Ahad, Mac 14, 2010

Di Antara Hak Anjing Dan Keselamatan Manusia

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Ahmad Suhaimi Omar mencadangkan anjing liar ditangkap dan dikurung di Pusat Kurungan Haiwan pihak berkuasa tempatan, PBT, dijual untuk dimakan. Cadangan beliau itu mendapat tentangan keras beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO, tempatan dan sekaligus melabelkan tindakan itu 'barbaric'.

Untuk rekod, anjing liar ditangkap PBT akan dikurung selama 7 hari, jika tidak dituntut haiwan terbabit akan dibunuh menggunakan kaedah suntikan dengan kos RM10 setiap satu.

Sepengetahuan saya, anjing dan kucing, makanan digemari segelintir warga Vietnam menetap di negara ini, bukan rakyat tempatan.

Sukar dinafikan, sebilangan anjing liar berbahaya kepada manusia. Jika digigit, manusia berkemungkinan dijangkiti virus rabies. Baca laporan serangan anjing liar, di sini. Dalam kes ini, saya percaya tiada NGO campur tangan. Semua bahana ditanggung dek keluarga mangsa.

Berikut dilaporkan antara gambar mangsa serangan anjing liar (gambar di atas).


Keadaan dilaporkan lebih serius di Provinsi Bali, Indonesia, 85 mangsa diserang anjing liar setiap hari. Berikutan itu anjing liar turut dibunuh, cuma menggunakan kaedah berbeza.


Saya akui, membunuh haiwan seperti anjing,  tindakan kejam. Namun hakikatnya, tidak semua anjing ditangkap PBT berada dalam keadaan sihat dan cantik. Haiwan terbabit, kotor, tidak terurus dan barangkali berpenyakit. Justeru, tidak ramai ingin memelihara haiwan itu dan akhirnya terpaksa dilupuskan.

Kekadang kita tersepit di antara 2 pilihan, menjamin keselamatan manusia atau memelihara hak haiwan untuk terus hidup.

Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini.

22 ulasan:

  1. Kenapa la Vietnamese tak sembelih dan makan anjing2 ni? Ini tidak, dowang dok kejar anjing yg ada tuan, yg comel2, gebu2....

    Kalau dowang makan anjing kurap dan garang jenis yg tepi jalan tu dah setel satu masalah.

    BalasPadam
  2. cuba kalau anak dia yang kena gigit , apa kata orang tu

    BalasPadam
  3. bunyi macam kejam. tapi membiarkan haiwan terbiar dan tidak diberi makan, serta dizalimi adelah lebih kejam. kita suka bercakap tentang perikemanusiaan. tapi sanggupkah kita bila diberi pilihan untuk menjaga haiwan-haiwan ini? saya tahu ramai yang tak sanggup. saya selalu pergi ke SPCA menemani rakan-rakan mengambil 'haiwan angkat' yang baru. banyak haiwan yang ditinggalkan oleh 'keluarga angkat' masing-masing. pendapat saya, kalau tidak sanggup menjaganya, jangan dibela. sebab kelak, bila tidak suka, kita harapkan orang lain untuk menghapuskannya. hantar ke tempat2 seperti SPCA atau buang di pasar atau kedai makan, dengan harapan haiwan-haiwan ini dapat survive. kalau tidak, ditangkap PBT. atau mati dilanggar/dilenyek kenderaan. saya pernah lihat ada seorang wanita membuang anjing bersama 5 ekor anaknya di tengah-tengah highway. jalan terbaik yang lain adalah untuk memandulkan haiwan-haiwan peliharaan untuk mengelakkan pembiakan yang tidak terkawal.

    BalasPadam
  4. bila anak2 NGO kena gigit oleh anjing baru tau..

    BalasPadam
  5. Dalam Islam pun, ada kaedah fiqh iaitu 'KEMUDHARATAN HARUSLAH DIHILANGKAN/DIHAPUSKAN' yang mana bila terjadinya sesuatu yang memudharatkan sebegini, maka tidak menjadi dosa untuk kita menghapuskannya. So, anjing2 liar tersebut sudah jelas mendatangkan kemudharatan pada manusia, maka, wajib kita hapuskan, contoh dengan cara dibunuh. Yup, membunuh memang nampak kejam, tetapi menghilangkan mudharat tersebut adalah yang lebih utama, maka ianya dibolehkan tetapi dengan syarat bukan cara yang melampau. So, saya fikir masih kira tak melampau lagi kalau bunuh secara suntikan, insyaAllah tak sakit anjing2 tu...dan mungkin anjing2 liar tu lebih bahagia mati dari hidup tak bertuan:D

    Ops, maaf ustaz2, kalau salah sila betulkan ana(^_^) Ana bukan ustazah:)

    BalasPadam
  6. Salam...Saya amat sedih dengan apa yang berlaku... saya juga akan menentang cadangan yang dibuat oleh Datuk dr Ahmad suhaimi itu...

    * Mungkin boleh cari cara lain - anjing itu diasuh dan dilatih sebagai anjing 'peneman orang buta' atau sebagainya...

    ** Sedih kerana tidak berkeupayaan dan berkemampuan untuk menyelamatkan haiwan2 terbiar - hanya mampu mengharapkan pihak berkuasa mempunyai hati yang kuhur untuk membela nasib haiwan2 terbiar ini...

    *** Bagus jika kerajaan membuat peraturan dan undang2 kepada pembela haiwan supaya bertanggungjawab - jika tidak mereka itu harus dihukum dengan berat! Bukan sahaja kepada pembela anjing tetapi juga pembela kucing!!! Pandai jaga sebentar (semasa suka)bila dah beranak pinak buang di pasar2 atau di mana2 mereka suka! Orang seperti ini harus 'dididik' oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar!

    BalasPadam
  7. "Menidurkan" anjing berkenaan merupakan jalan yg singkat di dalam menyelesaikan masalah.

    Kalau anjing liar yg mengancam nyawa, biarlah dikatakan babaric asalkan keselamatan org awam terjamin.

    Jadi saya mencadangkan agar semua anjing liar tersebut ditangkap dan dihantar kepada NGOs berkenaan utk dibuat tindakan lanjut.

    Kalau dah pandai sgt bercakap ajer, tibalah masanya mereka go down to earth sama-sama merasai pengalaman pahit manis berdepan ngan anjing liar tu.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  8. lebih baik pentingkan kesejahteraan manusia. Apa faedahnya kalau anjing byk tp xde siapa jaga dan manusia hidup dalam kebimbangan.

    BalasPadam
  9. Keselamatan orang awam patut diutamakan.Jika bermaksud dengan membunuh anjing satu cara menjaga keselamatan maka patut dilaksanakan. Tetapi masalah akan timbul jika pihak terbabit tunduk atau berlembut dengan NGO.

    BalasPadam
  10. barbaric yea...yang korang duk salai babi....jolok dari buntut keluar kut mulut besi salai tuh..humane sgt ker...?

    BalasPadam
  11. bg je la NGO yg kepoh tu uruskan..tgk diaorgnya solution camana..silap2 lg teruk cdgan penyelesaiannya..

    BalasPadam
  12. kat hometown sy..ada ramai warga vietnam..anjing liar pon makin kurang..huhu

    BalasPadam
  13. ... yang kurap & sakit tu kasi ke Taman Buaya... entah-entah buaya pun tak mahu makan... yang cantik tu kasilah sesiapa suka nak bela atau suka makan anjing.. nak bela anjing liar bukan sedikit kosnya ... mahukah NGO carikan tempat & pemakanannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka juga ingin hidup seperti kita. Jgn hya memandang yang cantik saja. Jadi bercakap tu kena fikiran secara rasional.

      Padam
  14. Tuan Azran,

    kat sini tiada yang buat kerja, semua Menaip atau membaca..

    yang buat kerjanya nun di LUAR..(jangan marah yerr)

    BalasPadam
  15. Salam, sependapat dengan Umie, kalau pun terpaksa dihapuskan biar dengan cara yang betul. Tidak menyakitkan. Tidak juga didera.

    Kalau dihapuskan dengan cara kejam sebagai manusia berakal dan punya perasaan pasti kita membantah.

    Dinegara barat yang agama rasminya kristian, ada tempat untuk haiwan2 terbiar seperti kucing dan anjing hidup bebas. Mereka merawat dan menjaga dengan baik. Bahkan ada juga pulau khas untuk kucing, termasuk dijepun. Kemudian pelawat2 dibenarkan datang untuk memberi makan atau memberi sedikit sumbangan untuk haiwan2 ini. Boleh juga dibawa balik untuk dijadikan anak angkat.

    Dinegara Islam Seperti Malaysia ini, sepatutnya lebih baik dari itu. Bukankah Islam itu ugama Aman. Bukan saja manusia boleh hidup aman didalamnya tetapi juga haiwan2 dan sebagainya.

    Di singapura juga kucing jalanan nampak gemuk dan sihat. Kerajaannya yang prihatin telah mengkasikan semua kucing2 jalanan supaya tidak membiak dan kelihatan sakit.

    Kesimpulannya, Islam memang menyuruh kita berbuat baik sesama makhluk, tetapi kerajaan di Negara Yang kononnya Islam seperti Malaysia ini hanya mampu menangkap dan mengurung haiwan2 terbiar dipusat kurungan. Kemudian dibunuh bila tidak ada yang ingin mengambil mereka. Kalau dibunuh cara baik tak apa. Tapi kalau dengan cara deraan bukankah kejam?. Ini saudara pernah dedahkan sedikit masa dulu di pusat kurungan haiwan dbkl setapak.

    Mana lebih baik melayan haiwan? Negara Islam atau bukan Islam?.

    BalasPadam
  16. Bagi pendapat biarlah disokong oleh akal. Haiwan tu ciptaan siapa? Menjadi terbiar, kelaparan dan berpenyakit pilihan mereka kah? Jabatan Veterinar kita sebenarnya melihat haiwan sebagai komoditi. Kalau babi jika haram bagi umat Islam pun disebabkan mempunyai nilai, ia akan sanggup hantar sepuluh lori untuk bagi vaksin elak penyakit. Be fair lah. Orang Islam tapi buat statement macam tak menghayati dan mendalami Al-Quran.

    BalasPadam
  17. cara menghapuskan itu takde ke cara lagi baik dan civilised sikit selain daripada pukul sampai mati, jerut dengan tali, bagi lemas dalam sungai, paksa makan racun?

    BalasPadam
  18. tumpang ty...kes yg dicederakn oleh anjing2 liar tu btl ke sbnrnye tu adlh anjing2 liar jalanan atau anjing2 tu sbnrnye bertuan tetapi tidak dijaga dgn btl?

    BalasPadam
  19. Cadangan itu tidak wajar. Sepatutnya mereka menempatkan satu kawasan khas untuk anjing dan kucing terbiar. Bukan berlaku kejam. Kerana haiwan juga mahu hidup. Jika mereka menyerang manusia itu kerana merasa terancam. Fikirlah dengan baik. Mereka pun ciptaan tuhan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.