Isnin, Mac 22, 2010

Lelaki Makan Lelaki


Biarpun kelaparan, kita tidak pernah mendengar pengemis di Malaysia memakan daging manusia. Namun Harian Metro melaporkan kes canibalism berlaku di daerah San Cristobal, Venezuela, Brazil, Amerika Selatan.

Suspek, Vargas mendakwa mula terliur daging manusia bermula pada Jun 1997. Akibat kelaparan selama 4 hari dan hanya meminum air hujan, dia akhirnya didakwa mula membunuh secara menghentak kepala mangsa menggunakan objek tumpul, memotong kecil mayat dan memakannya.

Kes terbongkar apabila polis dilaporkan menjumpai cebisan daging, tulang kaki berulat dan 3 mayat dipercayai baharu beberapa hari dibunuh ditanam di sekitar rumah usangnya. Setakat ini, 10 menjadi mangsa kekejaman Vargas menganggap daging manusia antara juadah terlazat.

Menariknya, 10 mangsa Vargas, semua lelaki.

Barangkali dia masih mempunyai perasaan belas terhadap perempuan, insan lemah biarpun adakalamya mulut sebilangan mereka tidak teragak-agak melemparkan perkataan kejam mampu 'membunuh' hati ramai lelaki.

Kepada pembaca lelaki, hati pernah menjadi mangsa, kongsikan pengalaman ngeri dilalui di sini agar perempuan tidak berterusan bersikap ganas menggunakan kata-kata mereka sebagai senjata.

Pada masa sama, saya percaya ada hati perempuan turut 'dibunuh' dek mulut perempuan.

13 ulasan:

  1. erkk.... saya wanita bermulut manis. Kata2 saya biasanya lelaki makan mcm makan gula2. ekekekeke..

    BalasPadam
  2. Saya teringat ada filem yg memaparkan bagaimana manusia makan daging manusia (darurat). Uishhhh tak leh bayang cemana sanggup tu.

    Sadis sungguh cara dia membunuh.

    “Membunuh” hati dan perasaan wanita, tak perlu pun objek tajam..

    Benar BRO, guna mulut pun dah cukup mencipta suatu “pembunuhan”.

    BalasPadam
  3. pang...! rasa mcm kena tampar kat muka sendiri n3 en mazidul kali ini.mmg betul kerana mulut badan binasa.

    oppss...dosa mulut kpd en suami mmg ada walaupun bole dihitung.doi.. tak cium bau syurga weii jgn main-main!(combi bukan jenis membebel ye)tapi membunuh rakan sendiri dgn 'mulut'setakat ni belum pernah kot.

    tapi sekadar bergurau manja ada laa.betul tak azie & zz :)

    BalasPadam
  4. Haha. macam-macam dunia. Pernah dulu mangsa kapal terbang terhempas di pergunungan salji memakan daging mangsa yang terbunuh untuk kekal hidup. Lepas diselamatkan mereka dihantar untuk rwatan psycology bagi mengelakan perkara yang tak diingini berlaku.

    BalasPadam
  5. daging lelaki pejal kot, atau agak sejuk/suam heee..

    haba daging perempuan panasss..

    BalasPadam
  6. 2 KALI PUTUS TUNANG, BERKALI-KALI PUTUS CINTA CINTA MENGAJAR YOP BERHATI-HATI DENGAN PEREMPUAN. AKHIRNYA PILIHAN ORANG TUA YG MENJADI. MUDAH2AN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT. ANAK DAH 5 PUN.

    BalasPadam
  7. Daging manusia agaknya pejal & halus tidak sekasar daging kerbau.

    Kes makan orang ini pernah berlaku di Indon. Kira keturunan Zombi Kampung Pisanglah tu!.

    Emmm! orang kebuluran pun tak sanggup makan org jika ada pun kira kes tertentu sahaja. Seram juga kes Vargas ini.

    Cuma bahasa kawan makan kawan tu itu memang biasa kita jumpa.

    BalasPadam
  8. .."Cuma bahasa kawan makan kawan tu itu memang biasa kita jumpa""

    Echah ada bau tak ??

    saya pernah dengar kisah perempuan yang guna mulut meracuni sang Isteri lepas itu menggulakan sang suami ,,lepas itu bercerita pulak kisah kepada 8 orang lain..

    alahaii..PARAH harubiru jadinya..
    (talam 8 muka DADU)
    dek mulut..tapi pelanduk tetap pelanduk..

    BalasPadam
  9. azie >> comel hang senyum lagu tu kat aku :p


    zz >> bau?? bau bacang dgn hang?? blom lagi.jom kita eratkan silaturrahim...hiks :D

    BalasPadam
  10. eyarkkkk... sanggup bunuh dan makan daging manusia. sakit jiwa ke apa ni

    BalasPadam
  11. Dia tak makan daging perempuan sebab takut nanti supply daging manusia terputus macam kes haiwan le ,dia pun pandai jugak.

    BalasPadam
  12. ...bila kita makin dipinggirkan atas faktor tua... kita akan lebih merasakan siapa pergunakan siapa... ramai kalangan rakan orang punyai kuasa dalam segala tetapi tidak pernah mahu menyapa apatah lagi menolong kita lagi... sebelum ini pada kitalah tempat mereka mengadu segala!...

    apakah fakta ini benar... di mana ada gula di situ ada semut...

    habis madu sepah dibuang...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.