Sekolah Menengah Agama Al-Falah kini dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal terletak di KM17 Jalan Kuala Kedah-Yan, Alor Star, Kedah.
Nama sekolah terbabit menjadi sebutan ramai selepas kejadian kemalangan ngeri di Kilometer 355.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai, Perak. Akibat pemandu, 19 tahun dipercayai tertidur, van dinaiki pelajar sekolah sama dilapor merempuh bahagian belakang lori kontena Pos Malaysia. 5 pelajar berusia di antara 12 dan 13 tahun maut dalam nahas pada 23 Disember 2007. Semua mangsa dkatakan dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas melakukan jualan amal di Kuala Lumpur.
Anda boleh membaca laporan berhubung kes sama di banyak laman sesawang (baca: pengalaman peribadi individu) dan arkib akhbar elektronik (baca: Google).
Pelajar pusat sama sehingga kini dilapor masih meneruskan kegiatan ‘jualan amal’ antaranya di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Mereka boleh ditemui di stesyen minyak, kawasan berhampiran institusi kewangan, kawasan rehat dan rawat, menjual kalendar, krim panas dan buku berharga RM10. Mereka semua mendakwa ahli Kelab Usahawan Muda Pelajar Pusat Tahfiz Amal.
Melalui temubual dijalankan, pelajar berkata mereka berniaga, mengikut sunah nabi.
Saya dan krew program '360' pernah membuat liputan berhubung kegiatan mereka sebelum ini. Difahamkan wang hasil jualan digunakan pihak pengurusan sekolah untuk menampung keperluan harian dan pembelajaran mereka (baca: termasuk gaji guru).
Untuk rekod, pada Januari 2007, Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK mengarahkan pusat tahfiz itu ditutup kerana memaksa pelajar menjual barangan (baca: mengeksploitasi kanak-kanak) di pelbagai lokasi. Namun selepas 3 tahun pusat tahfiz tebabit masih beroperasi sehingga ke saat ini.
Kebanyakan daripada pelajar dikatakan anak yatim atau anak golongan miskin. Saya melihat kegiatan mereka menjual barangan secara terbuka selama ini menghasilkan suasana menang-menang. Pelajar berpeluang untuk belajar manakala pihak sekolah mampu beroperasi dibiayai dana dikumpul pelajar. Dilaporkan, pusat tahfiz itu tidak mendapat bantuan kewangan pihak kerajaan.
Pun begitu ada pihak berhujah, apakah kaedah diguna pusat tahfiz mengajar pelajar terbabit jika purata 3 hari seminggu mereka berada jauh dari lokasi pembelajaran? Pusat tahfiz di Kedah, mereka membuat ‘jualan amal’ di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, contohnya. Namun majoriti pelajar ditemui mendakwa melakukan jualan terbabit secara sukarela dan kegiatan itu diketahui keluarga.
Melalui pengamatan saya, pergerakan pelajar lelaki dan perempuan, purata berusia di antara 10 dan 12 tahun ditinggalkan di lokasi berbeza dalam tempoh lama (baca: purata 8 jam) untuk menjual pelbagai barangan tidak dipantau sepenuhnya kakitangan pusat tahfiz (baca: ustaz). Ringkasnya, tiada pihak mengambil kira berhubung keselamatan mereka.
Adakah mereka rela atau dipaksa terbabit dalam 'jualan amal' itu? Atau persoalan itu sama sekali tidak penting untuk dijawab?
Sebilangan pelajar saya perhatikan terpaksa duduk bersantai secara berkumpulan di kawasan sekitar stesyen minyak, kepenatan. Itu kawasan rehat mereka. Ada kelompok berpendapat, cabaran sebegitu kaedah tepat untuk membina jiwa kental di kalangan pelajar terbabit.
"Sudah makan?," soal saya.
"Sudah. Ustaz bagi RM10, duit makan," itu jawaban mereka.
Mungkin majoriti sedar, setiap pelajar petah menjawab setiap soalan diajukan orang ramai berhubung kegiatan mereka. Melihat kemahiran pelajar berkomunikasi, saya yakin mereka dilatih lebih awal kakitangan pusat tahfiz untuk berhadapan situasi itu sebelum diarah keluar mengutip dana diperlukan.
Adakah kegiatan pusat tahfiz itu direstui Jabatan Agama Islam Negeri lain? Maksudnya, pelajar dibenarkan membuat 'jualan amal' tanpa perlu merujuk kepada pihak terbabit. Atau sememangnya kegiatan itu dibenarkan?
Mungkin ada pihak mampu memberikan jawaban kepada soalan itu.
Terbaharu, Jam 6.20 petang tadi saya menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Majlis Agama Islam Kedah, MAIK Sheikh Ismi Anuar.
“Baharu-baharu ini Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Kedah mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah. JKM boleh melaksanakan tindakan kerana pusat terbabit mengeksplotasi kanak-kanak. Tengoklah mungkin MAIK akan dipanggil berbincang sekali,” ujar beliau.
Sebelum ini Sheikh Ismi memaklumkan saya, pusat tahfiz sama tidak berdaftar dengan MAIK. Seperkara lagi, tindakan terlalu tegas menutup pusat itu mungkin akan menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan kelompok tertentu.
Tajuk akhbar ‘MAIK Tutup Pusat Tahfiz’, barangkali digeruni. Berita itu dijangka sukar diterima masyarakat lalu MAIK dilihat mengambil pendekatan tunggu dan tunggu (baca: entah sampai bila).
Apapun, pihak berbeza melihat tindakan pusat tahfiz itu dari sudut berlainan. Apa pula sudut pandang JKM dalam hal ini?
Barangkali JKM mampu menangani isu ini secara lebih bijak mengikut kuasa diperuntukkan kepada badan kerajaan itu.
Memperjuangkan hak kanak-kanak tidak semudah disangka.
Terbaharu, Jam 6.20 petang tadi saya menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Majlis Agama Islam Kedah, MAIK Sheikh Ismi Anuar.
“Baharu-baharu ini Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Kedah mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah. JKM boleh melaksanakan tindakan kerana pusat terbabit mengeksplotasi kanak-kanak. Tengoklah mungkin MAIK akan dipanggil berbincang sekali,” ujar beliau.
Sebelum ini Sheikh Ismi memaklumkan saya, pusat tahfiz sama tidak berdaftar dengan MAIK. Seperkara lagi, tindakan terlalu tegas menutup pusat itu mungkin akan menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan kelompok tertentu.
Tajuk akhbar ‘MAIK Tutup Pusat Tahfiz’, barangkali digeruni. Berita itu dijangka sukar diterima masyarakat lalu MAIK dilihat mengambil pendekatan tunggu dan tunggu (baca: entah sampai bila).
Apapun, pihak berbeza melihat tindakan pusat tahfiz itu dari sudut berlainan. Apa pula sudut pandang JKM dalam hal ini?
Barangkali JKM mampu menangani isu ini secara lebih bijak mengikut kuasa diperuntukkan kepada badan kerajaan itu.
Memperjuangkan hak kanak-kanak tidak semudah disangka.
Barangkali kegiatan menggunakan kanak2 untuk menjual sudah menjadi trend bagi sekolah agama/sekolah pondok. Di KB ni selalu berjumpa budak2 ini sambil menghulur kalendar, buku agama, stiker doa2. Pernah bertembung beberapa kali dgn mrk..tak sampai hati nak tolak jualan mrk, padahal benda yg mrk jual t dah ada kat rumah..tp bila lihat raut wajah mrk mengundang sayu dan menggamit keinginan membeli brg mrk... selama mana kegiatan ini akan berterusan....
BalasPadamSaya tak setuju kanak2 tersebut diperlakukan sebegitu.
BalasPadamJKM & MAIK diharapkan agar dpt mengekang aktiviti ini drp berlanjutan - Tugas pelajar utk belajar.
Sungguh kesian terhadap kanak2 yg diperlakukan sebegitu..,diekploitasi untuk kepentingan orang lain..jika merasa diri tidak mampu untuk belajar di sekolah al-falah itu..,belajarlah di sekolah kerajaan..bnyak bantuan yg bakal dihulurkan kepada pelajar2 miskin..,berdekatan dgn Tahfiz Al-Falah terdapat Sekolah Kebangsaan Kangkong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz...p/s:saya tinggal berdekatan dgn Tahfiz Al-Falah..,hanya 5minit untuk ke tahfiz..,saya tinggal di kampung telok bulang..
BalasPadamHmmm..saya dan Ayu baru je bincang pasal budak tahfiz yang minta derma kat kedai-kedai makan...tengok2 bro Maz tengah kupas dalam blog pasal isu ni..kadang-kadang serba salah kita dibuatnya...saya pun tak sampai hati kalau tak nak beli barangan yang mereka jual...tengok muka masing-masing terbit rasa sayu di hati..rasa geram juga kalau benar pusat tahfiz tu mengeksploitasi mereka yang masih kecil ni...
BalasPadampd pihak pentadbiran sekolah ini mereka ada alasannya yg tersendiri..sebelum ini mereka pernah mempunyai cawangan di lukut,p.dickson..sewajarnya kalau dengan niat utk melatih pelajar berniaga, sewa@beli booth/lot kedai mana2 pusat membeli belah..bknnya menyuruh pelajar kehulu kehilir menjaja meraih simpati pembeli..
BalasPadamapapun alasan mereka sewajarnya para pelajar tidak dijadikan alat utk kepentingan pemimpin tertentu..pengalaman saya berbual dgn pelajar sekolah ini di senawang mendapati mereka menjual hingga waktu malam..makan minum hanyalah dr komisen jualan barangan tersebut..
"Tajuk akhbar ‘MAIK Tutup Pusat Tahfiz’, barangkali digeruni" - ada kebenarannya kerana telahpun berlaku apabila cawangan mereka di port dickson diarahkan tutup oleh Jab Agama Islam N9..
banyak kanak2 menjual nama tahfiz dari Kedah, Kelantan dan Patani...
BalasPadamSalah satunya di stesyen Minyak sek 3, sek 11, S.Alam satu KM dari Pejabat JUIS..menjadi lokasi.
Undang-undang lembut sangat, dek nama Islam
BRO..
BalasPadamsaya berpendapat kegiatan sebegini adalah suatu pencabulan hak. Hak kanak-kanak, hak remaja di mana mereka berhak untuk mendapat pelajaran, berhak untuk menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak (tak semestinya mewah) tetapi apa yang dilakukan (mereka lakukan), kita melupakan hak mereka.
Atau adakah orang yg menyuruh mereka mencari pendapatan itu menggunakan haknya? atau kuasanya?
Di Pasar Pudu pun ada kutipan dan jualan amal ini. Dah lama pun...
Mereka ada di mana-mana. Kesalahan bukanlah dibahu anak-anak itu. Seringkali tersentuh hati melihat mereka berpanas berhujan demi 'mengenyangkan' orang lain. Bila akan berakhirnya 'siksa' anak2 ini? Bila pula masanya mereka mendapat didikan dunia dan akhirat secara formal?
BalasPadamsalam bro maz..ini kali pertama saya terpanggil untuk meninggalkan ulasan berkenaan isu yang diutarakan/diperkatakan.
BalasPadamkomen saya,saya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh rakan-rakan di atas,kanak-kanak yang terlalu muda dan mentah tidak harus diperlakukan sedemikian oleh orang dewasa lebih-lebih lagi manusia bergelar ustaz/zah walaupun dengan seribu alasan yang pada pandangan kasar nampak murni tujuan tersebut.mungkin,antaranya menanam jiwa kental,membiayai kos pembelajaran atau sekalipun gaji kakitangan dan sebagainya..ya tidak dinafikan sedikit sebanyak mgkin sebahagian daripada proses mendidik tapi masih banyak lagi cara mendidik bukan dengan membuat 'jualan amal atau dengan meminta-minta/meraih simpati' sekaligus kaedah ini menunjukkan kelemahan umat islam kepada bangsa lain dari pelbagai sudut antaranya kelemahan ekonomi,kerjasama sesama kita etc..
pendapat saya,mungkin pihak terbabit mengunakan kaedah psikologi sebegini rupa dengan tujuan untuk membuka mata dan hati umum,bahawa mereka perlu dibantu dari pelbagai sudut terutamanya kewangan kerana kekurangan dana untuk meneruskan operasi sekaligus membantu dan membela nasib anak-anak yatim ect bukan dengan menghentam kesusahan/kesulitan mereka.
apapun alasanya mereka@pihak terbabit,niat tidak menghalalkan cara!
saya pun tidak faham, masih ada lagi sekolah yang mengamalkan tiket, buku dana, atau apa saje yang berkaitan dengan pelajar perlu kehulur hilir, mengetuk pintu rumah orang untuk menjual tiket tersebut dgn alasan untuk mengumpul dana sekolah....
BalasPadamkenapa harus ada lagi begini?
harap pihak2 berkenaan dapat memberi alasan yang boleh memuaskan hati sya dan ibubapa diluar sana.
dulu mereka dikenali dengan al-mansur, pengasas al-mansur ni x al-arqam punya pemimpin...
BalasPadamcuba check tengok boss depa pakai kereta apa...?
mewahhh tuhhh....
Salam... saya sering didatangi kanak-kanak daripada sekolah ini dan saya tidak tergamak untuk menolak... sedih...
BalasPadam* paling sedih bila mereka cuba menjual barangan di dalam restaurant... tak tertelan makanan di dalam mulut melihatkan kanak-kanak itu :(
Tuan,
BalasPadamKenapa dalam karangan tuan terlampau banyak menggunakan(baca: )?
Adalah amat susah untuk membaca karangan-karang yang dikacau oleh (baca: ). Lagipun kebanyakan daripada kami tidak pernah diajar tentang menggunakan (baca: ) di sekolah.
Bukankah lebih kemas jika menulis suatu ayat yang lengkap seperti contoh, menggunakan koma.
Kalau sekali-sekali digunakan tidak mengapa. Tetapi jika terlampau banyak digunakan ia adalah menjengkelkan dan penggunaan tersebut seoalah-olah para pembaca adalah bodoh.
Tengku, nama pun karangan saya, biarlah saya tulis macam mana sekalipun. Sekolah kita pun tentunya berbeza, ini kan pula stail penulisan.
BalasPadamKan?
Niat tidak menghalalkan cara!
BalasPadamNiatnya memang baik sebab ianya mendidik tapi caranya seolah-olah mendera kanak-kanak tersebut.
Bila ianya berlindung dengan label agama pastinya tak manis dipandang oleh penganut agama lain.
Tak dinafikan keluarga miskin juga sering menggunakan (baca:) tenaga anak dalam mencari nafkah. Anak berpayung panas jual Nangka Madu. Anak lumat dicucuk duri lantaran jual nenas. Anak bermain dengan sampah sarap sebab ayah cari rezeki di pusat pelupusan.
Perlu diingat sekolah biasa juga sering meminta anak muridnya kutip derma bila nak adakan sesuatu majlis, kasi kad siap kasi amaran lagi; mesti menderma lebih dari kadar sekolah tetapkan. Siap ada hadiah lagi siapa dapat derma yang banyak. Dalam bab derma ini pula bagaimana?. Patutnya derma itu jangan ditetap; kut! macam memaksa pula.
Ini bagusnya kaum cina taukey kilang mereka dengan sukarela sponsor segala, buat dewan besar-besar; taklah anak-anak terpaksa minta ibu ayah tolong jadi penderma. Adakah anak cina dilatih berniaga ketika sekolah.
Orang kita kaya buat ladang luar negara (sensitif).
Perasankah anda, anak kita yang di sekolah agama pun dikenakan bayaran PIBG lebih dari RM100 setahun. Ini akibatnya jika kerajaan kita tak sudi membantu sekolah agama ini. Semua nak bergantung kpd Majlis Agama. Sedangkan mana ibu ayah yang tak mahu anaknya mendekati agama. Tak kan nak tutup sekolah agama ini.
Paling jahat sekolah kerajaan paksa murid ponteng sekolah agama setiap Rabu sebab ada acara kokurikulum. Mak ayah bayar sekolah agama tu mahal; senang-senang sekolah kerajaan curi pula waktu belajarnya.
Sebaiknya isu Pusat Tahfiz Amal, Sekolah Agama ini diambil berat; bukannya ditutup tetapi elok sangat dibantu. Kasihan anak-anak ini.
sangka baik.....yang kaya2 tu kenapa tak bagi derma ke...sedekah ke..yang wajib lagi ZAKAT...kat sekolah tu.. (sebagai ibnu sabil)
BalasPadamberkata ibnu jauzi...(ulama sufi)
BalasPadamsalah satu untuk menjadi orang yang tawaduk (rendah diri) ialah menghinakan diri..seperti katanya berada di pasar berpakaian kotor koyak rabak...anda boleh lakukan!!!
sy baru je bagi derma kat bebudak nie, seblom nie dah byk kali nampak tapi buat2 xlayan. tp lama2 rasa pelik jugak knapa dari dulu smpi skang pusat tahfiz nie duk kutip derma.
BalasPadamsy tanya bdk tue (umur 14 taun) brapa lama da mengaji tahfiz nie n brapa juzuk da hafal. katanya da 3 taun tp xhafal satu juzuk pon, baru hafal surah2 penting.
sy agak tkejut coz kalo tahfiz sy dulu 3 taun da boleh hafal 30 juzuk, kalo xdpt 3o juzuk pon at least 15 juzuk ke atas. nie da 3 taun tapi 1 juzuk pon xsmpi, apa yg dorang buat selama nie?????
sy tanya dia lagi utk apa kutip derma. budak tue kata dorang nak wat skol baru coz skol skang nie disewa. xtaw la btol ke x, sy pon pcaya la bulat2 apa yg budak tue ckp.
sy nasihat dia kalo nak hafal quran kena hafal btol2 n kena smpi 30 juzuk. pas bg rm10, dia ucap trima kasih n terus cium tgn sy.
blk je umah sy google nama tahfiz nie, btimbun2 isu dia. baru sy tau kebenarannya, dan skol dorang nie x menekankan langsung bab hafazan, tp lebih kpd menjual brg2 (e.g. cd, kalendar).
bg sy bnda nie mmg xmasuk akal langsung, nie bukannya melatih para pelajar menjual, tapi lebih kpd meminta sedekah dgn bertopengkan jualan.
pas nie mmg sy xmo bg sedekah langsung, ajak dorang gi makan lagi bagus. skurang2 nya perot dorang kenyang n duit tue sy tau x akan jatuh ke tgn org lain.
kepada (betta sp).kalau x pecaya kt diorang xpe la. tapi jgn slah faham .mereka sedang mendidik diri dari kecil biar pon x dapat hafal 30 juzuk sekali pon surah2 yg boleh bawak dlm sembahyang dh memadai. ape gunanye kalau hafal 30 juzuk tapi mengata org sini sana sedangkan diri kita entah betul ke pejalanan hidup kita. tengok mereka x pikir tentang diri sendiri yg pertama anak yatim & fakir miskin dan yg memerlukan. sekali kita bersedekah allah akan gandakan pahala kita malah dgn rezeki kita juga di gandakan. xkan dengan kes kecil dh xnak sedekah. kita jgn pecaya la sangat mulut org. org boleh buat ape saja untuk memburukkan nama sekolah ni. lagi2 yg terbitkan page ni. walaupun mereka tak mampu nak menutup mulut orang yg mengata pada mereka. hanya allah saja yg mampu untuk menutupnya. wahai org beriman renung2kanlah. nilai mereka dgn hati bukan dgn mata nafsu. ini adalah nasihat supaya kita ingat jgn sampai dh terlewat baru nak buat...........
BalasPadamskrg ni blh dikatakan selalu jumpa budak2 tahfiz ni dekat putrajaya.dulu dekat area mamak presint 9,tgh mlm pulak tu, bru2 ni jumpa pulak kat alamanda,... skali tu adela saye bg.. tp bunyi mreka ,paksaan,pandai ckp cina pulak tu ( saya muka mcm cina) jd saya tye jugak byk2 , lps tu diorang mcm fhm ,bru jln pegi, kekdg rasa bslh gak taknak bg.. kekadg muka diorang tak nmpk iklas je nk mintak..tak taulah knape.bdk tu ckp 18thn, muka muda je. wallahualam.. tak tau nk cakap camne.
BalasPadamJabatan Agama Islam Kedah, JAIK mengarahkan pusat tahfiz itu ditutup .
BalasPadamPerkara bodoh yang cuba dilakukan oleh MAIK
Tengoklah mungkin MAIK akan dipanggil berbincang sekali,” ujar beliau.
Kenyataan bodoh oleh pegawai MAIK
Ape halnya nak tutup?bukan tempat maksiat.Tahfiz ..kalau isunya dek kerana kekurangan dana sehingga buat jualan amal untuk biayai kos...kenapa MAIK ..PEJABAT ZAKAT KEDA..dan JKM tidak duduk bersama dan berbincang secara kolektif untuk selesaikan masaalah ini...peruntukan zakat ada...undangx2 ada..gunakan secara berkhemah..kenapa nak cari dari sisi negatif untuk mngambil langkah mudah untuk tutup?
MALAYSIA NEGARA ISLAM
Beringat saudara seislam. Allah tidak menjadikan manusia itu hamba kepada manusia yg lain. Sujud dan solah hanyalah utk Allah. Apa yg anda lakukan ada satu perkara yg tidak wajar dalam islam. Mempergunakan kanak2 dan orang tua dalam mencari rezeki atau sedekah amatlah memperjudikan nasib mereka. Wang bukan segalanya yg sepatut tok guru atau ustaz anda ajarkan. Ianya sekadar keperluan. Akan tetapi dgn mengutip sedekah, anda semua telah dipergunakan oleh kerakusan seorang hati manusia yg berjiwa dunia. Mereka sebenarnya tak layak dipanggil ustaz atau pemimpin agama. Akal mereka tipis. Ingat!!! "Memakan atau mengguna hak anak yatim adalah sesuatu yg tergolong dalam dosa besar" jika ada pihak berkuasa negeri menghalalkan cara mereka. Abu dosa pun akan terbang kepada mereka. Hak anak yatim piatu adalah amat mulia pada Allah. Sebarang kerakusan yg meprejudiskannya dgn unsur psikologi atau tidak memperdulikannya adalah dosa kepada semua yg terlibat. Dosa besar amat susah utk di bersihkan di sisi Allah. Adakah mereka yg terlibat seorang betul2 Islam. Di mana pula Islamnya jika anak yatim atau anak yg dibenarkan ibubapa dipergunakan hanya utk kepentingan dunia. Tahukah anda berapa jumlah zakat pendapatan dan harta yg dikutip untk diberi kepada golongan ini? Mengapa datangnya hak pada diri anda utk membuka pusat tahfiz? Apa matlamat anada sebenarnya? Pangkat? Ingin dipanggil Tok Guru? Ingin jadi seorang yg kaya? Ingin jadi calon wakil rakyat? Pusat ini tidak betul. Ianya satu ancaman dan memburukkan islam dimata agama lain. Subahanallah..
BalasPadamApa jua alasan Ustaz anda. Anda telah melanggari hak anak yatim. Anda berdosa besar di sisi Allah. Anda tidak seharusnya digelar ustaz. Setiap kata yg keluar dari mulut anak ini dengan perkataan yatim, selagi itulah ianya diberi ganjaran dosa kepada anda dan ustaz yg terlibat. Anak mempersendakan agama islam yg agung. Anda memperlihatkan agama sebagai perniagaan. Adakah anda seorang yg benar2 Islam. Apa motif anda mempergunakan anak2 ini dan ayat anak2 yatim piatu sebagai perniagaan di dalam sedekah. Adakah Allah menjadikan manusia utk diperlakukan begini. Adakah ustaz anda fikirkan mereka sudah betul disisi Islam? Anda sedarkah anda dan keluarga anda diperdaya untuk bersama menyertai dosa ini dengan mempergunakan nama amal, tahfiz, anak2 yatim sebagai tiket utk sesuatu yg sukar difahami motifnya.
BalasPadamPernah pusat ini melalui protokol yg betul untuk mendapatkan hak mereka dari kerajaan? Tahuka anda berapa banyak wang yg ada dipusat zakat utk golongan yg perlukan bantuan. Anda faham apa zakat harta dan pendapatan? Untuk siapa semua ini. Ingat!!! Kepada yg terlibat, tak kira pusat tahfiz amal atau kerajaan yg terbabit. Anda semua mempergunakan hak anak yatim jika ianya tidak disalurkan dengan betul. Gaji anda halalkah dengan takut menegakkan kebenaran? Adakah anda sedar urusan anda mendatangkan abu dosa yg dianggap besar disisi Allah? Tanya lubuk hati anda. Jika diakhir simpang anda ditakdirkan betul, alhamdullillah. Jika sebaliknya.. Biar bertahun amalan. Hanya seminit ianya salah. Anda tetap dineraka jahannam. Anak yatim piatu dan agama Islam bukanlah sandaran untuk anda melepaskan batuk ditangga. Ada hukum di atasnya. Subhanallah.. Bertaubatlah saudara semua..
Pemilik pusat tahfiz ni dulunya dikenali dgn nama azhar wahab..kini memakai nama SM AMIN yg memiliki bangunan GAH DAN BESAR di Shah Alam yg tertera nama barunya..mmg kaya raya dgn bisnes perubatan tradisional, ladang sawit and of course hasil kutipan derma yg kita sendiri sumbangkn..logically..dh kaya tp kenapa mesti kerah anak2 muda kutip derma@buat jualan amal??? Saya bukan buat tuduhan melulu tp fakta yg sebenarnya kerana saudara saya adalah salah seorg lembaga pengarah dlm bisnes SM AMIN ini...En.mazidul..sila mulakn pembongkaran anda..kasihan anak2 yg dipergunakn krn sebhgian ibu bapa mrk tidak tahu akan kerahan tenaga sebegini..
BalasPadamAzhar wahab adalah pemilik pusat tahfiz ini. Kini dia telah menggunakn nama SM AMIN dan memiliki empayar bisnez frm ladang sawit, perubatan tradisional and of course hasil derma yg kita sumbangkn..atas alasan utk sekolah...sila cek bangunan SM AMIN yg GAH dan Baru dibina di SHAH ALAM..si kaya raya ni serta 4 org isteri hidup mewah sedangkn anak2 yatim dan miskin dikerah kutip derma@ buat jualan amal...dimana logiknyaa? Ini bukan omong kosong tp fakta krn saudara saya adalah salah seorg ahli lembaga dlm company SM AMIN.. Di gelar YANG MULIA RAJA krn dikatakan dialah yg sepatutnya menjadi raja di sebuah negeri..apatah lg dlm setiap event besar company ini..akan kelihatanlah kerabat2 raja memenuhi meja2 VIP. Mungkin itu yg menjadi penyelamat kpd pusat tahfiz ini drpd siasatan pihak berkuasa. En Mazidul..anda boleh membongkar kes ini...kasihan anak2 ini yg ketinggalan pelajaran..
BalasPadamMaaf kalau kata2 saya ada yang tersinggung...apa yang saya ingin luahkan tidak sepatutnya setiap masa mereka menghantar pelajar bagi m'gutip derma lebih2 lagi pada waktu tengah malam...ada juga segelintir dari pelajar tersebut yang mendesak meminta derma sewaktu penderma sedang menjamu selera...jika sekolah tersebut ingin membantu pelajar anak2 yatim dan yang kurang b'kemampuan bagi m'nyebarkan ilmu2 agama tidak sepatutnya m'ngambil kesempatan k'atas diri mereka dengan menugaskan mereka m'ngutip derma untuk kesenangan pihak tertentu..ada lagi banyak cara untuk membantu mereka..perkara ini harus diambil tindakan segera..memang menderma itu perkara yang elok tapi jika digunakan utk kepentingan sendiri pun ibarat pengemis dijalanan.
BalasPadamhari2 sejak awal 2013 dorang melepak kat Petronas Taman seri gombak. kalau makan kat Gombak Prima...memang dorang ada...
BalasPadam