Rabu, Mac 10, 2010

Hantu Ada Nama

Pandangan tidak selalu sama. Itu lumrah dunia.

Kata-kata atau tulisan manusia biasa bukan ayat diperturunkan Allah di dalam Al-Quran,  justeru boleh dipertikaikan sesiapa sahaja.

Jika ada berkata ...

"Kambing itu hitam"

Hitam itu ada kepelbagaiannya. Hitam bagaimana dimaksudkan? Hitam pekat? Hitam manis? Hitam legam? Ringkasnya, 'hitam' itu subjektf bergantung kepada mata dan penilaian individu tertentu.

Justeru, individu mengeluarkan kenyataan "kambing itu hitam" tidak berhak memaksa orang lain percaya dengan kenyataan bersifat pandangan terbabit. Seperti saya catatkan 'Pandangan tidak selalu sama'.

Hujah akan menjadi lebih rumit jika individu mengeluarkan kenyataan "Kambing itu hitam" tidak dikenali identitinya kerana dia mengambil pendekatan berselindung di sebalik nama tidak wujud.

Nama tidak tercatat di senarai Jabatan Pendaftaran Negara. Sedangkan hantu juga ada nama, hantu pocong, hantu galah, hantu tetek, antaranya.

3 ulasan:

  1. Bagi aje 2 buah novel sama tajuk & isinya kepada 2 org - usai membaca, minta mereka ceritakan semula - pasti kedua-duanya bercerita isi yg sama tetapi tidak serupa - kata org putih "Different interpretation"

    BalasPadam
  2. salam... 'kambing itu hitam' tak apa... asal jangan 'dikambinghitamkan' je... :p

    BalasPadam
  3. Bagaimana hantu raya berhari raya agaknya... Kenapa dipanggil hantu raya iyer!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.