak di blog ini. Namun, saya ingin berkongsi cerita pendek bersama mereka dan pembaca semua.

Perhatikan, selalunya di pintu cermin contohnya di bank dan 7-Eleven, tertulis samada perkataan 'tarik' atau 'tolak'. Namun jika diperhatikan, orang ramai lebih gemar 'menolak' berbanding 'menarik' pemegang pintu terbabit.

Mengapa?

Barangkali untuk 'menarik' pemegang pintu, tubuh harus berada di posisi betul, baharulah pintu terbuka dan pengguna mudah masuk. Jika pintu 'ditolak', pengguna hanya perlu melangkah masuk tanpa halangan.

Itu pandangan peribadi saya. Namun sebagai pengguna kita berhak memilih untuk 'menarik' atau 'menolak', mengikut keselesaan masing-masing. Matlamat utama, kita masuk.

Kepada 2 blogger terbabit, awak tidak ada pilihan. Tidak boleh 'menarik', tidak boleh 'menolak' kerana pintu blog ini ditutup untuk awak berdua. Justeru, tidak perlu bersikap hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.

22 ulasan:

  1. bro, da 3 hari saya perasan pasal kucing gemuk ni... nak gak tanya siapa kah gerangan kucing gemuk ni? adakah dia ni kroni blogger yang 'retarded mental' tu??? keh3

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..

    saya faham apa yang cuba diutarakan oleh BRO, dan apa yg sedang berlaku. Sedikit sebanyak saya memahami, cuma saya tidak melibatkan diri terlalu banyak. Sekadar membaca..

    Suka saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam hal-hal yang hampir serupa.

    Saya sudah bergiat dalam siber dan ruangan chat (termasuk banyak forum) [ini bukan isu riak or menunjuk] sejak tahun 2003 dan pelbagai jenis orang telah saya "jumpa".

    Saya pernah juga rasa marah, geram dan sakit hati serta keliru kenapa kita dijadikan sasaran dan dihentam. Tapi apa yang saya belajar adalah, seperti kata BRO, orang itu sekadar nak tarik perhatian. (dalam hal ini dia nampak BERJAYA juga).

    Dan saya belajar beberapa perkara:
    1. tidak layan langsung, malah buat seperti saya tidak nampak kewujudan dia.
    2. saya layan dengan cara dia juga, dia kasar saya kasar. So dia tak suka, sbb dia lebih suka orang berbalah dan cari pasal. Itu tujuan dia.

    Berhati-hati, kerana dalam marah kita berbalah, tanpa sedar kita mempamerkan kelemahan kita sendiri, dan tanpa sedar terserlah pula "kebodohan" kita.

    apapun saya suka cara BRO MAZ menangani masalah ini.. (jika boleh dipanggil masalah)

    BalasPadam
  3. en mazidul..combi pun tak berapa gemo dgn blogger yg dtg tegur dan ajak jadi geng tp profile takde gambo utk dikenal pasti.

    risau gak mana tahu kot geng osama bin laden ke ha ha ha :D

    *zz...jgn terasa yer tapi aku caya ko sbb ko kenal azie dah lama kan... :)

    so papa hal aku rujuk azie jek..tehehehe :p

    BalasPadam
  4. zara dapat kedua2 nya~

    yg kucing gemuk tu masuk blog BM (link yg bro Mazidul letak)

    yg agak tak betul lagi sorang tu masuk blog Bi (di entry blogger gath)

    sengal saya rasa manusia begitu~

    BalasPadam
  5. kelakar pula cerita "blogger" tersebut. Tak dilayan disini, cari port lain. Tapi malangnya komen-komen kebudakan dia tak membawa kesan pun.

    kesian..

    BalasPadam
  6. yg si mental disorder ibnu marzuki tu tak dapat bagi komen kat blog say, dia buat taik kat shoutbox saya...last2 saya ban terus IP address dia..tak bagi dia buat taik lagi...

    yang pasal kucing gemuk pulak tu..ntah la...kekurangan makanan kot...tu yang mengiau je tak habis2.. tu nak kena ban IP jugak tu kucing tu nanti...hehe

    BalasPadam
  7. Sorong papan, tarik papan,
    Buah Keranji di dalam perahu,
    Suruh makan, dia makan,
    Suruh mengaji dia tak tahu.

    Ha ha ha... gelak beso saya - memang patut diambil tindakan! JANGAN buat tak tahu aje dengan orang yang tidak tahu apa yang dilakukannya itu sedangkan dia tahu dirinya yang serba tahu itu sebenarnya tidak tahu apa2 melainkan menyakitkan hati orang.

    Hello... makan tauhu lagi baik, banyak protein ada Vitamin - but make sure halalan toyyiba okay...

    BalasPadam
  8. bagus tindakan yang btol. saya pun kena juga daa..geram btol

    BalasPadam
  9. ECHAH, komen ko tu boleh membawa hujan yang lebat, silap silap ribut taufan, dan yg pasti tempiasnya terkena aku...

    Air sungai dah elok mengalir jernih, jadi aku harap tak keruh lak lepas ni..

    sbb aku hanya cuba jadi penunggu sungai yang tak TAU APA-APA.. :)

    BalasPadam
  10. kucing meeeow pun tak jauh dari COMBI juga, yang pernah email COMBI kan....

    lain kali kena berkawan dengan HIDUNG mancung baru POWER mengenal GIMIK..hhee

    BalasPadam
  11. azie >> aduss..jgn salah sangka la beb.aku gurau jek.

    zz >> jgn marah ye...nnt kena jual kat siam susah pulak kita nak gi tebus :p

    azie dgn zz >>>> P E A C E NO WAR!

    BalasPadam
  12. he..23x ops adakah saya dikategory dalam golong menyalak mahupun mengeow huhu

    yup ada betulnya..

    yang pasti menolak hanya mengunakan tenaga yang sedikit ditambah pula dgn momentum badan yang lebih menjurumus kehadapan...

    berbanding menarik.. momentum badan di matikan.. dan tenaga digunakan berlebihan untuk menarik dan mula berjalan semula

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  13. Combie,
    setakat ini jarang latah, tak minat rasa CILI,

    bila benang dah basah kena kata basah.

    saya tak der la PANAS baran.

    BalasPadam
  14. Eh, saya punya blog pun kena meow jgk.
    And dia follow blog saya.
    Biarkan aje la kot.

    BalasPadam
  15. saya juga menerima msg yg sama dlm blog..dia ni jenis org yg tak dpt perhatian..mcm tu lah..dilayan besar kepala..tak dilayan mcm2 tuduhan dilemparkan..terbaru nak bersekongkol dgn namewee..apa dia dpt agaknya..puas hati mencerca,menghina,mengutuk spt anjing menyalak bukit?

    ntah lah..

    BalasPadam
  16. zz >> eja betul-betul takut jadi Zombie pulak hehe.. :p

    ko mmg cool bro.caiyok laa!


    ** en mazidul tumpang lalu yer...tq :)

    BalasPadam
  17. Salam,
    Selepas baca entri ini, tiba-tiba saya jadi tak tahu sama ada nak turut berkomunikasi di sini atau tidak. Saya pernah temui komen-komen kucing gemok dan bla bla bla seperti di atas di beberapa blog, dan saya memang tidak menyenangi komen-komennya itu.
    Namun, bila ditimbulkan soal perlu letak gambar di blog sendiri sebagai tahap atau nilai kepercayaan orang lain kepada saya sebagai salah seorang blogger yang menuntut dipercayai kehadirannya secara maya, timbul isu yang berbeza pula. Hanya dengan tampal gambar (mungkin saya juga boleh tampal gambar orang lain jika mahu), makanya saya akan lebih dipercayai? Padahal, saya mengambil keputusan untuk tidak meletakkan maklumat yang terlalu pribadi dan wajah secara maya hanya sekadar tidak mahu disalahgunakan.

    Kiranya catatan sebegini dari orang-orang yang macam saya ini (tidak letak gambar dan tampalkan identiti diblog) agak mengganggu di blog sdr Mazidul, saya memohon berbanyak-banyak maaf; kepada tuan rumah, kepada pembaca yang lain.

    Apa yang boleh saya katakan, saya hanya ingin berhati-hati bila berkomunikasi secara maya kerana tidak mahu lagi menjadi mangsa siber. Cukuplah sekali, saya sudah serik. Kalau ikutkan hati IP adress pun saya tidak mahu dikesan.

    BalasPadam
  18. hheee Ansyss

    hati-hati Kucing gemok buat apa pada U, ada komen HINA tak? setakat tumpang lalu, memggangu ker.

    Kucing gemok boleh detect IP u, telefon U (jika guna celcom)di mana berada...hati2..

    BalasPadam
  19. alamak!... saya pun pernah termakan ide pemblog ini!... sebabnya otak saya ini terkadang Sdr Mazidul ada sikit cacat; saya suka yang pelik & negatif sikit... tak semua kes!...

    sekadar nak tenguk respon orang bagaimana, jarang sangat saya ini cepat akur, biar pun saya tahu sah benda tu ada kekuranganya...

    maka itu jika saya pilih ikan di pasar pun begitu, tenguk saja matanya cantik cerah! saya akan rapu semua; balik rumah bini bising pilih ikan pecah perut; manalah perasan!...

    ... satu lagi saya jenis keliru dengan PULL & PUSH.. memang keliru, mungkin otak saya tak pandai orang baca tulis org putih kut!...

    jika TARIK & TOLAK saya tak bermasalah...

    emm! mungkin guna lambang otak saya akan cepat menangkap.,, memang rendah IQ saya ini!

    tak boleh ke org macam ini kita perbetulkan!.

    BalasPadam
  20. saya suke tolak pintu kalau nak masuk bank. hehe..

    patut la ada nampak ulasan kucing mengioww kat blog kadi kluang.. ingatkan ada orang buang kucing..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.