Saya berasa amat hairan apabila memikirkan kes anak kecil didera dan dibunuh samada dengan niat atau sebaliknya.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan penyiaran, melihat mayat bukan kejadian asing. Mayat mangsa bunuh, mayat mangsa korban kemalangan jalanraya dan mayat mereka membunuh diri. Ada mayat masih terpacak pisau di dada, ada mayat terkopak kepala dan ada mayat terbujur kaku dengan otak bertaburan di atas jalan raya. Mayat tetap mayat, tidak bergerak dan tidak mampu menceritakan kejadian buruk menimpa mereka.
Adakah saya takut melihat mayat? Ya, suatu ketika dahulu.
Bayangkan, jam 12 malam, suasana gelap gelita, salakan anjing sahut-menyahut dan tiada siapa di lokasi mayat ditemui kecuali saya, jurukamera, pegawai penyiasat, IO dan beberapa anggota beliau. Mayat lelaki Melayu dalam posisi meniarap dijumpai berhampiran 'power house' Tenaga Nasional Berhad di Gombak, Selangor. Saya difahamkan perut mangsa pecah, kepala cedera parah dan muka pecah dipercayai akibat dihentak menggunakan objek tumpul.
"Jom bang!," kata IO berpangkat ASP.
"Tuan pergi dahulu, saya tak berapa sihat, demam," alasan saya kemukakan.
Namun saya akur, tidak semudah itu alasan diterima pegawai sudah lama mengenali saya. Terpaksa, perlahan saya melangkah mengikutnya dari belakang, menyusuri denai sempit, meredah lalang setinggi dada di kiri dan kanan hanya berbekalkan lampu suluh kecil. Menipu jika saya mendakwa jantung tidak berdebar, tubuh tidak berpeluh dingin, menggeletar.
"Jalan depan, awak ada lampu kamera," arah saya kepada jurukamera.
Mujur 'DC light' menyuluh jalan. Beberapa minit kemudian kami tiba di lokasi. Hanya kaki mayat kelihatan terjulur keluar dari bawah rimbunan pokok renek, sebahagian lagi tubuhnya tersorok.
"Tuan, forensik tak sampai lagi. Kita berdiri di sini cukuplah," kata saya.
"Ha! Ha! Ha! Takutlah tu," pegawai muda itu mentertawakan saya.
Mata saya tidak berkelip memerhatikan mayat berseluar gelap sambil jurukamera merakamkan visual dari jarak 10 meter.
"Abang nampak kaki dia tak?," soalnya mengusik saya.
"Nampak Tuan, jelas, sejelas jelasnya," balas saya perlahan.
Mangsa, lelaki berasal dari Kelantan (baca: memang disahkan dari Kelantan) dilaporkan memandu kereta bersendirian. Keretanya dikatakan bergesel dengan kenderaan dinaiki beberapa lelaki. Perselisihan faham tercetus, mangsa kemudian diheret ke lokasi mayat ditemui sebelum kepala dan muka dipukul berulangkali menggunakan batu dikutip di kawasan sama. Itu kisah diceritakan kepada saya, antara kisah tidak mampu saya lupakan.
Biarpun 12 tahun berlalu, kenangan masih terpahat, ketakutan sudah lama sirna (baca: hilang dalam bahasa Indonesia).
Bagi saya, setiap kes kematian, ada cerita disebaliknya. Lelaki dewasa bergaduh dengan lelaki dewasa, mereka berbunuhan, itu kejadain berulang. Lelaki dewasa cemburu melihat kekasih hatinya menjalin hubungan intim bersama lelaki dewasa lain, lalu bertindak menamatkan riwayat teman lelaki kekasihnya. Kes perompak lelaki dewasa melepaskan tembakan meragut nyawa pengawal keselamatan bersenjata di kedai emas, itu juga kes biasa, jenayah membabitkan 2 lelaki dewasa. Baik penjenayah mahupun mangsa, mereka semua dewasa. Maksudnya, mereka berpeluang untuk mempertahankan diri biarpun kecundang dalam tragedi.
Tetapi bagaimana dengan kes jenayah membabitkan anak kecil? Anak kecil berusia 3 tahun, contohnya. Mereka ditampar, ditendang dan dipijak, sebilangan dicucuh api rokok. Hemat saya, wujud unsur ketidakadilan dan kedayusan di situ.
Tenaga penjenayah dewasa bukan tandingan anak kecil, lelaki atau perempuan. Lihat sahaja saiz mereka, kecil, wajah mereka, 'bersih', jiwa mereka, 'suci'. Jika ditampar, kepala kecil terpaling, kulit nipis mereka merekah. Andai tubuh cilik dipijak, tulang rapuh mereka retak, organ dalaman mereka rosak. Biarpun sakit teramat, anak kecil tidak bertenaga untuk bangun mempertahankan diri dan nyawa. Mereka hanya mampu menjerit dan menangis. Airmata, lambang perjuangan mereka terhadap kekejaman penjenayah dewasa. Jika ada antara mereka cuba melawan sekalipun, ditepis, mereka rebah menyembah bumi.
Segelintir manusia memang berhati iblis dan bertindak di luar batasan sifat kemanusiaan. Andai mampu dipilih, seperti antah di dalam beras, mereka harus dihapuskan. Malangnya kekejaman manusia dewasa tidak digambarkan dek wajah mereka.
Saya sedih.
Kerana itu airmata tetap menitis sekalipun cuba ditahan setiap kali melihat mayat anak kecil menjadi korban manusia menggelarkan diri mereka dewasa.
NOTA Baca perkembangan terkini 'Perhimpunan Bloggers' di sini.
entah bila kan keadaan macam ni nak berhenti
BalasPadammungkin xkan berhenti??
sigh~~~
Semoga mereka2 yg teraniaya, akan dirahmati dan dilindungi..
BalasPadamYang berbuat salah pasti hidupnya tidak akan selamat...
Apalah thrillnya membunuh dan mendera insan kecil yg tidak berdaya?
kot ya pun handal dan kuat dan ganas, berlawanlah dgn yg setara, lebam pun puas hati, mati lagi baik..
memang sedih nk kenang..hidup xde hati perut..
BalasPadamSalam... manusia yang melakukan hal kejam seperti itu sebenarnya telah dirasuk oleh syaitan... tapi pasti ada sebabnya kenapa begitu mudah dirasuk... kan... ;)
BalasPadamI'am speechless...
BalasPadamAda terdengar berita pagi ni seorang lagi kanak2 terbunuh gara2 kepalanya di pijak di padang bola. Ibu bapa anak tersebut meninggalkan anaknya di bawah jagaan jiran ketika itu. Skang ni baru nak pi cari paper kalau2 berita dah keluar...
BalasPadamby the way bro, saya juga terdengar banyak jalan sekitar KL akan ditutup besok kerana Le Tour De Langkawi tapi tak dapat nak ingat semua jalan...
Apa kata kita update bloggers mengenai jalan2 yang bakal ditutup berperingkat2 esok supaya senang bloggers kita merancang perjalanan.
Memang betul egelintir manusia memang berhati iblis dan bertindak di luar batasan sifat kemanusiaan. Sebab itulah selalu org kata dalam masyarakat binatang tak ada manusia tapi dalam masyarakat manusia terlalu ramai "binatang"!
BalasPadamsedih melihat kanak-kanak diperlakukan sedemikian. sejak akhir-akhir banyak cerita penderaan bayi, pembuangan bayi..haihh. ape la nak jadi ngan dunia sekarang ni..hurm.
BalasPadam---> tertarik dengan perhimpunan bloggers tu.
Binatang pun cuma segelintir saja yang sanggup makan anaknya.. kebanyakan sayang anak sehingga sanggup menyerang sesiapa yang dirasakan mengancam anaknya!
BalasPadamInikan pulak anak orang. Memang saya cukup tersentap dan tersentuh hati kalau baca cerita anak-anak didera, dibunuh kejam.. sebab saya tak tau macam mana manusia sanggup berbuat begitu kepada anak-anak kecil.. Saya sendiri kalau marah sangat dengan anak takkan sanggup nak pukul dia, kalau terpaksa pukul sekalipun, lepas tu saya akan menangis (bukan depan anak).
Orang yang melakukan perbuatan sebegitu terhadap anak kecil harus dihukum seberat-beratnya.
Hanya doa dan harapan agar arwah anak-anak kecil yang mengalami penderaan hingga meninggal mendapat rahmat dan diberkati oleh-Nya.
BalasPadamLain pada tu, mcm Pn. Liza, I'm speechless...
belum lagi terjumpa mayat di depan mata tapi tak jumpa pun takper sebab i'm not that strong. mungkin dah pengsan dulu agaknya.
BalasPadambetul-betul tak puas hati dengan sikap orang zaman sekrang ni lebih-lebih lagi dalam kes penderaan kanak-kanak...
sedegil mana budak tu, sunnah nabi pun mengajar kita mengunakan rotan tapi bukan merotan sampai berbilai-bilai..cukup sekadar menakutkannya dan takkan bersikap nakal lagi..
kematian haruslah dihukum dengan kematian.. kalau penjenayah seperti ni terlepas, mungkin pisang berbuah dua kali..
Sedih mengenangkan anak kecil yag tak berdosa dibunuh...semoga roh mereka aman dan tenteram....
BalasPadamyess..speechless..
BalasPadamAllah Maha Adil..
kanak2 tu sume yang pasti sudah berbahagia di alam sana selama-lamanya..kita yang dah baligh ni tak taulah nasib macam mana nanti..
semoga penjenayah2 ini bertaubat dan menerima hukuman yang setimpal di dunia mahupun akhirat..
Ibu bapa dewasa ini SIBUK.
BalasPadamSibuk cari harta.
Sibuk cari nama.
Sibuk cari pangkat.
Sibuk cari glamer.
Anak-anak perkara biasa.
Jatuh pada masalah no 2.
Well..begitulah manusia.
Bila dah tak ada,baru 'terasa'.
manusia yang dikuasai oleh kejahatan dan syaitan
BalasPadammereka dewasa
BalasPadamtapi bukan dewasa manusia
mereka dewasa
tapi bukan dewasa fikirannya
mereka dewasa
tapi bukan dewasa sebagai pembela
mereka dewasa
tapi tak pun boleh jadi ketua
mereka dewasa
tapi di jiwanya syaitan bermaharajalela
yang lebih kita sedihkan ada kalangan mereka ini terlepas dari tangkapan pun terlepas dari dakwaan.
Tau-tau semakin hari semakin kita tak rela lagi mendengarnya ada kalangan saudara atau kenalan rapat kita menjadi mangsa keadaan.
Sampai bila kejadian tragis ini mahu terusan kita amati.
~cmner lau ibu bapa pukul anak yg degil smpai hentak2 anaknye tue ke lantai..kejdian ini sllu sy tgk bile abg ipar saye (SEORG POLIS) memukul anaknye yg meragam sampai dye hentak2& pijak2 anaknye..cmner??adakah itu satu penderaan??bolehkah sy sbg adik ipar (mak cik kpd kanak2 itu) membuat aduan kpd pihak polis??? geram sy lihat bile abg ipar sy buat anaknye cmtue..bkn anaknye sj..kakak sy pown kadang kala menjadi mngsa barannya...sedih sgtttt...prnh dye ugut akak sye nk bunuh gune pistol polis dye...pew yg perlu sy lakukan...???
BalasPadamAllah Maha Adil, penjenayah hanye lps di dunia, tetapi tidak di akhirat.
BalasPadamSama2 kita doakan ke atas mangsa2 kekejaman & berdoa agr keadilan terlaksana..
amin.....
aku klo dpt malaon2 ni bro, aku buat dorg rase cmne bebudak tu rase..
BalasPadammendidih ni.. lebih 100'C dh ni..