Ahad, Mac 14, 2010

Maaf Wrong Number

"En. Azman Sidik," katanya.

"Puan, maaf. Wrong number," jawab saya.

"Saya nak buat aduan ni, fasal Carrefour," sambungnya lagi.

(Suara latar lelaki: Apa fasal? Dia tak nak bercakap dengan awak?)

"Puan nak bercakap dengan siapa?," soal saya sekali lagi.

"Encik Azman .. Azhan .. Sidik," jawabnya teragak-agak.

"Sorry, tak ada encik Azman atau Azhan di sini, thanks," saya memutuskan panggilan.

Mungkin pemanggil itu berhasrat untuk bercakap dengan saya tetapi sekurang-kurangnya ...
...

Sekejap!

Ada orang panggil saya ...

1. Maizatul
2. Masidul
3. Mazidur
4. Akmam
5. Akmar

At least bunyinya lebih kurang sama dengan nama sebenar saya seperti tercatat di Mykad, Mazidul Akmal Sidik.

Azman Sidik?  Azhan Sidik? Tolonglah.

Ringkasnya, jika menelefon, pastikan anda mendapatkan maklumat tepat berhubung nama orang ingin dihubungi.  Itu sahaja.

11 ulasan:

  1. Uishhh ... tertanya tanya gak, kenapa dia cari Abg Mazidul yer (garu dagu) ...

    BalasPadam
  2. Salam... tepat dengan jawapan yang diberikan - 'salah nombor' kerana orang yang dicari tidak menggunakan nombor itu :p

    BalasPadam
  3. Tindakan tepat!

    Satu lagi Etika bertelefon:-
    Boleh meletakkan gagang selepas menyebut 3X Hello kpd si pemanggil sekiranya dia yg call tetapi diam seribu bahasa.

    BalasPadam
  4. Pn Liza,

    Vic selalu dapat panggilan macam tu, sangat menyakitkan hati~!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Vic, K.Liza agak si pemanggil tu terkedu dengar suara Vic yg manja tu kot... Takpun dia nak advance gaji tapi terkedu, lutut berlaga... hehehe...

    Next time lepas 3X Hello, Vic cakaplah - "nombor telefon anda telah direkodkan secara automatik oleh pihak syarikat/pengurusan" Ha... biar dia ketaq...

    BalasPadam
  7. Bro,
    adik beradik takde nama tu yeh?
    pasal nama bapak dah betul dah...
    nasib baik bro tak tanya..
    kamu nak cakap ngan bapak saya ke?

    BalasPadam
  8. Hehe lawak juga. Agaknya apa aduan dia terhadap Carrefour tu?..Gula naik harga kut..hehe

    BalasPadam
  9. ... kira okeylah tu, macam saya ramai asyik panggil edan (gila bahasa jawa) pernah rakan baru panggil saya iban... sebab tak ramai nama iDAN kan?.

    Bila kasi nama penuh Haridan asyik jadi Hamdan. Penat Apak saya kasi nama tau!.

    Idlan tu Raja Lawak! yang si Azie Azah minat sangat!.

    BalasPadam
  10. hahahaha sabo jer lah.
    Cik Mazidul sama macam saya gak lah beza nya org panggil cik mazidul as maizatul, saya ni pompuan, nama glamer ja hunny, tapi nama sebeno nyer suharmi, orang kalu call opis musti ckp 'boleh saya bercakap ngan EN. Suharmi?' bila saya ckp berckp boleh dia kata 'laaaaa ingatkan lelakiiii'ekekekeek dah naik lali tinga ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.