Rabu, Mac 31, 2010

KDN : Berikan Lampu Hijau

Kementerian Dalam Negeri, KDN masih menangguhkan operasi besar-besaran membanteras pendatang tanpa izin, PATI.

Mengapa?

Kononnya majikan akan ‘membersihkan’ sendiri pekerja PATI mereka sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Saya cuma bimbang andai kerajaan digula-gulakan secara berterusan.

Adakah selama ini majikan terbabit tidak mengetahui kewujudan Akta Imigresen 1959/1963? Adakah mereka tidak sedar menggunakan khidmat PATI bercanggah dengan undang-undang di negara berdaulat ini?

Sebelum ini pelbagai aduan saya terima berhubung sikap buruk beberapa pemilik kilang. Mereka dilaporkan bertindak membuang pekerja warga tempatan untuk memberi laluan kepada pekerja warga asing, belum tentu memiliki permit pekerjaan sah.

Semalam saya menerima satu lagi aduan berhubung sekelompok besar warga asing dikatakan membina koloni di dalam hutan di Ampang, Selangor. Mereka mendirikan pondok kecil di pinggir bukit, lokasi berlindung sekiranya markas mereka diserbu pihak berkuasa. Lebih menarik, mereka memantau 24 jam pintu masuk ke kawasan dihuni secara bergilir agar berpeluang memboloskan diri sekiranya digempur Jabatan Imigresen. Pengadu mendakwa majoriti warga asing itu dipercayai mempunyai surat beranak palsu dibeli melalui sindiket dengan harga RM10,000 setiap satu.

InsyaAllah, kisah itu akan dipaparkan dalam jangka waktu terdekat. Harapan saya, semoga mata KDN akan terbuka lebih luas sekaligus bertindak meneruskan operasi membanteras PATI.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia berasa muak, meluat dan benci melihat PATI bebas bergerak di negara kita ini. Sebilangan mereka bersikap angkuh, menghina dan memperlekehkan warga tempatan. Pada masa sama, mereka juga tidak teragak-agak mencabar penguatkusa undang-undang.

Adakah sebenarnya kita takut jika PATI dihapuskan, bakal ada kilang terhenti operasi kerana majoriti pekerja dicekup? Ada ladang terbiar tidak dikerjakan? Ada bangunan bakal terbengkalai? Ada premis mencuci kenderaan ketiadaan pekerja? Ada keluarga kehilangan amah?

Kita tidak memohon buruh asing dihantar pulang ke negara asal kerana faham kudrat mereka diperlukan untuk membangunkan ekonomi dan pelbagai insfrastruktur di Malaysia. Kita cuma mahu, PATI tidak berhak bekerja dan menetap di negara ini diberkas dan dihatar pulang dengan kadar segera. Negara sudah kehilangan RM171 juta ringgit membiayai kos kehidupan tahanan PATI di depot.

Wang itu boleh digunakan untuk membantu ibu tunggal, anak yatim dan rakyat tempatan hidup dalam kesengsaraan akibat kemiskinan. Namun wang terbabit terbazir begitu sahaja kerana pihak berkuasa setakat ini gagal memantau sempadan tanah air terus dibolosi PATI.

Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya sentiasa bersedia dan tidak sabar untuk melaksanakan operasi besar-besaran menahan PATI. Jabatan terbabit hanya menunggu kebenaran KDN.

Saya mengidamkan hidup di negara ini tanpa kehadiran PATI. Hemat saya, keinginan sama juga dikongsikan ramai lagi.

KDN harus memberikan lampu hijau kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas diperuntukkan kepada mereka.

14 ulasan:

  1. Dul...

    Ini semua lobby dari syarikat dan ejen tenaga kerja kepada KDN. Mana tak dulu pernah freeze, tak semena mena ada kelulusan khas kepada satu syarikat bawak masuk 1000 perkerja...

    yang terjadahnya pekerja sendiri. tiket kapal terbang kena potong gaji beb...

    BalasPadam
  2. Dalam apa jua perlaksanaan undang-undang (suka atau tidak untuk diterima kenyataan ini), selalu ada sikap 'tindakan terpilih' dan ada 'tangan ghaib' yang tidak boleh disentuh....

    BalasPadam
  3. Teringin rasanya ingin hidup seperti negara sendiri bebas dari PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Pada kumpulan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) tolonglah jangan timbulkan masalah di negara ini.

    Tumpukan pada usaha mencari harta pencarian serta jaga tata tertib dan susila kamu. Sila jaga kebersihan, jgn dok meludah di sana sini, sampah tu tolong le buang di tempat sepatutnya jangan letak di tangga dan mengharap orang lain tolong membuangnya.

    Pada pemilik rumah sewa, janganlah terlalu rakus untuk mengejar keuntungan dengan memberi sewa kepada PATI @ PADI sebarangan. Periksa dan selidik dahulu latar belakang mereka. Jika tidak anda bakal memberi kesusahan pada penduduk setempat.

    Oh ya, pada PATI @ PADI tolonglah jangan buang bising tengah2 malam hingga ke pagi, kami semua bekerja, ingin rehat dan anak kecil kami ingin tidur.

    Kepada PATI tunggulah bila penguatkuasa tiba seperti sebelum2 nie. Kami sentiasa memerhati gerak geri anda.

    http://gryphoon81.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Betul tu taatsetia,

    Vic berusurusan dengan ejen PATI ni untuk pengambilan pekerja. Mereka beriya2 menyarankan kami agar mengambil pekerja Indon berbanding pekerja Sabah Sarawak. Jadi kami pun mempersoalkan, macam mana bawa Indon lebih senang daripada bawa Malaysian? Dia jawab, "mereka dah "kawtim" dengan org imigresen. Takkan ada masalah."

    BalasPadam
  5. Bro Mazidul...saya dengar cakap2 orang/khabar angin...entah betul atau tidak...belakang UITM kampus Puncak Perdana,U10 Shah Alam...dalam hutan tuh ada perkampungan haram Indonesian bangsa flores,seramai 200-300 orang.Sejauh mana kebenaran nya wallahualam....mungkin kalau dapat aerial view atau maklumat dari penduduk setempat untuk mengesah kan nya.

    BalasPadam
  6. iissh Diana tak elok tuduh imigresen tanpa bukti...


    seeloknya meminimakan PATI

    toleh kiri Pati, toleh kanan PATI, bila nak tanya sesuatu tentang jalan atau lorong terserempak PATI.

    Pergi mana-mana di Malaysia PATI berada di Pengkalan depan pada mata pelancong.

    BalasPadam
  7. PATI dan WARGA ASING memang memualkan... betina betina PATI & WARGA ASING menjengkelkan...rasa nak lempang dan terajang betina betina PATI & WARGA ASING yang memperlekehkan rakyat negara ini...betina-betina ni kalau berselisih make donno dan TIDAK hormat langsung dengan kita penduduk ASAL negara TERCINTA ini...betina betina tak sedar diri ni BERLAGAK walaupun BONGOK...Encik Mazidul, betina betina ni buat MENYEMAK saja kat Malaysia...

    BalasPadam
  8. Seorang rakan saya (suami isteri) yang sudah bertahun2 berniaga di pasar malam (antaranya area San Peng Flat) mengeluh, sekarang sudah kurang orang tempatan, banyaknya orang seberang yang tinggal di situ...

    BalasPadam
  9. KEEP OUR COUNTRY CLEAN FROM ILLEGAL IMMIGRANT

    BalasPadam
  10. masalahnya yang begitu nak sangat menggunakan PATI ni,.. adalah orang2 yg berkepentingan jugak.

    baru nak serbu tempat ni - ah.. ini VIP ni punya..

    baru nak buat operasi kt situ - er..tuan ini Dato atau Tan Sri itu punya..

    macam mana?

    yg atas tu sendiri yg sangat lahapkan PATI ni! kita rakyat marhaen ni..mmg kalau boleh nak hapuskan terus PATI ni..!

    banyak lagi rakyat kita terutama di sabah sarawak yg boleh kita bawa ke semenanjung utk di beri pekerjaan.

    BalasPadam
  11. Jube : Kata orang/khabar angin 200/300 orang Flores? Seram saya! uitm Puncak Perdana tu dekat sangat dgn saya...

    En. Mazidul, ur advise pls...

    BalasPadam
  12. kalau diteliti Pengurus yang terlibat dengan PATI(yang kerja dengan sayarikat pembinaan) atau kemasukan buruh asing dan selalu ke luar negara, adalah bekas2 Polis , tentera dan Imig..

    (bukan semua)

    BalasPadam
  13. saya selalu nampak orang yang keluar masuk dari hutan berhampiran Uitm puncak perdana, seksyen u10. Mungkin mereka tinggal dalam hutan tu tanpa gangguan. Saya rasa khabar angin yang Jube dengar tu mungkin betul cuma tak pastilah bilangannya...

    BalasPadam
  14. tak boleh bayangkan negara kita bebas dari PATI sebab dah terbiasa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.