Ahad, Mac 28, 2010

'Show' Shila Si Bencong

Jam 1 pagi tadi saya dan krew 999 di Indonesia ke Taman Lawang di Jakarta Tengah. Ketika kenderaan diberhentikan di tepi jalan, kami didekati Shila, bapok atau dipanggil 'bencong' dalam bahasa Indonesia.

"TV mana ini sayang,?," tanya Shila, mendakwa berusia 19 tahun itu.

Semua terdiam, namun 2 jurukamera meneruskan rakaman di dalam kenderaan. Saya juga mengambil peluang sama menggunakan kamera digital, Canon G9.

Shila kemudian melakukan 'cat walk' berulangkali sambil mempersembahkan 'pose' istimewa di hadapan kenderaan kami naiki. Kereta lalu-lalang di jalan sebelah tidak langsung dipedulikan malah peniaga jalanan duduk berdekatan gerai tolak  mereka juga tidak dihiraukannya.


Dia juga tidak kisah visualnya dirakamkan. Maklumlah, 11 stesyen TV nasional beroperasi di Jakarta. Mungkin sebelum ini Shila pernah menjadi 'model' wartawan stesyen terbabit. Perhatikan lirik mata dan bibir Shila, cuba menggoda. Dia mendakwa melayan purata 3 pelanggan semalam sehingga jam 5 pagi.


Shila kemudian tanpa perasaan segan silu, mula menyingkap pakaiannya untuk menarik perhatian kami.


"Bayar dong, untuk beli makan. Aku bikin shownya sayang. Tetapi, ini untuk TV mana ya?," tanya Shila sekali lagi.

"Mengapa?," soal saya.

"Aku ingin nonton sayang," balasnya. 

Tanpa berlengah, jurukamera, Didit Haryadi meluru keluar dari kenderaan dan merakamkan aksi seksi Shila dari jarak dekat, so friendly. Di Malaysia, melihat krew TV, bapok pasti lari bertempiaran bagai lipas kudung sehingga ada terpatah tumit kasut tinggi dipakai dan tergeliat kaki. Lihat jelingan Didit, di bawah.


Tiba-tiba Shila mendekati saya, duduk di sebelah pemandu dan melondehkan baju, mendedahkan dada.


Saya tergoda? Oh! Tidak. Tidak sedikit pun. Dia lelaki. Jika di negara kita saya tahu tiada bapok berani beraksi sebegitu di hadapan saya.

Di Jakarta, berbeza.

Adakah saya terkejut? Juga tidak. Saya pernah terlihat bapok di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road, Kuala Lumpur, selamba keluar dari teksi, berbogel. Masakan dia menukar pakaian di dalam teksi dan kemudian terlupa baju dan seluarnya, kan?

Bapok, lelaki berperawakan perempuan. Pada masa sama, ramai antara perempuan di Malaysia berperawakan lelaki, pengkid. Itu belum lagi kita mengolah kes lelaki berpasangan dengan lelaki dan perempuan berpasangan dengan perempuan.

Justeru, tidak banyak kejadian mengejutkan saya dalam tempoh 15 tahun menjadi wartawan penyiaran.

26 ulasan:

  1. hahahahahhaah... hahahhaha.. bila mazidul pergi memana, mesti ada yang panggil sayang. hahahahah.. hahahaha

    BalasPadam
  2. Di Johor bahru pun, ramai pondan yang datang dari Indonesia. Dah ramai saya tangkap dan dakwa di Mahkamah Syariah. bila ditangkap, kena hantar balik oleh Imigresen, tapi tak lama kemudian masuk semula dengan guna identiti lain. buat semula kegiatan tak bermoral ni.

    Saya percaya bukan kat Johor saja, pasti negeri lain di negara kita pun mereka beroperasi.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Ya, benar. Ramai kita tidak lagi terkejut dengan perlakuan sebegitu, melihat insan-insan sebegitu.

    Btw, jiran saya juga begitu. Maksud saya, perempuan tinggal dengan perempuan (tidak bersalahan langsung pun, kan) tetapi seorang itu berpakaian seperti lelaki (ketara itu penkid). Sungguh mencurigakan perlakuan mereka tetapi alasannya, mereka sesama jenis...

    Semakin kerap kita melihat golongan ini sekarang...

    BalasPadam
  4. hahaha..agak2nya..kalau kat malaysia..diorg buat show camtu msti dah masuk lokap..xpon kena baling selipar...he3....

    BalasPadam
  5. Memang tidak lagi mengejutkan.. tapi, makin memualkan.. apa yang boleh kita lakukan, ya?

    BalasPadam
  6. cantik lawa dan menarik, sekali pandang.(bukan sekali..m..)

    BalasPadam
  7. ragam dunia yang menjadi2...
    untuk dikongsi bersama..
    hina islam di facebook
    http://www.facebook.com/photo_search.php?aid=-1&view=all&oid=329497610635&s=0&hash=9d732a466d064149ab1be18c27225038

    BalasPadam
  8. telan ayaQ liuQ jugak kan en mazidul tehehehe :p

    cantek laa..ehh dada dia tu botox ekk :p

    BalasPadam
  9. tak terucap dengan kata-kata...macam-macam la sekarang ni...huhu

    BalasPadam
  10. seb baik bro mazidul kuat imannya..hehehe

    BalasPadam
  11. aduhai... dah la lelaki makin kurang.. yg lelaki ni pun nak jadi perempuan( xsemua. ada lg insan2 macho di luar sana.. =D).. apa kes?

    BalasPadam
  12. wow...murah rezeki ko bro...
    huhu...
    teruk2 masalah skang ni kan...

    BalasPadam
  13. what else can i say
    Oh My GOD, please have mercy on them...

    BalasPadam
  14. kat mana2 tempat dalam dunia ni puak kaum Lut tetap ada .... apa nak di hairankan...bila iman hilang di dada.

    BalasPadam
  15. Hazrey, orang lain panggil awak 'sayang sayang'.

    Khalil, bila nak panggil 999 menyertai operasi?

    Azie, baik-baik, sediakan kain pembalut luka. Selalunya kalau kecewa ada di antara mereka suka mengelar pergelangan tangan.

    Ecah, saya sempat tengok, tak sempat pegang.

    Azrul, saya ok.

    JMR, jantan lah.

    Natasha, dalam kereta air-con pasang 3.

    Apan, kena bayar 100,000 rupiah tu. No free show.

    BalasPadam
  16. Mazidul...bila-bila pun boleh kalau nak buat liputan operasi. Lebih sesuai di Johor Bahru, banyak kes. Nanti saya boleh hubungi pegawai di JB. Beritahu saja bila nak datang.

    BalasPadam
  17. Masih ada rupa jantan...
    zzZZzzz


    ~Si kOsOng™~

    BalasPadam
  18. saya berasa terpanggil utk buat ulasan pasal kes pondan ni dsebabkan kawasan perumahan saya di Bukit Angsana Cheras dah menjadi pot tuk kaum ni. Minta jasa baik Mazidul tuk buat liputan dkt sana. sgt memalukan!kwsn tempat tinggal djadikan tempat mereka melepaskan gian.Malu pada anak2 setiap kali kami bawa anak & keluarga keluar pasti berhadapan dgn kaum ini terlebih dahulu. Merosakkan minda anak2. Harap Mazidul dpt menolong usirkan kaum2 ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.