Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat keputusan menunda lawatan beliau ke Indonesia ke bulan Jun.
Berita baik bagi saya.
Jika Obama berada di negara jiran minggu hadapan pastinya Jakarta lebih macet (baca: jalan raya sesak) berbanding biasa. Sekaligus melambatkan pergerakan di ibu negara Indonesia itu.
Awal tahun 2001, saya di Jakarta membuat ‘attachment’ di stesyen televisyen swasta, Indosiar terkenal dengan program liputan jenayahnya, ‘Patroli’. Banyak ilmu dikongsikan wartawan penyiaran stesyen televisyen itu sebelum saya kembali ke tanah air dan terbabit dalam penerbitan episod awal program ‘999’.
InsyaAllah, saya akan kembali semula ke Jakarta pada 24 Mac ini untuk membuat liputan berhubung kes penjualan bayi di utara ibu negara Indonesia itu.
Kes penjualan bayi juga berlaku di negara kita.Bezanya, ibu melahirkan bayi dibayar sindiket RM5,000 manakala di negara jiran, bayi dijual dengan harga 1,000,000. Ya! 1 juta rupiah bersamaan RM370 sahaja.
Malaysia dan Indonesia, 2 negara berjiran dan serumpun. Masalah didepani juga sama cuma nilai bayi terbabit bebeza.
Bingkisan ‘Pelacur Batam’ saya hasilkan di Pulau Batam, Indonesia dengan bantuan jurukamera, pemilik blog ‘I am not a sugar daddy’, Zulhazri Abu Bakar, disiarkan tempoh hari meraih rating lebih 2.1 juta penonton, mengikut statistik AC Nielsen.
Selepas siaran, segelintir penonton melontarkan persoalan, mengapa saya harus ke Indonesia membuat liputan berhubung pelacuran, sedangkan Malaysia tidak kurang hebatnya?
Jawabannya mudah.
It’s all about basis of comparison, kadar perbandingan.
Maklumat tambahan diperolehi membenarkan kita semua membuat perbandingan bijak.
Mengapa bayi di Indonesia dijual lebih murah? Mengapa selepas percubaan menjual bayi ke 26 digagalkan di Kampung Beting, Jakarta Utara, baharulah kes terbongkar? Sedangkan sebelum itu 25 bayi dilaporkan bertukar tangan hanya dengan bayaran ciput. Bagaimana status ekonomi mereka terbabit menjual bayi?
Apa terjadi kepada 5 bayi diselamatkan polis di Klang dan Banting, Selangor pertengahan Disember lalu? Apakah tindakan dikenakan kepada 13 suspek diberkas termasuk ‘untie’ berusia emas?
Pembaca semua tidak perlu menjawab soalan itu.
Itu tugas saya.
MasyaAllah.. inikah dunia akhir zaman???
BalasPadamApabila duit dan material lebih bernilai dari nyaw dan hidup si anak... berbaloi ke mengandung dekat 9 bulan, then jual dgn hrga RM 5000 / RM 370? buat penat je..
BalasPadamAdakala bidang tugas kita bukan perlu untuk orang fahami, cukup sekadar maklumi..
BalasPadamSalam... amat sedih sekali nasib si ibu yang mengandung dan melahirkan... mungkin ada baiknya bagi nasib si anak sekiranya yang membeli mereka itu memang orang yang inginkan anak dan dah tentu nasib anak itu akan lebih terpelihara dan terjamin...
BalasPadam* apa2pun perbuatan itu perbuantan yang melanggari undang-undang...
masyaALLAH!
BalasPadamManusia semakin materialistik~
halal haram semua redah~
T___T
Jelas dunia sudah semakin tua dan manusia semakin rakus, Kiamat semakin nyata di depan mata, ALLAH yang menentukan.
BalasPadamorang yg sindiket bayi ni, diorg nk watpe dgn bayi2 ni ek? jual balik ke?
BalasPadamMy friend pun ada yg beli bayi Indon. Memang kosnya murah tapi nak bawa masuk ke Malaysia endingnya jadi mahal juga.
BalasPadamProsesnya pun tak senang, akuan sumpah la... my kid la.. memang susah.
selamat menjalankan tugas... insya'lah kami yg akan menambahkan rating semasa ianya di siarkan..
BalasPadamsiapa tahu... buka la minda luaskan pandangan... diluar mungkin tidak segah malaysia yang cukup serba serbi.. tetapi ianya mungkin boleh di jadikan batu aras dalam permasalahn yang kita hadapi
BroFramestone Blog
... mungkin lantaran terlalu fakir, mungkinkah kehadiran anak itu tidak diundang... mungkinkah memang mata duit... memang elok dibongkar!
BalasPadamknp la sanggup buat mcm ni. otak dah letak kt lutut ke?
BalasPadam