Jam 10.50 malam tadi saya menyertai operasi memeriksa pusat urut kaki (baca: Ya ke?) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Operasi diketui Pegawai Turus Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap, D7, DSP Razali Abu Samah bersama 17 pegawai dan anggota.
"Saya kerja di sini part time," kata wanita Indonesia berbaju merah.
"Ada ke permit kerja benarkan dia jadi maid dan tukang urut pada masa sama?," soal saya.
"Ada. Permit dia buat sendiri," perli anggota D7 berdiri di sebelah saya.
Saya paparkan wajah wanita dipercayai melarikan diri daripada majikan itu. Terlintas di fikiran, barangkali gaji tukang urut lebih lumayan berbanding imbuhan diterima amah.
Tetapi cakap terus-terang, geli badan kalau kena urut dek dia ni ...
Tetapi cakap terus-terang, geli badan kalau kena urut dek dia ni ...
En Mazidul,
BalasPadamKalau tukang urut kampung, tua macam mana pun rasa sedapkan....hehe
Sepanjang Jln Bukit Bintang ni, dari Stargill hingga ke Royale Bintang, berderet2 kedai urut kaki...
BalasPadamdari yg simple hingga yg nampak ekslusif (sofa berkulit harimau).. hehehehe...
Depa bersidai (melayur muka) di depan pintu kedai, pegang papan iklan (kadbod bergambar) keloi2 pelancung. Jika orang tempatan, kurang dipanggil malah depa buat “derk” jerrr...
heheheheh... kekadang tengok telatah depa ni sonok gak..
Rasanya sama banyak, wanita Indon dan wanita Filipina...
BRO, ada try ker urut? Ahaks!
gaji amah tak tinggi kat Malaysia...sebab tu kot diorang buat kerja mengurut ni..huhu
BalasPadammane taw geli neh?? dah try ek? muahaha...
BalasPadamentah la ada extra charge tak
BalasPadamBukan seribu dua nak dapatkan pembantu rumah secara sah...
BalasPadamkalau ejen yang bertanggungjawab memang kena ganti tapi bukan segera
cuti tahunan yang menjadi mangsa terpaksa jaga anak semula...
pujukan orang luar sering menjadikan pembantu rumah ini lari...
congak-congak biar pun kita kasi gaji agak murah tetapi risiko lari & kos yang tinggi mengambil mereka; jika maid ini lari memang tidak berbaloi...
maka itu saya & keluarga akhirnya lebih selesa hantar anak-anak di pusat asuhan, mahal sedikit tapi jiwa tak sakit...
Terkadang sengaja pun mereka masuk dengan permit pembantu rumah hakikatnya langkah mereka ini amat panjang & licik!.