Isnin, Mac 29, 2010

Jangan Meludah Ke Langit

Di negara kita ramai rakyat tempatan 'mengalibabakan' lesen perniagaan mereka.

"Macam mana warga asing boleh berniaga?," soal sebilangan kita.

Walhal soalan itu seharusnya diajukan kepada anak bangsa sendiri, terlalu cepat kita menyalahkan dan menuding jari ke arah orang lain. Kita bagaikan meludah ke langit dan kemudian terkena ke muka sendiri.

Sebilangan orang Melayu dilihat gemar meraih wang secara mudah. Dalam erti kata lain, mereka keberatan membanting tulang empat kerat, berniaga tetapi mahukan wang masuk kencang ke kocek. Maka tanpa berfikir panjang mereka menyewakan premis  perniagaan diperuntukkan kerajaan kepada warga negara antaranya kepada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Kononnya, dengan kaedah itu mereka kelihatan seperti taukeh.

Melalui pengamatan saya, majoriti rakyat Indonesia sanggup merebut peluang, memerah keringat, berniaga di tepi jalan biarpun persaingan terlalu sengit di negara dihuni lebih 240 juta penduduk itu. Mereka menjual pelbagai barangan tanpa premis tetap dipanggil peniaga 'asongan'. Kelompok ini berniaga dari awal pagi sehingga lewat malam, mendekati pemandu kenderaan di jalanraya sambil menawarkan barangan jualan. Saya difahamkan pendapatan majoriti mereka jarang mencecah RM10 sehari tetapi semangat mereka berjuta nilainya.


Borhan Hardi, 47 tahun (bawah) saya temui di hadapan Pasar Ular, Jakarta ini mula berniaga di jalanan sejak 2 tahun lalu.

"Saya dahulu kerja security kemudian cuba berniaga," ujarnya sambil tersenyum.


Otak-otak dijualnya enak, tidak hairan dia tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggannya.

Hemat saya, tidak ramai antara peniaga Melayu sanggup menolak gerai, tambahan pula jika hampir setiap hari terpaksa 'berperang' dengan sikap pilih bulu segelintir penguatkuasa pihak berkuasa tempatan, menyaman mereka tidak memiliki lesen perniagaan.


Apapun, peniaga jalanan di bawah ini menarik perhatian saya. Ruang sempit bukan masalah baginya berniaga untuk mencari sesuap nasi dan memastikan anak isteri di rumah kenyang.

18 ulasan:

  1. Salam MAS..

    yang paling bawah tu jual snek jenama apa, ya? Kakcik nampak macam SIAL OTAI je...

    BalasPadam
  2. Setuju! Kebanyakkan orang Melayu malas.

    BalasPadam
  3. betul lah...dulu masa saya duduk kat ampang, hampir semua kedai runcit kat pandan mewah tak silap, blakang hospital ampang, semua nya peniaga acheh. Yang punya kedai adalah milik owang malaysia. Kebetulan saya baik dengan mereka, saya pernah tanya, macamana dorang bley sewa kedai dan berniaga? Dengan bangganya orang acheh tue cakap, owang cina lagik suka bagi sewa kedai kat kami orang acheh sebab kami ade wang, kami boleh berniaga. Kalau kasik orang melayu, berniaga tak bley, lingkup, sewa tak bley bayar...lepas tue kalau berhutang barang2 runcit, acheh bayar cash, melayu kadang2 tak bayar langsung...

    Lagi satu, mereka nie sepakat. Orang acheh dan acheh nie, dorang tlg sesama dorang. Dowang punya semangat kenegaraan beliau kuat. SEBAB tue banyak kedai runcit mereka tumbuh bagai cendawan. Bukan orang lain , sedara mara dowang jugakss

    BalasPadam
  4. Benar BRO... Tidak ramai. Terlalu sedikit. Rata-rata orang tempatan lebih memilih untuk kerja mudah, selesa, dalam aircond.

    Sedihh... Jika ada pendidikan tinggi, sudah tentu inginkan kerjaya yang setaraf sijil, kan?

    BalasPadam
  5. bila mengenal erti sebuah kesusahan

    kalau boleh perkataan MEMILIH BULU itu kena taip huruf warna MERAH sebesar GAJAH, baru buka mata.

    sebab mereka berbulu ayam,,itu sebab memilih bulu.

    * depan Bank NEGARA s ALAM, ada kke patut kereta kancil park' dicelah2 dua kereta besar, di tarik/saman, kereta besar di tinggalkan..

    nanti sumpah jadi kereta baru tau.

    BalasPadam
  6. Kak Cik, bukan sial 'slai'. Huruf sama, disusun berbeza.

    BalasPadam
  7. Kenyataan yang pahit untuk ditelan juga berlaku di Kelantan.

    PBT pejam mata bila lesen di 'ALibaba'kan kepada warga Thai, kemboja dan myamar.

    BalasPadam
  8. Setuju dengan komen zahra..
    Orang cina memang bagi sewa kedai untuk warga asing..
    Mereka menggunakan konsep sewa/beli..
    Orang cina bagi modal, cari tapak, cari barang untuk dorg meniaga..
    Tiap2 bulan dorg akan bayar..
    Sama macam bayar utang Ah Long..
    Bila sume dah langsai kedai bole jadi hak dorg..
    Keuntungan totally milik dorg.. Tak perlu bayar lagi kt Ah long2 nih...
    Cam saudari Zahra cakap..
    Orang cina suka sebab dorg tak miss bayar.. hutang dibayar Cash.. N keje pun rajin..
    tak cam org melayu..huhuhuuhu
    Nanti melayu akan merempat kat negara sendiri.. Sadisss...


    ~Si kOsOng™~

    BalasPadam
  9. Hmm.... bukan lesen dialibabakan kepada si pendatang asing je. Kalau dikaji balik.... berapa ribu syarikat makanan, perindustrian dan macam2 lagi didaftarkan atas nama org Melayu (kerana kerajaan kita betul2 ingin bantu Melayu supaya dapat menjadi tuan di tanahair sendiri), tapi si melayu bijak ni jual pula lesen kepada pengusaha bukan melayu. Hasilnya... nama melayu gah terpampang di bangunan2 besar, bungkus2 makanan, dan kilang2 perindustrian - hakikatnya... itu semua nama je... syarikat tu dijalankan pengusaha bukan melayu. Si melayu pinjamkan nama je. Memalukan...

    Jadi tak hairanlah kalau ada sesetengah daripada kita sanggup pun bagi lesen pada pendatang asing.

    BalasPadam
  10. bro..org melayu kan tuan..mana sesuai niaga tepi2 jln ni...ketuanan melayu...

    BalasPadam
  11. pernah dengar sorang makcik yg dapat kedai untuk meniaga,tapi disewakan pada indon..

    bila org marah die, die cakap die mmg nak tolong melayu, tapi org melayu yg taknak tolong dia.

    kalau bg melayu sewa, nak bayar sewa full susah..bisnes tak jalan lah, hujan lahh...apa lahhh....kalau bg indon sewa..bayar on time.

    BalasPadam
  12. yang peliknya, orang melayu yang merantau banyak pulak yang berjaya. Ada pendapat katanya survival. Adakah orang melayu boleh berjaya sekiranya mereka perlu bersaing tanpa ada kelebihan?

    BalasPadam
  13. Orang Melayu skrag ramai yg malas ,mereka lebih senang "meminta2" dari berusaha sendiri..setakat gaji RM400-RM500,dipandangnya sebelah mata je...lebih baik duduk goyang kaki dr bekerja dgn gaji yg sedikit berbanding rakyat asing...satu persoalan yg timbul...ego sangatkah rakyat kita???

    BalasPadam
  14. Di Bandung, di Aceh...memang nampak macam mana warganya berusaha keras. Sangat gigih. Berganda2 kegigihan yang kita sendiri adapun. Walhal, mereka hanya berniaga buah potong yang disangkutkan di semua jari (kereta sorong pun tak ada, apalagi tapak kedai). Namun, mereka masih gigih berusaha berbanding meragut.

    Sangat sedih jika dibandingkan warga kita yang sanggup tak kerja kalau tak jumpa kerja yang gajinya mahal. Dah dapat kerja, buat kerja cincai pulak. Kalau terlalu puji kegigihan mereka, nanti kita pulak dikatakan :mengagungkan orang luar. Tak boleh nak terima kenyataan bahawa, kalau memang mereka sangat gigih dan kerja kuat, maka sebegitulah yang patut dipuji. Buat apa nak selindung2kan pujian itu.

    BalasPadam
  15. peniaga jalanan ramai betul..pilih je mana yg mau...

    BalasPadam
  16. salam semua.

    sya nak komen juga pasal bisnes n ali baba ni.bagi saya, orng melayu bukan jenis yang malas berniaga tapi kurang pendedahan tentang perniagaan. saya pn ada site income dlm bisnes.pelbagai cubaan masa nak buka kedai dulu. yang paling menghairankan betapa susah untuk sewa kedai dengan PBT( pihak berkuasa tempatan) Modal dah ada pn masih nak tgk mcm2 lg.pengalaman berniaga n mcm2 lg.dah klu mula nk berniaga mmg xde pngalamn, nk tgk cmne...klu cm ni sikp sesetgh pihak PBT n kerajaan, Melayu jadi fed up...mcm xde sokongan.kenapa Bangsa Cina boleh berjaya wlupn buka kedai kecik...sbb bangsa cina suka tolong bangsa dia.klu cari penyewa pn sanggup bagi kaum dia walaupn sewa lbh rendah, tapi org melayu plk klu ada kedai lebih suka bagi bangsa lain n warga asing...dh memang perangai melayu...

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat bersetuju dengan Pandangan The Truth Hunter. Saya sendiri pernah berniaga. Saya memohon lese perniagaan tetapi tidak di layan. Akhirnya saya berniaga tanpa lesen. Kedai disewa dari Bangsa India. Kedai 10ftx10ft kadar sewa rm5000 sedangkan mereka sewa baru rm500 dri PBT. Saya mohon tapak berniaga dipasar tetapi permohonan saya ditolak. Orang Melayu tidak lah malas. Tetapi disebabkan brikrasi yang terlampau membuatkan mereka feed up. Adanya bantuan dari Agro bank 3F tetapi tidoa dapat kerana x layak sbb x de cagaran. Kalu saya da cagaran saya x pergi ke agro bank yang kononnya nak bantu org melayu. Dari segi pelanggan pulak.. kalu org melayu berniaga nak harga termurah. Kalu dengan bansga cina berapa harga pun x tawar...Pada yang sudah sedar akan kebaikan berniaga ada bagusnya adakan kempen bagi membangunkan ushawan bumiputra ini

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.