Khamis, Mac 11, 2010

Peti Besi Di Dinding


"Mazidul?," tanyanya.

Saya menoleh.

"Ya. Kenapa?," soal saya spontan.

"Saya pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK), ada buat serbuan bahan cetak rompak di ground floor. Jumpa 2 peti besi, saya tidak pernah tengok lagi peti macam itu selama ini," katanya.

Lalu saya menghubungi penerbit 999, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi untuk menghantar krew bagi membuat liputan di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Selangor.

"Blue ray dan DVD dipamer original tetapi di bahagian belakang, dia orang tembuk dinding,  masukkan peti besi lengkap dengan remote control," jelas pegawai sama.

2 kakitangan KPDNKK turut menunjukkan demonstrasi cara bagaimana peti besi itu dibuka dan ditutup. Hebat teknologi digunakan pekedai terbabit untuk melindungi kegiatan haramnya. Di pintu besi tercatat kenyataan 'Go back time off the light. Thanks', bukti jelas ruang terbabit lokasi mereka mendapatkan bekalan bahan cetak rompak untuk dijual kepada pelanggan.

Gambar: 2 suspek disoal siasat

 
2 lelaki berusia 30 dan 40 tahun, pekerja premis dicekup untuk disoal siasat. Lebih 5,000 bahan cetak rompak dirampas pasukan serbuan 'Operasi Perang Cetak Rompak' itu.

Perincian paparan, saksikan 999, jam 9 malam ini di TV3.

5 ulasan:

  1. Macam-macam!! sekarang ni kalau nak buat kerja haram/salah macam-macam cara mereka gunakan, sampaikan benda yang kita xpernah fikirkan pon mereka terfikir. haha.. hebat betul teknologi mereka ni. Kenapa la mereka tak gunakan kepandaian ni ke arah kebaikan?
    manusia...manusia...

    BalasPadam
  2. sanggup buat peti besi tu.. mesti menguntungkan habis perniagaan ni.

    BalasPadam
  3. Selagi ada permintaan selagi itulah adanya penawaran. Sama jugak, selagi ada penawaran selagi itulah ada permintaan. Itu teori mudah ekonomi.

    Dlm aspek cetak rompak ini, amat perlu untuk kita menghentikan permintaan tetapi saya rasa mustahil.

    Penawaran tu boleh ler jugak dikurangkan dgn 1001 cara penguatkuasaan tapi bab permitaan ni skali lagi saya rasa mustahil.

    Cetak rompak is never ending story.

    Kwang kwangg kwanggg!!!...

    BalasPadam
  4. Kerajaan harus mencari jalan mengatasi masalah ini... Tertangkapnya penjual ini tidak akan menyelesaikan masalah...

    * Tangkaplah para pembeli juga! Kalau tak ada pembeli - mesti tak akan dijual :p

    BalasPadam
  5. Untung besar, modal tak sebanyak mana, namanya pun cetak rompak. Perompak selalu tak keluar modal.

    Peti Besi begini mungkin sering ada di bank atau Pejabat KJ jika siap guna Kawal Jauh jauh lebih hebat!.

    Payah mahu dibanteras selagi yang ori tak turun menyaingi harga cetak rompak!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.